Anda masih ada Ibu? Atau anda sendiri adalah seorang Ibu? Jika jawapannya “YA” maka silalahteruskan membaca…Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuahkeluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinyauntuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergimemancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapatmemberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing,ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikanitu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulangdaripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati sayatersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibudengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawasejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatudinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuihdengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibuterhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi kesekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas mataharimulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyumdan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengancemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segeramenyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopiyang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu danmenyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulahyang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di
Leave a Comment