• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
Page
1
of 
6
 
 Ada Apa Dengan Bahasa Melayu?
by Faisal Tehrani26. 06. 2002Tulisan ini tidak bertujuan untuk mengkritik membabi buta melainkan untuk membincangkan lebihlanjut isu perlaksanaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah sambil meminta supaya pihak tertentumenimbang semula kedudukan bahasa Melayu supaya ia benar-benar berfungsi. Justeru ia sepatutnyadibaca dengan hati lapang dan fikiran panjang. Salah satu urusan yang dilihat segelintir orang tidakpatut dilakukan
1
oleh Dr Mahathir Mohamad (pemimpin kesayangan UMNO dan Barisan Nasional)sebelum meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan (nota: ia ditarik semula sebelumsempat satu jam berlalu
2
) ialah ‘memartabatkan’ pengaruh bahasa Inggeris untuk diajarkan dalamsubjek sains dan matematik kepada semua pelajar sekolah (malah kertas soalan peperiksaan juga akanditanyakan di dalam bahasa ini).Isu ini bagaimanapun menimbulkan kekecohan yang sangat tidak bersemangat
3
di kalangan sasterawan.Selain bantahan di dalam forum bahasa tersebut terdapat sebuah lagi forum bahasa anjuran DBP pada8 Jun 2002 yang antara lain disertai oleh penulis Uthaya Sankar SB, Zainal Rashid Ahmad, Nisah Harondan Ahmad Najib Ariffin dari Promuda. Beberapa kenyataan akhbar Pena dan GAPENA misalnya tidakdilayan mana-mana media secara sepatutnya (Laman TV3 Rabu 29 Mei dan berita-berita kecil mengenaibantahan itu memang ada termuat) dan satu-satu kain rentang membantah isu ini yang tidakdinyatakan secara langsung ialah di gantung di luar Rumah GAPENA. Kelompok muda dalam GAPENAiaitu SPMG dengan slogan mengembalikan suara penulis muda dan hasrat untuk menjadikan penulismuda sebagai
check and balance
dalam masyarakat juga tidak berkeok apa-apa. Bantahan lain terdapatdi dalam akhbar ada rencana yang ditulis antara lain oleh Salbiah Ani, puisi ‘panas’ Sutung Umar RS danDato Baha Zain di Berita Minggu 16 Jun lalu
4
. Lain dari itu kelihatannya langkah kerajaan itu akan tetapberjalan seperti biasa, seperti siang mengganti malam tidak dirunguti kebanyakan orang.
1
Hujung Mei lalu satu forum isu bahasa telah dianjurkan di Sudut Penulis DBP, di mana Dato’ Dr Hassan Ahmad,Dato Dr Nik Safiah Karim dan Profesor Dr Abdullah Hassan mengecam perlaksanaan ini. Pengerusi LembagaPengelola DBP Dato Abdul Rahim Bakar mengumumkan DBP akan menghimpun sejuta tandatangan untukmembantah polisi baru Kementerian Pendidikan ini.
2
Pada petang Sabtu 22 Jun 2002, Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatan dengan penuh dramatik dandisiarkan secara lintas langsung oleh kebanyakan saluran televisyen negara ini. Bagaimanapun oleh pujukan MTUMNO, Dr Mahathir dikatakan menarik balik keputusannya itu. Sila rujuk akhbar Berita Harian, MingguanMalaysia 23 Jun 2002 mengenai usaha pemujukan MT UMNO.
3
Jika dibandingkan dengan insiden pembentangan fasal 152 di parlimen ketika zaman Tunku Abdul Rahman Putraal-Haj dahulu, insiden ini langsung tidak mempunyai apa-apa impak. Insiden fasal 152 telah mendorong perarakanKeranda 152 ke rumah Perdana Menteri dipimpin antara lain oleh Allahyarham Dato’Usman Awang. Sasterawantelah berhimpun di Balai Budaya DBP dan membakar akhbar dan sebagainya dan mencetuskan ilham untukUsman Awang menulis salah sebuah sajaknya yang terkenal berjudul ‘Keranda 152’.
4
Puisi berjudul Si Algojo Itu oleh Sutung Umar RS misalnya terdapat bait berbunyi ‘si algojo itu yang menerimanasihat silap, kini sedang menyiapkan diri untuk meminum darah rakyat, sebelum rakyat sendiri bangun, untukmenghirup darah dan meratah dagingnya’. Puisi Dato Baha Zain berjudul Bahasa Maruah Bangsa pula antara lainterdapat bait provokatif seperti ‘aku lihat mereka sedang berkonspirasi merancang merenggut keluar lidah ibuku.’Atau bait ‘kerana kita rakyat biasa percaya kepada kekuasaan, mereka pemimpin setelah berkuasa mengkhianatikepercayaan.’
 
Page
2
of 
6
 Maka ada apa dengan bahasa Melayu? Jika subjek sains dan matematik akan diajarkan dalam bahasaInggeris, apa salahnya? Sudah tentu ada salahnya (meskipun tidak dinafikan ada betulnya). Kita akanmelihat dari sudut rasional, sejarah, orang-orang bahasa itu sendiri dan politik tempatan.Perlaksanaan ini dilakukan kerana penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar serta graduan bangsaMelayu dikatakan berada di tahap yang sangat lemah. Jika ini puncanya, sudah pasti ada pihak yangtertanya-tanya, bahasa Inggeris yang lemah maka diapakan pula bahasa Melayu? Penyelesaian tentulahmembabitkan bahasa Inggeris sahaja kerana itulah punca masalah. Dasar baru mungkin boleh dibentuk(jangan lupa sekolah adalah makmal dan pelajar-pelajar kita adalah radas, bahan kimia, kaki retot,penunu bansen untuk dibuat apa sahaja eksperimen). Jam pembelajaran bahasa Inggeris mungkin bolehditambah dan mungkin selama bertahun-tahun ini kurikulum bahasa Inggeris memang tidak berguna,cara pengajaran silap dan sebagainya. Tetapi yang diganggu tetap bahasa Melayu.Adalah bodoh menafikan kepentingan dan penguasaan bahasa Inggeris. Ia bahasa
dollar
dan bahasa
pound
sekarang ini. Sekian banyak ilmu terbenam tersingkap menerusi bahasa ini. Untuk menjadibangsa yang maju mencapai wawasan 2020 sudah tentulah bahasa Inggeris mesti dikuasai. Malahbukan bahasa Inggeris sahaja bahasa yang mesti kita kuasai, kita mesti menyediakan juga subjek bahasaPerancis, Itali, Jepun, Jerman (semua bahasa-bahasa negara G8 (negara maju)) dan bahasa Arab juga. Disitu juga terkandung tersembunyi segala rahsia ilmu pengetahuan yang mesti kita cungkil keluar, kitapelajari, kita kuasai dan memindahkannya ke Malaysia supaya negara kita betul-betul maju bukansahaja kerana tren laju dari stesen Sentral ke KLIA, KLCC, Proton, Langkawi dan sebagainya tetapi keranasegala ilmu pengetahuan dikuasai oleh bangsa Malaysia, kerana Hadiah Nobel dimenangi oleh rakyatMalaysia dari bidang fizik, kimia, perubatan, ekonomi dan apa sahaja. Akan tetapi ya bahasaInggeris…bahasa Inggeris…bahasa Inggeris.Perlaksanaan bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik memang tidak rasional kerana iamenurut fahaman utilitarian atau kepenggunaan. Pasaran dunia menuntut penguasaan bahasa Inggerisyang baik maka justeru bahasa Inggerislah yang harus kita pulun. Apa kata pasaran dunia berubah dimana bahasa Korea menjadi juara, bahasa Manadarin dan Kantonis menjadi penting (jangan lupa AsiaJauh ini dipengaruhi oleh China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura) atau tiba-tiba India Selatan menjadisangat berpengaruh dalam tempoh sepuluh tahun. Ya, apa kata kita ajar sains dalam bahasa Tamil danmatematik dalam bahasa Mandarin. Kita risau jika mereka tidak boleh berbahasa bahasa-bahasa inikelak mereka dan negara kita tercicir jauh. Adakah kita mesti mengikut kehendak pasaran, adakahsistem pendidikan kita ditentukan oleh turun naik pasaran saham?Yang menjadi ia tambah tidak rasional ialah kerana pertama, guru-guru bahasa Inggeris kita sendirikekekurangan. Kemudian diminta guru-guru mengajarkan anak-anak dengan bahasa Inggeris untuksubjek sains dan matematik yang cukup memeningkan kepala itu. Kedua, jika benar ia bertujuan untukmeningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, mengapa subjek sains dan matematik yang banyak formuladan angka itu terpilih? Ajarilah sejarah atau alam dan manusia dengan bahasa Inggeris dan ajarkansahaja bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris atau buat sahaja aliran Inggeris.Dari sudut sejarah, (maaf pelaksana dasar memang banyak membaca sejarah dan mengkajinya, tetapicuma ingin mengingatkan lagi). Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi menunjukkan pengaruhnyasejak abad pertama masehi menurut seorang pengkaji Robert Blust. Ketika itu bahasa Melayu dinamai
 
Page
3
of 
6
 sebagai bahasa pasar. Ia menjadi
lingua franca
perdagangan dan sosial di dunia sebelah sini
5
. FrancoisValentyn yang melawat Melaka dan menulis buku
Oud en Nieuw Oostindien II Del V
di akhir abad ke 17menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa perdagangan yang penting di rantau sini sehinggamenyifatkannya sebagai bahasa Perancis di Eropah. Kehebatan bahasa Melayu menyebabkan AntonioPigafetta yang berbangsa Itali menyusun kamus Melayu-Itali dalam tahun 1522
6
.Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pula telah unggul sejak tahun 673 sebelum masehi di manaPendeta I Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha, telah menuntut di Sriwijaya dan terpaksamempelajari bahasa Melayu untuk tujuan itu. Kemudian kekayaan khazanah peradaban bangsa Melayuterserlah ketika era Syeikh Abdur Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin Raniri, Syeikh Muhammad ArshadBanjar (tidak pelu dijejerkan sekian ramai nama kerana ‘mereka’ lebih tahu) dan lain-lain lagi
7
.Kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris tidak sampai menyebabkan bahasa Melayutersingkir (berbanding kedatangan Sepanyol dan Portugal ke Amerika Latin telah merubah terus bahasapenghuni rantau tersebut) ini menurut Hassan Ahmad berlaku kerana bahasa Melayu yang sangatkukuh bertapak itu tidak diganggu dalam sistem pendidikan. Dalam erti kata lain, Portugis atau Inggeristidak membawa sistem pendidikan mereka ke sini. Atapun memaksa pengajaran tertentu dalam sistempendidikan dengan bahasa mereka. Justeru bahasa Melayu dapat bertahan sehingga melahirkanintelektual seperti Abdullah Munshi, Raja Ali Haji dan membawa ke era Pujangga Baru di Indonesia danzaman Rashid Talu, Abdullah Sidek dan Syed Syeikh al-Hadi di Semenanjung
8
. Tetapi adalahmenyedihkan kita tidak perlu Alfonso de Albuquerque, J.W.W Birch, Stamford Raffles, James Brookedan lain-lain penjajah untuk melakukan itu semua sebenarnya.Setelah melihat dari sudut logik semasa dan sejarah, adalah penting juga untuk menyalahkan paraseniman, penulis, GAPENA, DBP dan siapa sahaja yang berkait dengan bahasa Melayu ini juga. Apa katakita mulakan dengan menuding jari kepada ASAS 50 yang bertanggungjawab memperjuangkanmengenepikan tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebagai warisan Melayu-Islam tidak dapat tidak bergandingandengan bahasa Melayu itu sendiri. ASAS 50 entah kerana apa jijiknya dengan tulisan Jawi telah menolaktulisan Jawi dan mahukan tulisan Rumi diajari di sini
9
.Kemudian apabila Dr Mahathir menyarankan supaya bidang sains dan teknologi diajari dengan bahasaInggeris dan kabinet mempersetujuinya sejak tahun 1993
10
lagi (tidak ada sebarang bantahan dariGAPENA, DBP, Pena) direkodkan yang boleh ditemui untuk dijadikan rujukan tulisan ini. Kemudianapabila Menteri Pendidikan Dato Najib Tun Razak mengisytiharkan pembelajaran kursus sains danteknologi dalam bahasa Inggeris di IPTA pada 22 Jun 1995, beliau telah membuat pengumuman inisebelum penggubalan semula sebarang akta. Bermakna beliau telah membuat pengumuman ini ketika
5
Hassan Ahmad, Bahasa melayu sebagai teras peradaban Malaysia, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia,KL, hlm. 7.
6
Abdul Aziz Deraman, Bahasa asas pembinaan tamadun bangsa, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, KL,hlm. 3-4.
7
ibid., hlm. 5 dan 7.
8
Hassan Ahmad, Bahasa melayu sebagai teras, hlm. 6 passim.
9
Lihat Memoranda Angkatan Sasterawan 50,1962, Oxford University Press, KL, hlm. 14 & 27.
10
Berita Harian 28 Disember 1993 dan Utusan Malaysia 28 Disember 1993.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

mahukah kita memartabatkan bahasa melayu..

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...