You are on page 1of 38

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, manual hoki ini berjaya dihasilkan oleh kumpulan kami. Manual ini dihasilkan sebagai panduan dan rujukan kepada semua guru dan sesiapa yang yang ingin menghasilkan manual hoki serta menjadi panduan dalam rujukan permainan hoki. Pada semester ini kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi satu tajuk kepada setiap kumpulan. Kumpulan kami telah diberi tugas untuk menghasilkan satu manual hoki mengenai tajuk seretan (flick). untuk semua peringkat Sekolah. Kemudian kami mengulas mengenai apa yang terkandung dalam kemahiran seretan (flick) seperti kemahiran stationary flick, kemahiran dragflick, dan penalti shootout. Secara kumpulan, kami merangka satu manual hoki untuk tujuan rujukan dan pembelajaran. Diharap manual hoki yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan maklumat yang berguna. Bagi pihak pensyarah subjek ikhtisas padang hoki, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr . Ruaibah Yazani Tengah di atas usaha beliau member tunjuk ajar dalam menyediakan panduan manual hoki ini. Semoga manual hoki ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

BAB 1

1.0

Pengenalan

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England. Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus mengharamkannya. Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan ini kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya. Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau bandy.Perkataan hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan, iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ). Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga memperkenalkan undangundang hoki, yang antara lain ialah cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan. Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa Negara Eropah.

1.1

PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA

Negara-negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis telah menerima peraturan terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun 1886. Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan antarabangsa. Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan sementara ekoran daripada Perang Dunia Kedua. Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada badan induk dunia yang mengawal permainan ini. Hal ini menyebabkan pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk memanggil negara-negara yang berminat dengan sukan ini untuk tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan antarabangsa bagi permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland tidak menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik. India juga menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama yang menyertainya. Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112 buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa. Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.

1.2

PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Permainan hoki diperkenalkan di negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk mengawal sukan hoki di Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki Malaya dan telah ditubuhkan bersama-sama Singapura. Namun, pada 1953, persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli. Secara ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali. Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian.. Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah berlaku. Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara 15 pasukan terbaik dunia. Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.

Bab 2

2.0

PERALATAN SUKAN

Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu juga dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat.

Terdapat 7 jenis peralatan asas untuk seseorang pemain hoki, diantaranya ialah; a) Kayu hoki yang mengikut piawaian. b) Bola hoki. c) Kasut hoki. d) Stokin panjang. e) Jersi lengkap yang bernombor. f) Mouth guard atau pengadang mulut adalah alatan pilihan. g) Shin Guard/ shin pads atau pelapik tulang tibia.

Rajah 2.0 Peralatan pemain hoki Dalam permainan hoki juga, seseorang penjaga gol haruslah mempunyai pakaiannya yang lengkap untuk keselamatan, diantaranya ialah; a) b) c) d) Helmet. Throat guard atau penghadang leher. Chest pads , pelapik atau penahan dada. Hand protector atau pelapik tangan. 4

e) f) g) h) i)

Groin protector (untuk lelaki). Pelvis protector (untuk wanita). Seluar penjaga gol. Kickers dan leg guard. Kayu hoki penjaga gol.

Rajah 2.1- Peralatan penjaga gol

- Kawasan permainan hoki haruslah dimainkan dengan adanya ; i) Padang hoki yang mempunyai sukatan yang telah ditetapkan. ii) Tiang gol iii) Jaring gol. iv) Garisan yang membahagikan kawasan atau bahagian di dalam dan luar padang.

Rajah 2.2

BAB 3

3.0

KEMAHIRAN ASAS

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menguis, memukul, dan lain-lain lagi.

MENGUIS/MENGUIT Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran menguis (flicking) adalah strok tolakan yang dinaikkan dan selalu berpusing. Kemahiran ini ialah hantaran bola diudara dan sangat berguna untuk penalti strok, hantaran-hantaran di mana terdapat pihak lawan yang baik menyekat bola, dan menjaringkan gol. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.

3.1 Kemahiran asas (gambar lakuan) : Stationary Flick Kemahiran Stationary Flick digunakan apabila pemain mendapat penalti apabila pemain lawan membuat kekasaran di dalam kotak D. Kedudukan bola di bulatan jaringan. Pemain mesti berada di belakang atau sisi bola sebelum melakukan Stationary Flick. Jarak pemain dengan bola adalah dimana pemain mesti boleh untuk menyentuh bola dengan kayu hoki. Apabila pengadil meniup wisel atau memberi isyarat kepada pemain untuk melakukan Stationary Flick barulah pemain boleh melakukanya, dengan melakukan teknik dribble untuk melepasi gol keeper. Jika penjaga gawang melakukan kesalahan Stationary Flick akan diambil semula. Jika permain melakukan kesalahan maka Stationary Flick dibatalkan.

Gambar rajah (kedudukan badan secara statik dan cara memegang kayu)

Gambar rajah (kedudukan bahu direndahkan dan kaki kiri selangkah dihadapan)

Gambar rajah ( bahu direndah dan bersedia membuat kuisan )

Gambar rajah (berat badan dipindahkan kehadapan kaki dan membuat kuisan)

3.2 Kemahiran asas (gambar lakuan) : dragflick Teknik kuis seret adalah teknik menjaringkan dalam sukan hoki. Ia digunakan sebagai teknik menyerang, terutamanya dalam sudut penalti yang melibatkan dua komponen utama yang dikenali sebagai cedok dan seret. Teknik Kuis seret melibatkan larian, dan kemudian menggunakan 'slinging' teknik bola di seluruh badan anda, ke arah sasaran. Penyeret tidak memukul bola, penyeret dibenarkan untuk menaikkan bola untuk mensasarkan sasaran ke arah gol. Hal ini demikian menyebabkan teknik ini suatu kaedah yang berbahaya kerana bola naik melebihi dari ketinggian lutut.Tidak menggunakan hayunan ke belakang semasa melakukan kuis seretan. Dikategorikan secara teknikal sebagai sejenis menolak. Teknik ini boleh mencapai kelajuan tinggi dan adalah dibenarkan menggunakan teknik ini semasa mengambil sudut penalti.

Gambar rajah ( langkah 1 : pergerakan kaki kiri kehadapan untuk membuat dragflik )

10

Gambar rajah ( langkah 2 : pergerakan kaki kanan kehadapan untuk membuat dragflik )

Gambar rajah ( langkah 3 : pergerakan kaki kiri semula kehadapan untuk membuat dragflik )

11

Gambar rajah ( langkah 4 : pergerakan kaki kanan dan kiri bergerak serentak kehadapan untuk membuat dragflik )

Gambar rajah ( langkah 5 : pergerakan badan terutama bahu direndah kan untuk membuat dragflik )

12

Gambar rajah ( langkah 6 : berat badan dipindahkan kepada kaki dan membuat kuisan dengan sekuatnya )

13

3.3 Kemahiran asas (gambar lakuan) : Penalty Shoot Out Kemahiran penalty shoot out digunakan apabila kedudukan masih lagi seri setelah masa tambahan yang diberikan telah tamat. Kedudukan bola di bulatan jaringan. Pemain mesti berada di belakang atau sisi bola sebelum melakukan penalty shoot out. Jarak pemain dengan bola adalah dimana pemain mesti boleh untuk menyentuh bola dengan kayu beliau. Apabila pengadil meniup wisel atau memberi isyarat kepada pemain untuk melakukan penalty shoot out barulah pemain boleh melakukanya, dengan membawa bola, dan melakukan teknik dribble untuk melepasi gol keeper, dan seterusnya menjaringkan gol. Jika penjaga gawang melakukan kesalahan penalty shoot out akan diambil semula. Jika permain melakukan kesalahan maka penalty shoot out dibatalkan. Masa untuk membuat penalty shootout ialah 8 saat sahaja.

Contoh gambar lakuan (kedudukan bola, kedudukan pemain dan penjaga gawang)

14

Gambar rajah lakuan (permain membawa bola ke hadapan)

Gambar rajah lakuan (pemain melakukan dribble)

15

Gambar rajah lakuan (pemain melakukan dribble)

Gambar rajah lakuan (pemain menjaringkan gol ke gawang)

16

Bab 4 4.0 Latihan dan Ansur maju (lakuan aktiviti)

4.1 Ansur Maju Stationary Flick

Aktiviti 1 : Pemain menjaringkan gol di tengah-tengah kotak D tanpa ada penjaga gawang. Tahap kemahiran : Band 3 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick

Gambar rajah aktiviti 1

17

Aktiviti 2 : Pemain menguit bola melintasi tali yang diikat pada pintu gol, lebih kurang 60 cm. Pemain berada di tengah kotak D. Tahap kemahiran : Band 4 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick serta dapat memasukkan bola dalam gegelung yang disediakan.

. Gambar rajah aktiviti 2

18

Aktiviti 3 : Pemain menguit bola memasuki gelung yang diikat di palang gol. Tahap kemahiran : Band 4 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick serta dapat menaikkan bola melepasi tali yang disediakan.

Gambar rajah aktiviti 3

19

Aktiviti 4 : Pemain menjaringkan gol di tengah-tengah kotak D melepasi penjaga gawang.

Tahap kemahiran : Band 5 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick serta dapat memasukkan bola apabila ada penjaga gawang.

Gambar rajah aktiviti 4

20

4.2 Ansur Maju DragFlick

Aktiviti 1

: pemain melakukan kemahiran dragflick terus ke gawang gol tanpa ada penjaga Gawang

Tahap kemahiran : Band 3 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick.

Gambar rajah aktiviti 1

21

Aktiviti 2

: Pemain melakukan kemahiran dragflick terus ke gawang gol dan bola tidak boleh terkena kon.

Tahap kemahiran : Band 4 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick serta dapat memasukkan bola tanpa bola terkean pada kon.

Gambar Rajah Aktiviti 2

22

Aktiviti 3

: pemain melakukan kemahiran dragflick terus ke gawang gol dengan ada penjaga gawang.

Tahap kemahiran : Band 5 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick serta dapat memasukkan bola ke dalam gol dengan adanya penjaga gawang gol yang disediakan.

Gambar rajah aktiviti 3

23

4.3 Ansur Maju : Penalty Shoot Out. Aktiviti 1: Pemain menjaringkan gol tanpa penjaga gawang. Tahap kemahiran : Band 3 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan larian sambil membawa bola serta membuat jaringantanpa ada penjaga gawang.

Gambar rajah aktiviti 1

24

Aktiviti 2 : Pemain membawa bola dan melakukan dribble melepasi kon yang disediakan dan melakukan jaringan. Tahap kemahiran : Band 3 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan drible apabila berhadapan dengan penjaga gawang serta dapat menjaring bola ke dalam gawang.

Gambar rajah aktiviti 2

25

Aktiviti 3 : Pemain membawa bola dan dribble bola melepasi kon dan menjaringkan gol dengan adanya halangan iaitu penjaga gawang. Tahap kemahiran : Band 4 Huraian : memerlukan pengetahuan dan faham tentang asas serta boleh melakukan pergerakan flick serta dapat memasukkan bola dalam gegelung yang disediakan.

Gambar rajah aktiviti 3

26

Bab 5 5.0 Pentaksiran Kendiri (penilaian kemahiran)

5.1 Penilaian Kemahiran : Stationary Flick. Ujian kemahiran siapa dapat membuat jaringan dengan menggunakan stationary flick. Jumlah pemain : Tiada had Tujuan : Membolehkan pelajar dapat melakukan stationary flick dengan baik. Prosedur : Setiap pemain diberi 6 percubaan. Jaringan yang memasuki gawang dikira gol. Pemenang : gol yang paling banyak.

Gambar rajah aktiviti penilaian kendiri

27

Kriteria Dan Markah Stationary Flick Nama : _____________________________________________________________________ No Ic : _____________________________________________________________________

BIL

AKTIVITI

BAND

Kedudukan badan

genggaman kayu

Jumlah jaringan yang dilakukan

Skor Dan Markah :

AKTIVITI

AGREGAT SKOR

BAND

KEPUTUSAN

SANGAT BAIK

4 STATIONARY FLICK 3

SEDERHANA

MEMUASKAN

LEMAH

SANGAT LEMAH

28

5.2 Penilaian Kemahiran : Dragflick Flick. Ujian kemahiran siapa dapat membuat jaringan dengan menggunakan dragflick. Jumlah pemain : Tiada had Tujuan : Membolehkan pelajar dapat melakukan dragflick dengan baik. Prosedur : Setiap pemain diberi 6 percubaan. Jaringan yang memasuki gawang dikira gol. Langkah melakukan drag juga mesti tepat dan betul. Pemenang : gol yang paling banyak.

Gambar rajah aktiviti penilaian kendiri dragflik

29

Kriteria Dan Markah Dragflick Nama : _____________________________________________________________________ No Ic : _____________________________________________________________________

BIL

AKTIVITI

BAND

Pergerakan Langkah Kaki

Kedudukan Badan

Genggaman Kayu

Jumlah Jaringan Yang Dilakukan

Skor Dan Markah :

AKTIVITI

AGREGAT SKOR

BAND

KEPUTUSAN

SANGAT BAIK

4 DRAGFLICK 3

SEDERHANA

MEMUASKAN

LEMAH

SANGAT LEMAH

30

5.3 Penilaian Kemahiran : Penalti Shoot Out Ujian kemahiran siapa dapat membuat jaringan penalti shoot out. Jumlah pemain : Tiada had Tujuan : Mendapatkan pelajar dapat melakukan penalti shootout dengan baik. Prosedur : Setiap pemain diberi 6 percubaan.Percubaan penalti shootout mestilah memasuki gol. Para pelajar perlu melakukan dribble apabila berhadapan dengan penjaga gawang sebelum melakukukan jaringan ke gawang. Bola yang tidak memasuki gol tidak akan dikira. Pemenang : gol yang paling banyak.

Gambar rajah aktiviti penilaian Penalti Shoot Out

31

KRITERIA DAN MARKAH : PENALTY SHOOT OUT

BIL

AKTIVITI

BAND

Kedudukan badan Teknik dribble bola

Jumlah jaringan yang dilakukan

Skor Dan Markah :

AKTIVITI

AGREGAT SKOR

BAND

KEPUTUSAN

SANGAT BAIK

4 PENALTY SHOOTOUT

SEDERHANA

MEMUASKAN

LEMAH

SANGAT LEMAH

32

GLOSARY

Stationary Flick

-Teknik yang digunakan apabila pemain mendapat penalti akibat daripada kekasaran yang dilakukan oleh pihak lawan di dalam kotak penalti lawan. -Kotak yang dimana pemain boleh memukul bola untuk menjaringkan gol. -Satu kaedah menentukan pemenang jika tiada pemenang setelah mengikut masa yang ditetapkan. Hanya seorang pemain tunggal mengambil satu pukulan dari tempat tertentu, dan hanya berhadapan dengan penjaga gawang. -Masa yang lebih diberi daripada masa sebenar yang ditetapkan. -Pegawai yang ditugaskan untuk mengadili sesuatu pelawanan atau permainan. -Teknik menggelecek dimana pergerakan bola sekitar pemain lawan dengan menggunakan kayu hoki,. Terdapat beberapa gaya yang berbeza menggelecek, tetapi idea utama adalah untuk mengekalkan kawalan bola sehingga anda membuat satu langkah ke arah gawang lawan. Untuk menaikkan bola dari tanah ke udara dengan pergerakan batang kayu dengan cepat. Bola meningkat naik tidak melebihi dari 18 inci di atas permukaan bermain. -Hoki menggunakan bola plastik pepejal, dengan lilitan 8 13/16-9 inci, berat antara 5 dan 5 3/4 pauns

Kotak D

Penalty Shoot Out

Masa tambahan Pengadil

Dribble

Flick

Ball

33

RUJUKAN

Rujukan Buku 1. 1. Elizabeth, A., Myers, S. (1999). Field Hockey: Steps to Success. Unites States of America, USA.Human Kinetics. 2. 2. Whitaker, D., (1992). The Hockey Workshop: A Complete Guide. Hong Kong, HK. The Crowood Press Ltd. 3. Helen Ten Hong Beng. 1994. Siri Pengajaran Sukan : Panduan Mengajar Hoki. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rujukan Internet http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/other_sports/hockey/4186764.stm http://www.youtube.com/watch?v=Oyq-ymix5HY http://books.google.com.my/books?id=IZHnaBwv0JUC&pg=PA73&lpg=PA73&dq=technique+fli ck+hockey&source=bl&ots=Mn0vF http://en.wikipedia.org/wiki/Field_hockey http://fieldhockeyusa.org/shootouts-to-make-fih-debut/ http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ufsO1SSAU5s

34

LAMPIRAN

Gambar Rajah Lakuan Stationary Flick

35

Gambar Rajah Lakuan Dragflick

36

Gambar Lakuan Penalty Shoot Out

37

INDEX

A Ansur maju (17, 21, 24) B Bola hoki (4) C Chest pads (4) D Dribble (15, 16) DragFlick (21, 22) F Flick (21, 22, 17) G Garisan (5) Groin protector (5) H Helmet. (4) Hand protector (4) J Jaring gol (5) Jersi lengkap (4) K Kemahiran asas (7, 10, 14) Kayu hoki (4) Kasut hoki (4) Kickers dan leg guard.(5) Kayu hoki penjaga gol ( 5) P Penalty Shoot Out (14) Pengadil (14) Penilaian Kemahiran (27, 29,31) Pelvis protector (5) Padang hoki (5) S Stationary Flick (17) Stokin panjang (4) Shin Guard/ shin pads (4) Seluar penjaga gol. (5) T Tiang gol (5) Throat guard (4)

38

You might also like