You are on page 1of 3

REFLEKSI OLEH : Norhayati bt Asri

Bagi mahasiswa pendidik pengkhususan Sains Semester 6 IPG Kampus Pulau Pinang, terdapat keperluan sukatan pelajaran subjek SCE 3111 yang perlu dipenuhi. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah tugasan projek yang melibatkan subjek yang kami pelajari iaitu Penilaian Dalam Pengajaran Sains.

Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan berempat. Jadi kami perlu duduk berkumpul dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan ini. Setelah mencapai kata sepakat jadi kami telah membahagikan tugasan mengikut kriteria yang telah kami susun dan atur. Apa yang telah saya pelajari adalah perbincangan dalam kumpulan adalah penting untuk mencapai suatu kata putus. Dari sini juga kami menjadi bertambah mesra daripada sebelumnya.

Selain itu, sebagai seorang bakal guru juga saya perlu mengambil kira juga mengenai pentadbiran dalam peperiksaan kerana setiap guru pasti akan mengendalikan sama ada peperiksaan atau ujian yang kecil di sekolah. Jadi seeloknyalah setiap mahasiswa pendidik mempelajari dan mengetahui kriteria yang terdapat dalam pentadbiran peperiksaan.

Seorang guru perlu mengetahui selok belok peperiksaan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan dilaksanakan. Hal ini sangat penting kerana prosedur dalam pentadbiran peperiksaan perlu dituruti untuk memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan dan keberkesanan item yang ingin kita uji kepada muridmurid kita. Dengan berjaya dan berkesannya pentadbiran ujin ini maka keputusan yang bakal kita peroleh dapat dinilai dengan efisien dan meningkatkan kualiti pendidikan sekaligus meningkatkan kualiti modal insane yang bakal kita lahirkan.

Seterusnya seorang bakal guru juga perlu mengetahui dan membezakan antara peperiksaan atau penilaian berpusat dengan Penilaian Berasaskan sekolah. Jika dilihat secara kasar penilaian berpusat lebih merujuk kepada penilaian sumatif iaitu penilaian yang dilaksanakan selepas akhir satu unit pembelajaran, semester atau tahun. Peperiksaan berpusat ini biasanya dilaksanakan oleh organisasi luar dimana pentaksiran yang dirancang,dibina dan dilapor adalah Lembaga Peperiksaan sendiri dan bukannya piahak sekolah. Walaupun begitu pihak sekoalh tetap terlibat dengan pentadbiran dan penyimpanan rekod peperiksaan berpusat ini.

Bagi penilaian berasaskan sekolah pula atau lebih dikenali sebagai PBS, penilaian ini meliputi penilaian formatif dan juga sumatif. PBS ini meliputi komponen pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum yang mana merangkumi matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan modal insane yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek.

Merujuk kepada pengendalian PEKA di sekolah pula, sebagai seorang bakal guru sains amatlah penting untuk menguasai bahagian pengendalian Peka ini. Guru perlu mengetahui tugasan dan peranan yang perlu semasa pelaksanaan PEKA ini. Antaranya, guru merupakan pembekal maklumat kepada murid dimana guru perlu mengetahui selok belok dan mempunyai informasi yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan. Hal ini perlu supaya guru lebih bersedia untuk menjawab segala persoalan yang bakal diajukan oleh murid kepada beliau. Selain itu guru juga perlu menjadi penunjuk cara kepada murid sebelum murid melaksanakan aktiviti yang disediakan oleh guru. Jadi murid lebih jelas mengenai aktiviti yang dijalankan dan perjalanan aktiviti menjadi lebir lancar dan teratur.

Selain itu guru juga merupakan fasilitator kepada murid dimana guru perlu memantau dan memberikan tunjuk ajar kepada murid semasa aktiviti dijalankan. Melalui peranan ini guru sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan yang lebih mesra antara guru dan murid. Hubungan yang mesra antara guru dan murid lebih memudahkan pergerakan komunikasi dan penyampaian pengetahuan akan menjadi lebih efisien dan efektif.

Pelaksanaan PEKA ini juga menjadikan guru sebagai penilai terhadap kebolehan dan kemahiran yang ada pada murid. Dari aktiviti PEKA ini juga guru dapat melaksanakan pentaksiran auntetik dimana guru dapat menilai nilai dan sikap murid semasa menjalankan aktiviti PEKA. Pentaksiran auntentik ini penting untuk guru nilai kerana setiap kebolehan, kemahiran dan pencapaian murid merujuk pencapaian guru itu sendiri dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Jika murid dapat mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang digariskan oleh guru, maka seorang guru tersebut telah berjaya menyampaikan pengajarannya dengan baik.

Secara keseluruhannya, projek yang dilaksanakan ini sebenarnya sedikit sebanyak membantu para mahasiswa pendidik memperoleh ilmu dan pengalaman yang sangat berguna yang dapat diaplikasikan dalam dunia realiti pendidikan pada masa akan datang. Jadi saya sebagai seorang bakal guru akan lebih berusaha untuk mencari dan memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna bagi saya untuk menjadi guru yang serba mahir dalam pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan. Saya juga berharap saya dapat menjadi guru yang fleksibel dalam menghadapi apa jua cabaran dalam dunia pendidikan masa hadapan.

Guru cemerlang. Murid gemilang, sekolah dan Negara terbilang.

You might also like