Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
MMI Pentaksiran PBS

MMI Pentaksiran PBS

Ratings: (0)|Views: 365|Likes:
Published by roszelan

More info:

Published by: roszelan on Feb 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/06/2013

pdf

text

original

 
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
1 |Muka Surat 
PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAANPENTAKSIRAN SEKOLAH
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan FalsafahPendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksirbidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada PentaksiranSekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripadaPentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolahyang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiranformatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumenyang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporantugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment forlearning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran(P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaranguru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan ataudicapai dalam satu-satu proses P&P.PS adalah proses pentaksiran yang berterusan dan dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolahsepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumenpentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amatpenting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkaninsan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagihkomitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
 
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
2 |Muka Surat 
Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:
 
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaianpengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
 
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P
 
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaanmurid.
 
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS bolehdilaksanakan secara:1.
 
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P2.
 
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,semester atau tahunDalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran RujukanStandard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi
 
untuk melihat kemajuan danpertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Iamerupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yangditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumenkurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang muriddengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkantentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepadapernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalammasyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpadibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yanglengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentangdiri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,memahami,menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsamengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
 
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
3 |Muka Surat 
Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, KementerianPelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikuttahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
FALSAFAHPENDIDIKANKEBANGSAAN
STANDARDKURIKULUMSTANDARD PRESTASI
Matlamat
ObjektifMP
Standard Kandungan
StandardPembelajaran
PernyataanStandard
Deskriptor 
Evidens
Instrumen Apa yang patutdipelajari Apa yang dilaporkantentangperkembangandan pencapaian muridPENTAKSIRAN
 
Standard Prestasi
 Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian ataupenguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu StandardPrestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakansecara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.Standard Prestasi jugamenjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsungdan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Denganmenggunakan Standard Prestasi ;
 
Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dankualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Maiza Samsudin liked this
Choiyen Ng liked this
Jabilin Salimin liked this
Naqiee Aziz liked this
Puteri Adawiya liked this
Na Zi Rah liked this
brandontan liked this
kfaidzal liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->