Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatukonsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur denganfasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kianmenjadi pesat.Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupadengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaanmereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsepkeabadian bilangan.
Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun
)
Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses
kebalikan
dan akhirnya mengamati proses
songsangan
. Di samping itu, kanak kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masadan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepadakonkrit sahaja.Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Olehitu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkatini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalahyang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, danmenggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuatrumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga bolehmenggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.
Leave a Comment
IZINKAN SAYA KONGSI MAKLUMAT INI.TQ
i always take the notes from here.its realy2 helped me do my work..tqvm
thank 4 this note k...