P2115/5/3PERNIAGAAN DALAM ISLAM ______________________________________________________________________________________
Perniagaan merupakan bidang rezeki yang paling luas. 95% daripada rezekiterletak pada perniagaan. Perniagaan merupakan pekerjaan yang halal dandigalakkan. Banyak hadis-hadis yang menggalakkan supaya berniaga, diantaranya adalah Hadis yang diriwayatkan oleh Hassan daripada Tarmizi yangmaksudnya lebih kurang ‘Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama dengan para Nabi, orang-orang saleh dan para syuhadak’ dan Hadislain maksudnya lebih kurang “Sembilan persepuluh peluang rezeki adalah dalam bentuk perniagaan’.Perniagaan merupakan usaha yang mendapat martabat tinggi disisi agama dan bilamenepati syarat-syaratnya ia dikelaskan sebagai ibadat. Ibnu Khaldunmenyatakan bahawa dunia perniagaan adalah luas dan merupakan punca utamakemakmuran ekonomi sesuatu masyarakat dan perkembangan masyarakat.Perniagaan merupakan perkhidmatan masyarakat yang hidup bersama manusia dimana kehendak mereka tidak terhad tetapi kemampuan adalah terhad. Kemajaun perniagaan akan menyebabkan kemajuan ekonomi serta kemakmuran kepadaanggota masyarakat serta bertanggungjawab ke atas kesejahteraan hubunganmasyarakat. Oleh itu, sesuatu keputusan untuk sesuatu keluaran yang hendak diperniagakan mestilah mengambilkira sistem nilai yang dipegang olehmasyarakat. Syarikat-syarikat besar seharusnya mempunyai sosial audit dankawalan sosial.
5.1.3Prinsip-prinsip Perniagaan dalam Islam:
•
Bebas dan persetujuan bersama – Surah An-Nisa’ ayat 29 dan hadis yangdiriwayatkan oleh Bukhari yang maksudnya lebih kurang ‘ sesungguhnya jual beli adalah atas ridha meridhai’.
•
Urusniaga tanpa riba – Al Baqarah: 275,
•
Adil – untuk mencapai keadilan, Islam menentukan beberapa hukum yangwajib dipatuhi iaitu menunaikan janji, menimbang dan menyukat dengantepat, benar dan jujur, kecekapan dan keupayaan serta perlindungan.Rasulullah mengekalkan perniagaan berdasarkan keadilan dan bukannyaurusniaga yang berunsur kezaliman kerana ia boleh menimbulkan pergeseran dan pertelagahan, contohnya judi, tipu dan pemerasan.- AlHumazah : 1- 4, Ar Rum : 39, Ali Imran : 130, Al Baqarah: 275, AlMaidah: 8, Al Nisa’: 135, Al Nahl: 90.
•
Layanan yang baik. Hadis yang diriwayatkan oleh al Bukhari yang bermaksud ‘Allah kasih kepada seseorang yang baik layanannya ketikamenjual, membeli dan membayar’. Di dalam Al Qur’an terdapat banyak ayat-ayat Al Qur’an yang berkaitan dengan perkara tersebut seperti dalam
______________________________________________________________________________________ MAT HASSAN/BALKHIS/FARIDAH JAB. PERDAGANGAN, POLIMAS
Leave a Comment
muhammadsyahzani