You are on page 1of 12

1.

PENDAHULUAN

Pada semester ini iaitu semester 7, saya telah mendapat tugasan kerja kursus pendek dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3107). Menurut Mizan dan Halimahtun (1996), mengatakan bahawa kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan dalam prinsip-prinsip kaunseling mereka. Prinsip-prinsip yang lain adalah seperti berikut: i. ii. iii. Setiap manusia adalah unik. Setiap manusia mempunyai harga diri. Manusia melalui proses sosialisasi, oleh itu manusia mempunyai pengalaman yang berbeza. iv. Hubungan Kaunseling seharusnya bersifat sukarela supaya ada kerjasama. v. Kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan.

Bidang kaunseling ini adalah bidang yang penting di dalam pendidikan. Kaunseling bukanlah memberi nasihat tetapi merupakan interaksi mendalam berbentuk dua hala iaitu kaunselor dan klien. Kaunseling mengerakkan klien memahami diri dan menghasilkan perubahan kendiri bagi menangani

permasalahannya. Fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahan, bukan masalahnya. Untuk mengaplikasikan kemahiran kaunseling di dalam bilik darjah, guru perlulah mengetahui asas-asas kemahiran kaunseling. Kemahiran asas ini merangkumi kemahiran tingkah laku melayan, kemahiran mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran memahami, kemahiran berempati, kemahiran refleksi,

kemahiran interpretasi, kemahiran pendedahan kendiri, kemahiran konfrontasi, kemahiran kesenyapan, kemahiran membuat rumusan dan kemahiran dorongan minima. Kemahiran-kemahiran asas ini boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah bukan sahaja untuk khidmat kaunseling tetapi membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran dalam kaunseling ini perlu dititikberatkan dan diamalkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0

APLIKASI KEMAHIRAN KAUNSELING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai seorang guru, kemahiran asas kaunseling merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Dalam konteks dunia pendidikan, asas bagi proses kaunseling di dalam bilik darjah ialah perhubungan antara guru dengan murid. Kesan daripada perhubungan itu menyebabkan murid berubah dan bertingkah laku positif. Perhubungan yang dimaksudkan ialah bimbingan dan kaunseling yang berlaku di antara guru dengan murid di dalam bilik darjah. Menurut English dan English (1980), kaunseling adalah satu perhubungan menolong yang melibatkan penolong dan individu yang ditolong. Ia sama seperti yang dinyatakan oleh Burk dan Steffire (1979), kaunseling melambangkan satu perhubungan antara kaunselor yang terlatih dan orang yang menghadapi masalah. Dalam konteks pendidikan, guru bertindak sebagai kaunselor dan murid pula bertindak sebagai klien. Menurut Galdding (2003), kaunseling ialah proses menolong individu yang normal dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidup. Tujuannya adalah bagi mengenali diri, permasalahan, penyesuaian, menenteramkan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, guru akan berusaha untuk membantu murid untuk mengenali diri mereka, mengenali masalah mereka dan membantu murid untuk menenteramkan emosi dan fikiran mereka. Proses bimbingan dan kaunseling yang dijalankan ini berlaku di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh demikian, berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai masalah dikenal pasti sebagai masalah yang sering timbul di dalam bilik darjah. Guru seharusnya bijak di dalam mengatasi masalah itu dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Berikut merupakan bagaimana kemahirankemahiran asas kaunseling dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.1

Kemahiran Menyoal Kemahiran menyoal ialah antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai oleh seseorang kaunselor ataupun guru bimbingan.

Kemahiran ini merupakan satu cara yang digunakan oleh seorang guru bimbingan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan. Kemahiran ini juga adalah cara yang paling mudah untuk digunakan oleh guru untuk menyoal klien, ataupun menggalakkan klien untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri klien. Misalnya, dalam konteks pelajar tidur di dalam kelas. Guru seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin disampaikan. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh guru tersebut iaitu soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka dalam memastikan perbincangan berjalan dengan lancar dan tersusun 3.1.1 Aplikasi Kemahiran Menyoal Sebagai seorang guru pelatih, saya telah menjalankan

beberapa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui, pelbagai masalah yang timbul di dalam bilik darjah telah dikenal pasti. Sebagai guru, saya seharusnya bijak di dalam mengatasi masalah itu dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Situasi yang berlaku di dalam bilik darjah ialah

terdapat seorang murid yang tidak yakin terhadap dirinya dan sukar untuk memberikan pendapat ketika berada di dalam . Setelah beberapa kali menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas itu, didapati bahawa terdapat murid yang sangat pasif dan tidak yakin terhadap dirinya. . Apabila peluang diberikan kepada murid-murid di dalam kelas, murid ini tidak pernah datang ke depan untuk menjawab soalan yang diberikan. Murid ini juga tidak pernah mengajukan sebarang soalan di dalam kelas sepanjang proses pengajaran
3

dan pembelajaran. Di dapati juga murid ini sering bersendirian di kantin. Murid ini tidak mempunyai teman rapat atau kawan karib ketika berada di sekolah. Setelah membuat semakan, didapati bahawa prestasi akademik murid ini agak membanggakan dan sering mendapat keputusan yang cemerlang di dalam

peperiksaan. Murid ini kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga guru. Oleh itu, murid sering menyendiri dan tidak bersosial dengan rakan-rakan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Satu

penyelesaian bagi membantu murid di dalam mengatasi masalah di dalam bilik darjah melalui kemahiran asas kaunseling perlu dicari. Kemahiran menyoal telah diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi membantu murid untuk lebih yakin dan boleh menyuarakan pendapatnya. Dalam komunikasi seharian, kita banyak melibatkan kemahiran menyoal bagi mendapatkan maklumat yang kita kehendaki. Di dalam bidang kaunseling, kemahiran ini

digunakan bagi memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien. Sebagai guru pula, kemahiran menyoal telah diaplikasikan bagi membantu menyelesaikan masalah

murid ini. Terdapat dua bentuk soalan yang digunakan iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Dengan menggunakan dua jenis cara menyoal ini, masalah murid lebih mudah untuk diteroka dan menggalakkan murid untuk berkomunikasi.

Menurut Ivey dan Morgon (1993), soalan terbuka mesti dijawab dengan satu penjelasan yang memerlukan perbincangan dan tidaklah semudah memberi jawapan ya atau tidak. Oleh itu, soalan terbuka ini banyak memberi ruang kepada murid untuk meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh saya. Antara soalan yang telah diajukan kepada murid ialah bagaimana

saya boleh menolong anda, saya melihat anda begitu senyap dan pasif di dalam kelas, adakah anda suka untuk
4

berkongsi apa yang sedang anda fikirkan dengan saya? Melalui soalan yang diajukan, murid dapat berkongsi mengapa dirinya tidak yakin dan sukar untuk memberikan pendapat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid menyatakan bahawa dirinya takut untuk memberikan jawapan kerana bimbang rakan-rakannya akan

mentertawakannya jika dia memberikan jawapan yang salah. Murid juga tidak yakin bila berhadapan dengan rakan-rakan kerana dia merasakan dirinya bukanlah pandai dan tidak mempunyai ilmu yang banyak. Melalui kemahiran menyoal ini, banyak maklumat yang tidak diketahui mengenai murid telah dapat diketahui. Murid mula menunjukkan tingkah laku positif iaitu murid dapat memberikan respons kepada soalan yang diajukan dan mula berani untuk bersuara. Kemahiran menyoal yang menggunakan soalan terbuka telah memberi ruang kepada murid ini untuk meluahkan perasaannya kepada saya. Murid berasa selamat dan yakin untuk menjawab soalan yang telah diberikan oleh saya. Menurut Sapora et al. (2002), soalan jenis terbuka ini bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia dapat menimbulkan rasa selesa pada diri murid dan rasa diterima. Justeru, murid boleh menjelaskan sesuatu mengikut pandangan sendiri tanpa dinilai oleh guru terlebih dahulu. Dalam kemahiran menyoal ini, jenis soalan tertutup juga telah digunakan bagi membantu murid untuk aktif dan lebih yakin di dalam kelas. Soalan tertutup ialah jenis soalan yang mengehadkan jawapannya iaitu soalan yang berstruktur. Soalan ini jarang digunakan kerana soalan jenis ini tidak membantu menggalakkan murid meneruskan penceritaan. Bagi soalan jenis ini, soalan biasanya dimulakan dengan perkataan seperti bolehkah, sudahkan, betulkah, adakah, dan sebagainya. Jenis soalan ini hanya memerlukan jawapan ya atau tidak.
5

Oleh itu, soalan jenis ini telah digunakan bagi permulaan tindakan dalam membantu murid untuk tidak pasif dan lebih yakin di dalam kelas. Menurut Ivey dan Morgon (1993), tujuan penggunaan soalan ini bagi mengecilkan skop perbualan kepada topik tertentu. Soalan jenis tertutup ini telah digunakan untuk mengecilkan skop perbualan dengan murid ini. Bagi memulakan sesi perbualan, soalan jenis tertutup ini perlu digunakan bagi merangsang permulaan perbualan. Murid ini amat pasif dan sukar untuk berbual. Oleh itu, untuk memulakan perbualan soalan seperti, bolehkah saya berbual dengan kamu, adakah kamu bersedia untuk berbual dengan saya telah digunakan. Tindakan guru memulakan perbualan dengan soalan jenis tertutup amat membantu di dalam merangsang murid ini untuk meneruskan perbualan. Setelah murid nampak lebih bersedia untuk meneruskan perbualan dengan jenis soalan terbuka. Kemahiran menyoal telah membantu murid yang pasif dan tidak yakin ini untuk lebih yakin dalam menyuarakan pendapatnya di dalam bilik darjah dan lebih aktif di dalam kelas. Rumusannya, kemahiran menyoal bukan sahaja dapat digunakan sebagai kemahiran asas kaunseling tetapi dapat digunakan sebagai satu tindakan bagi membantu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran asas

kaunseling perlu diaplikasikan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengetahuan asas kaunseling perlu dipelajari oleh setiap guru supaya guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Kemahiran Tingkah Laku Memberi Perhatian Kemahiran melayan ataupun tingkah laku memberi perhatian juga telah diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perhatian dan layanan yang baik

mampu mengubah tingkah laku murid. Proses pengajaran dan


6

pembelajaran melibatkan murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku yang ditunjukkan ialah tingkah laku positif atau tingkah laku negatif. Oleh itu, kemahiran melayan telah diaplikasikan di dalam bilik darjah untuk menarik minat murid supaya mereka melakukan tingkah laku positif dan meninggalkan tingkah laku negatif. Situasi ini akan menimbulkan rasa hormat, rasa selamat, dan rasa disayangi kepada diri murid. Kemahiran ini telah dijadikan sebagai satu peneguhan kepada murid untuk menunjukkan tingkah laku positif. Kemahiran tingkah laku memberi perhatian ini termasuklah senyuman, kedudukan badan, ekspresi muka, kontak mata, sentuhan, nada suara dan kedudukan serta jarak. Senyuman yang diberikan kepada murid mampu menjalinkan hubungan yang baik. Senyuman yang diberikan dapat meredakan suasana yang tegang semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh seorang murid yang pertama kali masuk ke dalam kelas akan berasa tidak selesa dan takut. Oleh itu, senyuman yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh murid di dalam bilk darjah. Menurut Sapora et al. (2002), senyuman kaunselor perlu sesuai supaya dapat meredakan ketegangan emosi klien. Senyuman kaunselor juga perlu difahami kerana mungkin klien tersenyum untuk menutupi emosinya. Oleh itu, kemahiran ini telah digunakan di dalam bilik darjah untuk mengurangkan tekanan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdul Ghani (2003), senyuman daripada kaunselor pada pertemuan awal sangat diperlukan oleh klien yang membawa maksud saya suka bertemu anda. Manakala, menurut Ibrahim (2002),

senyuman membawa erti persahabatan, penerimaan dan kebolehan bekerjasama. Oleh itu, amat sesuai kemahiran ini digunakan di dalam bilik darjah bagi mengeratkan hubungan di antara guru dengan murid. Kemahiran ini boleh membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, kelemahan di dalam

menggunakan kemahiran ini ialah terdapat senyuman yang membawa


7

maksud yang negatif seperti mengejek, sedih dan lain-lain lagi. Interpretasi terhadap senyuman yang diberikan perlu tepat agar interpretasi yang salah dapat dielakkan. Dalam kemahiran tingkah laku memberi perhatian juga melibatkan kemahiran kontak mata atau pandangan mata. Menurut Sapora et al. (2002), fungsi kontak mata adalah membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, tanda hormat, menimbulkan rasa penerimaan, percaya dan mempercayai dan sebagainya. Selain itu, menurut Ibrahim (2002), pandangan mata haruslah mengikut

kesesuaian semasa kerana ia merangkumi aspek memberi perhatian, kejujuran, berminat dan sebagainya. Oleh itu, semasa murid memberikan pendapatnya, kontak mata guru haruslah tepat supaya murid akan berasa dihargai dan lebih yakin untuk bercakap. Kontak mata ini menunjukkan kesediaan guru untuk menerima pendapat daripada murid. Ekspresi muka juga telah digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemahiran tingkah laku prihatin juga melibatkan ekspresi muka. Ekspresi muka guru penting di dalam bilik darjah. Contohnya, murid telah menceritakan peristiwa sedih yang berlaku ke atas dirinya, ekspresi muka guru perlulah sesuai dengan peristiwa yang diceritakan oleh murid itu. Hal ini menunjukkan bahawa guru prihatin terhadap masalah yang diceritakan oleh murid. Menurut Sapora et al. (2002), ekspresi wajah yang timbul daripada penzahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu juga perlu diambil kira. Ekspresi wajah dapat membantu menerangkan mesej yang ingin disampaikan. Aziz (2002), air muka kaunselor perlu berseri, tenang memperlihatkan yang disukai dan mengalu-alukan kedatangan klien. Air muka yang masam, muram, bengis dan tidak tenteram mengganggu perasaan klien yang mungkin dalam keadaan terganggu ataupun tidak tenang. Ekspresi muka guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi perasaan murid. Muka yang bengis,
8

masam dan muram akan menimbulkan rasa tidak selesa murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran asas kaunseling yang melibatkan kemahiran ekspresi muka ini seharusnya diaplikasikan oleh guru supaya murid lebih selesa dan tenang untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan badan juga merupakan salah satu daripada kemahiran melayan ataupun tingkah laku memberi perhatian. Kedudukan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran penting di dalam menunjukkan tanda kesediaan dan penerimaan guru. Menurut Mizan Adiliah dan Halimtun Halaliah (1997), kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menandakan beliau menerima dan bersedia membantu. Kaunselor juga perlu peka dengan cara duduk tubuh badan klien. Pengaplikasian kemahiran ini di dalam bilik darjah akan menunjukkan bahawa guru peka terhadap murid. Melalui kemahiran ini, murid akan merasakan bahawa diri mereka diberikan perhatian oleh guru. Setelah mengaplikasikan kemahiran semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, murid lebih seronok untuk berkomunikasi dengan guru kerana melalui kemahiran ini, murid merasakan dirinya lebih dihargai semasa berkomunikasi. Mengikut Maznah dan Zainal (2003), perlakuan kaunselor yang condong dan menghala kepada klien adalah bagi menunjukkan kemesraan dan penerimaan kaunselor kepada klien. Selain itu, menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003), kaunselor yang duduk dalam keadaan tenang dan selesa dapat memberi perhatian serta tumpuan yang sepenuhnya kepada klien dan dapat mendengar dengan teliti. Semasa menjalankan proses pengajaran kedudukan guru semasa berkomunikasi atau mengajar perlulah condong dan menghadap murid. Kedudukan ini akan membantu guru untuk mendengar dengan lebih teliti dan juga merangsang murid untuk terus berkomunikasi. Kemahiran ini juga amat membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana keprihatinan guru mengenai kemahiran ini akan mewujudkan kemesraan di antara guru dengan murid.

Walau bagaimanapun, guru perlu mengetahui kedudukan badan yang tidak sesuai ketika berada di dalam bilik darjah. Contoh kedudukan atau perlakuan badan yang tidak sesuai untuk diamalkan ialah duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan badan secara tidak berhenti, menyilang kaki dengan sebelah kaki di atas lutut atau sambil tangan diletakkan di belakang tengkuk dan menyandar. Oleh itu, cara dan gaya duduk guru perlulah dijaga supaya murid berasa selesa dan yakin kepada guru serta supaya guru dapat menunjukkan contoh yang baik kepada murid melalui perlakuan yang ditunjukkan di dalam bilik darjah. Tingkah laku memberi perhatian yang telah diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ialah nada suara guru. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran proses komunikasi pasti akan berlaku, nada suara amat penting di dalam membantu melancarkan proses komunikasi. Antara guru dengan murid. Mengikut Argyle (1975), nada suara mampu

membongkar (maklumat), berbanding air muka kerana emosi yang kuat biasanya ditunjukkan melalui tinggi-rendahnya nada suara. Contohnya, orang yang sedih bercakap dengan nada suara yang rendah dan perlahan. Perasaan risau biasanya menunjukkan nada suara yang cepat. Bagi memudahkan murid memahami apa yang ingin disampaikan, guru perlu menggunakan kemahiran ini bagi

menyampaikan maklumat dengan tepat. Selain itu, melalui nada suara ini, bukan murid sahaja dapat memahami nada suara guru, tetapi, guru juga boleh memahami perasaan murid melalui nada suara mereka. Menurut Ibrahim (2002), intonasi suara iaitu kepekaan kaunselor dalam memahami intonasi suara klien yang melambangkan emosinya tentang sesuatu masalah yang dibincangkan. Intonasi suara merangkumi aspek ketinggian atau kelembutan nada suara dan kelajuan sesuatu perkataan. Situasi sebagai kaunselor ini boleh diaplikasikan oleh guru semasa

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu peka terhadap nada suara yang ditunjukkan oleh murid. Menurut Muhd.
10

Mansur dan Siti Nordinar (1996), nada suara yang sengaja diperlahankan dapat diertikan sebagai menunjukkan kesedihan, curiga, takut gementar, tidak pasti atau ragu-ragu. Sebaliknya seseorang yang berkata-kata dengan pantas menggambarkan dia berminat dan suka kepada topik. Hal ini menunjukkan bahawa guru dan murid saling dapat menggambarkan minat mereka melalui nada suara mereka. Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Nada suara membantu memahami konteks dan situasi perkara yang dirundingkan. Nada suara

termasuklah ketinggian atau kelembutan suara dan jarak serta kelajuan sesuatu sebutan. Pengaplikasian kemahiran tingkah laku memberi perhatian dalam konteks nada suara ini dapat membantu memudahkan proses komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid dan guru perlu saling memahami nada suara masing-masing. Kemahiran ini juga perlu dipelajari bagi mengelakkan salah tafsiran terhadap nada suara yang ditunjukkan. Kesimpulannya, kemahiran asas kaunseling bukan sahaja membantu di dalam bidang kaunseling sahaja, tetapi kemahiran asas seperti kemahiran menyoal dan kemahiran tingkah laku memberi perhatian. Guru boleh mengaplikasikan kemahiran asas ini supaya dapat memudahkan proses komunikasi di dalam bilik darjah, dapat membantu guru memahami murid, dapat menjalinkan hubungan positif antara guru dengan murid dan seterusnya dapat membantu

melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya bijak dan mahir menginterpretasikan kemahiran-kemahiran tingkah laku memberi perhatian ini dan mentafsir apa sahaja yang ditunjukkan oleh murid. Setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh guru atau murid akan membawa makna dan maklumat yang tersendiri bagi membantu menjelaskan sesuatu keadaan.

11

12

You might also like