You are on page 1of 2

MENSYUARAT KAUNSELING 30/3/2011 ( Rabu) Ucapan pembukaan oleh Penolong kanan HEM selaku pengerusi majlis dengan bacaan

Ummul kitab sebagai pembuka majlis .Beliau juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK mensyuarat kerana dapat melapangkan masa untuk menghadirkan diri dalam mensyuarat Kaunseling kali yang pertama untuk tahun 2011. Puan pengerusi juga memaklumkan kepada semua AJK bahawa sekolah layak untuk mendapat guru Kaunseling yang terlatih memandangkan jumlah murid yang mencukupi.Oleh itu sekiranya ,sekolah mendapat guru kaunseling yangt sepatutnya semua masalah murid SK Kilim akan terus dirujuk kepada beliau. LAPORAN PIHAK ATASAN Ucapan terima kasih daripada GB kepada puan pengerusi majlis kerana menjemput beliau untuk memberi laporan pihak atasan untuk makluman AJK mensyuarat .Dalam belanjawan mengurus sekolah ,pihak sekolah telah dimaklumkan bahawa sekolah layak untuk mendapat guru Kaunseling DGA 41 .Tetapi dalam masa terdekat ini belum lagi diputuskan oleh pihak PPD untuk membantu murid kita yang bermasalah dalam p & p . Terima kasih dan juga tahniah kepada Kaunseling dan AJK kaunseling kerana Berjaya menunjukkan prestasi dengan program program yang diatur seperti bimbingan UPSR ,Kem Pengawas dan banyak lagi yang dirancang oleh unit KS. Pentadbiran sentiasa sokong KS berada pada tahap yang tinggi >dan bergabung dengan unit lain seperti unit lawatan yang boleh memberi manfaat kepada guru dan murid. Bimbingan KS juga diperuntukkan jumlah yang besar RM 2272.88 mengikut bajet 2011. KS boleh lagi menjana pendapatan tambahan dari kokorikulum (SAMAKO) sahsiah murid .Lawatan boleh mengambil duit daripada PPD dengan cara memohon kepada mereka. AGENDA 3 ( perancangan tahunan BKS) RUJUK kepada Lampiran . Cadangan Cikgu Aziz melawat KEMAS yang berdekatan untuk melawat cara pendidikan mereka kepada murid murid KEMAS. TAKWIM PROGRAM Rujuk lampiran LAPORAN KEWANGAN RM 2272.88 ( belum ditolak perbelanjaan kem kepimpinan ) HAL- HAL lain Cikgu Shahbani bertanya tentang adakah kerja guru SK Kilim akan berkurangan sekiranya sekolah menerima guru kaunseling DGA 41 yang sepetutnya member khidmat beliau di sini.

Jawapan GB Guru KS tersebut akan mengambil alih semua kerja kerja guru yang berkaitan dengan disiplin murid SK Kilim.SElain itu juga GB berharap bilik Ks mesti ada AURA dari luar. UCAPAN PENUTUP Puan Pengerusi mengharapkan semua guru dan AJK saling bekerjasama untuk meningkatkan prestasi sekolah .Majlis diakhiri dengan tasbik kafarah dan surah al asry . Mensyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. DISEDIAKAN OLEH

You might also like