You are on page 1of 2

NAMA : INTAN NURSYAHIRAH BT ABDUL RAZAK ( 5SC3 ) KAD PENGENALAN : 961221-01-6544 Langkah langkah Memupuk Minat Membaca Dalam

m Kalangan Masyarakat Membaca merupakan amalan mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat yang berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan budaya membaca sebagai suatu amalan. Hal ini amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Beberapa langkah harus diambil oleh pelbagai pihak bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan anak anak. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak anak membaca sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah membelikan buku untuk anak anak sebagai hadiah hari lahirnya ataupun hadiah untuk peningkatan pencapaian dalam peperiksaan. Ibu bapa juga boleh membawa anak anak ke perpustakaan pada setiap hujung minggu atau cuti sekolah. Selain itu, pihak media massa juga hendaklah memainkan peranan dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan majalah harus memaparkan tentang kepentingan membaca. Misalnya, televisyen boleh menyiarkan iklan tentang kempen membaca. Begitu juga dengan surat khabar yang boleh memuatkan ruangan ulasan buku ataupun sinopsis sesebuah novel. Dengan cara ini, budaya membaca akan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Pihak sekolah juga harus mengambil pelbagai langkah bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah perlu menganjurkan pelbagai program untuk menggalakkan para pelajar membaca seperti pertandingan menulis esei, syarahan dan pidato. Tambahan pula, perpustakaan yang lengkap dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan penyediaan sudut bacaan di setiap kelas dapat menarik minat membaca. Maka, dengan adanya usaha murni pihak sekolah, para pelajar akan bertambah rajin membaca.

Satu lagi langkah yang boleh diambil bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca adalah melalui usaha sama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Sebagai contoh, KPM mengadakan program NILAM di semua sekolah di seluruh negara. Para pelajar dikehendaki mengisi buku khas Program Nilam yang disediakan selepas mereka membaca buku buku kegemaran mereka. Program ini bertujuan untuk memastikan murid murid mempunyai minat terhadap membaca. Oleh itu, Program NILAM ini diharapkan dapat menanam minat membaca dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Bagi menjayakan usaha ini, kerjasama dari pelbagai pihak amatlah diperlukan. Dengan kerjasama ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan ilmu.

You might also like