You are on page 1of 26

1.

Pantun- Negaraku Tercinta


Serikandi handal bermain senjata, Bijak pula bermadah seloka: Aman harmoni negara tercinta, Berkat usaha sejak merdeka. Segak bergaya pahlawan gagah, Mengembara sampai ke Andalusia; Di mata dunia terkenal megah, Barang buatan negara Malaysia. Mudik ke hulu berkayuh sampan, Nakhoda belayar ke Pulau Jawa; Tanah airku pusaka warisan, Relaku korban harta dan nyawa. Jika tuan pergi ke kota, Jangan lupa membeli cendawan; Negara kita tanggungjawab kita, Jadi teras pemupuk perpaduan.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

2.Pantun- Anak
Kanak-kanak bermain di taman, Bersorak-sorai kelihatan riang; Anak dibesar penuh kemesraan, Agar menjadi insan cemerlang. Pergi ke pekan membeli sejadah, Sebagai hadiah kepada teman; Hormati ibu dan juga ayah, Budi mereka tiada tandingan. Gundah hati dilamun asmara, Gelak tawa melindung duka; Setiap kata dibisik mesra, Usia yang tua mudah terluka.

Duduk bersimpuh mendengar cerita, Cerita mengenai uda dan dara; Bantuan dihulur tanpa diminta, Hari tua sentiasa sejahtera.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

3.Pantun- Alam Sekitar Berjalan-jalan membawa raga,


Ternampak seekor rama-rama; Alam sekitar perlu dijaga, Supaya kekal selama-lama. Pergi berjalan di Alor Setar, Ingin mencari minyak gamat; Bersih sungguh alam sekitar, Hidup kita akan selamat. Suka bermain ikan pelaga, Sambil bermain mendengar lagu; Alam sekitar jika tidak dijaga, Kesihatan kita akan terganggu. Sambil menulis makan betik , Kertas ditulis terkena dakwat; Apabila alam sekitar cantik, Ramai pelancong akan melawat. Rajin mencari ilmu pendidikan, Akan menjadi orang berguna; Jika alam sekitar dirosakkan, Hidup manusia akan merana.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

4.Pantun-Peribadi mulia
Cahaya bersinar di pekan Meranti, Tambah ceria suasana desa; Hidup di dunia harus berbakti, Kelak nama disanjung sentiasa. Hujung minggu pergi ke kota, Melihat keunikan sebuah istana; Hindari diri daripada sengketa, Jiwa tenteram tiada merana. Indah bersinar cahaya bulan, Malam gelita bertukar terang; Ziarah-menziarahi jadikan amalan, Asas pemupukan masyarakat penyayang. Lemah gemalai gerak tari, Menghibur hati waktu duka; Caci-mencaci perlu dihindari, Pasti hati tiada terluka.

Putih berseri bunga melati, Hiasan sanggul anak Cik Yahya; Janji termeterai harus ditepati, Setiap masa orang percaya.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

5. Pantun-Masyarakat
Pergi berehat di tasik Bera, Terlihat sekawan anak rusa; Tutur kata sopan dan mesra, Menjadi lambang sesuatu bangsa. Cincin dipakai bersalut suasa, Sebagai perhiasan tetap menawan; Sikap kedekut jauhi sentiasa, Masyarakat penyayang jadikan amalan. Indah permai suasana desa, Hati yang rawan terasa gembira; Perpaduan kaum dipupuk sentiasa, Harapan menggunung pemimpin negara. Beli gula barang sekati, Untuk manisan waktu berbuka; Rakyat setia sentiasa berbakti, Negara aman kekal merdeka.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

6.Pantun -Guru
Bola ragbi bentuknya bujur, Dimainkan orang di tengah padang; Guru yang bertugas dengan jujur Akan dihormati oleh semua orang. Buat kerja jangan bertangguh, Bimbang nanti ditimpa padah; Guru mengajar bersungguh-sungguh, Pengetahuan murid akan bertambah. Bila bergurau jangan berkelahi, Bermaafan pada pagi hari raya; Nasihat guru perlu dipatuhi, Murid pasti akan berjaya. Anak ikan di dalam raga, Ikan dimasak asam laksa Guru kita pasti berbangga, Jika muridnya lulus periksa. Garam dicampur secukup rasa, Gulai dikacau perlahan-lahan; Hormatilah guru sepanjang masa, Hidup kita diberkati tuhan.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

7. Pantun-Nasihat
Kalau tuan pergi ke Melaka, Jangan lupa membeli gula; Ikut nasihat ibu dan bapa, Supaya senang di hari muka. Mari menanam bunga seroja, Seroja ditanam di laman raja; Jika hidup ingin berjaya, Terus usaha jangan putus asa.

Kalau hendak melentur buluh, Jangan dipilih yang sudah tua; Rajin belajar bersungguh-sungguh, Agar kita beroleh jaya.

Buah nyiur si buah kelapa, Isinya manis tidak terkira; Jangan derhaka ibu dan bapa, Kelak hidupmu ditimpa bencana.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

8.Pantun- Kewajipan
Burung layang-layang terbang di awan, Nelayan turun menangkap ikan; Baik-baik bila berkawan, Akhlak mulia mesti diutamakan.
Sehari sudah lesu berpuasa, Hidangan berbuka sudah tersedia; Jangan kamu membazir masa, Mulai beribadat semasa belia.

Pergi ke pekan mengepos surat, Surat dipos untuk Salim; Wajib manusia menutup aurat, Terutama pada wanita muslim.

Roti bakar airnya bandung, Jadi hidangan cucu panglima; Biarpun kaya bergedung-gedung, Tidak sembahyang tiada gunanya.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

9.Pantun-Kehidupan
Harum baunya bunga cempaka, Kembang sekuntum di hujung dahan; Sungguh cantik bunga mawar, Berbuat baiklah sesama manusia, Segala yang buruk segera tinggalkan. Dipetik sekuntum dara jelita; Hidup kita hendaklah bersabar, Menghadapi dugaan dengan waspada. Merah warnanya bunga raya, Dipilih menjadi bunga kebangsaan; Bantu-membantu amalam mulia, Kerja yang berat menjadi ringan.

Bunga orkid banyak ditanam, Sudah terkenal di seluruh dunia; Jika hidup aman tenteram, Barulah kebahagiaan akan menjelma.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

10.PANTUN- Budi
Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

11.PANTUN-Guruku
Silat gayung pembuka majlis, Majlis menyambut wira pulang; Murid diajar membaca menulis, Supaya pandai lagi cemerlang. Wangi sungguh bau gaharu, Gaharu dibawa dari pekan; Rajin dedikasi sikap guru, Masa tenaga tidak dihiraukan. Dari Kuantan pergi ke Pekan, Singgah membeli bunga dahlia; Tiap ketika mengajar kebaikan, Agar murid berakhlak mulia. Indah sungguh laut membiru, Suasana aman mengusik rasa; Sungguh besar jasamu guru, Tidak kulupa sepanjang masa.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

12.PANTUN- Jasa Perwira


Mengindang padi penuh berisi, Si Dara mengindang sambil berhibur; Semangat perwira kita warisi, Musuh datang kita gempur. Merendang tumbuhnya pohon cemara, Berteduh Si Dara menatang baki; Setiap langkah harus waspada, Taktik musuh kita selidiki.

Setia ara janganlah diragu, Tidaklah setanggi menongkah cemara, Walau akarnya berpaut di dahan; Harum setanggi membawa khabar; Keamanan sejagat tidak diganggu, Tidaklah tercemar maruah bangsa, Kekalkan perpaduan, elakkan Sejarah silam menjadi iktibar. permusuhan. Kilauan emas tidak terkira, Emas ditempa Si Manis Melati, Usah dilupa jasa perwira, Untuk negara mereka berbakti.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

13.Pantun Joget Pahang


Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli barangan; Kami mengucap selamat datang, Apa yang kurang dikeji jangan. Negeri Pahang aman sentosa, Kaya dengan tumbuh-tumbuhan; Niat di hati nak buat jasa, Mudah-mudahan tuhan kabulkan. Pukullah gendang kulit kerbau, Dalam majlis tari-menari; Kami ini daganglah merantau, Mengharap belas orang di sini.

Muka depan C

Tamat

Jawapan

Teruskan

Jawapan Pantun Negara Tercinta


Usaha para pejuang dahulu dalam mencapai kemerdekaan perlu dihargai Bersatu padu akan mengekalkan keamanan Barang buatan Malaysia juga berkualiti serta setanding dengan barangan buatan luar negeri.Utamakan barangan buatan negara kita. Sebagai seorang rakyat harus sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berkorban demi negara. Tanggungjawab menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab semua. Gemblengan tenaga akan mewujudkan satu kekuatan yang hebat

Muka depan C

Tamat

Pantun 1

Teruskan

Jawapan Pantun Anak


Sebagai seorang anak wajib mematuhi dan mentaati kata ibubapa Jika inginkan kejayaan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh Tidak boleh berputus asa Orang yang malas akan kerugian Anak tidak boleh menderhakai orang tuanya Balasan yang setimpal akan diterima oleh anak derhaka
Muka depan C Pantun 2 Teruskan

Tamat

Jawapan Pantun Alam Sekitar


Jagalah keindahan dan kesucian alam sekitar Alam yang terjaga akan menjamin kesejahteraan hidup Jagalah kebersihan alam sekitar Persekitaran yang bersih dan menarik dapat menarik perhatian pelancong Kita akan musnah sekiranya tidak menjaga alam sekitar

Muka depan C

Tamat

Pantun 3

Teruskan

Jawapan Pantun Peribadi Mulia


Bersedia untuk berbakti kepada negara Jangan suka bersengketa sesama manusia Kita perlu ziarah-menziarahi sesama manusia untuk mengeratkan hubungan Elakkan daripada mencaci dan merendahkanrendahkan maruah orang lain-tersinggung Mesti tepati janji Kita akan dihormati jika berbudi mulia

Muka depan C

Tamat

Pantun 4

Teruskan

Jawapan Pantun Masyarakat


Bahasa mencerminkan bangsa. Kita perlu menjaga kesopanan dan kesusilaan agar dihormati oleh orang lain. Kemesraan akan mengeratkan perhubungan sesama manusia. Jangan bersikap tangkai jering. Bermurah hati dengan membantu mereka yang memerlukan bantuan. Tanamkan perasaan kasih-sayang sesama kita-dapat mengelakkan persengketaan Rakyat perlu bersatu padu dan mematuhi pemimpin yang baik Rakyat perlu sedia berbakti ,untuk memastikan negara terus maju dan kekal merdeka.

Muka depan C

Tamat

Pantun 4

Teruskan

Jawapan Pantun Guru


Kerja guru adalah satu tugas yang mulia Kita perlu menjalankan tugas dengan penuh kejujuran dan amanah Guru yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi akan dapat mempertingkat pencapaian muridnya Sebagai murid perlu mematuhi ,menghormati serta mendengar nasihat guru. Murid yang mendengar nasihat dan belajar bersungguhsungguh pasti akan mencapai kejayaan Pencapaian murid yang cemerlang akan menjadi kebanggaan guru.
Muka depan C Pantun 6 Teruskan

Tamat

Jawapan Pantun Nasihat


Anak-anak mesti patuh nasihat ibubapa Kita mesti belajar bersungguh-sungguh Jangan lekas berputus asa Perlu berusaha dengan gigih Jangan menderhakai ibubapa Setiap perbuatan buruk dan baik akan diberi balasan yang setimpal daripada tuhan
Muka depan C Tamat Pantun 7 Teruskan

Jawapan Pantun Kewajipan


Jadilah rakan/teman yang baik Carilah kawan yang berakhlak mulia Orang Islam wajib menutup aurat terutamanya kaum wanita Jangan suka membuang masa Belajarlah beribadat sejak dari kecil Kekayaan tidak menjamin masuk ke syurga Wajib bersembahyang kerana sembahyang itu tiang agama
Muka depan C Tamat Pantun 8 Teruskan

Jawapan Pantun Kehidupan


Berbuat baiklah sesama manusia Tinggalkan perkara yang buruk Bantu-membantu akan dapat memudahkan kerja Kasabaran sangat penting dalam kehidupan Keamanan akan menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup
Muka depan C Tamat Pantun 9 Teruskan

Jawapan Pantun Budi


Budi yang baik patut dikenang Jadilah manusia yang baik Manusia tidak suka orang yang tidak bermoral Harta kekayaan tidak begitu berharga jika dibandingkan dengan budi pekerti mulia Jangan memandang harta-benda
Muka depan C Tamat Pantun 10 Teruskan

Jawapan Pantun Guruku


Murid-murid perlu belajar dan menjadi orang yang pandai Seorang guru mestilah rajin dan berdedikasi Guru yang baik tidak akan menghiraukan masa dan tenaga yang dicurahkan Jangan lupa jasa dan pengorbanan yang guru berikan Kita hendaklah berkelakuan baik dan membentuk peribadi yang terpuji Berilah didikan yan baik kepada anak-anak
Muka depan C Tamat Pantun11 Teruskan

Jawapan Pantun Jasa Perwira


Kita mesti berani menetang musuh Jangan cemari maruah bangsa kita Jadikan peristiwa lalu sebagai teladan Kita mesti berwaspada selalu dengan musuh Rakyat sesebuah negara perlu kekalkan perpaduan untuk menjamin keamanan. Jangan suka bersengketa Kita harus mengenang jasa pejuang-pejuang negara
Muka depan C Tamat Pantun 12 Teruskan

Jawapan Pantun Joget Pahang


Ucapkanlah salam perkenalan dan bersikap ramah dengan orang lain Jangan suka mengeji keburukan orang lain Belajarlah berbuat jasa kepada negara Berdoalah kepada tuhan Kita mesti mempunyai perasaan belas kasihan dan simpati Orang perantau tidak boleh bersikap sombong sebaliknya kita perlu merendah diri dan berbudi bahasa supaya disenangi semua pihak
Muka depan C Tamat Pantun 13 Teruskan

You might also like