You are on page 1of 2

Negara Islam Serta Prinsip-Prinsipnya

• Politik dalam Islam bertujuan melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana
berkasih sayang, saling tolong menolong, menegakkan keadialn ke arah kebahagiaan
mutlak kehidupan di dunia dan akhirat
• Oleh sebab itu bagi mencapai objektif dan matlamat ini, sistem politik dan negara Islam
hendaklah didasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu:
i) Tauhid
ii) Risalah
iii) Khilafah

Tauhid
Tauhid bererti membuat pengakuan hanya Allah SWT Tuhan yang Maha Esa yang layak
disembah dan ditaati secara lahiriahdan batiniah. Tauhid dalah paksi kehidupan seorang Islam
yang bertitik tolak daripada dua kalimah shahdah iaitu “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah “.
Prinsip tauhid menjadi teras kapada sistem politik dan mestilah dijelmakan melalui pelaksanan
segala hukum-hakam, peraturan, undang-undang dan sebagainya mengikut yang ditetapkan oleh
Allah SWT. Paling penting, segala tindakan yang dibuat dalam memenuhi agenda negara mesti
bermatlamatkan pencapaian keredhaan Allah.

Risalah
Risalah dalam konteks politik bermaksud mengakui kenabian dan kerasulan Muhammad SAW
sebagai panduan membangunkan sesebuah negara. Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah
SWT dalam semua bidang yang terkandung dalam al-Quran dan As-Sunnah. Nabi Muhammad
SAW memberikan contoh praktikal dalam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT supaya diikuti
oleh manusia.

Khilafah
Seacara harfiah khilafah bermaksud wakil ataupun pemegang amanah. Manusia menurut
Islam adalah wakil Allah SWT bagi menguruskan dan mentadbir alam. Dalam konteks politik,
prinsip khilafah memberi maksud manusia adalah tertakluk kepada segala hukum-hakam Allah
SWT dalam menjalankan urusan kehidupan harian, termasuk soal politik.

Prinsip-prinsip asas tamadun

A.Sosioekonomi
Kehidupan menetap >> pertumbuhan ekonomi >> peningkatan hasil
pengeluaran >> pertambahan jumlah penduduk >> kepimpinan dan susun lapis
sistem social >> pengkhususan kerja dan hasil kerja >> pertukaran hasil kerja.

B.Interaksi manusia dan alam


Interaksi seseorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai
spiritual terhadap alam dan pengalaman(peng+alam+an) kepada diri sendiri
tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.

C.Persaingan manusia
~Kehendak manusia tidak pernah terbatas.Antara faktor yang mempengaruhinya ialah:
i)peningkatan usia
ii)perubahan psikologi
iii)perubahan cara hidup
~Terdapat 2 batasan dalam memenuhi kehendak manusia yang menyebabkan manusia terpaksa
bersaing untuk menampungnya;
i)batasan keupayaan diri yang dimilikinya
ii)batasan sumber yang diperlukannya
Kedudukan Agama

- Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia, samada keduniaan atau
keagamaan.

- Pembaharuan dalam Islam adalah mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan. Walaupun
begitu ia tetap ‘ flexible ‘ dan tidak rigid.

Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan

- Terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan dalam Islam. Segala bentuk pembangunan kebendaan
berkait rapat dengan kerohanian. Segala urusan tidak terlepas daripada mengikut prinsip-prinsip akidah,
syariah dan akhlak.

Konsep Kemajuan

- Islam juga menganbil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapai dengan menegaskan bagaimana cara ia
dicapai dan apakah matlamatnya.

- Islam menolak konsep ‘ matlamat menghalalkan cara ‘.

Penekanan Sudut Kemajuan

- Islam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan. Kemajuan dalam Islam bersifat lengkap.

- Pembangunan dan kemajuan dalam Islam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman.

- Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah manusia itu sendiri.

http://aliasppd.tripod.com/Perbezaantamadunislam.htm

You might also like