• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 -ASAS NEGARA MERDEKA (8 SIRI)oleh Datin Sitti Haishah Abd Rahman (Unit KUR, BPG)Siri 2 - Perlembagaan
Sejak pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pihak British cuba merangka satu corakpemerintahan yang baru. Pada bulan Julai 1943, kerajaan British di London telahmenubuhkan Unit Perancangan Tanah Melayu atau
Malayan Planning Unit 
yangbertujuan untuk menyusun semula struktur politik dan pentadbiran di negeri-negeriMelayu. Pada 31 Mei 1944, kerajaan British telah meluluskan syor-syor yangdikemukakan oleh Unit Perancangan Tanah Melayu berkaitan penyatuan pentadbirannegeri-negeri di Tanah Melayu. Singapura tidak dimasukkan dan kekal sebagai tanah jajahan.Tanpa perbincangan dengan kerajaan negeri-negeri Melayu dan hanya pujukan sertaugutan ke atas Raja-raja Melayu agar bersetuju dengan kerajaan baru itu, kerajaanBritish telah mengeluarkan Kertas Putih yang mengandungi butir-butir PerlembagaanMalayan Union. Ciri-ciri utama perlembagaan ini ialah:
Struktur Negeri
Malayan Union terdiri daripada gabungan sembilan (9) buah negeri-negeri Melayukecuali Singapura, di bawah satu pentadbiran pusat yang bercorak kesatuan. Pusatpentadbiran bertempat di Kuala Lumpur dan ketua kerajaan terletak di tanganGabenor Malayan Union.
Pentadbiran
Gabenor Malayan Union akan berkuasa penuh dalam hal pentadbiran dan akandibantu oleh dua majlis sebagai penasihat, iaitu Majlis Mesyuarat Undangan danMajlis Mesyuarat Kerja. Keahlian kedua-dua majlis adalah dilantik oleh kerajaanBritish bukan dipilih oleh rakyat. Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasamereka telah dikurangkan sebagai penasihat Gabenor, berkuasa dalam hal-ehwalagama Islam dan adat istiadat Melayu dan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayudi negeri masing-masing.
1
 
Kerakyatan
Kerajaan Malayan Union memberi taraf kewarganegaraan yang sama kepada semuakaum di Tanah melayu berdasarkan prinsip jus soli. Mengikut prinsip ini, semua kaumyang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura selepas Malayan Union diisytiharkanadalah layak memohon kerakyatan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu danSingapura selama lima tahun layak memohon kerakyatan. Prinsip ini secara jelastelah menafikan hak-hak orang Melayu.Ciri-ciri perlembagaan baru ini telah menimbulkan kemarahan orang Melayu. Melaluipenulisan dan rapat umum, mereka dengan berani menyuarakan bantahan terhadapkerajaan British. Hasilnya kerajaan British terpaksa akur dengan kehendak rakyatpribumi dengan membubarkan Malayan Union dengan terbentuknya PersekutuanTanah Melayu pada tahun 1948. Dalam proses merangka perlembagaan 1948,kerajaan British telah berunding dengan Raja-raja Melayu dan wakil UMNO sertamendapatkan pandangan kaum-kaum bukan Melayu. Ciri-ciri utama perlembagaan iniialah:
Kerajaan Persekutuan
Sembilan buah negeri-negeri Melayu bergabung membentuk persekutuan yang akandiketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi. Beliau akan dibantu oleh Majlis PerundanganPersekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerja terdiridaripada tiga (3) orang anggota ex-officio, empat (4) orang ahli rasmi yang dilantikoleh Pesuruhjaya Tinggi dan lima (5) atau tujuh (7) ahli tidak rasmi. MajlisPerundangan Persekutuan dianggotai oleh tiga (3) orang ahli ex-officio, sembilan (9)orang Presiden Majlis Negeri, dua (2) orang wakil Majlis Tempatan Pulau Pinang danMelaka, sebelas (11) orang ahli rasmi dan lima puloh (50) ahli tidak rasmi yangkesemuanya dilantik. Sebuah Majlis Raja-raja dibentuk bagi menasihati PesuruhjayaTinggi.
Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri akan diketuai oleh Raja / Sultan dengan dibantu oleh majlisMesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. Kerajaan negeri berkuasamengurus perkara-perkara berkaitan kerajaan tempatan, kesihatan, pendidikan, tanah,dan pertanian.
2
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...