You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 -

ASAS NEGARA MERDEKA (8 SIRI)

oleh Datin Sitti Haishah Abd Rahman (Unit KUR, BPG)

Siri 1 - Pengenalan

British kembali ke Tanah Melayu setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan berusaha
untuk menaikkan semula imej mereka dengan menjalankan pentadbiran sementara
yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British. Pada 10 Oktober 1945, George
Hall, Setiausaha Tanah Jajahan, telah mengumumkan Gagasan Malayan Union di
Tanah Melayu. Kerajaan bercorak kesatuan ini bertujuan menggabungkan semua
negeri-negeri Melayu kecuali Singapura, di bawah satu sistem pentadbiran pusat yang
diketuai oleh seorang Gabenor. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil
kerajaan British untuk mendapatkan tandatangan dan persetujuan Raja-raja Melayu
mengenai cadangan itu. Beliau telah berjaya melakukan melakukan kerja dalam masa
dua bulan sahaja dengan menggunakan cara ugutan ke atas Raja-raja Melayu dan
tidak memberi peluang kepada baginda Raja-raja untuk membincang. Pada 12
Januari 1945, kerajaan British telah mengeluarkan Kertas Putih yang mengandungi
butiran perlembagaan Malayan Union. Seterusnya pada 01 April 1946, Malayan Union
diisytiharkan secara rasmi.

Penubuhan Malayan Union telah menaikkan semangat orang Melayu untuk bangun
menentang British. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk menyuarakan
bantahan tersebut. Ahli bijak pandai dan celik huruf orang Melayu yang telah lama
berjinak-jinak hidup berpersatuan menghangatkan lagi bantahan dan tentangan
terhadap penubuhan Malayan Union. Penyatuan semua persatuan dan kesatuan
Melayu telah menghasilkan penubuhan UMNO (United Malays National Organisation)
pada 11 Mei 1946, yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Penentangan yang padu
dan jitu daripada UMNO dan daripada pelbagai pihak telah menyebabkan British
menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946 bagi merangka perlembagaan
baru. Jawatankuasa ini diketuai oleh Sir Malcom MacDonald dan ahli-ahlinya terdiri
daripada enam (6) orang pegawai kanan British, empat (4) orang wakil Raja-raja
Melayu, dan dua (2) orang wakil UMNO. Pada bulan Disember 1946, kerajaan British
telah menggubal satu perlembagaan baru dan menubuhkan Jawatankuasa
Perundingan bagi mendapatkan pandangan dan pendapat orang bukan Melayu. Pada
21 Januari 1948, kerajaan British dan Raja-raja Melayu telah menandatangani

shar070209 1
Perjanjjian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytihatkan secara rasmi
pada 01 Februari 1948.

Kejayaan menghapuskan Malayan Union telah menyakinkan dan menaikkan


semangat orang Melayu untuk terus memperjuangkan kebebasan tanah air.
Perubahan demi perubahan berlaku dalam politik tanah air yang menjurus kepada
berkerajaan sendiri. Perpaduan uyang erat di antara oran Melayu dengan bukan
Melayu telah mempercepatkan proses ini. Rundingan antara wakil pelbagai kaum di
Tanah Melayu dengan kerajaan British kerap kali diadakan. Kemuncaknya apabila
Rombongan Merdeka telah berjaya mendapatkan tarikh sebenar kemerdekaan Tanah
Melayu. Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru, iaitu
Suruhjaya Reid. Suruhanjaya ini telah menjadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 sebagai asas dalam merangka perlembagaan baru tersebut. Akhirnya
pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu disahkan sebagai sebuah negara
yang bebas dan merdeka tanpa revolusi ataupun pertumpahan darah tetapi
sebaliknya melalui meja rundingan.

Laksana Bulat Air Kerana Pembentung.

Sumber:
Arkib Negara Malaysia. 2008.

shar070209 2

You might also like