You are on page 1of 4

Indochina, adalah sebuah kawasan di Asia Tenggara di sebelah timur India dan di belah Selatan negeri China.

Kawasan ini mempunyai pengaruh budaya peradaban India dan peradaban China, dan hakikat ini membawa kepada penamaan Indochina bagi kawasan ini. Vietnam lebih dipengaruhi pengaruh China sementara Kemboja, Laos dan Thailand lebih mirip kepada pengaruh India. Kini, istilah Indochina digunakan secara mutlak untuk memerikan kawasan Laos, Kemboja dan Vietnam. Indochina Perancis pula menceritakan kawasan takluk yang menjadi jajahan Perancis sehingga Perang Vietnam. Kerajaan Khmer gagah bertapak di Indochina sehingga campur tangan Eropah dan kejatuhan Kerajaan Champa dan pengluasan Kerajaan Annam. Kemasukan Eropah bermula dalam kurun Ke-16. Dalam kurun Ke-19, Perancis menjajah Cochin dan mengambil Kemboja (1863), Annam (1884) dan Tonkin (1884) sebagai wilayah di bawah perlindungannya. Dalam tahun 1887, jajahan-jajahan ini digabungkan menjadi jajahan Indochina (bandingan dengan permulaan campur tangan British di negeri-negeri Melayu mulai tahun 1874). Laos ditambah kepada jajahan Perancis dalam tahun 1893. Sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara menjadi nadi perhubungan yang utama di Indochina selain Tasik Tonle Sap yang menyumbang kepada aktiviti pengangkutan dan perikanan serta pertanian.

Birokrasi Barat Di Indochina

Indochina adalah sebuah kawasan di Asia tenggara di sebelah timur India dan sebelah selatan China. Indochina Perancis menceritakan tentang penjajahan Perancis terhadap Indochina sehingga lahirnya perang Vietnam.

Sebelum kedatangan Perancis

Negara-negara di Indochina ditakbirkan oleh sebuah kerajaan pusat .

Berkuasa mutlak dalam memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan . Pentadbiran diketuai golongan Mandarin pengaruh pentadbiran tanah besar china dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China. Melemahkan kepimpinan tradisional Vietnam yang selama ini tertumpa pada raja dan golongan

Kedatangan Perancis
mandarin.

Penguasaan Perancis menyebabkan pentadbiran di Indochina diambil alih oleh Gabenor General bertanggungjawab teus kepada Kementerian Tanah Jajahan Perancis.

Struktur Pentadbiran Perancis di IndoChina Gabenor General

pemerintah wilayah jajahan /naugan )

Leftenan Gabenor (

Residen General

Residen Wilayah

Union Indochinoise

Ditubuhkan oleh Perancis merupakan sebuah kerajaan pusat.

Rang undang-undang di Indochina di luluskan oleh Parlimen Perancis. Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat perlu membayar cukai menyediakan kerahan tenaga

>>Sudut Maklumat
Union Indochinoise 1887 ~> merupakan persekutuan Indochina ~> Terdiri drp Vietnam dan kemboja ~> Laos meyertai pada tahun 1904 ~> perancis menguasai pentadbiran

Peta IndoChina Pada 1951

You might also like