You are on page 1of 10

Bahasa Pengaturcaraan PLC Semenjak dua puluh tahun dahulu, terdapat perbezaan yang besar dari segi teknik

pengaturcaraan yang digunakan untuk menulis aturcara aplikasi kawalan industri dan juga untuk PLC. Beberapa bahasa pengaturcaraan PLC tahap tinggi telah dibangunkan berasaskan set-set suruhan yang

sama sepertiBASIC (Edan dan Pliskin, 2001). Kelebihan utama bahasa pengaturcaraan PLC tahap tinggi ialah kemampuan untuk melaksanakan pemprosesan data dan perhitungan nilai bukan dari nombor perduaan, kebolehan menggunakan algoritma kawalan kompleks, komunikasi dengan sistem berasas komputer lain, paparan data dalam talian, dan mesra antaramuka. Selain itu, bagi pengguna yang tidak mahir menggunakan LD, penggunaan bahasa PLC tahap tinggi secara relatif mudah untuk mentaksir aturcaraan (Edan dan Pliskin, 2001). Aplikasi kawalan telah dibangunkan dalam BASIC, FORTH, C, STRUCTURED ENGLISH, INSTRUCTION LIST dan berbagai dialek pengaturcaraan gambarajah tangga. Malangnya,

kesemua bahasa pengaturcaraan ini adalah berbeza sama sekali. Ini menunjukkan dengan jelas berlakunya pembaziran sumber manusia dari segi untuk melatih staf supaya mahir dalam berbagai bahasa kawalan (Lewis, 1996). Untuk mencapai lebih penyesuaian dari bahasa pengaturcaraan yang berbeza-beza ini, piawaian IEC 1131-3 (Suruhanjaya Antarabangsa Elektro- Teknikal) telah dibangunkan (Lewis, 1996). Terdapat lima bahasa pengaturcaraan bagi aturcara kawalan yang digunakan pada PLC. Bahasa-bahasa ini boleh dikumpulkan kepada dua katogari iaitu berdasarkan grafik dan teks.

sama sepertiBASIC (Edan dan Pliskin, 2001). Kelebihan utama bahasa pengaturcaraan PLC tahap tinggi ialah kemampuan untuk melaksanakan pemprosesan data dan perhitungan nilai bukan dari nombor perduaan, kebolehan menggunakan algoritma kawalan kompleks, komunikasi dengan sistem berasas komputer lain, paparan data dalam talian, dan mesra antaramuka. Selain itu, bagi pengguna yang tidak mahir menggunakan LD, penggunaan bahasa PLC tahap tinggi secara relatif mudah untuk mentaksir aturcaraan (Edan dan Pliskin, 2001). Aplikasi kawalan telah dibangunkan dalam BASIC, FORTH, C, STRUCTURED ENGLISH, INSTRUCTION LIST dan berbagai dialek pengaturcaraan gambarajah tangga. Malangnya,

kesemua bahasa pengaturcaraan ini adalah berbeza sama sekali. Ini menunjukkan dengan jelas berlakunya pembaziran sumber manusia dari segi untuk melatih staf supaya mahir dalam berbagai bahasa kawalan (Lewis, 1996). Untuk mencapai lebih penyesuaian dari bahasa pengaturcaraan yang berbeza-beza ini, piawaian IEC 1131-3 (Suruhanjaya Antarabangsa Elektro- Teknikal) telah dibangunkan (Lewis, 1996). Terdapat lima bahasa pengaturcaraan bagi aturcara kawalan yang digunakan pada PLC. Bahasa-bahasa ini boleh dikumpulkan kepada dua katogari iaitu berdasarkan grafik dan teks. 1.2.1 Bahasa Grafik

Bahasa grafik ialah persembahan bergraf seperti garis, kotak dan teks yang menjelaskan hubungan tertentu di antara masukan dan keluaran. Terdapat tiga bahasa pengaturcaraan grafik iaitu Gambarajah Tangga (LD), FUNCTIONAL BLOCK DIAGRAMS (FBD), dan SEQUENTIAL FUNCTION CHARTS(SFC).

3.

LD juga dikenali sebagai RELAY LADDER LOGIC (lihat Rajah 1.3). LD adalah menyerupai logik geganti. LD ialah bahasa tahap rendah, tetapi sehingga sekarang LD digunakan secara meluas di Amerika sebagai bahasa pengaturcaraan PLC. Bahasa ini adalah bahasa grafik yang telah digunakan semenjak penerimaan PLC. Bahasa grafik ini menggunakan grafik dan kenyataan sintaksis ringkas untuk memudahkan pengaturcara di dalam menggunakan fungsi pengaturcaraan (Wright, 1999).

Rajah 1.3: Gambarajah Tangga 4.

FBD ialah bahasa bergrafik untuk menggambarkan isyarat dan aliran data melalui blok fungsi seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.4. FBD sangat berguna untuk menjelaskan saling hubungan algoritma sistem kawalan dan logik. Blok-blok mewakili manipulasi data di mana hubungan bergerak dari masukan ke keluaran (kiri ke kanan)

Rajah 1.4: Function Block Diagram 5. SFC ialah bahasa bergrafik untuk menggambarkan tingkahlaku berjujukan sistem kawalan (lihat Rajah 1.5). Rajah 1.5: Sequential Function Chart

Ia digunakan untuk menjelaskan jujukan kawalan bagi masa arka (arc time) dan acara-terpacu (event-driven). Ianya bahasa bergrafik yang sangat berkesan untuk menerangkan bahagian aturcara kawalan tahap tinggi dan jujukan pengaturcaraan tahap rendah, contohnya untuk aturcara antaramuka peranti. SFC menggunakan idea jaringPETRI (PN) danGRAFCET (David dan Alla, 1992).

1.2.2 Bahasa Teks

Bahasa berdasarkan teks pula mengandungi takrifan set aksara, hukum gabungan aksara untuk membentuk perkataan atau ungkapan dan umpukan maksud (assignment of meaning) pada sesetengah perkataan atau ungkapan. Bahasa berdasarkan teks dibahagi kepada dua iaitu INSTRUCTION LIST (IL) dan STRUCTURED TEXT (ST) (Lewis, 1996). 6.

IL ialah bahasa penghimpunan tahap rendah dengan satu daftar iaitu hasil semasa (current result). Ia adalah salah satu bahasa pengaturcaraan PLC yang utama di Eropah semenjak ianya membenarkan kod padat dan hampir sama dengan pengaturcaraan perkakasan (lihat Rajah 1.6).

Rajah 1.6: Instruction List 7. ST ialah bahasa sepertiPascal. Ianya bahasa tahap yang lebih tinggi dari IL dan dilengkapi dengan bahasa struktur (syntax) dan piawaian fungsi danoperator seperti while-loops, if-then-else-conditional dan lain-lain. Namun begitu, ST kurang digunakan berbanding dengan IL (lihat Rajah 1.7).

1.2.2 Bahasa Teks

Bahasa berdasarkan teks pula mengandungi takrifan set aksara, hukum gabungan aksara untuk membentuk perkataan atau ungkapan dan umpukan maksud (assignment of meaning) pada sesetengah perkataan atau ungkapan. Bahasa berdasarkan teks dibahagi kepada dua iaitu INSTRUCTION LIST (IL) dan STRUCTURED TEXT (ST) (Lewis, 1996). 6.

IL ialah bahasa penghimpunan tahap rendah dengan satu daftar iaitu hasil semasa (current result). Ia adalah salah satu bahasa pengaturcaraan PLC yang utama di Eropah semenjak ianya membenarkan kod padat dan hampir sama dengan pengaturcaraan perkakasan (lihat Rajah 1.6). Rajah 1.6: Instruction List 7. ST ialah bahasa sepertiPascal. Ianya bahasa tahap yang lebih tinggi dari IL dan dilengkapi dengan bahasa struktur (syntax) dan piawaian fungsi danoperator seperti while-loops, if-then-else-conditional dan lain-lain. Namun begitu, ST kurang digunakan berbanding dengan IL (lihat Rajah 1.7).

1.2 PENGKELASAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI Sistem Kawalan Automasi boleh dikelaskan kepada DUA (2) bahagian iaitu : 1.2.1 Automasi Tetap (Fixed Automation / Hard-Wire Control) Sistem kawalan ini direka untuk melakukan satu tugas yang khusus. Fungsi litar kawalannya adalah tetap dan kekal. Kerja akan menjadi rumit jika kita ingin melakukan kerja lain selain dari tugas yang telah sedia ada pada sistem kawalan jenis ini. 1.2.2 Automasi Boleh Aturcara / Automasi Bolehlentur (Flexible Automation / Programmable Control System) Automasi Boleh Aturcara atau Automasi Bolehlentur adalah sistem kawalan yang kompleks yang dapat melakukan berbagai tugas. Fungsi litar kawalannya diaturcarakan oleh pengguna dan boleh diubahsuai. Apabila tugas yang perlu dilakukan oleh mesin bertukar, perubahan cuma perlu dilakukan dengan melakukan pengubahsuaian pada aturcara kawalan mesin tersebut. SISTEM KAWALAN 1.0 PENGKELASAN DAN PENJENISAN Sistem kawalan masa kini banyak menjurus kepada Sistem Kawalan Automasi. Kemana saja kita pergi, kita dikelilingi oleh sistem ini contohnya di rumah, di jalan, di dalam kenderaan dan di bangunan-bangunan. Di industri pula, Sistem Kawalan Automasi in isangat diperlukan kerana ianya dapat meningkatkan kualiti dan menambahkan produktiviti. Boleh dikatakan sistem kawalan automasi ini banyak mempengaruhi ca ra hidup masa depan. 1.1 KEPERLUAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI DI INDUSTRI Sistem Kawalan Automasi ialah sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan pertolongan insani yang minima atau tanpa insani dan mempunyai keupayaan untuk memulakan, melaras, bertindak memapar atau mengukur pembolehubah di dalam proses dan memberhentikan proses dalam usaha mendapatkan keluaran yang diperlukan. Tujuan utama Sistem Kawalan Automasi digunakan di dalam industri adalah untuk meningkatkan produktiviti dari segi : Meningkatkan kuantiti keluaran. Memperbaiki kualiti keluaran. Mengawal kos perbelanjaan.

You might also like