You are on page 1of 18

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Sukatan Pelajaran

SAINS
Tahap II 2002

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv

Kata Pengantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Sains ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi kajian tentang Alam Kehidupan, Alam Fizikal, Alam Bahan, Bumi dan Alam Semesta serta Dunia Teknologi. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

(DATO SERI Dr. ABDUL SHUKOR BIN ABDULLAH) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah, dan Sains untuk sekolah menengah. Matamata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahap II merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Ia bertujuan untuk membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman seharian mereka dan juga penyiasatan. Program ini memberi asas yang kukuh kepada murid dalam pengetahuan sains, kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan nilai murni untuk menyediakan mereka mempelajari sains di sekolah menengah. Melalui program in murid dapat menghubungkan fakta dengan konsep, membuat pengitlakan dan menghubungkaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum. HSP memperincikan kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

MATLAMA T Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap II adalah untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan. Murid di peringkat ini mendapat asas sains yang kukuh bagi membantu mereka bagi pembelajaran sains di peringkat sekolah menengah. Murid ini juga akan menjadi individu yang dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam. OBJEKTIF Kurikulum Sains untuk sekolah rendah tahap II membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. 4. Menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

5. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah. 6. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam untuk kesinambungan hidup manusia sejagat. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraa hidup manusia sejagat. ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap II disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. 5

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada pelabagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Kemahiran Saintifik Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sitematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum sains adalah: Memerhatikan Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data Mendefinisikan secara operasi Mengawal pemboleh ubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran Berfikir Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran Berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran sains sekolah rendah tahap II boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif ini dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini dicadangkan.

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

Kandungan Pengetahuan Kandungan kurikulum ini diolah dalam lima tema iaitu: Menyiasat Alam Kehidupan. Menyiasat Alam Fizikal. Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Menyiasat Dunia Teknologi.

Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema. A. Menyiasat Alam Kehidupan

Tema ini bertujuan memberikan kefahaman asas tentang kepelbagaian hidupan, proses hidup, interaksi antara hidupan dan bagaimana hidupan memastikan kemandirian spesiesnya bagi mengekalkan keseimbangan alam secara semula jadi. Tema ini juga memberi tumpuan tentang proses hidup yang berlaku pada manusia bagi membolehkan murid memahami diri mereka sendiri dan juga memahami bahawa manusia mempunyai keistimewaan yang membezakannya daripada hidupan lain. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Kepelbagaian hidupan dalam alam. Hidupan dan bukan hidupan. Pengelasan hidupan. Hidupan melindungi diri daripada musuh. Hidupan menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim. 9

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

2. Hidupan dan Proses Hidup Keperluan asas hidupan. Proses hidup. 3. Kemandirian Hidupan Kemandirian spesies. Hubungan makanan antara hidupan. 4. Interaksi Antara Hidupan Persaingan sebagai satu bentuk interaksi antara hidupan.

B.

Menyiasat Alam Fizikal

Tema ini membincangkan kuantiti asas fizik di mana murid didedahkan dengan prinsip pengukuran, kegunaan unit piawai dan kepentingan unit piawai. Dalam tema ini juga termasuk fenomena cahaya, haba, bunyi, daya, gerakan, elektrik, magnet dan tenaga. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Kuantiti Fizik Panjang. Luas. Isipadu. Masa. Jisim.

10

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

2. Kemagnetan Tindakan magnet. 3. Elektrik Litar elektrik. Konduktor dan penebat. 4. Haba Haba dan suhu. Kesan haba ke atas bahan. 5. Cahaya Kebolehan cahaya bergerak melalui bahan. Sifat cahaya. 6. Bunyi Penghasilan bunyi. 7. Tenaga Sumber tenaga. Perubahan bentuk tenaga. 8. Daya dan Gerakan Kesan daya. Daya geseran. Kelajuan.

11

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

C.

Menyiasat Alam Bahan

Tema ini membolehkan murid menyiasat bahan asli dan bahan buatan. Murid menggunakan pengetahuan mereka tentang sifat bahan dan mengaitkannya dengan kegunaan bahan tersebut. Selain dari itu murid juga dapat memahami bagaimana kejadian awan dan hujan dari segi sains. Bahan berasid, beralkali dan bahan neutral juga diperkenalkan. Tema ini juga membolehkan murid memahami kejadian di sekeliling mereka, pengaratan dan bagaimana makanan di awet. Pendedahan tentang isu pengendalian bahan buangan bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa manusia perlu bertanggung jawab untuk mengurus alam dengan bijaksana. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Bahan asli dan bahan sintetik Bahan asli dan bahan sintetik yang digunakan untuk membuat objek. Kegunaan bahan berdasarkan sifat fizikalnya. 2. Pepejal, Cecair dan Gas Tiga keadaan bahan. Perubahan keadaan bahan. Pembentukan awan dan hujan. 3. Asid dan Alkali Sifat keasidan bahan makanan dan bahan keperluan rumah. Kesan asid, alkali dan neutral ke atas kertas litmus.

12

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

4. Pengaratan Bahan yang boleh berkarat. Faktor yang menyebabkan pengaratan. Pencegahan pengaratan. 5. Pengawetan Bahan Makanan Tindakan kulat dan bakteria pada makanan. Kaedah pengawetan bahan makanan. 6. Pengendalian Bahan Buangan Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak terancang. Kitar semula dan guna semula bahan buangan.

D. Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Tema ini memberi peluang kepada murid memahami tentang Bumi, Bulan, Matahari serta Sistem Suria secara keseluruhan. Murid juga berpeluang memahami kesan pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari dan bagaimana pergerakan ini memberi manfaat kepada manusia. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Bumi, Bulan dan Matahari Ciri Bumi. Ciri Bulan. Anggaran jarak dari Bumi ke Bulan. Ciri Matahari. Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari.

13

sukatan pelajaran sains tahap II kbsr

2. Fenomena Alam Fenomena yang berlaku di lapisan Bumi. Kejadian siang dan malam. Fasa bulan. Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. 3. Astronomi Sistem Suria. Buruj. E. Menyiasat Dunia Teknologi Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menyiasat sejarah perkembangan teknologi dan juga teknologi semasa yang digunakan dalam bidang pertanian, komunikasi, pengangkutan dan pembinaan. Selain dari itu murid juga berpeluang mereka cipta alat dengan menggunakan prinsip sains yang mereka pelajari. Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut: 1. Perkembangan teknologi Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang. 2. Struktur Binaan Kekuatan dan kestabilan sesuatu binaan. 3. Mesin Mesin ringkas dan mesin kompleks. Reka cipta model.

14

You might also like