You are on page 1of 5

KAW 3312 – MEKANIK TANAH I (NOTA RINGKAS)

OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini pelajar akan memahami beberapa tajuk dalam mekanik tanah
yang menjadi asas kepada kursus-kursus kejuruteraan geoteknik yang seterusnya.
SINOPSIS
Kursus ini merangkumi takrifan, pengenalpastian, pengkelasan dan pemerihalan
tanah, air dalam tanah, tegasan-tegasan dalam tanah, permadatan, kebolehmampatan
dan pengukuhan.
(This course contains definitions, identification, classification and description
of soils, water in soils, stresses in soils, compaction, compressibility and
consolidation.)
1. PENGENALPASTIAN & PENGENALAN TANAH
1.1 PENGENALAN
Tanah adalah merupakan salah satu daripada bahan yang tertua tetapi penting dalam
kejuruteraan awam. Hampir kesemua pembinaan kejuruteraan awam dibina di atas
tanah. Ada juga yang dibina dengan tanah itu sendiri seperti benteng dan empangan.
Sebagai bahan kejuruteraan, jurutera perlu memahami sifat-sifat mekanikal.
Tanah adalah merupakan bahan kejuruteraan yang agak luar biasa. Ini adalah oleh
kerana sebagai bahan semula jadi, ianya telah mengalami satu proses pembentukan
yang agak kompleks. Oleh itu tanah jarang sekali homogen mahupun isotrop. Dan pada
sebarang lokasi selalunya terdapat beberapa lapisan atau stratum tanah yang
berlainan jenis dengan sifat-sifat mekanikal yang tidak serupa.
Dalam kejuruteraan tanah ada tiga sifat-sifat mekanikal utama tanah yang selalunya
diambilkira dalam analisis. Sifat-sifat mekanikal tersebut ialah (i) kekuatan
tanah (kejeleketan, c dan sudut geseran, φ), (ii) kebolehmampatan tanak (pekali
kebolehmampatan, mv) dan (iii) kebolehtelapan tanah (pekali kebolehtelapan, k dan
pekali pengukuhan cv). Sama seperti dengan cadang kejuruteraan yang lain, sifat-
sifat mekanikal tanah juga ditentukan dengan ujian-ujian mudah seperti ujian kotak
ricih, ram ricih dan tiga paksi untuk kekuatan, ujian odometer untuk
kebolehmampatan, dan ujian meter telap dan pengepaman untuk kebolehtelapan.
Di samping ujian-ujian untuk menilai sifat-sifat mekanikal tanah seperti yang
diperihalkan di atas, pengenalpastian dan pengelasan tanah juga penting dalam
kejuruteraan tanah. Dalam pengertian yang mudah, tanah kejuruteraan boleh
ditakrifkan sebagai bahan yang berada di antara tanah atas (tanah pertanian) dan
batuan dasar. Dan komponen tanah kejuruteraan ini boleh dikelaskan berdasarkan
saiz bijiannya seperti berikut:
1
Batuan tonggol : > 60mm
Kerikil : 2 – 60mm
Pasir : 0.06 - 2mm
Kelodak : 0.002 – 0.06mm
Tanah liat : < 0.002 mm
Tanah berbijian kasar (tanah tak jeleket) ialah sebutan bagi tanah-tanah yang
terdiri daripada kerikil dan pasir. Sementara tanah berbijian halus (menjeleket)
ialah sebutan bagi tanah-tanah yang terdiri daripada kelodak dan tanah liat.
Peratusan komponen tanah berbijian kasar boleh ditentukan dengan ujian ayakan
(kaedah analisis ayak basah dan ayak kering). Sementara peratusan komponen tanah
berbijian halus boleh diagih dengan menggunakan teknik ujian pengendapan (kaedah
pipet dan hidrometer).
Bagi tanah-tanah berbijian kasar, saiz bijiannya memain peranan yang penting dalam
menentukan sifat-sifat mekanikal tanah. Sementara itu bagi tanah-tanah yang
berbijian halus pula, sifat-sifat mekanikalnya ditentukan oleh kandungan air asli
dan kejeleketan yang ada di dalam tanah. Oleh itu bagi tanah-tanah yang berbijian
halus ini, ujian-ujian indeks perlu dilakukan. Ujian-ujian indeks yang dimaksudkan
di sini termasuklah ujian had cecair, ujian had plastik dan ujian had kecutan.
1.2 KEHUBUNGAN FASA TANAH
Dalam mekanik tanah, tanah ditakrifkan sebagai terdiri daripada tiga fasa seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 iaitu:
(a) pepejal (bijian) tanah
(b) air
(c) udara
Tanah dikatakan sebagai tepu sekiranya lompang tanah penuh diisikan dengan air
(iaitu tanpa ada udara). Dan tanah dikatakan sebagai kering sekiranya lompang
tanah hanya berisi udara. Tetapi sekiranya lompang tanah berisi air dan udara,
maka tanah dikatakan sebagai separa tepu.
Sebutan-sebutan kehubungan fasa yang selalunya digunakan dalam mekanik tanah
ditakrifkan seperti berikut:
Keliangan, n VVjumlahisipadulompangisipaduv== (1.1)
Nisbah lompang, nnVVpepejalisipadulompangisipadusv−===1e (1.2)
2
Isipadu tentu, V = jumlah isipadu yang mengandungi isipadu unit pepejal
= 1 + e (1.3)
Darjah ketepuan, Sr = swVVlompangisipaduairisipadu= (1.4)
= 0 (untuk tanah kering)
= 1 (untuk tanah tepu)
Kandungan udara, A = VVjumlahisipaduudaraisipadua= (1.5)
Seterusnya dengan memperkenalkan berat unit air γw dan graviti tentu Gs,
kehubungan berikut boleh diterbitkan seperti berikut:
Berat unit, γ = )1()(eeSGisipadujumlahberatjumlahrsw++=γ (1.6)
Berat unit tepu, γtepu = )1()(eeGsw++γ (1.7)
Berat unit kering, γd = γw Gs / (1-e) (1.8)
Kandungan air, w = swWWpepejalberatairberat= (1.9)
Rajah 1.1 : Fasa tanah
1.3 PRINSIP TEGASAN BERKESAN
3
Prinsip tegasan berkesan adalah merupakan dasar kepada mekanik tanah klasik.
Takrifan tegasan berkesan dalam bentuk umum seperti yang diberi oleh Terzaghi
adalah seperti berikut:
σ’ = σ - u (1.10)
di mana, σ’ = tegasan berkesan (normal dan mengufuk)
σ = tegasan jumlah (normal dan mengufuk)
u = tekanan air liang
Perhatikan dalam persamaan 1.10 di atas, kesan utama tekanan air liang ialah untuk
mengurangkan daya-daya sentuhan antara zarah-zarah tanah. Seterusnya kehubungan
antara tegasan normal dan mengufuk diberi seperti berikut:
Tegasan mengufuk berkesan:
σ
σ
H’ = ko σv’ (1.11)
di mana ko ialah pekali tekanan tanah tak bergerak (ko = 1- sin φ)
Dengan itu tegasan mengufuk jumlah:
σH = σH’ + u (1.12)
Tegasan tegak berkesan:
v’ = σv - u (1.13)
di mana, σv = γz
(γ ialah berat unit tanah, dan z ialah kedalaman yang diambil kira)
Perhatikan bahawa dalam persamaan di atas, tekanan air liang, u ialah kuantiti
yang skalar. Oleh itu, ia bertindak dalam semua arah dengan magnitud yang sama.
Air tidak boleh merintang tegasan ricih. Oleh itu tegasan ricih pada sebarang
satah tidak akan dipengaruhi oleh air. Dengan itu nilai tegasan ricih berkesan
adalah sama dengan nilai tegasan ricih jumlah.
1.4 TEORI KEADAAN GENTING
Teori keadaan genting (critical state) ialah satu percubaan untuk mengadakan
kehubungan antara kekuatan ricih dengan nisbah lompang tanah, dalam bentuk model
yang boleh digunakan untuk kesemua jenis tanah. Model keadaan genting ini telahpun
dicipta di Universiti Cambridge oleh Roscoe et. al. dalam tahun 1958.
Salah satu daripada model keadaan genting ialah model Cam Clay. Model ini
menggambarkan kelakuan tanah liat apabila dikenakan perubahan dalam tegasan dan
4
terikan. Model Cam Clay ini sebenarnya ialah model anjal-plastik. Dalam model ini
tokokan terikan dibahagikan kepada komponen anjal dan komponen plastic, iaitu:
dεv = dεve + dεvp (1.16)
dεs = dεse + dεsp (1.17)
di mana dεv = tokokan terikan isipadu
dεs = tokokan terikan ricih
superskrip e = anjal
superskrip p = plastik
Terikan anjal adalah kecil dan boleh balik sekiranya beban (tegasan) disingkirkan.
Tetapi terikan plastik tak boleh pulih (tak boleh balik) dan kebiasaannya
mempunyai magnitud yang lebih besar berbanding dengan terikan anjal. Rajah 1.2
menunjukkan londar alah untuk Cam Clay. Selagi titik-titik tegasan berada di dalam
permukaan alah ini (Rajah 1.2), terikannya hanya mempunyai komponen anjal sahaja,
dan dεve = dεsp = 0. Tetapi sekiranya titik tegasan melewati permukaan alah ini
maka terikan plastik tak boleh pulih yang besar akan terjadi. Bentuk permukaan
alah ini diandaikan sebagai diberi oleh persamaan berikut.
q = m p’ ln ( pc’ / p’) (1.18)
di mana q = σ 1’ - σ3’
p’ = σ1’ + 2σ3’
3
m ialah angkatap geseran. Pc ialah tegasan pengukuhan berkesan. Pc mungkin berubah
bergantung kepada sejarah tegasan yang dikenakan kepada tanah di masa yang lepas.
Terikan isipadu anjal boleh ditentukan daripada cerun garisan ampul - lihat Rajah
1.3, dan formulanya diberi seperti berikut:
dε v e = k dp’
V p’ (1.19)
Di mana k ialah angkatap untuk tanah yang diberi (cerun garis ampul). V ialah
isipadu tentu (1+ e), iaitu jumlah isipadu yang mengandungi unit pepejal. Terikan
anjal kemudiannya boleh ditentukan dengan mengandaikan nisbah Poisson ν sebagai
malar.
dεse = )21('9)1(2vpvdqvk−+ (1.20)
Nilai-nilai isipadu tentu V boleh ditentukan daripada formula:
5
V = N - λ ln pc – k 1n (p’/ pc) (1.21)
Di mana N ialah nilai V untuk tanah terkukuh normal secara isotrop pada p’ = 1.0
kN/m2
(1n 1.0 = 0) dan λ ialah cerun garisan mampatan dara (lihat Rajah 1.3).
Seterusnya apabila titik tegasan berada pada permukaan alah, kedua-dua terikan
anjal dan plastik akan berlaku. Dan magnitud terikan anjal dan terikan plastik ini
diberi oleh persamaan berikut:
dεsp = (λ - k) (Vpmdqdppqm')')'/(+−) (1.22)
dεsp = dε pv
___________ (1.23)
(m – q / p’)
Rajah 1.2: Londar alah untuk Cam Clay
6
Rajah 1.3 : Pengukuhan 1-Dimensi dan pengukuhan isotrop
2. KEBOLEHMAMPAAN & PENGUKUHAN
2.1 ANALISIS ENAPAN
Beban yang dikenakan pada tanah boleh mampat (contoh tanah liat) akan menghasilkan
enapan yang berjulat daripada beberapa millimeter kepada beberapa meter,
bergantung kepada magnitude tegasan (beban) kenaan, pekali kebolehmampatantanah,
mv dan kedalaman stratum boleh mampat tersebut. Tempoh pergerakan ini juga berbeza
daripada hanya beberapa bulan kepada beberapa tahun bergantung kepada
kebolehtelapan tanah.
Enapan terdiri daripada empat komponen seperti berikut:
ρ = ρ u + ( ρ y ) + ρ c + ρ s (2.1)
di mana,
= enapan jumlah ρ
ρ
ρ
ρ
u = enapan tak bersalir atau ‘ segera’
ρy = tambahan kepada enapan tak bersaslir disebabkan oleh tegasan tempatan
lebih atau ‘ pengalahan’
c = enapan pengukuhan
s = enapan sekunder atau ‘rayapan’
7
Disebabkan asas jarang sekali direkabentuk untuk faktor keselamatan yang kurang
daripada 2.5, maka biasanya ρy dan ρs diabaikan. Dengan ini persamaan 2.1 di atas
permukaan menjadi:
ρ = ρ u + ρ c (2.2)
Dalam praktis enapan selalunya dianggar dengan menggunakan teori atau dimensi.
Kaedah klasik ini telah pun dicadangkan oleh Terzaghi dalam tahun 1943, dan diberi
seperti berikut.
ρ = Σ m v Δ σ v dh (2.3)
di mana,
m v = pekali kebolehmampatan tanah (m2/ MN)
Δσv = tokokan tegasan tegak (kN/ m2)
dh = ketebalan lapisan boleh mampat (m)
ρ = enapan satu dimensi ( diandaikan sama dengan enapan pengukuhan
(enapan jumlah) dengan ρ u = 0), mm.
Pekali kebolehmampatan tanah, m v pada kebiasannya ditentukan dengan ujian
odometer makmal. Sementara tokokan tegasan tegak hasil daripada pembebanan tapak,
Δσv dianggar dengan menggunakan teori anjal.
Tokokan tegasan tegak di bawah penjuru tapak segiempat bolehlentur yang terbeban
seragam (Rajah 4.1) boleh dikira dengan persamaan berikut.
Δσv = q Ir (2.4)
(q ialah keamatan beban kenaab (kN/m2) dan Ir ialah pekali pengaruh)
)1())1(21tan)1()1()2()1(24122121222222222222222nmnmnmmnnmnmnmnmnmmnIr−++++−+++++++
++++=π
(2.5)
di mana,
m = B/z } (m dan n boleh saling tukar)
n = L/z }
B = lebar tapak
L = panjang tapak
Z = kedalamanan di bawah penjuru tapak
Tokokan tegasan tegak di bawah titik yang selain daripada penjuru tapak boleh
ditentukan dengan menggunakan kaedah tindihan. Sebagai contoh, tokokan tegasan
tegak di bawah pusat tapak = 4 x tokokan tegasan tegak penjuru.
8
Dalam praktis kadar enapan pengukuhan biasanya dianggar berdasarkan teori satu
dimensi Terzaghi. Persamaan kebezaan yang menghubungkan tekanan air liang lebih,
posisi dan masa boleh diterbitkan seperti berikut. dtdudzudcv==2 (2.6)
cv ialah pekali pengukuhan (cv = k/mv γw, k ialah pekali kebolehtelapan tanah). cv
boleh ditentukan dengan ujian odometer makmal.
Persamaan 2.6 di atas boleh dinyatakan dalam bentuk penyelesaian matematik siri
Fourier untuk memberi nilai tekanan air liang lebih, uz, pada kedalaman z dan masa
t seperti berikut (ligat Rajah 2.2 dan 2.3)
viHnnozTMeHMzdzHMzuHu2000sinsin2(−=∫Σ== (2.7)
di mana,
H = ketebalan lapisan boleh mampat (juga panjang laluan penyaliran untuk
aliran dalam satu arah sahaja)
ui = tekanan air liang lebih mula
M = (2n+1)π/2 dan n ialah integer positif
Tv = faktor masa (Tv = cv t/H2)
t = masa
Darjah pengukuhan U, pada sebarang waktu t, boleh diungkapkan seperti berikut.
U = ρt/ρ = enapan pada masa t/enapan akhir jumlah (2.8)
Untuk sebarang lapisan dz, pada masa t, tambahan tegasan berkesan pada kedalaman z
ialah Δσ (Δσ = ui – uz).
Dengan itu enapan pada sebarang waktu, t:
∫∫−=Δ=HHzivvtdzuumdzm00)(σρ (2.9)
Dan enapan akhir
ρ = mv (ut + ub – ut) ) H (2.10)
2
Untuk kes di mana ui tidak berubah dengan kedalaman (iaitu ut = ub), darjah
pengukuhannya U boleh ditulis seperti berikut:
9
Σ==−−=0002221nnTMveMU (2.11)
Dan untuk kes di mana ui = (ua – ut ) z
H
vnntbTMeMMuuU20003)sin)(2(1−−−=Σ== (2.12)
____________________
(ub-ut) / 2
Rajah 2.1: Kawasan terbeban segi empat
10

You might also like