You are on page 1of 2

KAJIAN TENTANG PANTANG LARANG DALAM ETNIK BABA NYONYA DI MELAKA

1.0 LATAR BELAKANG


Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakan nya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk mengatahui pantang larang yang masih lagi diamalkan dalam masyarakat baba dan nyonya. Saya juga mendapati kajian tentang pantang larang dalam etnik baba dan nyonya masih lagi belum diketenggahkan kepada masyarakat umum.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut: 2.1 mengetahui pantang larang dalam kalangan etnik baba dan nyonya di negeri Melaka 2.2 mengatahui pantang larang yang masih lagi diamalkan oleh etnik baba dan nyonya di Melaka sehingga ke hari ini.

3.0 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut : 3.1 Apakah pantang larang yang di amalkan oleh etnik baba dan nyonya di Melaka 3.2 Apakah pantang larang yang masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini oleh etnik baba dan nyonya

4.0 SKOP KAJIAN


Kajian ini hanya melibatkan pantang larang dalam masyarakat baba dan nyonya di negeri Melaka. Responden kajian terdiri daripada masyarakat baba dan nyonya di negeri Melaka Bandar bersejarah.

5.0 SOROTAN KAJIAN

You might also like