Sistem kewangan berasas emas lebih adil, jujurBerita Harian 19 Januari 2009
(Oleh Mohd Faizal Mohd Nor) Di dalam peradaban manusia sejak sekian lama, emas adalah logam berharga yang telah menjadi simbol kepada kekuasaaan,kemewahan, dan kecantikan. Sejak itu, emas telahpun berjaya menjalankan fungsinya sebagai pengekal nilai yang paling kukuh,walaupun berhadapan dengan pelbagai pergolakan, tribulasi, peperangan, dan pelbagai lagi krisis ekonomi dan kemanusiaan.Emas bukan sahaja dianggap sebagai barang bernilai di dunia. Bahkan Al-Quran menyebut bahawa emas kekal sebagai sesuatuyang dinisbahkan sebagai simbol kejayaan dan kemewahan di akhirat kelak. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya,“
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanyabeberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera.”
(Al-Hajj: 23)Sejarah menunjukkan bahawa emas telah digunapakai sebagai alat pertukaran di dalam perdagangan. Sebelum kedatanganRasulullah SAW, emas telahpun digunakan oleh kerajaan Rom Byzantine. Malah pada zaman awal kedatangan Islam, syiling-syiling dari kerajaan Rom dan Parsi juga telah digunakan secara meluas oleh orang-orang Islam. Emas dan perak telah dijadikansebagai ukuran kepada unit timbangan kepada harga dan upah. Sistem barter atau pertukaran barang dengan barang adalah tidak digalakkan seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya, “
Bahwa Rasulullah saw. mengutus saudara Bani Adi Al-Anshari sebagai wakil beliau di Khaibar. Kemudian ia datang membawa kurma janib (kurma bermutu baik). Rasulullah saw. bertanya kepadanya: Apakah semua kurma Khaibar seperti ini? Dia menjawab:Tidak, demi Allah, wahai Rasulullah, kami membeli satu sha` kurma ini dengan dua sha` kurma yang kurang baik mutunya. Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu berbuat demikian. Tetapi tukarlah dengan yang sejenis, atau juallah ini (kurma yang kurang baik mutunya) lalu belilah kurma yang baik dengan wang penjualannya dan demikian juga dengan timbangan
.Demi keadilan, barangan yang hendak didagangkan adalah sebaiknya dijual terlebih dahulu dan tidak ditukarkan secara terusdengan barangan lain. Dengan ini emas dan perak telah dijadikan perantara dalam sistem perdagangan Islam.Emas dan perak juga telah dijadikan sebahagian dari syariat Islam. Sebagai contoh, Rasullulah SAW seperti yang diriwayatkanoleh An-Nasa’i dari Amru Ibn Hazm telah bersabda, maksudnya,
"The blood money for one soul would be 100 camels...andfor those who deal in gold it would be 1000 dinars."
Imam Bukhari juga telah meriwayatkan dari Aishah (ra) bahawa Rasullulah SAW telah bersabda, maksudnya
"The hand is cutfor the theft of one-quarter dinar and upward."
Hanya bertahun selepas kewafatan Rasullulah SAW, orang Islam tidak lagi menggunakan syiling -syiling Rom dan Parsi apabila pada tahun 77 Hijrah (696) ketika zaman pemerintahan Khalifah Abul Walid Abd al-Malik ibn Marwan, emas yang pertama telahditempa. Gambaran manusia dan binatang yang ada pada syiling-syiling Rom dan Parsi telah digantikan dengan perkatan "lailaha ill' Allah". Syiling emas ini telah digunakan secara meluas di jajahan-jajahan Islam sehinggalah keruntuhan kerajaan TurkiUthmaniyyah.Pada masa ini perantara kepada perdagangan telah berubah dari emas kepada wang kertas. Terpisahnya emas dari sistemkewangan dunia bermula dengan berakhirnya sistem Bretton Woods. Runtuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah menandakantamatnya era perdagangan dan sistem kewangan Islam yang adil dan jujur. Lompang kewangan yang ditinggalkan itu sedikitdemi sedikit mula diisi oleh sistem ekonomi kapitalis yang kejam dan zalim dengan riba dijadikan senjata untuk meruntuhkanstruktur kewangan sedunia yang telah dibangunkan sekian lama.
Leave a Comment
nape xleh downld
salam......... leh sapa2 trngkan x tntg penjajahan budaya msa kini bg klangan remaja msa kini????
bagilah download
THANKS...KM PUN BUDAK KPLI 2009...ASSIGNMENT PUN DAPAT TAJUK NI..THANK A LOT..HUHU
www.barbaros.biz OTTOMAN HISTORY DOWNLOAD 20.000 OTTOMAN PICTURES