You are on page 1of 20

Pemulihan Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu pelajar menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai.

Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan pelajar. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana pelajar berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Pelajar yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Pelajar-pelajar berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan-kemudahan yang cukup serta memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai pelajar yang dikesan melalui sistem penilaian, pelajar-pelajar yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program pengayaan. Pelajar-pelajar yang tidak mencapai taraf tersebut diberi kegiatan pemulihan. Sungguhpun demikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka. Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan 1. Mengenal pasti pelajar2 2. Penganalisisan Masalah 3. Perancangan dan penyedian bahan 4. Pengajaran dan pembelajaran 5. Ujian dan penilaian 6. Tindakan susulan Mengenal Pasti pelajar - Memerhatikan pelajar belajar - Temu ramah interaksi dengan pelajar - Menganalisis hasil kerja bertulis - Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan pelajar lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

2. Menganalisis Masalah - Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar tertentu - Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan pelajar selepas sesuatu kemahiran dijalankan. - Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk kepada pihak tertentu. 3. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan) - Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan pembelajaran pelajar yang berkenaan. - Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan Guru harus mematuhi prinsip tersebut : Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan -Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman pelajar Di peringkat permulaan, pelbagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu pelajar2 memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran. - Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman pelajar atau alat bantu mengajar supaya pelajar itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dahulu. - Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. (utk matematik). Soalan2 yg diberikan harusalah daripada mudah kepada susah, demi membina keyakinan pelajar terhadap kebolehan mempelajarinya. - Aktiviti penilaian harus diberikan kepada pelajar selepas aktiviti latihan bertulis di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan secara bertulis. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu tercapai atau tidak. . Pengajaran dan pembelajaran - Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang - Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa pelajar2 lain membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan.

- Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran tertentu - Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit. - Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan. Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil pelajar. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya. 5. Ujian dan Penilaian - Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan. -Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil pelajar. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya. 6. Tindakan Susulan Pelajar pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka boleh mengikuti pelajaran baru dengan pelajar sekelas yang lain. - Jika pelajar pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.

Senarai Semak 1. Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan pelajar 2. Adakah program disediakan mengikut pengalaman dan kebolehan pelajar. 3. Adalah objektif pengajaran terlalu tinggi? 4. Adakah penggunaan ABM berkesan? 5. Adakah langkah2 mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak? 6. Adakah masa pengajaran mencukupi 7. Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat pelajar? 8. Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada pelajarmencukupi? 9. Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran? 10. Adakah latihan itu terlalu sukar? Berdasarkan senarai semak, guru boleh ambil tindakan berikut: Merancang semula program pemulihan Merujuk pelajar kepada guru pemulihan khas.

Tanda

Pengayaan - Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada pelajarpelajar yg dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal dari itu. Dalam program pengayaan, pelajar-pelajar akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaranberkenaan secara mendatar. Sementara itu, pelajar pelajar yang diberi kegiatan pemulihan berpeluang mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi di dalam unit pembelajaran berkenaan. Dengan cara ini, semua pelajar dapat memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama sama. Walau bagaimanapun, pelajar pelajar yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan - Aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori: 1. Pilihan pelajar tidak formal 2. Pilihan guru formal Konsep Pendidikan Pengayaan -Pengayaan ialah aktiviti2 tambahan kepada aktiviti2 asas pembelajaran yang djalankan sam ada di dalam atau di luar waktu sekolah. - Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari Melalui aktiviti2 ini pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat pelajar, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Objektif pengayaan -Membolehkan pelajar menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. -Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh menbantu ke arah

perkembangan diri. -Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat mereka. -Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. -Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan pelajar menerusan pembelajaran seumur hidup. -Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. -Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. Sekiranya terdapat pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran yang tidak boleh diatasi oleh guru di bilik darjah pelajar itu seharusnya diberi tumpuan khas oleh pihak tertentu seperti guru pemulihan khas. . Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu pelajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluankeperluan pelajar berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia

1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pemulihan dengan menggunakan strategi Withdrawal System..... 1975 -Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek Pendidikan Imbuhan bagi Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran. 1994 -Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkanaktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1999 - Program jangka pendek (INTERVENSI 3M) diperkenalkan khas untuk pelajar tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula 1999 hingga 2002. 2000 - Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3M bagi pelajar tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences ). 2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu membaca dan menulis dibina. 2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan pelajar pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah pelajar yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas

pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih . Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Kesimpulan Definisi Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. Tujuan Pengajaran Pemulihan Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk: a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu. b) Membantu pelajar mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah: a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan. b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu. ) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan. e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa. f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak- kanak. Ciri-Ciri Pelajar Pendidikan Pemulihan

Pelajar-pelajar pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan pelajar-pelajar yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. a) Dari segi Emosi dan Tingkahlaku i. Perasaan rendah diri ii. Perasaan risau iii. Perasaan sedih, hiba atau duka iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. vii. Pasif viii. Malas b) Sosial i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan-kawan. ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan iii. Gemar menghisap atau menggigit kuku iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan v. Menangis enggan masuk darjah vi. Hyper aktif c) Kesihatan i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang gemuk/kurus) iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan) iv. Lemah gerakan motor-kasar dan halus v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. vi. Kurang menjaga kebersihan diri. d) Kesediaan Belajar i. Belum bersedia untuk belajar ii. Perbendaharaan kata kurang iii. Lemah pemahaman iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan v. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat. e) Pengamatan i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. iv. Lambat mengkelaskan benda. v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah. vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. viii. Tidak kreatif ix. Lemah pergerakan dan perbuatan

x. Lemah daya pemikiran / ingatan xi. Tidak boleh mengingat kembali Punca-punca permasalahan pembelajaran kanak-kanak Pemulihan. Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah maktab perguruan bertajukPengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan sebagai pelajar-pelajar di kelas biasa yang menghadapi : a) Masalah pembelajaran dengan sebab: i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru ii) Tidak hadir ke sekolah iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti v) Leka dan lambat b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah : i) peribadi ii) psikologi iii) kurang kecerdasan lambat berfikir dan bertindak. iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Pada umumnya, pelajar-pelajar pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi pelajar yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, pelajar ini dipanggil pelajar pendidikan khas . Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai pelajar-pelajar dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah : a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang bermasalah. b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna. c) Penerimaan baka yang cacat. d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya. e) Salah diasuh atau diajar f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.

h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan berbagai-bagai sebab lagi. PEMULIHAN Konsep Pemulihan: Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Program Pendidikan Pemulihan adalah ~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan pelajar menjalinkan kontak mesra dengan persekitarannya. ~ satu program yang lebih sesuai untuk pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik mereka. Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan: Untuk membantu pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Untuk membantu pelajar dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Untuk membantu pelajar memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. Untuk membantu pelajar membina keyakinan diri. Unruk membantu pelajar yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya matematik mengikut kebolehannya. Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU. Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. ~ menjalankan ujian dignostik Masalah Pembelajaran:

Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses pembelajaran pelajar-pelajar itu di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana pelajar- pelajar yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: ~ Belajar secara lambat, selalu gagal ~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah. ~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh. ~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab: Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan pelajar memerlukan pendidikan pemulihan (i)Faktor psikologi Faktor kecerdasan mental ~ Semua pelajar mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa ~ Kesannya: pelajar-pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama Faktor emosi yang tidak stabil ~ Pelajar-pelajar tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihanlatihan dengan baik di dalam bilik darjah ~ Pelajar-pelajar tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru ~Kesannya: pelajar-pelajar sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya (ii) Faktor Biologi/Kesihatan Pelajar-pelajar mempunyai masalah kesihatan Kesannya: pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi ~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik ~ mereka mempunyai masalah tingkah laku (iii) Faktor Persekitaran

Masalah bahasa ~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana pelajar-pelajar tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca. ~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang pelajarpelajar dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu program bacaan yang berkesan Amalan Sekolah Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran Aspek kemampuan pelajar yang pelbagai diabaikan Wujud jurang akademik yang besar di antara pelajar Pelajar-pelajar mundur dalam pembelajaran Memerlukan pendidikan pemulihan Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai (iv) Faktor Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat lebih ganas dan agresif. ~ sangat sensitif kepada kritikan guru ~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu ~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif Untuk pelajar-pelajar seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi pelajar-pelajar serta memastikan pelajar-pelajar mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan Cara mengesan pelajar bermasalah Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah pelajar yang diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ; 1. 2. 3. 4. 5. Pemerhatian Pentafsiran rekod prestasi Pentafsiran rekod profil Ujian kertas dan pensel Temu bual dengan guru darjah

6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga pelajar.


PEMERHATIAN ; Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan pelajar, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku. Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya : 1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak 2. Pemerhatian di luar bilik darjah 3. Pemerhatian tingkah laku PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik pelajar dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian pelajar dalam kelas. Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang pelajarpelajar mereka. Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah REKOD PROFIL Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred. UJIAN KERTAS dan PENSEL Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa pelajar. TEMU BUAL dengan GURU DARJAH Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang pelajar yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu. TEMU BUAL dengan IBU BAPA

Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan pelajar di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan pelajar termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya. cikguhaidi.wordpress.com/.../strategi-mengesan-masalah-pembelajaran-pelajar / PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu pelajar mengakibatkan segolongan mereka tercicir atau terbelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah akan dikenalpasti dan dipulihkan. KONSEP Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah pelajar yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M MATLAMAT Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu pelajar menguasai kemahirankemahiran asas 3M yang belum dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. OBJEKTIF Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan pelajar boleh: a. Menguasai kemahiran asas 3M. b. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa. c. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Pencalonan Pelajar Pemulihan Khas

Written by Administrator Thursday, 18 June 2009 23:45 Pencalonan pelajar untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan oleh guru biasa, guru besar dan ibu bapa atau penjaga. GURU KELAS boleh mencalonkan pelajar-pelajar untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian pelajar dalam kemahiran asas 3M, hasil kerja pelajar dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.

GURU BESAR boleh mencadangkan pelajar-pelajar berdasarkan penelitian kadkad laporan pelajar dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. IBU BAPA ATAU PENJAGA boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.

(Pelajar Tahun 1 akan terus kekal di kelas mereka tetapi mengikuti program pemulihan KIA2M. Apabila tahun 2 dan seterusnya baru mereka akan mengikuti program pemulihan khas sekiranya masih belum menguasai kemahiran asas 3M) PENGUMPULAN MAKLUMAT Maklumat peribadi dan prestasi pelajar akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami pelajar yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan samada pelajar itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi pelajar.

Sumber- sumber untuk mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:GURU BESAR - Berdasarkan rekod pelajar, pemerhatian dan perhubungan. GURU KELAS - Boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketetapan masa ke sekolah dan perhubungan dengan pelajar-pelajar lain. IBU BAPA - Boleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan perkaraperkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program Pemuliham Khas berjalan lancar. Objektif Program Pemulihan Khas 3. membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka JENIS-JENIS PROGRAM Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan KBSR dalam kelas biasa - bantu pelajar lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M oleh BPK -bantu pelajar th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibebaskan gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas PROTIM Program Pemulihan 3M Membantu pelajar th 6 menguasai 3M Dilaksana selepas menduduki UPSR www.scribd.com Presentations School Work Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah menengah jika seseorang pelajar memerlukannya Pencari dan pemulih kelemahan pelajar-pelajar Menjalankan ujian dignostik Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan pemulihan bergantung kepada: a) kebolehan dan kecekapannya b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar c) sokongan dari pihak sekolah d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah Aktiviti Pemulihan: Guru menjalankan program bacaan tambahan ~ pelajar-pelajar membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan daripada buku dan Internet ~ memberi pelajar-pelajar bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif pelajarpelajar ~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar dalam kelas Pemulihan Guru mengalakkan pelajar-pelajar membuat kerja projek ~ dijalankan secara individu atau kumpulan

~ contohnya aktiviti projek yang meminta pelajar-pelajar membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah ~ tujuan: menggalakkan pelajar-pelajar untuk berfikir menyelesaikan masalahmasalah dalam kelas pemulihan Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi yang penting ~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan pelajar-pelajar ~ pelajar-pelajar membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media seperti bahan cetak, rakaman audio, radio dan computer ~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif pelajar-pelajar Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan: Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan Untuk pelajar-pelajar yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: (i) Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni (ii) Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya Untuk pelajar-pelajar yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: (i) Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk pelajar-pelajar yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: (i) Alatan mengajar perlu cukup besar supaya pelajar-pelajar boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah Konsep Pengayaan: Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Tujuan dan Rasional Pengayaan: Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada pelajar

Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang Untuk memperkembangkan potensi pelajar kepada tahap maksima Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan: Sejajar dengan keperluan kognitif pelajar-pelajar Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri Berbentuk lembaran kerja atau projek Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan: Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya pelajar-pelajar merasai yang semua usaha mereka dihargai 'SIAPA' & 'MENGAPA' DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan Penulis: Syed Abu Bakar Syed Akil Penerbit: DBP No. KK: 370 68253101 No. ISBN: 9836241027 Tahun Terbitan: 1997 Harga Buku: RM24.00 Harga Kami: RM19.20 Jimat: RM 4.80 ( 20% )

.Sinopsis Buku

"Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan cuba membuka satu lembaran baru bagi ibu bapa dan guru-guru untuk mengenali masalah kesulitan pembelajaran kanak-kanak sejak awal-awal lagi. Beberapa petanda dan ujian yang mudah untuk mengenali masalah tersebut dibincangkan dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga membincangkan faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran kanak-kanak seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan pernyataan. Pelunjuran program pemulihan atau saringan dibuat, cara menggubalkan ujian saringan, ujian diagnostik adalah satu cara merekodkan keputusan. Teknik pengajaran juga diberi untuk membimbing guru dalam pendidikan pemulihan.""

You might also like