You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KILIM JALAN AYER HANGAT ,07000 LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MENSYUARAT BIL 1 /2011 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

TARIKH MASA TEMPAT

: 18.01.2011 SELASA : 1.30 : KANTIN SEKOLAH : PENGERUSI ( KETUA PANITIA )

KEHADIRAN : 1.PUAN BUSYRA BT CHIK 2.PUAN ZAIDAH BT KHALIB 3.PUAN ZAINI BT IBRAHIM 4.PUAN NORHAFHIZAH BT SULIMAN 5.CIK ROKIAH BT ABDULLAH 6.EN.ZULKIFLI BIN ALI 7.EN NAFISOL BIN HJ AHMAD HADIR BERSAMA USTZ NORASYIKIN BT SAAD

AGENDA :

I.PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan mensyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan mengucapkan terima kasih di atas kedatangan semua AJK Panitia Pendidikan Islam serta mengalu alukan kedatangan Ustaz Nafisol bin Hj Ahmad sebagai tenaga pengajar yang baru di sekolah ini . Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustz Norasyikin kerana dapat menghadirkan diri sebagai wakil daripada Guru Besar Sk KIlim dalam mensyuarat panitia untuk kali 1 pada tahun 2011. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang di berikan kepada beliau untuk nmenjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam Sk Kilim seterusnya mempengerusikan mensyuarat tersebut.

1.2

1.3

II.

PENGESAHAN MINIT MENSYUARAT Puan Busyra membentangkan minit mensyuarat bil 2 / 2010 . Cadangan sah : Puan Zaidah bt Khalib Sokongan : Cik Rokiah bt Abdullah.

III.PERKARA BERBANGKIT 3.1. Semua aktiviti yang dirancangkan pada tahun 2010 telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang , termasuklah aktiviti Qiamullail yang diadakan pada penghujung sesi persekolahan 2010. Pn Norasyikin meminta semua aktiviti yang telah dilakukan perlulah disediakan dokumentasi yang lengkap sebagai bukti menunjukkan aktiviti tersebut telah dijalankan . Ustz Zulkifli memberi laporan tentang Qiamullail yang telah dilaksanakan pada akhir tahun . Qiamullai tersebut telah dibuka kepada tahun 6 sahaja, oleh kerana sambutan yang dingin terhadap program tersebut telah dibuka kepada tahun 5 dan 4.Namun begitu program tersebut dapat juga dimanafaatkan oleh murid yang hadir walaupun masa program tersebut suntuk. Pada tahun 2011 program Qiamullai akan dilaksana pada bulan MAC mengikut perancangan yang telah disediakan.

3.2.

3.3.

3.4.

3.5

Puan Pengerusi memaklumkan mengenai dengan penggunaan tulisan jawi adalah diwajibkan kepada murid tahun 1 berdasarkan KSSR untuk tahun ini . Walaubagaimana pun untuk tahun 2 hingga 6 adalah dibolehkan dalam dwi bahasa ataupun rumi. 3.5.1 Puan Norasyikin memaklumkan tentang PAFA diberatkan kepada tahun 6 sahaja . Oleh kerana , buku PAFA yang berlebihan ia perlu diberikan kepada semua murid. Rekod tersebut akan disimpan oleh guru yang mengajar dan akan diserahkan kepada murid apabila tamat persekolahan disini.Rekod tersebut akan disimpan didalam bilik J-QAF untuk kemudahan pihak sekolah mengambilnya untuk murid yang akan berpindah sekolah. 3.5.2 Doa penutup pada akhir pembelajaran setiap hari .peringkat permulaan akan dibaca oleh ketua kelas di dalam kelas masing masing .Doa tersebut akan dilatih oleh guru pendidikan Islam kepada murid murid yang terpilih .Doa akan mula dibaca pada bulan febuari.Teks doa akan dibekal kepada guru ,kelas dan murid yang akan membaca doa tersebut. IV. 4.1 LAPORAN PIHAK ATASAN Puan Norasyikin memberitahu tentang Majlis Tadarrus al quran yang akan berlangsung pada tahun ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh PPD.Tema untuk tahun ini ialah Al- Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang .

4.2

Program turun padang secara berkumpulan dari PPD .Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru semasa pemantauan tersebut ialah: i.Tanda nama ii. Buku RPP yang lengkap dengan refleksi iii. Minit mensyuarat yang lalu iv. Sistem Fail yang sempurna dan lengkap v. Laporan kewangan panitia Selain daripada itu, perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua guru ialah Pemantauan kurikulum berkualiti (PKB) iaitu : i. Huraian sukatan ii. Semakan iii. Borang pencerapan iv. Penulisan buku rekod Semakan buku latihan murid akan dibahagikan kepada 4 kelompok murid mengikut tahap pencapaian murid berdasarkan kepada warna yang telah ditetapkan oleh pihak atasan iaitu . i. Murid A---------------Hijau ii. Murid B---------------Kuning iii. Murid C---------------Biru iv. Murid D---------------Merah Kontrak latihan murid perlu disediakan dalam 3 salinan selewatnya bulan febuari dan perlu di berikan kepada Panitia .Penolong Kanan Pentadbiran dan di tampal pada buku RPP. Untuk pelajaran pendidikan islam headcount tidak dititikberatkan kerana headcount hanya penting untuk subjek teras sahaja . Pengurusan bilik darjah untuk keceriaan bahan pendidikan islam tidak perlulah terlalu banyak cuma perlu ditukar ganti mengikut kesesuaian masa . Setiap kali diadakan mensyuarat panitia perlulah disentuh mengenai pemantauan kurikulum berkualiti ( PKB).

4.3

4.4

4. 5.

4. 6. 4. 7. 4. 8.

V. PERANCANGAN STRATEGIK 2011 (rujuk lampiran yang di sediakan.) 5.1 . Bacaan Yaasin untuk murid tahun 6 akan diuruskan oleh guru pendidikan islam.Guru pendidikan islam akan membaca yaasin bersama sama dengan murid dalam waktu pendidikan islam sebulan sekali mengikut keperluan semasa. Bahasa arab akan mengikut pemarkahan berdasarkan PKSR memandangkan kebolehan murid dalam subjek tersebut terlalu rendah jika dibandingkan dengan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Kem bestari solat untuk setiap kelas akan dilakukan mengikut jadual 4 kali setahun untuk setiap kelas .Penilaian akan berdasarkan kebolehan murid membaca teks walaupun tidak dapat menghafaz ayat ayat tersebut ,murid berkenaan sudah layak mendapat markah ataupun MC ( menguasai cemerlang.).Selain daripada itu

5.2.

5.3

juga pada akhir P& P guru akan meminta murid membaca ayat ayat yang mudah berdasakan tahap penguasaan murid murid. 5.4. Jadual tasmik akan dilaksanakan pada minggu ke 4 iaitu bermula 23.1.2011 .Kelas tasmik akan terbatal apabila diadakan ujian bulanan , peperiksaan penggal , aktiviti sekolah dan majlis- majlis tertentu.

VI. LAPORAN KEWANGAN

VII. HAL HAL LAIN 7.1. Pn Pengerusi bertanya tentang pemakaian tudung semasa pelajaran pendidikan islam.khususnya semasa membaca Al Quran .Sehubungan dengan itu ,diharap pihak atasan dapat memberi penekanan kepada semua murid. Panitia memohon papan putih untuk diletakkan di surau sebagai keguaan untuk P&P memandang surau telah dijadikan tempat P&P. Masalah kekurangan Al Quran untuk P&P telah disarankan supaya pihak pihak tertentu seperti guru guru dan agensi- agensi seperti Darul Fik mewakafkan AlQuran untuk sekolah. Masalah ketiadaan Rehal akan dipohon kepada Pejabat Agama Daerah Langkawi.

7.2. 7.3.

7.4.

PENUTUP 1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru guru panitia kerana dapat menghadirkan diri demi kemajuan murid murid Sk Kilim.

Mensyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

ZAINI BINTI IBRAHIM Setiausaha Panitia Pend Islam SK KLIM

You might also like