You are on page 1of 21

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVESITI

PRAKTIKAL 1: EKOSISTEM TANAH

PENGENALAN: EKOSISTEM Terminologi ekosistem (ecosystem) digunakan oleh Roy Clapham pada tahun 1930 bagi menerangkan komponen-komponen fizikal dan biologi alam sekitar yang berhubung kait antara satu sama lain sebagai satu unit. Seorang ahli ekologi iaitu Arthur Tansley kemudiannya memberi definisi yang lebih mendalam tentang ekosistem. Menurut beliau, ekosistem merupakan seluruh sistem, termasuklah organisma kompleks dan faktor-faktor fizikal dalam alam sekitar. Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Ekosistem boleh dikaji dan dibahagikan kepada skop yang luas serta menerangkan situasi hubung kait antara hidupan dengan alam semula jadi.

EKOSISTEM TANAH Tanah merupakan campuran (mixtures) batu-batuan yang telah pecah, mineral, organisma hidup dan juga bahan-bahan organik yang mereput yang juga dikenali sebagai humus. Humus adalah berwarna gelap, lembut dan kaya dengan nutrien. Tanah juga meliputi air dan udara.

Rajah 1.1: Ekosistem tanah Organisma di dalam tanah memerlukan air dan udara untuk hidup. Materialmaterial seperti air, udara dan bahan-bahan organik yang terkandung di dalam tanah membolehkan flora, bakteria, fungi dan fauna kecil seperti cacing dan serangga dapat hidup dalam tanah. Semua benda hidup atau organisma yang terdapat dalam tanah serta elemen-elemen mineral yang penting membentuk suatu sistem tanah atau lebih dikenali sebagai ekosistem tanah. Sementara itu, biota adalah merujuk kepada semua flora dan fauna dalam sesebuah kawasan. Biota tanah adalah kumpulan jasad hidup yang menjadikan tanah sebagai ruang hidup untuk menjalankan seluruh kegiatan ekologinya. Ekosistem tanah merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan antara flora dan fauna serta persekitarannya. Kedua-duanya ini saling berhubung kait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Fauna yang terdapat pada ekosistem tanah terdiri daripada makrofauna dan mikrofauna. Contoh makrofauna tanah termasuklah herbivore seperti annelida (cacing tanah), dipolopoda (kaki seribu), insect (serangga) dan tikus. Manakala contoh bagi mikrofauna pula adalah seperti protozoa dan rotifera.

Dalam ekosistem tanah, makrofauna bukan sahaja menyumbangkan kepada proses penguraian pada tanah malah ianya juga menambah kandungan zat organik tanah serta membentuk agrigasi tanah. Tanah yang banyak didiami oleh makrofauna dan mikrofauna tanah juga membantu struktur tanah dengan lebih baik dan meningkatkan keporosannya. Keadaan ini boleh meningkatkan kesuburan tanah dan kaya dengan mineral kerana makrofauna dan mikrofauna tanah merupakan pengurai organisma yang baik.
Sumber rujukan: Melissa Stewart. (2002), Rocks and Minerals: Soil, Jordan Hill: Heinemann Library.

OBJEKTIF AMALI: Untuk mengenal pasti beberapa jenis dan jumlah makrofauna yang terdapat pada jenis tanah yang berbeza-beza.

KEPUTUSAN:

Ciri-ciri tanah

Lokasi 1

Lokasi 2

Lokasi 3

Lokasi 4

Jenis vegetasi

Padang

Kawasan takungan air

Tumbuhan renek, redup Rendah lembap

Berpasir

Tahap tempat teduh Kelembapan/kekeringan tanah pH tanah Kepadatan tanah Tekstur Tanah

Rendah lembap

Tinggi Sangat lembap

Tinggi lembap

6 Padat Liat

5 Sangat padat Liat

8 Padat Liat, berbatu kecil

4 Tidak padat Berpasir

Berikut merupakan makrofauna yang terdapat dalam hasil eksperimen kumpulan kami. (a) Mikrofauna yang lebih besar

Organisma

Jumlah Organisma

Semut

White flouse

Tidak diketahui

(Diatomaceous earth)

Jumlah mikroorganisma A B

Sampel tanah C Group 4: 3/213 g D Group 3: 4/250 g

Kump. 1: 4/402 g Makro fauna Kump. 2: 6/500 g Kump. 3: 14/750 g Kump.4: 14/250 g Total gram) (per 0 38/1902 g

3/213 g

4/250 g

b) Mikrofauna

Organisma

Jumlah Organisma

Jumlah Organisma 1 2

Sampel Tanah 3 4

Kump. 1: 3 Kump. 2: 2 Makro fauna Kump. 3: 4 Kump. 4: 2 Total (unit per gram) 0 18/1902 g 5/213 g 1/250 g Kump. 4:3 Kump. 3: 1

c) Jumlah dalam kumpulan per cm3 soil/liter


Makrofauna 2
cm3 tanah / liter

Sampel Tanah 3 4

Bilangan kumpulan per 56 unit / 1902 g = 8 unit / 213 g = 0.038 5 unit / 250 g = 0.02 unit

0.029 unit per g

unit per g

per g 1 unit / 250 g = 0.004 unit

Bilangan kumpulan per 2 unit / 1902 g = cm3 tanah / liter (tanpa 0.0011 unit per g kaki)

per g

Bilangan kumpulan per 3 unit / 1902 g = 4 unit / 213 g = 2 unit / 250 g = 0.008 unit cm3 tanah / liter (6 0.0012 unit per g kaki) Bilangan kumpulan per 2 unit / 1902 g = 1 unit / 213 g = 1 unit / 250 g = 0.004 unit cm3 tanah / liter (lapan 0.0011 unit per g kaki) Bilangan kumpulan per 1 unit / 1902 g = cm3 tanah / liter (10 0.0005 unit per g kaki) Bilangan kumpulan per 4 unit / 1902 g = 2 unit / 213 g = 1 unit / 250 g = 0.004 unit cm3 tanah / liter (lebih 0.0021 unit per g daripada sepuluh kaki)

0.0188 unit per g

per g

0.0047 unit per g

per g

0.0094 unit per g

per g

PERBINCANGAN

Soalan 1 Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu)

makrofauna dari tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Bolehkah anda mencadangkan mengapa ada mungkin perbezaan.Apakah parameter tanah yang telah kamu ukur untuk membantu menjelaskan perbezaan tersebut?

Tanah sebagai benda alam mempunyai sifat-sifat yang bervariasi. Sifat tanah yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Hans Jenny (1899-1992), seorang pakar tanah yang berasal daripada Swistzerland menyatakan bahawa tanah terbentuk daripada bahan induk yang telah mengalami modifikasi akibat perubahan pada faktor iklim, organisme (termasuk manusia), dan juga bentuk permukaan muka bumi atau topografi. Berdasarkan dengan faktor-faktor tersebut, maka terbentuklah pelbagai jenis tanah dan dapat berlakunya klasifikasi tanah. Selain daripada itu, tanah juga dilihat sebagai medium penghasilan pertanian, habitat bagi flora dan fauna ataupun makrofauna. Penghasilan tanaman pertanian yang diusahakan banyak ditentukan oleh ciri-ciri tanah sama ada secara fizikal, kimia mahupun biologikal. Kepelbagaian makrofauna yang terdapat pada tanah boleh berbeza-beza disebabkan oleh jenis tanah atau lokasi tanah tersebut. Sehubungan dengan itu, lokasi atau kawasan yang berbeza akan mempunyai makrofauna yang berbeza-beza. Ini adalah disebabkan oleh kandungan tanah yang mana merangkumi tahap teduh (level of shade), kelembapan/kekeringan tanah, pH tanah, kepadatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut. Dalam amali ini, kumpulan kami membuat perbezaan di antara lokasi 1(sampel tanah kumpulan kami sendiri) dan lokasi 3 (sampel tanah kumpulan lain). Lokasi 1 merupakan kawasan padang. Ianya mempunyai tahap teduh yang rendah, pada waktu sampel tanah diambil ianya dalam keadaan lembap, mempunyai pH tanah sebanyak 6, tanahnya padat dan tekstur tanah

adalah berat. Manakala bagi lokasi 3 pula, ianya merupakan kawasan yang redup dan bertumbuhan renek. Tahap teduh kawasan tersebut adalah sangat rendah, pada waktu sampel tanah diambil ianya dalam keadaan yang sangat lembap, mempunyai pH tanah sebanyak 8, tanah adalah padat dan tekstur tanah adalah berat dan berbatu kecil.

Daripada keputusan tersebut, sampel tanah

lokasi 3 mempunyai lebih

banyak

makrofauna berbanding dengan sampel tanah lokasi 1. Ini mungkin adalah disebabkan oleh faktor dan jenis tanah itu sendiri yang membawa kepada keadaan tersebut. Lokasi 3 adalah tempat yang redup dan ini menggalakkan pembiakan dan penempatan makrofauna yang banyak berbanding dengan lokasi 1. Tanahnya juga subur dan seseuai untuk pertanian. Kawasan tanah yang selamat dan sesuai untuk habitat makrofauna membolehkan makrofauna mudah dijumpai dalam tanah tersebut. Jika tanah tersebut telah tercemar, sebagai contoh penyemburan serangga racun perosak pada tanah, ianya secara tidak langsung meletakkan habitat makrofauna tidak selamat dan berbahaya yang menyebabkan mereka tidak lagi tinggal dalam tanah tersebut. Parameter tanah yang boleh dibezakan adalah dengan membanding beza

mikroorganisme tanah yang terdapat pada sampel tanah (Kartasapoetra dkk, 1991).

[Sumber rujukan: Microbial Ecology http://www.jstor.org/pss/4251608 ]

Soalan 2

Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis fauna dengan panjang lebih dari 1mm dan berdiameter tubuh lebih daripada 2mm. Sebahagian besarnya terdiri daripada kelompok Arthropods, Molusca dan Cacing Tanah. Dalam pengelolaan atau menjamin ekosistem tanah, makrofauna memiliki peranan yang sangat penting. Fungsi utama makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah.

Makrofauna tanah merupakan bahagian kepelbagaian (biodiversity) tanah yang penting dalam usaha membaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah melalui proses imobilisasi dan humifikasi. Dalam proses pereputan (decomposition) bahan organik yang terdapat dalam tanah, ianya lebih banyak berperanan dalam proses fragmentasi serta memberikan kelebihan yang baik bagi proses pereputan yang lebih lanjut.

Dalam pada itu, makrofauna yang terdapat dalam tanah penting dalam membantu mempercepat proses penguraian tumbuhan dan haiwan-haiwan yang mati. Tumbuhan dan haiwan atau mikroorganisma yang telah mati akan diurai dan diserap ke dalam tanah untuk ditukarkan kepada beberapa nutrien tanah yang penting seperti kalsium, magnesium, nitrogen, fosforus, potassium dan lain-lain. Semuanya ini dibantu oleh makrofauna yang terdapat pada tanah termasuklah bakteria dan juga fungi. Dengan ini, nutrien dapat dikembalikan ke dalam tanah dan memelihara keseimbangan ekosistem tanah di dalamnya. Selain itu, makrofauna juga berperanan dalam memperbaiki struktur tanah dan juga proses pembentukan tanah.

Secara keseluruhannya, makrofauna dalam tanah berperanan sebagai menjamin keseimbangan ekosistem tanah dengan membantu dalam proses pereputan dan penguraian tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma yang telah mati, memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah, proses humifikasi serta memperbaiki struktur dan pembentukan tanah. Dalam erti kata lain, tanpa makrofauna, tahap kesuburan dan kesihatan tanah tidak terjamin dengan baik dan ini mampu menjejaskan aktiviti biologikal serta ekosistem tanah itu sendiri.

[Sumber rujukan: Sugiyarto, (2001). Konservasi Makrofauna Tanah dalam Sistem Agroforestri, http://pasca.uns.ac.id/wp-content/uploads/2009/02/sugiyarto-konservasimakrofauna-tanah.pdf]

Soalan 3 Pada rajah siratan makanan yang disediakan, label jenis biota (fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, daun gugur dan lain-lain) dan terangkan pengaliran tenaga sebagai contoh dimanakah ianya mula-mula ditangkap dan dimana ianya tamat atau selesai. (di atas rantaian makanan). Apakah yang akan berlaku kepada nutrien dan tenaga sekiranya organisma yang berada di bahagian atas rantaian makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

Rajah 1.1 Jaringan Makanan (food web)

Cahaya matahari

artropod

nematod
Nematodes

Artropod pemangsa
Kulat dan fungal

Burung kecil pemangsa

rumput

fungi

Protozoa Bahan-bahan organik bakteria


Amoebae Flagellates ciliates

Binatang pemangsa

Dengan merujuk kepada rajah jaringan makanan di atas, pengeluar pertama (primary producer) merupakan rumput. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis. Untuk tujuan tersebut, hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam proses penghasilan. kepada Konsumer pengeluar (consumers) (producers) merupakan organisma yang Ia

bergantung

dalam

memperoleh

tenaga.

termasuklah haiwan, pengurai (decomposer) dan detritivores. Dalam rajah rantaian makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa.

Seperti jaringan makanan seperti yang terdapat pada rajah 1.1, rumput tersebut menjadi bahan organik yang mati dan dimakan oleh pengguna detritivores. Detritivores merupakan organisma yang memakan detritus. Dalam erti kata lain, ia bertindak dan mengurai tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang telah mati dalam tanah serta mengembalikan kitaran nutrien melalui proses penguraian tersebut. Contoh detritivores adalah seperti cacing tanah, gonggok dan woodlouse. Rantaian

makanan ini tidak wujud dalam pengasingan (isolation) dan biasanya saling berhubung dengan jaringan makanan. Hanya dengan demikian, pengguna detritus dimakan oleh pemangsa yang lebih kecil seperti burung kecil dan tikus. Sehubungan dengan itu, apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati (burung dan mole), nutrien dan tenaga akan belum lagi hilang namun ianya akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Dalam situasi ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma yang selalunya dianggap sebagai haiwan perosak yang kotor akan menjalankan peranan ekologikal mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati busuk. Pertukaran tenaga dalam ekosistem dapat dikesan daripada tahap satu ke tahap yang lain. namun yang demikian, sewaktu pemindahan tenaga, 90% daripada tenaga dibebaskan ke persekitaran sebagai haba. Dalam hal ini, pemindahan tenaga adalah tidak seperti pemindahan karbon dan nitrogen yang mana mereka mengalir melalui ekosistem dalam kitaran yang berterusan. Tenaga yang dimaksudkan tersebut berkurangan (diminish) dalam ia dipindahkan dari satu fasa ke fasa yang lain yang akhirnya hilang sebagai haba dan perlu digantikan melalui tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari.

[Sumber rujukan: Soil Organism and Species http://lifeunderyourfeet.org/en/soileco/intro/biodiversity.asp]

Soalan 4 Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan tersebut? Mesofauna adalah organisma yang bersaiz 0.1mm hingga 2mm. Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna termasuklah hama (mites), collembola, dan enchytraeids. Jenis-jenis organisma ini banyak terdapat dalam tanah. Sebagai contoh, lebih daripada 200,000 artropods telah direkodkan dalam hanya 1 meter persegi tanah padang rumput. Sesetengah mesofauna memakan bakteria, fungi dan juga alga, dan

yang lain-lainnya mengurai bahan-bahan organik yang terdapat dalam tanah. Kesemua mereka menyumbang kepada penguraian bahan-bahan organik, menstimulasikan mikroorganisma dan pemendapan (deposition) najis yang mana ianya baik untuk meningkatkan kesuburan tanah. Contoh-contoh mesofauna adalah seperti berikut:

Rajah 1.2 Contoh mesofauna [Sumber rujukan: Macrofauna and Mesofauna http://www.soilnet.com/dev/page.cfm?pageid=secondary_intro_livingbeing_b&loginas=a non_secondary ] Sementara itu, mikrofauna merupakan organisma yang kecil, mikroskopik iaitu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop dan juga tinggal dalam tanah atau dalam jasad organisma yang lain. unisel protozoa, nematode kecil, cacing kecil tidak bersegmen dan tardigrade (mikrofauna yang berkaki lapan) merupakan contoh bagi mikrofauna. Berikut merupakan gambar rajah mikrofauna:

Rajah 1.3 Contoh mikrofauna Mikrofauna tinggal pada liang-liang kecil di antara butiran tanah, dan banyak yang akuatik. Ianya memakan mikroorganisma yang lebih kecil dari mereka dan menguraikan bahan-bahan organik. Fungsi utama kedua-dua kumpulan tersebut adalah untuk mengurai hampir semua bahan-bahan semula jadi dan organik yang ada. Mikroorganisma mengubah bahan organik ke dalam nutrien tumbuhan yang diserap oleh tumbuhan dan mesofauna membantu dalam memecahkan zarah-zarah tanah serta sumber protein apabila organisma ataupun tumbuhan mati dan reput. Kedua-dua kumpulan tersebut juga amat penting dalam membantu mempercepat kadar proses penguraian dan pereputan organisma yang mati.

[Sumber rujukan: Types of Fauna http://www.tutorvista.com/science/types-of-fauna]

Soalan 5 Rantaian makanan menunjukkan kerumitan biologi, dan oleh itu kesihatan tanah tersebut. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah kita mengubah kesuburan tanah. Tanah berfungsi sebagai medium untuk tumbuhnya tumbuh-tumbuhan dan di dalam tanah juga terdapat organisma hidup seperti makrofauna, mikrofauna, mesofauna dan lain-lain. Semua organisma ini saling bergantung di antara satu sama lain termasuklah tanah. Ianya penting bagi menjamin serta memelihara keseimbangan ekosistem tanah. Sehubungan dengan itu, amalan pengurusan tanah yang baik amatlah penting dan perlu agar ekosistem tanah dapat dipelihara dan menjamin kesihatan atau kesuburan tanah. Pengurusan tanah yang tidak betul atau tidak baik hanya akan menjejaskan kualiti dan kesuburan tanah. Ini menyebabkan tanah menjadi tidak efisien, kesuburan terjejas dan menjadi tidak stabil. Ini sekaligus memberi kesan negatif kepada organisma atau biota tanah yang menjadikan tanah sebagai habitat mereka. Terdapat banyak kegiatan atau aktviti yang dapat merosakkan kesuburan tanah. Sebagai contoh, aktiviti pembalakan, pertanian, pembinaan empangan, perlombongan, dan lain-lain mampu mengubah keseimbangan ekosistem tanah. aktiviti dan juga kegiatan seperti itu mampu mempengaruhi kesuburan tanah. Sebagaimana yang kita tahu, tanih membekalkan nutrien untuk tanaman dan tumbuhan. Namun, jika amalan pengurusan tanah yang mencemarkan kesuburan tanah tidak terkawal dan berterusan, ianya memberi masalah yang serius kepada alam sekitar dan seterusnya kepada manusia. Penggunaan baja kimia dan racun rumpai mencemarkan tanih. Ini kerana pembajaan yang berlebihan akan meningkatkan keasidan tanih.

Selain daripada itu, kegiatan pertanian yang secara giat juga mampu menghakis permukaan tanah. ini menyebabkan kandungan humus dan garam mineral dalam tanah berkurangan. Segala nutrien yang terkandung akan tercemar dan boleh merosakkan struktur tanah. Oleh yang demikian, pengurusan sumber tanah yang baik amatlah perlu di samping amalan pertanian yang baik agar dapat memulihara kesuburan tanah. Beberapa cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah dapat dilakukan seperti berikut: a) Menanam tananam tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang kelapa sawit dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen. b) Pembajakan mengikut kontur dapat mengurangkan larut resap tanih. Ini membolehkan air meresap ke dalam tanah dan mengurangkan nutrien dan bahan organik. c) Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah. d) Pembajaan organik mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain, seterusnya meningkatkan proses penguraian dan menambahkan kesuburan tanah. kehilangan

[Sumber rujukan: Melissa Stewart. (2002), Rocks and Minerals: Soil, Jordan Hill: Heinemann Library]

Soalan 6 Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. Apakah perkhidmatan ekosistem yang ia kawal?

Menurut Schlegel dan Schmidt (1994), tanah yang berada dalam keadaan normal mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma di dalamnya. Biota tanah termasuklah bakteria, mikroorganisma, semut, cacing dan mikroskopik organisma yang lain. ekosistem tanah yang baik merupakan ekosistem yang meliputi kesihatan atau kesuburan tanah yang baik. Tanah yang sihat bererti tanah itu hidup. Tanah seperti itu perlulah mengandungi jutaan biota tanah yang mampu mengubah bahan organik dan unsur-unsurnya menjadi makanan bagi tumbuh-tumbuhan.

Fungsi utama biota tanah adalah menyumbang kepada kesuburan tanah. Sebagaimana yang kita tahu, tanah yang mengandungi tahap oksigen yang tinggi memberi manfaat yang positif bagi tujuan pertanian. Oleh yang demikian, biota tanah membantu untuk membentuk saluran atau aliran oksigen daripada terowong yang berfragmen dalam tanah. Sebagai contoh, lubang cacing dalam tanah. Cacing memakan tanah, meninggalkan longgokan tanah halus yang dikenali sebagai buangan cacing (worm casts). Cacing tanah menarik daun-daun dan juga tumbuhan yang mati ke dalam tanah untuk dikunyah. Selain itu, ianya juga menyumbang kepada perubahan paras pH tanah melalui aktviti domestik mereka. Selain itu, biota tanah juga memainkan peranan penting dalam ekosistem tanah dengan memastikan keseimbangan dalam penyimpanan carbon, kitaran nutrien dan juga kepelbagaian spesis tumbuh-tumbuhan. Biota tanah juga membantu dalam meningkatkan produktiviti pertanian melalui kitaran nutrien asas yang diperlukan dalam semua eksosistem (tanah), termasuklah nitrogen, fosforus, potasium dan kalsium. Di samping itu, biota tanah juga membantu dalam proses penguraian bahanbahan organik terutama sekali bangkai-bangkai haiwan dan tumbuhan dengan menguraikannya kepada hama dan oleh yang demikian ianya menambahkan kelembapan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah.

Secara ekologinya, biota tanah amat penting dalam memastikan serta menstabilkan beberapa fungsinya dalam ekosistem tanah. Dengan pengurangan kepelbagaian tanah terutama sekali dalam penghapusan spesis (fauna) hanya akan menyebabkan memburukkan tahap kesuburan tanah dan menyebabkan kapasiti produktiviti agrikultur berkurangan. Oleh yang demikian, biota tanah harus dipelihara dan dijamin habitatnya bagi memastikan fungsi ekosistem tanah yang baik tidak terjejas teruk.

[Sumber rujukan:Soil Biota and Biodiversity ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/i0112e/i0112e07.pdf]

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, tanah mengandungi pelbagai jenis makrofauna di dalamnya. Tanah mempunyai berbagai-bagai-bagai elemen yang terdapat di dalamnya yang merupakan faktor penting bagi kehidupan sesuatu makrofauna. Tanah yang mengandungi pelbagai bahan (mineral) atau elemen akan mempunyai lebih banyak makrofauna yang terdapat di dalamnya. Sampel tanah di lokasi 3 mengandungi lebih banyak makrofauna berbanding dengan sampel-sampel tanah yang lain.

You might also like