Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
130210 Israiliyat Dalam Hadis 01

130210 Israiliyat Dalam Hadis 01

Ratings: (0)|Views: 87 |Likes:
Published by Sazali Khamsan
Israiliyat Dalam Hadis
Israiliyat Dalam Hadis

More info:

Categories:Types, Reviews
Published by: Sazali Khamsan on Feb 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/17/2013

pdf

text

original

 
BAHAN2 RUJUKAN BERKENAAN ISRAILIYAT DANTAKSUB DIDALAMMERIWAYATKAN HADITH NABI SAW10.02.2013
Kelkatu tidak pernah membezakan antara cahaya lampu masjid, cahaya lampu kuil, cahaya lampugereja atau mana-mana pun. Cahaya tetap bersifat cahaya - Mathnawi : Syeikh Maulana Jalaluddin alRumi
Ahad, 18 Oktober 2009Israiliyyat dalam hadis.
Anak murid tuaku pernah memohon kepadaku untuk memperjelaskan tentang isu israiliyyat.Malah ketika mengulas tajuk itu, beliau menegaskan agar aku dapat menulis sebuah kitabkhusus dalam menerangkan perkara sebenar yang telah menyelubungi persoalan israiliyatdalam hadis.Kebanyakkan orang hanya mengenali israiliyat dalam ilmu tafsir tetapi tidak pada ilmu hadis.Kehadiran israiliyyat ini adalah bahaya kepada sumber Islam. Ia akan menyebabkan kesuciansumber itu akan tercemar sehingga pelbagai kepercayaan, I’tiqadat, amalan dan sebagainyayang tidak dari Islam mula menyerap dalam Islam.Kalau ilmu tafsir yang berkaitan dengan ulum al Quran, israiliyyat dianggap sesuatu yangcukup mencemarkan, bagaimana pula israiliyyat mengancam dalam ilmu hadis. Ia sudahtentu lebih bahaya berbanding dalam ilmu tafsir. Ini adalah kerana, al Quran itu adalahdilindungi oleh Allah secara mutlaknya seperti yang tertulis di dalam al Quran. Sementarahadis itu tiada pula jaminan dari Allah tentang perlindungannya. Maka terhasillah hadis-hadisciptaan yang cukup banyak sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Dengan tujuansendiri atau pun selainnya.Maka, usaha membenteras pencemaran israiliyyat dalam hadis adalah sesuatu yang amatkritikal. Daripada usaha ini jugalah kita akan dapat menghapuskan mana-mana firqah ataukepercayaan yang telah terkesan dengan israiliyyat ini. Malah usaha ini adalah sesuatu yangamat susah dan payah kerana ia menyelinap dalam diri muslim itu sendiri.Jika yang menyerang itu adalah kafir, sudah tentu mudah untuk membendungnya. Namun,serangan itu menjadi barah pula kerana ia dimainkan oleh musuh yang beragama Islam.Jesteru itu, perpecahan mula berlaku dalam kesatuan muslim, sehinggakan berlakulah salahmenyalah antara satu sama lain. Malah ada yang mengatakan dialah lebih ahli sunnahdaripada yang lain. Kecacamerbaan ini telah menyorot muslim kepada gejala yang tidak sihatdalam kefahaman Islam.Malah orang awam dari kalangan muslim turut terjebak sama. Mereka sudah tentu jahildalam banyak perkara. Tetapi menyangkakan mereka di atas kebenaran. Semua mendugamereka membawa kebenaran tanpa mengetahui punca masalah secara keseluruhan. Makaterciptalah permasalahan dalam kalangan umat Islam hari ini.Oleh itu, kali ini marilah kita kenali beberapa nama yang cukup dikenali sebagai perawiisrailiyyat. Kesannya cukup besar dalam kita memahami agama kita.
1. Nauf al Bakalie
Dia ialah isteri kepada Kaab al Ahbar. Thabit di dalam Sahih al Bukhari pada hadis yang
 
bernombor ( 122 ) dalam kitab al Ilmu yang menceritakan tentang Nabi Khidir a.s yangberbunyi: ( daripada Sa’id bin Jubair berkata : Aku telah berkata kepada ibnu Abbas :Sesungguhnya Nauf al Bakalie menyangka sesungguhnya Musa bukan Musa bani Israel ,tetapi adalah musa yang lain!! Maka berkata Ibnu Abbas : Musuh Allah itu penipu..)Al Hafiz Ibnu Hajar pula telah memberi komentarnya pada jilid pertama halaman 219 : ( akuberkata : dan harus menyatakan Ibnu Abbas mentohmah kesahihan Islam Nauf). Apa yangnyata daripada nas ini ialah membuktikan, keislaman mereka bukanlah bersandarkan kepadakeikhlasan untuk memeluk Islam itu sendiri, namun mereka mempunyai niat untuk menyebarluaskan fahaman mereka dan merosakkan pemikiran umat Islam dengan tahrif mereka.Tujuan asal Nauf bertindak demikian ialah untuk memesongkan umat Islam dari mengatakanNabi Musa yang telah ditegur oleh Nabi khidir dan mengalihkan fakta yang sebenar sepertiyang disebut di dalam al Quran.Jika Nauf benar-benar menerima Islam, sepatutnya ia taslim ( menerima sepenuhnya ) sepertiyang terkandung di dalam al Quran, malah dia menyelewengkannya dan menolak apa yangdisebutkan Allah.
2. Kaab al Ahbar
Thabit didalam Sahih al Bukharie dalam kitab al I’tisam bis sunnah ( pada bab sabda nabi :( Janganlah engkau bertanya kepada ahli kitab sesuatu pun)jilid yang ke 13, pada halaman333: daripada Muawiyah dan dia meriwayatkan beberapa hadis dari beberapa orang quraisydi Madinah dan dia menyebut Kaab al Ahbar, maka dia berkata : sekiranya terdapat dariorang yang benar, mereka itu dari muhaddisin yang mengambil hadis daripada ahli kitab, dankami bersama mereka kami uji ke atasnya, ia adalah tipu.Al Hafiz ibnu Hajar dalam fathul bahri pada jilid 13 halaman 335 menyatakan beberapaulamak telah menerangkan dengan maksud tipu itu adalah salah. Tetapi pendapat itu tidak boleh diterima kerana al hafiz sendiri mengatakan : berkata Ibnu al tin : Ini ialah kata Ibnuabbas pada hak Kaab yang tersebut : telah menukar dari sebelumnya dan dia dalam keadaanmenipu.Namun ada yang mengatakan itu tidaklah mentajrih Kaab. Bahkan sebaliknya. Sudah tentukizb atau tipu itu merupakan satu tajrih, masakan saidina Umar dengan lantang melarangKaab dari meriwayatkan hadis, seperti yang terdapat di dalam Tarikh Abu Zur’ah jilid 1halaman 544 yang berbunyi : tinggalkan hadis-hadis atau aku kejar kau sampai ke tanah kera.Antara contoh yang jelas pencemaran yang dibuat oleh Kaab dalam penyebaran israiliyyatialah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al Nasaie dalam Sunan al Sughra dengan nombor1346 dengan sanadnya : Daripada Atho’ bin Abu Marwan daripada ayahnya, sesungguhnyaKaab al Ahbar …yang membelah laut kerana Musa, sesungguhnya kami dapati di dalamtaurat, sesungguhnya Daud nabi Allah, apabila baginda kembali dari solatnya seraya berdoa :Ya Allah, kau perbaikilah bagiku agamaku….Disini memerlukan penelitian sehingga jelas kepada kita akan pencemaran yang dilakukanoleh Kaab dalam pemesongan fakta dan sekaligus Islam itu sendiri.1. Kitab taurat diturunkan kepada nabi Musa, mengapa pula nabi Daud pula disebut. Yangberdoa itu sudah tentu nabi Musa selepas peristiwa belah laut. Mengapa pula nabi Daud yangdisebut. Sedangkan beza antara nabi Musa dengan nabi Daud itu ialah beratus tahun.2. Uslub penceritaan tersebut jelas sekali ialah penceritaan pengikut nabi Musa. Itu bukannyataurat seperti yang didakwa oleh Kaab. Mengapa perlu kaab kata : seperti yang ada di dalamtaurat, sedangkan dia mengetahui taurat sudah diselewengkan.Kekerapan Kaab menggunakan perkataan: seperti yang ada di dalam Taurat, diriwayatkanNabi Musa, diriwayatkan Nabi Daud, seperti yang disebut Musa dan lain-lain sememangmeragukan. Mengapa perlu Kaab menyebarkan apa yang ada di dalam taurat atau apa sahajapendapat rabai-rabai mereka sehingga telah bercampur dengan hadis-hadis. Inilah dia bentuk 
 
penyerapan israiliyyat dalam hadis.Contoh yang lain untuk menunjukkan israiliyyat yang diserap oleh Kaab boleh mengancamkesucian agama ini ialah seperti yang terdapat dalam kitab al Azamah pada halaman 91, hadisyang bernombor 236 yang berbunyi : ( daripada beratnya Allah atas mereka ). Inilahperkataan yang jelik yang dinisbahkan pada hadis Rasulullah s.a.w.
3. Wahab bin Munabbih
Wahab telah membaca 70 lebih kitab daripada kitab Nabi-nabi ( taurat ). Dia adalah orangyang amat penting dalam meriwayatkan israiliyyat dan khurafat. Dia adalah saudara Humambin Munabbih, Ma’qil dan Ghailan. Dia mengumpulkan ilmu-ilmu yang terzahir dariAbdullah bin Salam dan Kaab bin Ahbar. Ini dikuatkan dengan biografi yang dikemukakanoleh Imam al Zahabie dalam kitab Siyar A’lam al Nubala, jilid 4 dan halaman 545 : danriwayatnya kepada musnad adalah sedikit, keluasan ilmunya pada israiliyyat dan suhuf-suhuf ahli kitab. Biografinya juga telah disebut di dalam Tahzib al Tahzib jilid 11 dan halaman 147dan Tahzib al Kamal pada jilid 31 halaman 140.Pencemaran israiliyyat yang disebarkan oleh Wahab bin Munabbih ini terdapat dalam kitab alUluww pada hadis bernombor 323 : berkata Wahab bin Munabbih : Sesungguhnya langit-langit dan lautan terdapat haikal. Dan sesungguhnya haikal dalamnya adalahkursi.Sesungguhnya kedu-dua tapak kakiNya azza wajalla di atas kerusi. Dan kembali kerusiitu seperti selipar pada kedua-dua tapak kakinya.Apakah kita terfikir, untuk apakah nabi Muhammad perlu menyebut haikal dalam hadis-hadisnya melainkan ianya hanya tambahan yang berupa israiliyyat yang direka-reka olehmusuh-musuh Islam dan diserapkan dalam hadis-hadis yang disandarkan kepada Rasulullah.Oleh kerana itu, bagi sesiapa yang bertalaqqi hadis dan mempertahankan sunnah daridicemari dari israiliyyat ini adalah usaha yang besar yang menunjukkan kecintaan merekakepada junjungan baginda Muhammad s.a.w.
4. Abdullah bin Salam
Abdullah bin Salam ialah salah seorang yang amat penting dalam penyebaran israiliyyatdalam hadis, malah beliau juga adalah orang yang boleh diketogorikan sebagai sahabat. Olehsebab itu, dia boleh bertindak sesuka hati untuk apa tujuan sekalipun.Abdullah bin Salamlah orang pertama yang telah menyebarkan fahaman maqam mahmud ituialah nabi duduk disebelah Allah. Hatta, menyebabkan beberapa orang dari kaum musliminturut terjebak dalam aqidah yang fasid ini. Ini telah dibuktikan di dalam ktan al Uluww, padahadis yang bernombor 425 seperti yang telah thabit dari junjungan kita ialah : Apabila harikiamat telah datang diantara kamu s.a.w sehingga baginda duduk di antara kedua tanganAllah di atas kursiNya…Dan inilah maqam mahmud yang telah ditafsirkan oleh Abdullah binSalam dam mula menyebar dalam kalangan umat Islam.Dicatat olehsyeikhdi12:51 PG

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->