You are on page 1of 33

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Literasi Bahasa ini tepat

pada masanya. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada, Puan Roselena Binti A. Karim pensyarah bimbingan bagi subjek Literasi Bahasa Melayu ( WAJ 3104) yang telah membimbing kami untuk menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan amat dihargai.Terima kasih kerana menegur kesilapan yang kami lakukan dan memberi peluang untuk saya membetulkan dan memperbaiki kesilapan dalam menghasilkan tugasan yang baik cemerlang dan berkualiti. Tidak dilupakan juga rakan-rakan sekelas opsyen Pengajian Islam PISMP Ambilan Januari 2012 yang telah banyak memberikan idea-idea dan cadangancadangan yang bernas sepanjang tugasan ini dilakukan. Ribuan terima kasih diucapkan. Hanya Dialah yang dapat membalas jasa dan budi rakan-rakan yang membantu menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini. Sekian. Terima kasih.

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

3-4

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

5-8

PROGRAM KIA2M (LINUS)

9-11

BONEKA

12 - 14

PANDUAN PENGGUNAAN BONEKA 1) LANGKAH PEMBUATAN BONEKA 2) CARA MENGGUNAKAN BONEKA 3) SINOPSIS CERITA 4) SKRIP CERITA 5) NILAI MURNI

15 - 26

REFLEKSI

27- 32

BIBLIOGRAFI

33

PENDAHULUAN
Sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Memahami bahasa haiwan merupakan satu

keistimewaan yang Allah berikan kepada Nabi Sulaiman. Hal ini menunjukkan bahawa haiwan juga tidak terkecuali mempunyai bentuk bahasa mereka tersendiri untuk berkomunikasi dan memahami sesama mereka. Oleh itu, sebagai manusia yang lebih tinggi darjatnya daripada haiwan, kemampuan untuk menguasai bahasa dengan baik, dapat mempengaruhi kita untuk menyampaikan pendapat, idea atau meluahkan perasaan dengan lebih baik juga.

1.1 Definisi Literasi Literasi (celik huruf atau kenal huruf) bermaksud keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud kemampuan untuk membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk berkomunikasi atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan

meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf dan seterusnya dapat bergaul dalam masyarakat. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menggariskan takrifan literasi ialah keupayaan mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta, menyampaikan, mengira dan menggunakan bahan cetak dan bertulis yang berkenaan dengan pelbagai konteks. Literasi melibatkan suatu kontinum (stuktur) pembelajaran untuk membolehkan seseorang individu mencapai matlamatnya, mengembangkan ilmu pengetahuan dan potensinya serta menyertai masyarakat yang lebih luas dan sepenuhnya.

1.2 Definisi Bahasa Terdapat berbagai-bagai definisi bahasa telah diberikan kepada oleh tokohtokoh bahasa dan linguistik. Antaranya adalah menurut Reed, C.A, 1994 bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. Menurut Simanjuntak 1978 pula bahasa ialah satu stuktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenangwenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat yang berhubung. Takrif sewenang-wenang atau arbitrari ini diterangkan oleh Asmah Haji Omar (1986) iaitu unit yang kita tuturkan adalah sebagai rumah itu bukanlah benda konkrit yang mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap dan pintu yang menjadi tempat kita berteduh tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Ini bererti, bendabenda konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh mempunyai lambang lain. Misalnya bait (bahasa Arab), house (bahasa Inggeris), het huis (bahasa Belanda) griya (bahasa Jawa Halus) dan seumpamanya. Konklusinya dapat dinyatakan bahawa bahasa pertuturan tidak mempunyai perkaitan dengan makna atau pengertian tulisan suatu kata itu.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


2.1 Teori Behaviorisme Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam

pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelazimann Operan. Teori ini dipelopori oleh B.F. Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanakkanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak untuk bercakap. B. F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semulajadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur iailah suatu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu rangsangan tindak balas. Apabila situasi ini sentiasa berulang maka tahap penguasaan bahasa kanak-kanak itu akan semakin berkembang dari hari ke sehari. Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi dapat merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya. Kesimpulannya, Teori Behaviorisme berlaku apabila pemerolehan bahasa dikuasai daripada pelaziman atau pengulaman. Persekitaran menjadi faktor utama membantu kanak-kanak menguasai bahasa. Ganjaran dan skim galakan juga menyokong penguasaan bahasa kanak-kanak.

2.2 Teori Mentalis Teori ini dikemukankan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat pemerolehan bahasa itu kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis ) yang menyatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semulajadi untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. ii. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ rendah memperoleh bahasa pada masa dan cara yang sama) iii. Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak iv. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut i. Wujudnya tiga unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa. ii. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehnya

tanpa keupayaan sejadi iii. Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat

hingga lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Kesimpulannya, walaupun proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak dikatakan sama namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor penyumbang kepada keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya. Namun cara pendekatan pengajaran bahasa membolehkan kecerdasan berbahasa antara individu itu berbeza. 2.3 Teori Kognitif Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi yang berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dalam persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Daripada umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal. 2.4 Teori Pelaziman Operan Thorndike E.L Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep pelaziman operan. Beliau menjalankan kajiannya atas haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan monyet. Melalui kajiannya terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan yang diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan

untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi dan apabila terpijak selak pintu sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan. Melalui eksperimen ini Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan respons (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut sebagai hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.

PROGRAM KIA2M (LINUS)


Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. 3.1 Konsep KIA2M (LINUS) Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjeksubjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Bagi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dapat menggunakan kaedah penggabungjalinan dengan beberapa cara antaranya ialah pergerakan

menggunakan abjad, suku kata dan perkataan, permainan dalaman seperti dam abjad dan lambung dan sambut pundi kacang atau bola berabjad. Pendidikan Muzik pula dapat diserapkan melalui nyanyian lagu, pergerakan berirama dan bunyibunyian berirama. Akhir sekali, pendidikan seni menggunakan binaan dengan menggunakan play dough, capan iaitu dengan mengecap bentuk dan tampalan sebagai contoh menampal bentuk abjad atau kolaj.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. 3.2 Kemahiran-kemahiran Asas KIA2M (LINUS) Murid-murid belajar beberapa kemahiran asas sebagai langkah pertama dalam usaha untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kemahirankemahiran itu ialah; 1. Mendengar sebutan, mengenal, menyebut, membunyikan huruf dan suku kata 2. Membina, mengeja, membaca perkataan dan ayat 3. Menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat 3.3 Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KIA2M (LINUS) Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai pada tahap murid-murid memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai objektif utama wujudnya program ini. Guru perlu membuat persediaan yang sangat tersusun, rapi dan teratur sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Tiga aspek penting yang perlu diambil kira dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu strategi,

pendekatan dan teknik. Strategi pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga iaitu berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusat bahan. Perlaksanaan strategi berpusatkan guru ialah guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan
10

sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas merupakan strategi berpusatkan murid. Akhir sekali adalah strategi berpusatkan bahan adalah bahanbahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. Guru perlu mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan sebelum memilih pendekatan pembelajaran. Pendekatan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu pendekatan secara kelas, pendekatan secara berkumpulan dan pendekatan secara individu. Pendekatan secara kelas dapat dilaksanakan apabila murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar, dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. Pendekatan secara berkumpulan pula ialah peringkat pembelajaran bermula dengan berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menggunakan modul pengajaran yang disediakan. Seterusnya ialah pendekatan individu dengan cara guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya di samping bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Teknik pembelajaran merupakan pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik tunjuk cara, teknik bersoal jawab, teknik main, peranan, teknik menyanyi, teknik lakonan dan teknik kuiz.

11

BONEKA
Penciptaan boneka secara amnya adalah bertujuan untuk keagamaan dan hiburan sebagai contoh boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, Cina dan India. 4.1 Definisi Boneka Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Bin Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerak serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit. 4.2 Jenis Boneka 4.2.1 Boneka Tali Boneka jenis ini digeraklakonkan dengan menggunakan tali atau benang berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu dan dikawal oleh sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu melintang atau menegak. Asas operasinya adalah memerlukan tangan untuk mengawal kayu-kayu dan tali-tali berkenaan. Boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.

12

4.2.2 Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini

menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Contoh haiwan boneka yang sesuai menggunakan kaedah ini adalah rama-rama, kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai sayang yang panjang serta sebagainya. 4.2.3 Boneka Jari Boneka jenis tali ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya. Biasa boneka ini seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Ianya mudah dikendalikan iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya. Boneka jari kebiasaannya terhad pergerakannya, mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan yang terhad dan digunakan di dalam kelas prasekolah atau tadika-tadika untuk bercerita dengan kanak-kanak. 4.2.1 Boneka Tangan Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepada dan badan sahaja. Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan. Diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertentu. Manik, bola pingpong kain baldu dan kain keras boleh digunakan untuk membina bahagian mata, mulut dan hidung. Manakala benang bulu dan kain baldu dijahit menyerupai sepasang telinga, misai dan rambut. Boneka jenis ini dikendalikan dengan bahagian jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut penggunanya. 4.2.1 Boneka Wayang Kulit Boneka ini boleh dibuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Reka bentuk wayang kulit dicipta berdasarkan watak-watak tertentu yang berasaskan cerita dalam sastera
13

lama. Tok dalang bertindak sebagai pencerita di belakang pentas sambil menggerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. Sebuah pentas yang dibina daripada sehelai kertas kain putih dan lampu suluh atau mentol lampu diperlukan semasa persembahan wayang kulit ini. Berdasarkan jenis-jenis boneka yang telah disenaraikan, ahli kumpulan kami bersepakat untuk memilih boneka tangan atau jari disebabkan beberapa faktor. Pertama boneka tangan secara amnya dapat disediakan dengan mudah, senang dan kemas. Penyediaannya yang memakan masa yang sedikit dapat memudahkan urusan kami untuk menyiapkan boneka yang dirancang. Faktor seterusnya adalah disebabkan penghasilan boneka memberi daya tarikan tersendiri yang dapat menambah fokus audiens semasa sesi pembentangan di dalam kelas. Di samping itu, boneka ini juga melibatkan pergerakan yang meluas dari sudut penggunaan tangan dan jari oleh pengguna. Justeru itu, ianya akan membantu semasa perlaksanaan amali lakonan atau watak yang dilakonkan dilihat berlaku secara realiti. Penyerapan muzik semasa tayangan telah kami pilih untuk menambahkan lagi perhatian audiens semasa persembahan dilaksanakan di samping muzik sebagai alat untuk menambah keceriaan dalam persembahan.

14

PANDUAN MENGGUNAKAN BONEKA

Boneka ialah satu medium pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak. Ia merupakan suatu pembelajaran yang menarik. Bagi menghasilkan boneka yang cantik dan menarik terdapat langkah-langkah untuk menghasilkannya. Dalam pemilihan jenis-jenis boneka,kami telah memilih boneka tangan bagi proses pembelajaran. Ia mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri. Tajuk cerita untuk boneka ini ialah Gembala Biri-biri dan Sang Ular. Kumpulan kami menyediakan boneka seperti : 1 ) Seorang pengembala biri-biri ( Faizul) -seorang pengembala biri-biri yang mengembala di kaki bukit -memperdaya penduduk kampung 2) Dua orang penduduk kampung (Jai dan Dol) -penduduk kampung yang mahu pertolongan 3) Sang ular -yang memakan biri-biri 4) Sang biri-biri -haiwan yang dijaga oleh Faizul menolong Faizul ketika dia menjerit meminta

15

Panduan menggunakan boneka tangan Melalui tugasan projek Literasi Bahasa Melayu ini, kami dikehendaki untuk mereka satu set boneka tangan sabagai bahan bantu mengajar untuk membantu guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk memilih kaedah lakonan dan cerita yang bertajuk Gembala Biri-biri dan Ular untuk dipentaskan menggunakan boneka tangan tersebut. Antara panduan penggunaan boneka tersebut adalah seperti yang tertera di bawah. Rajah 1 di bawah ini merupakan gambar rekaan bentuk pentas yang telah dibina khas sebagai pentas lakonan bagi watak di dalam cerita ini. Semua situasi yang diketengahkan sepanjang cerita ini berlangsung akan di paparkan melalui kotak pentas ini. Semua watak yang terlibat juga akan melakonkan watak masing-masin di kotak pentas tersebut. Selain itu, pada kedua-dua bahagian tepi kotak tersebut terdapat ruang yang boleh memuatkan tangan memasukniya untuk diketengahkan watak yang akan dilakonkan semasa sesi lakonan.

Rajah 1 Sebelum sesi lakonan bermula, guru akan memperkenalkan watak-watak yang terdapat di dalam cerita ini. Setiap watak akan diperkenalkan secara terperinci oleh guru. Semestinya, guru perlu mengambil watak-watak yang menjadi kegemaran pelajar. Senarai watak yang terdapat di dalam cerita ini ialah seperti yang terdapat pada rajah 2 di bawah.
16

17

Rajah 2 di atas menunjukkan senarai watak yang akan terlibat dalam sesi lakonan boneka tongkat ini. Setiap watak dalam cerita ini telah direka dalam bentuk boneka. Gambar pertama ialah sang pengembala yang bernama Faizul , gambar kedua ialah ular, gambar ketiga ialah penduduk kampung yang bernama Jai, gambar yang keempat ialah biri-biri dan gambar yang terakhir ialah penduduk kampung yang bernama Dol. Akhir sekali, boneka-boneka tersebut akan dilakonkan menggunakan suara yang berbeza untuk setiap watak. Ini merupakan peranan si pencerita bagi memastikan setiap watak tersebut mempunyai suara, identiti dan pergerakan yang berbeza. Secara tidak langsung, ia akan dapat menarik minat penonton dan juga pelajar akan dapat menerima isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru melalui boneka tersebut. maka, objektif pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya. Pelakonpelakon untuk boneka yang bakal dilakukan hendaklah melakonkan watak berdasrkan skrip yang telah disediakan.

18

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BONEKA Berikut merupakan langkah-langkah penyediaan dalam menghasilkan boneka. Langkah 1 : menyediakan bahan-bahan untuk membuat boneka seperti stokin, kain flanel pelbagai warna, gunting, gam, peralatan menjahit seperti benang tebal dan lain- lain.

19

Langkah 2 : proses pembuatan boneka seperti menampal,menjahit, dan mewarna.

20

21

Langkah 3 : penyediaan pentas menggunakan kotak kitar semula.

22

SINOPSIS CERITA GEMBALA BIRI-BIRI DAN ULAR

Sebuah desa yang permai, tinggal seorang gembala biri-biri. Dia bekerja sebagai pengembala biri-biri. Pada suatu hari sang pengembala kebosanan ketika dia

sedang mengembala. Tiba-tiba dia mendapat buah fikiran untuk memperdaya orang penduduk kampung. Dia menjerit jerit meminta tolong mengatakan ada ular di situ , sedangkan ia hanya satu penipuan. Penduduk kampung berlari cemas untuk memberi pertolongan, tetapi mereka berasa marah kerana apabila sampai di tempat kejadian tiada apa-apa berlaku. Sang pengembala ketawa riang dan tidak rasa bersalah terhadap perbuatannya. Penduduk kampung meneruskan kerja mereka. Tiba-tiba mereka mendengar lagi sang pengembala menjerit meminta pertolongan mengatakan hal yang sama. Mereka sekali lagi bergegas ke tempat kejadian, malangnya, tiada apa-apa yang berlaku. Sang pengembala menipu penduduk kampung lagi. Penduduk kampung merasa merah dan memberi amaran bahawa mereka akan tidak mempercayai lagi dengan kata-kata sang pengembala. Sang pengembala ketawa riang dan tidak rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukannya terhadap orang lain. Tiba-tiba, sang pengembala terdengar bunyi ular sedang menyusur. Sang pengembala tercari cari bunyi itu kerana khuatir ular itu akan memakan biri-birinya. Tiba tiba ada seekor ular cuba untuk memakan biri-biri sang pengembala. Sang pengembala merasa takut dan menjerit meminta pertolongan. Tetapi malangya, penduduk kampung tidak mempercayai lagi sang pengembala. Akhirnya, seekor biri-biri sang pengembala telah mati akibat di makan oleh sang ular. Sang pengembala merasa menyesal di atas perbuatannya tetapi apakan daya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

23

SKRIP CERITA GEMBALA BIRI-BIRI DAN ULAR Watak-watak 1) Pencerita 2) Gembala biri-biri 3) Penduduk kampung 4) Biri-biri 5) Sang ular

Pencerita : Di sebuah desa yang permai, tinggal seorang gembala biri-biri. Dia menjaga biri-birinya di tepi bukit. Sebagai permulaan cerita Pengembala dan biri-biri menyanyi. (diiringi muzik) Pencerita : pengembala menjaga biri-biri setiap hari di kaki bukit. Lama kelamaan, dia mula bosan dengan kerjanya. Tetapi , pada suatu hari. Bunyi biri-biri mengembek Sang gembala : ha.. saya tahu nak buat apa..( sambil ketawa dengan suka hati) Pencerita : Dia pun menjerit meminta pertolongan dengan tiba-tiba Sang gembala : tolong ! tolong ! ada sang ular di sini. Tolong ! tolong. Selamatkan biri-biri (sambil diiringi muzik) Penduduk kampung : sang ular ? sang ular ? mana ? mana ? Mari kita tolong ( sambil diiringi muzik) Pencerita : sesampainya di tempat kejadian Penduduk kampung : mana ular ? mana ular ? dengan nada yang cemas. Sang gembala hanya ketawa Penduduk kampung : kenapa kamu ketawa sang gembala ?

24

Sang gembala : ular tiada. Biri-biri ada. (menyambung ketawanya) kemudian menyambung lagi. Janganlah marah. Main-main sahaja. Tidak bolehkah ? (menyambung ketawanya lagi) Pencerita : penduduk kampung pulang dengan perasaan marah. Pengembala itu langsung tidak merasa insaf di atas perbuatan yang telah dilakukan malah ia merasa seronok. Sang gembala : seronok juga ya mengacau orang. Nak buat lagi lah. Tak mengapa kan. (sambil ketawa bersendirian). Lantas dia menjerit lagi.. Sang gembala : tolong ! tolong ! ada sang ular di sini. Tolong ! tolong. Selamatkan biri-biri (sambil diiringi muzik) Penduduk kampung mendengar lagi jeritan tersebut Penduduk kampung : sang ular ? sang ular ? mana ? mana ? Mari kita tolong ( sambil diiringi muzik) Pencerita : sesampainya di tempat kejadian penduduk kampung merasa hairan melihat sang gembala ketawa sehingga berguling-guling di atas tanah. Penduduk kampung : oh. Kamu tipu kami lagi ya Sang gembala : saya main-main sahaja (sambil ketawa lagi) .Baiklah-baiklah, Saya janji saya tak buat lagi. (sambil ketawa lagi) Pencerita : penduduk kampung pulang dengan perasaan marah.Tiba- tiba terdengar bunyi sang ular datang menyusuri semak samun. Sang gembala merasa takut. Sang Ular : Aku sedang lapar. Aku mahu biri-biri. Bunyi biri-biri menjerit dan sang gembala merasa cemas. Sang ular terus menyusur ke hadapan mereka. Sang gembala menjerit meminta tolong. Sang gembala : tolong ! tolong ! ada sang ular di sini. Tolong ! tolong. Habis biri-biri saya (sambil diiringi muzik)
25

Penduduk kampung : sang ular ? sang ular ? mana ? mana ? Kami tak percaya lagi. Dia selalu mempermainkan kami( sambil diiringi muzik). Biarkanlah dia, kita sambung sahaja kerja kita. Jom ! Bunyi ular sedang mahu makan biri-biri dan akhirnya biri-biri itu dimakan oleh sang ular. Pencerita : Ketika penduduk kampung pulang dari kerja mereka ternampak sang pengembala duduk termenung bersendirian. Penduduk kampung : kenapa dengan kamu wahai sang pengembala ? (dengan nada hairan ) Sang gembala : biri-biri saya dah hilang. Habis dimakan sang ular. Kamu semualah tak mahu datang.tinggal saya seorang sahaja .(sambil diiringi muzik dengan nada suara yang sedih) Penduduk kampung : itulah orang sudah kata, jangan biasa memperdaya, nanti orang dah tak percaya, bila tekena , padan muka ( sambil diiringi muzik ) Sang gembala :Maafkan saya. Saya menyesal (dengan nada yang sedih ) Pengakhiran cerita nyanyian watak-watak menyatakan terima kasih.

Nilai-nilai murni Nilai-nilai murni yang dapat dipelajari melalui cerita ini ialah 1) Janganlah bercakap bohong walaupun ia sekadar gurauan. 2) Kita hendaklah menepati janji dengan apa yang kita janjikan atau ungkapkan. 3) Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain. 4) Kita hendaklah berfikir akan akibat sesuatu tindakan sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan. 5) Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

26

REFLEKSI
NUR SYAHIRAH BINTI MD. MOORSHID Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada waktu yang ditetapkan. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Puan Roselena kerana memberikan saya peluang untuk mempelajari, mengkaji dan menimba ilmu dalam bidang literasi bahasa ini. Melalui pengetahuan yang saya miliki sepanjang tempoh menghasilkan kerja kursus ini dapat saya gunakan untuk mendidik anak watan negara pada masa hadapan untuk mendalami ilmu agama di samping menerapkan beberapa aspek penting dalam mencapai matlamat negara iaitu melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Pada permulaan perlaksanaan tugasan ini saya merasakan amat sukar untuk melaksanakan kerana ianya memerlukan kemahiran dan kecekapan tinggi. Alhamdulillah, dengan semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh rakan sepasukan saya iaitu Nur Husna Khalisah dan Fateen Nasuha dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Penghasilan boneka merupakan pengalaman pertama sepanjang hidup saya kerana saya belum didedahkan dalam perlaksanaan tugasan seperti ini. Terdapat banyak kelebihan yang dapat saya lihat antaranya ialah menambahkan idea untuk membuat aktiviti dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, menambahkan kemahiran secara tidak langsung dalam diri saya. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini. Tambahan lagi, penyelidikan yang dilaksanakan berkaitan tentang KIA2M (LINUS) dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang apa yang akan ditempuhi semasa di medan yang sebenar sebagai seorang guru. Kajian ini dapat membentuk diri saya untuk melaksanakan tugas serta amanah sebagai seorang guru dengan lebih bersungguh-sungguh dan tidak memandang enteng terhadap pelajar-pelajar yang lemah di mana sebagai seorang guru perlu membantu mereka untuk meneruskan pengajian hingga mendapat kejayaan yang cemerlang.
27

Seterusnya kita sebagai guru haruslah sentiasa menunjukkan sifat positif pada pelajar supaya dapat membantu untuk pembentukan kendiri mereka dengan menunjukkan guru serba boleh dalam apa jua bidang yang perlu dilaksanakan. Guru haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan sebagai

sumber untuk pendidikan di sekolah nanti. Palajar yang mempunyai personaliti yang positif akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran hidup dan juga mampu membantu mereka mendapat pencapaian akademik yang cemerlang. Akhir sekali, saya berharap agar segala input yang diperolehi amat berguna pada saya untuk masa akan datang mendidik anak bangsa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. InsyaAllah pembelajaran ini juga akan saya gunakan sebaik mungkin dalam usaha menaikkan Islam pada mata dunia. Pembelajaran merupakan alat untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh manusia yang berfikir.

28

REFLEKSI
NUR HUSNA KHALISAH BINTI AZMAN Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniannya, saya dapat laksanakan tugasan ini dengan baik. Ini juga hasil daripda tunjuk ajar serta panduan daripada pensyarah. Melalui tugasan yang saya dapat ini, memberikan saya keyakinan dalam menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif. Guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan para pelajar dapat menguasai kemahiran menulis asas. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibukamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepadakamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (An-Nahl: 78) Hasil pencarian maklumat yang dapat saya peroleh daripada internet, bukubuku dan majalah, menulis adalah satu keperluan asas bagi setiap murid kerana semua matapelajaran memerlukan mereka untuk menulis.Jadi, bagi murid yang gagal menguasai kemahiran menulis guru-guru bertanggungjawab membimbing merekauntuk pandai menulis.Jadi, pelajaran liteasi bahasa ini bertujuan memberi panduan kepada guru prasekolah dan guru pemulihan untuk menyediakan aktiviti pengukuhan untuk murid-murid linus. Tulisan dan cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang dapat membantu mengukuhkan penguasaan kemahiran menulis. Apabila murid ini berjaya menulis dengan baik, beliau akan didedahkan untuk menulis ayat lengkap. Akhirnya, murid ini akan dimasukkan ke kelas biasa apabila dapat menulis dengan baik. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi

29

penyelesaian yang amat berguna.Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu.Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kami juga diberi tugasan mengenai membina boneka yang pelbagai bentuk. Alhamdulillah kumpulan kami dapat jalankan ia dengan baik. Dalam pembuatan boneka ini ada juga beberapa kekangan yang telah dikenalpasti seperti pembelian bahannya, pada mulanya agak sukar untuk mencari tapi Alhamdulillah dengan usaha daripada sesama ahli kumpulan tanpa putus harapan serta tanpa kenal erti putus asa, saya tetap usaha untuk menjayakannya.Dalam masa yang sama, saya juga rasa seronok dengan membuat boneka ini, walaupun ia mengambil masa yang lama, tetapi ia juga membuka fikiran kita untuk menjadi lebih inovatif dalam pembuatan sesuatu barang. Boneka juga amat menarik untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Ia juga dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih berkesan. Insyallah apa yang saya dapat ilmu tentang ini, saya akan aplikasikannya dalam kehidupan sebagai seorang guru. Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana diberi pendedahan untuk belajar cara mengajar yang berkesan khususnya dalam subjek Literasi Bahasa ini supaya dapat digunakan apabila berada di lapangan yang sebenar nanti

30

REFLEKSI
FATEEN NASUHA BINTI ZAKARIA Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniannya, saya dapat laksanakan tugasan ini dengan baik. Ini juga hasil daripda tunjuk ajar serta panduan daripada pensyarah bimbingan bagi subjek ini iaitu Puan Roselena Binti A.Karim pensyrah subjek ini. Tugasan ini merupakan tugasan secara berkumpulan yang menghendaki saya dan rakan-rakan yang lain untuk melaksanakan beberapa tugasan yang berkaitan dengan subtopik dalam Literasi Bahasa. Melalui tugasan ini, dapat dilihat kerjasama yang terbina antara ahli kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu saya, Nur Syahirah Md Morshid dan Nur Husna Khalisah Azman. Kumpulan kami telah diberi tugasan untuk membina bahan bantu mengajar dengan menggunakan teknik boneka. Pada mulanya kami perlu mencari maklumat berkaitan boneka agar dapat mengetahui jenis boneka yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah perbincangan dibuat, kami telah memilih boneka tangan untuk tugasan ini. Melalui tugasan ini juga saya dapat mengkaji mengenai beberapa jenis boneka yang mempunyai kelebihan tersendiri. Melalui penghasilan tugasan ini juga saya dapat memeperolehi ilum mengenai teori pemerolehan bahasa, program KIA2M (linus) dan pelbagai lagi. Sesungguhnya ilmu-ilmu ini perlu saya ketahui sebagai seorang bakal guru kelak Kami juga telah menyediakan satu cerita bagi melengkapi bahan bantu mengajar ini. Cerita yang telah dipilih ialah Gembala dan Biri-biri. Cerita ini mempunyai nilai murni yang dapat disemai dalam diri di samping jalan cerita yang menarik. Bukan mudah untuk menyiapkan bahan bantu mengajar ini kerana ia memerlukan seni dan kreativiti dari seorang guru dan hasil usaha serta kerjasama dari rakan sekumpulan, akhirnya telah siap boneka-boneka kami yang mempunyai 5 watak dan sebuah pentas yang cantik yang akan digunakan semasa persembahan boneka nanti.
31

Di sini saya sedar bahawa seorang guru yang baik dan berkualiti bukan sahaja perlu cemerlang dalam tugas dan pengajarannya tetapi perlu kreatif menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan pada diri anak-anak didik. Tugasan ini juga memberi nilai yang sangat baik iaitu seorang guru perlu bijak membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan semasa di dalam kelas.

Sesungguhnya, terdapat banyak nilai dan ilmu baru yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini.Semua ilmu yang dapat dikutip sepanjang melaksanakan tugasan ini sememangnya dapat menambahkan pengetahuan saya dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, kreatif dan komited terhadap kerjayanya sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

32

BIBLIOGRAFI Husin Fateh Din. Nazariyah Sani.Mastura Mohamed Berawi.Siti Hajar Idrus.(2011) Literasi Bahasa Melayu.Penerbitan Multimedia.Kuala Lumpur http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PRA3106.pdf
http://www.griyabelanja.com/berita-Manfaat_bercerita_dengan_boneka_tangan.html http://irqivinia.blogspot.com/2011/03/pengertian-boneka.html http://alabik.com/cara-membuat-boneka-tangan-dari-kain-flanel-dan-kain-perca.html

33

You might also like