You are on page 1of 12

PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Program Sekolah Selamat telah mula dilaksanakan bermula tahun 2002 bagi tujuan mewujudkan pesekitaran sekolah yang selamat. Program ini telah dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dan mendapati tidak semua sekolah yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa isu keselamatan merupakan isu yang tidak boleh dikompromi kerana ia boleh mengancam nyawa serta harta benda sekolah. Oleh itu semua sekolah perlu terlibat dalam usaha ini. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua warganya sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu insiden ke atas diri mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah. Kementerian Pelajaran

berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan warganya hendaklah sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti, konsisten dan berterusan.

Bagi memastikan keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan serta terjamin, Kementerian Pelajaran telah mengubal satu mekanisme penarafan keselamatan yang standard dinamakan Piawaian Keselamatan Sekolah (PKS) untuk diguna pakai di semua sekolah. Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah semasa menjalankan pemantauan dan penyeliaan keselamatan di sekolah. Pihak sekolah juga dikehendaki menggunakan instrumen ini untuk

melakukan penarafan kendiri. Instrumen PKS adalah mekanisme yang bertujuan untuk membuat penilaian dan piawaian tahap keselamatan sekolah. Instrumen ini mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat.

2.0

RASIONAL
2.1 Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu dan ancaman keselamatan dari aspek semasa pelaksanaan aktiviti murid,

infrastruktur sekolah, sosialisasi warganya, ancaman semasa krisis dan bencana serta risiko yang mungkin dihadapi. Justeru itu, arahanarahan keselamatan perlu diwujudkan supaya amalan menjaga keselamatan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

2.2

Keselamatan dan kebajikan warga sekolah perlu diberi keutamaan dalam sebarang perancangan dan pelaksanaan aktiviti serta tidak boleh dikompromi. Oleh itu, warga sekolah perlu diberi pemahaman tentang kepentingan keselamatan dan penyediaan strategi atau langkah-langkah tertentu untuk mengawasi keselamatan mereka.

2.3

Semua

sekolah

perlu

membuat

penarafan

kendiri

dengan bagi

menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah

mengukur dan menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing.

3.0

MATLAMAT
Semua warga sekolah dapat membudayakan amalan keselamatan sama ada di sekolah atau semasa di luar sekolah.

4.0

OBJEKTIF
4.1 Semua warga sekolah sentiasa sedar dan peka terhadap

kemungkinan

yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang

tidak diingini ke atas diri mereka.

4.2

Sekolah dapat mengambil langkah proaktif dalam usaha menjamin keselamatan warganya dan dapat merancang strategi untuk mengatasi sesuatu ancaman keselamatan atau bahaya.

4.3

Agar sekolah dapat merancang dan melaksanakan arahan-arahan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seterusnya dapat

membudayakan amalan keselamatan.

5.0 PELAKSANAAN
5.1 INSTRUMEN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH

5.1.1 Instrumen ini terdiri daripada lima aspek yang dinilai. a. b. c. Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial

d.

Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana

e. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

5.1.2 Setiap aspek diperlihatkan melalui satu senarai item. 5.1.3 Format Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah mengandungi empat lajur bagi setiap aspek seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. a. b. c. d. Lajur pertama Lajur kedua Lajur ketiga Lajur keempat : No. Aspek : Aspek yang dinilai : Item bagi aspek yang dinilai : Skor sekolah yang mengandungi sub lajur ( 0, 1, 2 ) Jadual 1 Skor Sekolah Bil Aspek Item 0 1 2 TB

5.1.4 Penentuan Skor Item a. Penentuan skor bagi setiap item dibuat dengan menandakan ( / ) pada lajur berkenaan. b. Penentuan skor item dibuat berdasarkan pertimbangan

profesional. Panduan penentuan skor seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Panduan Penentuan Skor

Skor

Deskripsi ( Tahap Pelaksanaan )

Tiada ( 0 % )

Sebahagian kecil arahan-arahan dilaksanakan ( 1% - 50% )

keselamatan

dapat

Sebahagian besar arahan-arahan dilaksanakan ( 51 % - 100 % )

keselamatan

dapat

c. Bagi pengiraan skor aspek Pengurusan Aktiviti Murid bertanda i.

yang

*
Arahan Keselamatan murid Dari Aspek Pergi dan Balik Sekolah (item iii, iv, vi, viii)

ii.

Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan (item vii)

iii.

Arahan Keselamatan Murid Di Asrama (item i viii)

Hendaklah mengambil kira perkara berikut : Wajaran bagi aspek berkenaan ialah 50 % Penentuan skor tidak dibuat bagi item yang tidak berkenaan dan tandakan Tidak Berkenaan (TB) pada lajur terlibat.

Contoh Pengiraan : Bagi Aspek 1 (Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid) untuk mendapat Jumlah Skor, hanya item yang berkaitan sahaja dikira dan didarabkan dengan dua, manakala item yang ditanda TB tidak diambil kira.

Formula Pengiraannya: SKOR DIPEROLEHI X WAJARAN = PERATUS PENCAPAIAN JUMLAH SKOR (jumlah item berkenaan x 2)

5.1.5 Rumusan Skor Kesemua skor yang diperolehi bagi setiap item dirumuskan dalam Jadual Rumusan Skor Piawaian Sekolah Selamat seperti di Jadual 3. Jadual 3 : RUMUSAN SKOR PIAWAIAN SEKOLAH SELAMAT
SKOR PENUH Jumlah item berkaitan x2 28 SKOR DIPEROLEHI PERATUS PENCAPAIAN

BIL.

ASPEK

WAJARAN

Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
JUMLAH

50%

0.00

2 3

20%

0.00

10%

14

0.00

10%

14

0.00

10%

14

0.00

100%

140

0.00

CARA PENGIRAAN; PERATUS PENCAPAIAN = SKOR DIPEROLEHI JUMLAH SKOR X WAJARAN

BIL. 1 2 3

ASPEK Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

PERATUS PENCAPAIAN SKOR DIPEROLEHI X 50 = PERATUS PENCAPAIAN # JUMLAH SKOR SKOR DIPEROLEHI X 20 = PERATUS PENCAPAIAN 28 SKOR DIPEROLEHI X 10 = PERATUS PENCAPAIAN 14 SKOR DIPEROLEHI X 10 = PERATUS PENCAPAIAN 14 SKOR DIPEROLEHI X 10 = PERATUS PENCAPAIAN 14

JUMLAH % PENCAPAIAN # Jumlah item berkenaan x 2.

5.1.6 Piawaian Sekolah Penarafan Piawaian Keselamatan Sekolah dibuat berdasarkan

Peratus Pencapaian seperti di Jadual 4. Jadual 4 : PENARAFAN PIAWAIAN SEKOLAH

BIL 1 2

PERATUS PENCAPAIAN 80 -100 50 - 79

PIAWAIAN SEKOLAH SEKOLAH SELAMAT MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH

0 - 49

You might also like