You are on page 1of 19

FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEPTEMBER 2012

SBFS1103

THINGKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

860731305052001 860731305052 0143218110 noramin_86@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA

SBFS1103

1.0

PENGENALAN Pemilihan kerja merupakan satu masalah yang akan dihadapi oleh setiap graduan-

graduan yang baru selesai menamatkan pelajaran seperti saya. Setelah bergelar seorang lepasan graduan, saya mula bergerak untuk mencari kerja atau melakukan perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan. Saya telah mendapat tawaran dari Syarikat A, B dan C yang masing-masing mempunyai kriteria yang menarik dan kurang menarik iaitu dari segi gaji, cuti, elaun, kerja lebih masa, faedah perubatan, jarak, kesesuaian kerja, persekitaran kerja, peluang dan kestabilan. Bagaimanapun, pemilihan tawaran kerja tersebut bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya dalam membuat keputusan untuk mendapatkan hasil yang baik kerana jika saya tersalah pilih ia akan merugikan dan mendatangkan masalah bagi saya. Saya keliru untuk memilih syarikat mana yang sesuai dengan saya dan saya mula bertanya kepada orang disekeliling saya. Tetapi adakah keputusan mereka tepat dan baik untuk saya. Pengalaman belajar dahulu telah mengingatkan saya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam menyelesaikan masalah pemilihan tawaran kerja ini satu keputusan yang optimum haruslah saya perlukan supaya pilihan yang kita buat adalah satu keputusan yang optimum dan bermanfaat buat kita pada masa akan datang. Dalam kehidupan ini kita tidak lari dari menerima masalah. Menurut Compton, Gallaway & Cournoyer (2005), masalah adalah satu keadaan, situasi atau pengalaman yang mempengaruhi seseorang individu dari segi emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal. Masalah memberi tekanan kepada seseorang individu dan ia juga mendorong individu tersebut untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Dalam menghadapi sesuatu masalah, membuat keputusan adalah cara penyelesaian masalah yang sebaiknya buat saya. Keputusan merupakan pilihan yang dibuat dan dipilih mengikut alternatif yang sedia ada. Membuat keputusan bermaksud tindakan atau proses dalam menentukan, memutuskan mengenai sesuatu masalah, soalan dan keraguan untuk menetapkan pemikiran seseorang. Ia juga merupakan proses mental yang membolehkan kita berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan altenatif setelah dipertimbangkan dengan teliti. Menurut Von Winterfeldt & Edwards (1986), membuat keputusan juga adalah merupakan satu proses memilih keputusan dengan mengetahui kesan-kesan yang 1

SBFS1103

mungkin timbul dengan pilihan-pilihan yang berbeza. Membuat keputusan adalah bertujuan untuk memilih sesuatu yang dikehendaki dan yang terbaik daripada pilihanpilihan yang lain selain mengelakan daripada menghadapi masalah akibat membuat keputusan yang silap. Membuat keputusan juga memerlukan saya memilih pilihan yang logik daripada sudut positif dan negatif setiap pilihan yang lain. Terdapat alat atau teknik yang oleh saya gunakan untuk mencapai keputusan yang sesuai seperti Analisis Grid, Pokok Keputusan, PMI, Analisis Force Field, Analisis Pareto, Analisis Perbandingan Berpasangan, Enam Topi Pemikiran dan Analissi Kos dan Keuntungan.

2.0

Analisis SWOT

Analisis SWOT adalah teknik asas yang selalu digunakan dalam pengurusan dalam sesebuah organisasi bagi membolehkan organisasi mengenalpasti bidangnya dalam sesuatu pasaran. Analisis SWOT juga digunakan bagi memastikan pengurusan dan strategi yang dicipta benar-benar mampu untuk menuju objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan, (Ku Amir Ku Daud). Analisis SWOT ini juga boleh digunakan oleh seseorang individu untuk memahami cara yang terbaik terhadap kebolehan dan kelebihan individu itu untuk berjaya dan ia juga memberi peluang kepada seseorang individu secara tidak sedar dan membantu seseorang individu bersedia untuk menghadapi bahaya atau ancaman yang mendatang, (Kantial H.K & Espira A, 2011). Terdapat empat faktor dalam analisis SWOT ini iaitu kekuatan (strength), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunity) dan ancaman (treats). Analisis SWOT terbahagi kepada dua analisis yang berbeza iaitu analisis dalaman dan analisis luaran. Analisis dalaman meliputi kekuatan dan kelemahan manakala analisis luaran meliputi peluang dan ancaman. Analisis dalaman adalah untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi dan membuat penilaian tentang keupayaan sesebuah organisasi. Analisis luaran pula membolehkan kita mengenal pasti sesuatu peluang atau ancaman yang terbuka berdasarkan fakta utama dalam analisis persekitaran atau boleh mandapatkan maklumat dari pengguna atau pelanggan. Kekuatan (Strengths) adalah perkara atau keadaan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Kekuatan juga merupakan faktor dalaman dalam 2

SBFS1103

sesebuah organisasi yang membantu pencapaian objektif atau matlamat yang ditetapkan. Contohnya sebuah syarikat mempunyai kekuatan iaitu dengan menawarkan gaji yang tinggi kepada pekerja. Secara tidak langsung objektif dan matlamat syarikat tersebut mudah tercapai kerana ramai orang yang berlumba-lumba untuk kerja di syarikat tersebut. Kelemahan (Weakness) merupakan perkara atau keadaan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Kelemahan juga adalah kegiatan-kegiatan sesebuah organisasi yang tidak dilaksanakan dengan baik atau sesuatu yang diperlukan dalam sesebuah organisasi tetapi tidak dimiliki oleh organisasi tersebut. Kelemahan lebih mudah dilihat daripada sesuatu kekuatan. Kelemahan merupakan faktor dalaman dalam sesebuah organisasi yang memberi kesan yang buruk dan menjadikan objektif dan matlamat organisasi itu tidak akan tercapai. Contohnya jika sebuah syarikat mempunyai ketidakstabilan dalam bidang ekonomi maka tiada orang yang mahu bekerja di syarikat tersebut kerana syarikat tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk gagal dalam perniagaannya. Peluang (Opportunities) merupakan perkara atau keadaan yang akan berlaku pada masa yang mendatang dalam sesebuah organisasi dan sesuatu peluang dari luar organisasi itu sendiri. Peluang adalah faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif kepada pencapaian sesuatu objektif dan matlamat. Peluang juga adalah faktor positif yang datang dan memberi kesempatan kepada organisasi atau projek atau sesuatu konsep perniagaan untuk menfaatkannya. Sesuatu peluang bukan hanya untuk mendapatkan modal atau berupa wang ringgit tetapi respon dari masyarakat dan juga isu-isu yang timbul juga merupakan sebuah peluang. Contohnya seperti pesaing, polisi kerajaan dan keadaan persekitaran. Ancaman (Threats) pula adalah perkara atau keadaan yang datang dari luar yang mengganggu dan mengancam sesebuah organisasi. Ancaman adalah faktor negatif yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada kemajunya atau kejayaan sesebuah organisasi tersebut. Ancaman merupakan faktor luaran yang membantutkan dan memberi kesan negatif kepada pencapaian objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Contohnya apabila sebuah syarikat tidak stabil, berlakunya ancaman kepada pekerja iaitu pekerja mula risau dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan. Berdasarkan tugasan yang diberikan, penyelesaian masalah diperlukan dalam membuat keputusan mengenai pemilihan salah satu daripada tiga buah syarikat yang diberikan. 3

SBFS1103

Penggunaan analisis SWOT juga mempengaruhi saya untuk membuat keputusan yang memuaskan.

2.0

PERBANDINGAN ANTARA SYARIKAT A, B C DAN ANALISIS SWOT

Saya telah membua analisis SWOT untuk ketiga-tiga syarikat ini untuk mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang akan datang mengikut setiap criteria yang telah diberikan. Berikut adalah analisis SWOT dan penerangannya. 2.1 Syarikat A dan Analisis SWOT SYARIKAT A Kekuatan (Strenght) - Gaji yang tinggi - Elaun disediakan - Skop kerja sangat berkelayakan Kelemahan ( Weakness ) - Jarak sangat jauh ( 35km ) - Tidak stabil - Peluang yang sederhana - Kerja lebih masa tidak boleh dituntut - Jumlah cuti tahunan ( 26 hari ) - Persekitaran kerja yang kurang menarik - Tiada faedah perubatan Peluang (Oppurtunity) - Gaji yang tinggi dan elaun boleh menjadi simpanan - Kesesuaian kelayakan utama berkesan Ancaman ( Threats ) - Kurang masa untuk berehat atau bercuti - Risiko kerana tidak stabil - Jarak yang jauh - Kerja lebih masa tidak dibayar dan menimbulkan tidak puas hati - Peluang yang sederhana menjadi halangan - kos perubatan yang tinggi - Tidak fokus dan prestasi kerja akan terjejas 4

SBFS1103

Berdasarkan analisis SWOT yang dilakukan, Syarikat A mempunyai kelemahan dan ancaman yang tinggi berbanding kekuatan dan peluang. Analisi dalaman menunujukan bahawa Syarikat A mempunyai kelemahan yang tinggi berbanding kekuatan. Kekuatan Syarikat A adalah syarikat ini menawarkan gaji yang tinggi berserta elaun dan skop kerja yang ditawarkan sangat berkelayakan dengan kelulusan saya. Analisis luaran menunjukan hanya ada sedikit peluang yang boleh saya perolehi daripada syarikat ini iaitu gaji yang tinggi berserta elaun membolehkan saya menyimpan untuk menampung perbelanjaan saya pada masa depan. Kesesuaian kerja yang ditawarkan sangat bersesuaian dengan kelulusan saya dan amat berkesan untuk saya mendapat lebih banyak pengalaman dan pengetahuan untuk masa depan saya. Walaubagaimanapun terdapat kelemahan daripada beberapa kriteria yang telah dikenal pasti dan dikaji pada syarikat ini. Syarikat ini menawarkan cuti tahunan yang agak sederhana iaitu sebanyak 26 hari, kerja lebih masa yang dilakukan tidak boleh dituntut, tiada faedah perubatan, jarak syarikat dari kediaman saya sangat jauh iaitu sejauh 35km, persekitaran kerja yang kurang menarik, peluang saya untuk maju dalam syarikat ini adalah sederhana, dan syarikat ini tidak stabil. Berdasarkan kelemahan ini, analisis luaran telah dikenalpasti iaitu terdapat beberapa ancaman yang akan berlaku berdasarkan kriteria kelemahan yang telah dikaji iaitu saya mungkin akan menghadapi masalah untuk berehat dan bercuti bersama keluarga kerana cuti tahunan yang diberikan hanya 26 hari sahaja. Kerja lebih masa yang tidak dibayar akan menyebabkan saya berasa tidak puas hati dan merasa tidak dihargai serta berkemungkinan berlakunya perbalahan. Tiadanya faedah perubatan akan menyebabkan saya akan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk teknik perubatan yang canggih dan terkini yang tiada di mana-mana tempat perubatan kerajaan yang sememangnya percuma dan murah. Syarikat ini jauh dari kediaman saya iaitu 35km dan ini akan menyebabkan saya akan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi setiap hari hanya untuk ke tempat kerja. Persekitaran kerja yang kurang menarik mungkin akan menyebabkan saya tidak boleh fokus dengan kerja yang ditawarkan dan ini akan menjejaskan prestasi kerja saya kerana kurang serasi dengan persekitaran kerja yang sedia ada. Saya juga mungkin kurang maju dan menonjol dalam kerjaya saya kerana 5

SBFS1103

syarikat ini mempunyai peluang yang sederhana untuk maju dan berjaya pada masa depan. Dan ancaman yang terakhir buat saya bagi syarikat ini adalah saya akan merasa berisiko, tidak selamat dan sebarang kemungkinan boleh berlaku ke atas saya kerana syarikat iini merupakan sebuah syarikat yang tidak stabil dalam apa keadaan sekalipun.

2.2

Syarikat B dan analisis SWOT SYARIKAT B

Kekuatan (Strenght) - Jumlah cuti ( 30 hari ) - Kerja lebih masa boleh dituntut - Ada faedah perubatan - Jarak yang dekat ( 10km ) - Persekitaran kerja yang sangat menarik - Sangat stabil Peluang (Oppurtunity) - Mengurangkan kos - Boleh menambahkan pendapatan - Boleh mendapatkan kemudahan perubatan - Boleh lebih banyak masa berehat - Boleh meningkatkan prestasi - Boleh meningkatkan reputasi

Kelemahan ( Weakness ) - Gaji yang sederhana - Tiada elaun - Kelayakan skop kerja kurang - Peluang yang rendah untuk maju pada masa depan

Ancaman ( Threats ) - Kurangkan kos perbelanjaan - Berlaku kesilapan - Tidak akan maju dan berjaya

Berdasarkan analisis SWOT yang dijalankan pada Syarikat B, analisis luaran telah dikenal pasti dan menunjukan bahawa Syarikat B mempunyai kekuatan yang lebih berbanding kelemahan. Kekuatan yang diberikan adalah jumlah cuti tahunan yang diberikan banyak iaitu sebanyak 30 hari, kerja lebih masa boleh dituntut, diberikan faedah perubatan, jarak syarikat dengan kediaman saya dekat iaitu hanya 10km, persekitaran kerja yang sangat menarik dan syarikat ini sangat stabil dalam perniagaannya.

SBFS1103

Terdapat banyak peluang yang akan datang setelah melakukan analisis luaran berdasarkan faktor kekuatan yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah saya akan berasa cukup untuk berehat atau bercuti bersama keluarga kerana cuti tahunan yang diberikan banyak. Saya juga boleh menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja lebih masa kerana ia boleh dituntut dan ia akan membuatkan saya akan lebih seronok bekerja kerana mendapat pulangan yang setimpal. Selain itu saya juga berpeluang untuk mendapatkan faedah dan kemudahan perubatan yang cepat, canggih dan terkini sekiranya saya mengalami sebarang masalah kesihatan. Dengan jarak yang dekat dengan kediaman saya, saya berpeluang untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian dan terhindar daripada mengalami kesesakan lalu lintas. Prestasi kerja saya mungkin akan meningkat kerana persekitaran kerja yang sangat menarik sekaligus dapat memberikan tumpuan kerja dengan sepenuhnya. Dan saya juga berpeluang untuk mempunyai reputasi yang baik dan dapat membantu masa depan kerana syarikat ini benar-benar stabil. Kurangnya kelemahan pada Syarikat B yang merupakan salah satu analisis dalaman yang telah dikenalpasti. Antara kelemahannya adalah gaji yang ditawarkan sederhana, tiada elaun diberikan, kelayakan skop kerja kurang sesuai dan mempunyai peluang yang rendah untuk maju pada masa depan. Analisis luaran iaitu ancaman akan berlaku berdasarkan kelemahan yang ada pada syarikat ini dikenal pasti. Ancaman yang akan berlaku adalah kos perbelanjaan harus dikurangkan kerana syarikat ini memberikan gaji yang sederhana dan tiada elaun yang diberikan. Antara lain adalah mungkin saya akan melakukan banyak kesilapan atau kelewatan dalam melakukan kerja kerana kerja yang ditawarkan kurang sesuai dengan kelayakan saya. Selain itu, saya tidak akan maju dan berjaya kerana peluang yang diberikan untuk menonjolkan diri dan maju adalah kurang.

SBFS1103

2.3

Syarikat C dan Analisis SWOT

SYARIKAT C Kekuatan (Strenght) - Elaun diberikan - Peluang kerja yang tinggi Kelemahan ( Weakness ) - Gaji yang rendah - Jumlah cuti ( 24 hari ) - Jarak sedikit jauh ( 25km ) - Kerja lebih masa tidak boleh dituntut - Kelayakan skop kerja yang sederhana - Tiada persekitaran kerja yang menarik - Faedah perubatan tidak ditanggung - Sederhana stabil Peluang (Oppurtunity) - Dapat menyokong kos perbelanjaan - Dapat lebih berjaya dan maju Ancaman ( Threats ) - Masalah dalam pengurusan kewangan - Kurang masa cuti - Jarak sedikit jauh - Kerja yang dihasilkan tidak memenuhi / memuaskan kehendak - Kos perubatan tinggi - Prestasi kerja akan terjejas - Risau sedikit kerana keadaan syarikat

Berdasarkan analisis SWOT yang dilakukan kepada Syarikat C, didapati bahawa syarikat ini mempunyai banyak kelemahan daripada kekuatan yang kedua-duanya merupakan analisis dalaman yang telah dikaji dan dikenal pasti. Antara kekuatan yang terdapat pada syarikat ini adalah elaun diberikan kepada pekerja dan peluang untuk maju dan berjaya adalah tinggi. Terdapat hanya dua peluang yang akan datang berdasarkan criteria kekuatan syarikat ini iaitu saya dapat menampung dan membantu dalam kos perbelanjaan kerana 8

SBFS1103

elaun diberikan dan saya akan dapat lebih berjaya, maju dan menonjolkan kerja saya kerana syarikat ini member peluang yang tinggi untuk saya lebih berjaya ke hadapan. Namun syarikat ini mempunyai banyak kelemahan yang telah dikenal pasti iaitu pemberian gaji yang sangat rendah, jumlah cuti tahunan yang sedikit iaitu sebanyak 24 hari sahaja, kerja lebih masa tidak boleh dituntut, tiada faedah perubatan, jarak yang agak jauh sedikit dengan kediaman saya, kelayakan skop kerja yang sederhana sesuai, tiada persekitaran kerja yang menarik, dan syarikat ini kurang dan sederhana stabil. Berikutan kelemahan yang dikenalpasti, terdapat banyak ancaman yang mungkin saya hadapi dalam syarikat ini iaitu saya akan mengalami masalah dalam pengurusan kewangan kerana gaji yang diberikan sangat rendah. Saya juga mungkin akan menghadapi kekurangan masa untuk berehat dan bercuti kerana cuti tahunan yang diberikan sedikit. Selain itu, ancaman yang mungkin datang adalah berlakunya ketidak puashatian pada syarikat kerana kerja lebih masa tidak boleh dituntut dan saya akan merasa seperti tidak dihargai. Tiada faedah perubatan akan membuatkan saya memerlukan kos rawatan yang tinggi sekiranya menghadapi penyakit yang kronik dan perlu rawatan yang secepatnya. Jarak yang sedikit jauh menyebabkan saya akan menambah sedikit kos perbelanjaan seharian dan kemungkinan besar akan terlibat dalam kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan saya lewat datang kerja serta menjejaskan prestasi saya. Selain itu, ancaman lain adalah kerja yang dihasilkan tidak memenuhi dan memuaskan kehendak syarikat kerana skop kerja tidak sesuai dengan kelayakan saya. Persekitaran yang tidak menarik juga memberi ancaman bahawa prestasi kerja saya merosot kerana tidak boleh fokus dan saya akan berasa risau dan tidak tenang kerana syarikat ini kurang dan sederhana stabil.

SBFS1103

2.4

Perbandingan antara Syarikat A, B dan C Syarikat A Syarikat B Syarikat C

Syarikat / Faktor Kekuatan (Strenght)

- Gaji yang tinggi - Elaun disediakan - Skop kerja sangat berkelayakan

- Jumlah cuti ( 30 hari ) - Kerja lebih masa boleh dituntut - Ada faedah perubatan - Jarak yang dekat ( 10km ) - Persekitaran kerja yang sangat menarik - Sangat stabil

- Elaun diberikan - Peluang kerja yang tinggi

Kelemahan (Weakness)

- Jarak sangat jauh ( 35km ) - Tidak stabil - Peluang yang sederhana

- Gaji yang sederhana - Tiada elaun - Kelayakan skop kerja kurang - Peluang yang rendah

- Gaji yang rendah - Jumlah cuti ( 24 hari ) - Jarak sedikit jauh ( 25km ) - Kerja lebih masa tidak boleh dituntut - Kelayakan skop kerja yang sederhana - Tiada persekitaran kerja yang menarik - Faedah perubatan tidak ditanggung - Sederhana stabil

- Kerja lebih masa tidak untuk maju pada masa boleh dituntut - Jumlah cuti tahunan ( 26 hari ) - Persekitaran kerja yang kurang menarik - Tiada faedah perubatan depan

Peluang

- Gaji yang tinggi dan

Mengurangkan kos - Boleh menambahkan pendapatan 10

- Dapat menyokong kos perbelanjaan - Dapat lebih berjaya

(Oppurtunity) elaun boleh menjadi simpanan

SBFS1103

- Kesesuaian kelayakan utama berkesan

- Boleh mendapatkan kemudahan perubatan - Boleh lebih banyak masa berehat - Boleh meningkatkan prestasi - Boleh meningkatkan reputasi

dan maju

Ancaman (Threat)

- Kurang masa untuk berehat atau bercuti - Risiko kerana tidak stabil - Jarak yang jauh - Kerja lebih masa tidak dibayar dan menimbulkan tidak puas hati - Peluang yang sederhana menjadi halangan - kos perubatan yang tinggi - Tidak fokus dan prestasi kerja akan terjejas

- Kurangkan kos perbelanjaan - Berlaku kesilapan - Tidak akan maju dan berjaya

- Masalah dalam pengurusan kewangan - Kurang masa cuti - Jarak sedikit jauh - Kerja yang dihasilkan tidak memenuhi / memuaskan kehendak - Kos perubatan tinggi - Prestasi kerja akan terjejas - Risau sedikit kerana keadaan syarikat

11

SBFS1103

Berdasarkan analisis SWOT keatas ketiga-tiga syarikat ini terdapat perbezaan diantara ketiga-tiga syarikat tersebut. Syarikat B mempunyai persekitaran kerja yang sangat menarik berbanding Syarikat A yang mempunyai persekitaran kerja yang kurang menarik dengan Syarikat C yang tidak mempunyai persekitaran kerja yang menarik.Tetapi dari segi kesesuaian kerja berdasarkan kelayakan yang ada, Syarikat A sangat sesuai dengan kelayakan berbanding Syarikat C yang mempunyai kesesuaian yang sederhana dengan kelayakan dan Syarikat B yang kurang sesuai dengan kelayakan yang ada. Syarikat A pula menawarkan gaji yang paling tinggi tetapi kerja lebih masa tidak boleh dituntut berbanding Syarikat B yang menawarkan gaji yang sederhana tetapi kerja lebih masa boleh dituntut manakala Syarikat C menawarkan gaji yang rendah disamping kerja lebih masa tidak boleh dituntut. Jarak Syarikat A terletak agak jauh berbanding Syarikat B dan C iaitu sejauh 35km dan ada elaun diberikan, Syarikat B pula terletak pada jarak yang dekat iaitu sejauh 10km tetapi elaun tidak diberikan manakala Syarikat C pula terletak pada jarak yang tidak kurang jauh berbanding Syarikat A iaitu sejauh 25km dan elaun juga disediakan. Dari segi kriteria perubatan pula, Syarikat B saja yang menyediakan faedah perubatan dan cuti tahunan yang diberikan banyak iaitu sebnayak 30 hari berbanding Syarikat A yang tiada faedah perubatan dengan cuti tahunan sebanyak 26 hari dengan Syarikat C yang juga tiada faedah perubatan dan cuti tahunan yang sedikit iaitu sebanyak 24 hari sahaja. Syarikat C mempunyai peluang yang tinggi untuk maju ke hadapan berbanding Syarikat A dan Syarikat B tetapi Syarikat C ini kurang stabil dalam perniagaannya berbanding dengan Syarikat A yang mempunyai peluang yang sederhana untuk maju kehadapan tetapi syarikat tersebut tidak stabil manakala Syarikat B yang kurang mempunyai peluang untuk maju ke hadapan tetapi syarikat ini mempunyai kestabilan yang sangat kukuh.

3.0

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN YANG RASIONAL

Untuk mencapai keputusan yang sesuai saya telah pun menjalankan analisis SWOT dan mengenalpasti setiap kriteria sama ada dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman pada setiap syarikat. Setelah itu saya telah mengemaskini 12

SBFS1103

kriteria tersebut mengikut kepentingan, kemudian saya terus bertindak dengan mengenalpasti tindakan yang diperlukan dan membuat satu perancangan yang teratur untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam membuat keputusan bagi masalah ini, saya telah menggunakan langkah-langkah penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapai iaitu kesukaran dalam membuat pemilihan untuk tiga buah syarikat berdasarkan kriteria yang telah dikenalpasti. Saya membina matlamat untuk bekerja di bawah salah satu syarikat yang berpotensi dan memberikan banyak manfaat kepada saya pada masa yang mendatang. Saya mencari idea untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan merancang untuk membuat jadual PMI, analisis grid, analisis pareto dan sebagainya mengikut kriteria yang telah dikenal pasti diantara ketiga-tiga syarikat ini. Setelah itu, saya memilih satu idea yang telah diberikan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik iaitu untuk membuat jadual PMI (menimbnag persetujuan dan penolakan keputusan). Kemudian saya melaksanakan rancangan tindakan iaitu dengan melakukan jadual PMI tersebut seperti di bawah.

SYARIKAT/ KRITERI Persekitaran Kerja Kesesuaian Kelayakan Gaji Jarak Elaun JUMLAH Kerja Lebih Masa Peluang untuk Maju Kestabilan JUMLAH Perubatan Cuti Tahunan

Kepentingan

3 3 3 3 3

2 3 3 1 3 12

3 1 2 3 1 10 3 1 3 17 3 3

1 2 1 2 3 9 1 3 2 15 1 1

2 2 2

1 2 1 16

1 1 13

1 2

SBFS1103

JUMLAH BESAR

19

23

17 Jadual

PMI (menimbnag persetujuan dan penolakan keputusan) Rujukan: Kepentingan: sangat penting =3 , sederhana penting =3 , tidak penting =1 Pilihan : sangat pilih =3 , sederhana pilih =3 , kurang pilih =1

Berdasarkan jadual PMI tersebut, saya telah membuat penilaian terhadap kesemua kriteria yang telah disenaraikan dan membuat keputusan memilih Syarikat B untuk bekerja di syarikat tersebut kerana jumlah keputusan Syarikat B adalah tinggi iaitu 23 berbanding Syarikat A, 19 dan syarikat C, 17 dengan berdasarkan pemilihan kriteria yang dibuat. Saya telah memilih Syarikat B kerana beberapa faktor iaitu:

3.1

Persekitaran Kerja Syarikat ini mempunyai persekitaran kerja yang sangat menarik dan persekitaran

inilah yang akan melahirkan prestasi kerja yang baik walaupun kesesuaian kerja dengan kelayakan yang saya ada adalah kurang sesuai. Jika persekitaran kerja tidak menarik maka kita akan merasa tidak senang dan tidak suka untuk bekerja di syarikat tersebut. Persekitaran kerja amat penting kerana ia memainkan peranan kepada emosi saya. Jika emosi saya terganggu kerana persekitaran yang kurang menarik seperti rakan sekerja yang suka membuli atau sebagainya, bagaimana saya hendak fokus dalam menjalankan tugas saya walaupun ia mudah untuk dilakukan. Hal tersebut sekaligus akan menjejaskan prestasi saya dan membuatkan saya kurang minat untuk bekerja. Persekitaran yang menarik ini mendorong saya untuk lebih maju dan berjaya pada masa akan datang.

3.2

Gaji dan kerja lebih masa Syarikat ini menawarkan gaji yang sederhana kepada saya. Gaji yang sederhana

bukan bermaksud gaji yang sedikit tetapi gaji yang cukup untuk menampung perbelanjaan saya. Tetapi saya tidak perlu risau dengan gaji yang sederhana ini kerana setiap kerja lebih masa yang saya lakukan boleh dituntu sama sekali.Tuntutan kerja lebih 14

SBFS1103

masa ini akan membantu saya meningkatkan lagi pendapatan bulanan saya sekaligus sebagai simpanan saya sekiranya diperlukan kelak.

3.3

Jarak Jarak Syarikat B dengan kediaman saya hanya 10km walaupun tiada sebarang

elaun diberikan. Denagn jarak yang dekat ia dapat mengelakan saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan lewat untuk sampai ke tempat kerja. Dengan jarak yang dekat ini saya juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke tempat kerja dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian saya walaupun tiada elaun yang diberikan sekaligus prestasi kerja saya boleh meningkat kerana selalu datang awal ke tempat kerja.

3.4

Cuti Saya memilih syarikat ini juga kerana syarikat ini menawarkan cuti tahunan yang

banyak iaitu sebanyak 30 hari dan tidak menjadi masalah untuk saya jika mahu pergi berehat dan bercuti melauangkan masa bersama keluarga. Dengan adanya cuti yang banyak ini dapat mengurangkan kadar pengambilan cuti sakit kerana cuti tahunan sudah habis dan ia dapat meningkatkan prestasi kerja yang baik.

3.5

Faedah perubatan Syarikat ini juga menyediakan faedah perubatan dimana jika saya sakit dan

memerlukan rawatan dengan kadar segera syarikat telah menentukan pusat kesihatan mana yang harus saya pergi dan tidak perlu menungggu masa yang lama. Syarikat ini juga akan menanggung segala kos perubatan yang terkini atau canggih yang tidak dapat di mana-mana Pusat Kesihatan Kerajaan yang sememangnya percuma dan murah. Dan ini akan menyebabkan saya tidak perlu risau jika menghadapi apa masalah kesihatan sekalipun dan ia sangat berguna buat saya.

3.6

Peluang dan stabil Walaupun Syarikat B mempunyai peluang yang kecil untuk memajukan dan

menonjolkan diri pada masa hadapan, saya masih boleh berusaha untuk memajukan diri 15

SBFS1103

saya berikutan syarikat ini dikatakan sangat stabil. Saya tidak perlu risau dan takut untuk sebarang kemungkinan apabila kerja di syarikat ini dan makin yakin menunujukan reputasi saya di syarikat ini. Peluang yang kecil tidak melemahkan saya kerana saya yakin sebuah syarikat yang stabil akan sentiasa diberi peluang terhadap sesuatu projek atau kerja dan dari situ saya akan menggunakan peluang yang kecil dengan menunjukan kebolehan saya untuk memajukan diri saya pada masa yang mendatang.

4.0

KESIMPULAN Apabila kita menghadapi dilema dalam pemilihan sesuatu tawaran kita haruslah

mengambil langkah yang bijak dalam mencapai sesuatu keputusan yang sesuai dan memberi manfaat pada jangka masa yang panjang. Seharusnya kita harus mengenal pasti dan faham mengenai masalah tersebut. Seperti saya yang berhadapan dengan masalah dalam membuat keputusan untuk memilih syarikat yang sesuai berdasarkan tiga tawaran kerja dari Syarikat A, B dan C. Saya telah mengenal pasti setiap kriteria yang terdapat dalam ketiga-tiga syarikat tersebut dan melakukan analisis SWOT berdasarkan faktor positif iaitu kekuatan dan peluang serta faktor negatif iaitu kelemahan dan ancaman. Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilakukan, saya telah mengenal pasti setiap kriteria di dalam ketiga-tiga syarikat tersebut dengan mengetahui apakah kelebihan, kekuatan, peluang dan ancaman setiap syarikat tersebut. Perbandingan antara ketiga-tiga syarikat ini telah dibuat dan saya mengemaskini kriteria tersebut mengikut kepentingan dan mengambil tindakan dengan membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah saya ini. Terdapat pelbagai idea atau teknik yang boleh digunakan pakai untuk saya gunakan dalam mencapai sesuatu keputusan seperti jadual PMI, analisis grid, analisis pareto dan sebagainya. Tetapi saya telah memilih untuk membuat jadual PMI (menimbnag persetujuan dan penolakan keputusan) untuk mencapai keputusan yang sesuai buat saya. Hasil dari jadual tersebut saya telah membuat keputusan yang rasional dengan memilih bekerja di Syarikat B kerana syarikat ini mempunyai kekuatan berbanding kelemahan iaitu dari segi cuti yang diberikan, kerja lebih masa yang boleh dituntut, adanya faedah perubatan, jarak yang dekat, persekitaran kerja yang menarik dan 16

SBFS1103

mempunyai kestabilan yang kukuh. Dengan adanya kekuatan ini akan timbulah pelbagai peluang yang memberi manfaat kepada diri saya seperti pengurangan kos perbelanjaan, menambahkan pendapatan dan boleh mendapatkan kemudahan perubatan. Walaubagaimanapun sesebuah organisasi tidak lari dari adanya kelemahan dan ancaman. Bagi Syarikat B, mempunyai kelemahan dari segi gaji yang sederhana, tiada elaun, kelayakan kurang sesuai dan kurangnya peluang sekali gus memberi ancaman terhadap saya. Tetapi saya berpendapat bahawa kelemahan dan ancaman ini boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi syarikat ini. Contohnya seperti dengan mengadakan kenaikan gaji berperingkat setiap tahun untuk mengatasi pemberian gaji yang sederhana ini sekaligus dapat menampung kos elaun yang tidak diberikan. Selain itu saya mencadangkan agar syarikat ini dapat meluaskan kelayakan kerja di setiap bahagian dalam syarikat tersebut mengikut bidang yang tertentu dan sentiasa merebut peluang yang ada untuk lebih maju pada masa akan datang. Saya juga mencadangkan agar syarikat ini dapat membuat sesuatu program penilaian dengan memberi penghargaan dan pencapaian kepada pekerja yang cemerlang supaya semua pekerja sentiasa berusaha untuk memaksimum dan memantapkan potensi kerja masing-masing. Selain itu saya juga mencadangkan supaya syarikat ini menubuhkan Kelab Keluarga yang bertujuan sebagai satu medium atau perantaraan antara semua pekerja dengan majikan supaya hubungan yang baik antara satu sama lain terjalin dan ia juga akan melahirkan persekitaran kerja yang menarik dan semua pekerja gembira bekerja di syarikat ini.

(4331 patah perkataan)

17

SBFS1103

6.0

RUJUKAN / REFERENSI

Compton, B.R., Galaway, B., & Cournoyer, B. R. (2005). Social Work Processes (7th Edition). California: Brooks/Cole Publishing Kantial H.K & Espira A, (2011). Thingking Skills and Problem Solving. Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd. ________________.[Online].Available:http://www.businessdictionary.com/definition /decision-making.html [ 23 Okt 2012] ____________.[Online]. Available :http://www.unimap.edu.my/images/ Analisis_SWOT%5B1%5D.pdf.[ 23 Okt 2012]

18

You might also like