You are on page 1of 20

GUNUNG BERAPI

Geografi Fizikal

PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI


Kebanyakan gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat. Ahli sains telah mengemukakan teori plat tektonik untuk menjelaskan proses pembentukan gunung berapi. Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi.

PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

Gunung berapi juga terdapat di zon permatang tengah lautan. Perebakan dasar laut berlaku apabila magma naik menolak litosfera ke arah yang bertentangan. Lava ini akan membentuk dasar laut sebagai permatang tengah laut. Gunung berapi di Iceland merupakan jenis pembentukan ini. Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah plat, jauh dari sempadan plat seperti Kepulauan Hawaii. Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Prose's pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Rajah di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.

LAVA GUNUNG BERAPI


LAVA ASID Sangat likat/pekat
Mengalir dengan perlahan Cepat membeku Mengalir tidak jauh Menghasilkan letupan yang kuat kerana tolakan magma dari bawah lohong telah memecahkan magma yg telah mengeras di bahagian mulut lohong gunung berapi Kaya dengan silika Berwarna cerah Mempunyai takat lebur yang tinggi LAVA BES Lava bes cair dan dapat mengalir dengan laju Lambat membeku dan mengalir jauh di permukaan bumi Mewnghasilkan letusan yang tidak kuat atau senyap Kaya denhan besi dan magnesium

Berwarna gelap Mempunyai takat lebur yang rendah

BATU IGNEUS JALAR DALAM (REJAHAN)


1. Batu igneus jalar dalam terbentuk apabila - Magma yg cair begerak ke atas, mengalir dan membeku di dalam lapisan kerak bumi menghasilkan berbagai bentuk muka bumi 2. Magma yang menjadi sejuk dan membeku dalam lapisan kerak bumi membentuk bentuk muka bumi IGNEUS JALAR DALAM seperti daik, sil, lopolit, lakolit, pakolit, dan batolit

Daik ialah magma yg telah menyejuk dan membeku


secara menegak di dalam lapisan batuan. Panjang 2-6 meter. Terdedah ke permukaan bumi melalui proses gondolan/hakisan kerak bumi. Membentuk palam gunung berapi yg sgt keras dan tahan hakisan

Sil ialah magma yg telah menyejuk dan membeku secara


mendatar di antara lapisan batuan. Ia nipis dan berbentuk selari dgn lapisan batuan ch. Great Whin Sil di utara England

BATU IGNEUS JALAR DALAM (REJAHAN)

Lakolit terbentuk apabila magma menolak lapisan atas

batuan menjadi bentuk kubah. Berbentuk spt kanta atau dom dgn bhg bawahnya rata Lapolit terbentuk apabila magma membeku di dlm lapisan batuan mengikuti lengkung kerak bumi berbentuk piring Pakolit pula terbentuk apabila magma membeku di bhgn puncak lintap mungkum(antiklin) atau di dasar lintap lendut(sinklin)

Batolit terbentuk drp sekumpulan magma yg membeku secara besar-besaran dlm kerak bumi membentuk jisim batu granit yg besar

BATU IGNEUS JALAR LUAR (TEROBOSAN)


1. Terjadi apabila magma dari lapisan mantel bumi mengalir keluar dan membeku di perrmukaan bumi. 2. Contoh m/bumi jalar luar adalah kon g. berapi lava asid, kon lava bes, kon abu, kon komposit, penara basalt, krater dan kaldera

LETUSAN GUNUNG BERAPI

Asama Volcano Observatory, Japan Eruption at Asama Volcano in 1973 (taken by E. Koyama)

Lava lake in the Mihara-yama on November 16, 1986. Courtesy of Osamu Oshima.

Lava fountain at the summit of Mihara-yama (central cone) on November 17, 1986. Courtesy of Osamu Oshima.

Fissure eruption at Izu-Oshima Volcano on November 21, 1986

BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR LUAR

1.

Kon lava bes

Kon lava bes terbentuk oleh lava lava bees yg mengalir keluar ke permukaan bumi dgn letusan yg perlahan/senyap. Lava bes lebih cair dan dapat mengalir jauh. Lambat sejuk dan lambat beku. Menghasilkan cerun gunung berapi bentuk perisai dengan mempunyai cerun yang landai. Contoh: Gunung Mauna Loa di Hawai.

BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR LUAR 2. Kon lava asid

Kon lava asid terbentuk oleh lava asid yg mengalir keluar ke permukaan bumi dan membeku dgn cepat. Mengalir dalam jarak yg dekat. Gunung berapi lava asid meletup dengan letusan amat kuat. Lava asid sangat likat dan mengalir dengan perlahan. Membentuk kon gunung berapi yang berbentuk kubah/dom dengan cerun yg curam. Contoh: Gunung Vesuvius di Itali.

ALIRAN LAVA JENIS ASID

BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR LUAR

3.

Gunung berapi jenis komposit


Gunung berapi komposit dikenali sebagai stratokun. Terbentuk apabila magma keluar drp beberapa rekahan dari lohong utama membentuk beberapa kon parasit. Kon utama terbina daripada abu dan lava yang berselang-seli. Kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama. Kon-kon kecil dinamakan kon parasit. Contoh: Gunung berapi Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina, gunung Stromboli di Italy.

BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR LUAR

4.

Gunung berapi kon abu

Kon gunung berapi abu dan sinder terbentuk daripada letupan yang sangat kuat. Mengeluarkan bahan piroklastik seperti lapilli, abu, bom gunung berapi(ketulan batu yg pecah), serpihan batu kecil dan gas. Bahan piroklastik akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam. Contoh: Gunung berapi Paricutin di Mexico.

BENTUK MUKA IGNEUS JALAR LUAR

6.

Kawah gunung berapi

Krater terbentuk hasil drp letusan gunung berapi. Letusan gunung berapi memecahkan bahagian mulut lohong gunung berapi membentuk lekukan yg dipanggil kawah atau krater. Jika diisi air akan menjadi tasik krater. Contoh Tasik Crater di Oregon, USA Kaldera merupakan kawah gunung berapi yg sangat besar. Terbentuk apabila sokongan struktur batuan di bawah kerak bumi menjadi lemah akibat mengeluaran magma yg terlalu banyak semasa gunung berapi meletup. Kehilangan pasak sokongan mengakibatkan berlakunya runtuhan yg dahsyat lalu membentuk kawah gunung berapi yg sgt besar ch. Tasik Toba di Sumatera

BENTUK MUKA IGNEUS JALAR LUAR

7.

Penara basalt

Penara basalt merupakan satu dataran lava yg luas. Terbentuk apabila lava bees keluar melalui rekahan-rekahan dari dlm kerak bumi ke permukaan bumi secara meluas. Lava basalt in akan menembusi lapisan batuan asal dan membentuk satu dataran yg agak tinggi spt Dataran Tinggi Deccan.

Ciri-ciri lain di kawasan gunung berapi:- Palam gunung berapi ialah tonggak batuan keras yang menonjol di bahagian tohong gunung berapi. - Geiser dan air panas terdapat di kawasan gunung berapi, iaitu yang mempunyai batuan bawah tanah yang panas. Air panas keluar ke permukaan tanpa letusan manakala geiser adalah air panas yang memancut keluar dengan letusan seperti " Old Faithful" di Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat. - Gempa bumi menyebabkan gelombang besar di lautan yang dikenali sebagai tsunami. Kekuatkan gempa bumi boleh diukur dengan menggunakan seismograf manakala gegaran gempa bumi diukur dengan Skala Ritcher

FAEDAH GUNUNG BERAPI KEPADA MANUSIA


a. Pertanian
Letusan gunung berapi lava bees amat subur untuk pertanian. Di Jepun dan Pulau Jawa, Pulau Luzon lereng-lerang gunung berapi lava bees diteres untuk ditanami dengan padi sawah. Di Dataran tinggi Deccan ditanami dengan padi dan kapas.

b. Tenaga geo-termal
Di Greenland tenaga geo-terma dijana melalui pancutan air panas/stim panas ke atas turbin generator. Tenaga geo-termal in digunakan utk memanaskan rumah dan rumah kaca bagi membolehkan pertanian dijalankan sepanjang tahun c. Industri pelancongan Taman Negara Yellowstone terdapat geiser/pancutan air panas dan kolam-kolam air panas yg menjadi daya tarikan kpd pelancong d. Perubatan Masyarakat Jepun misalnya mempercayai kolam-kolam air panas di kawasan gunung berapi berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kulit e. Bahan Mineral

Bahan mineral seperti sulfur banyak boleh dilombong di kaw gng berapi

TERIMA KASIH
SELAMAT BELAJAR

You might also like