You are on page 1of 24

P2115 / UNIT 9 /1

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

UNIT 9

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM – II

OBJEKTIF
OBJEKTIF

Objektif Am:

• Menyakinkan bahawa sistem kewangan Islam lebih menjamin kesejahteraan masyarakat


berbanding dengan sistem kewangan konvensional.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

• Menjelaskan bentuk-bentuk perbankan dalam Islam.

• Memberi keyakinan bahawa aktiviti ekonomi tidak dipisahkan dari nilai-nilai akhlak..

• Membandingkan di antara sistem perbankan Islam dengan sistem konvensional.

• Memahami kaedah-kaedah perniagaan dan cara pengendaliannya.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /2
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

INPUT
INPUT

9.0 PERBANKAN DALAM ISLAM

9.1 FALSAFAH PERBANKAN

Perbankan ini telah mengandungi tujuh asas falsafah ekonomi Islam. Antaranya:

i. Pemilik sebenar

Allah adalah pencipta segala apa yang ada dibumi, langit dan alam fana ini.
Semuanya adalah hak milik mutlak Allah SWT.

ii. Khalifah

Allah SWT juga telah menetapkan bahawa manusia sebagai khalifah yang mana
tanggungjawab serta peranan seseorang manusia tersebut terhadap alam kekayaan
yang telah dicipta olehNya.

Allah telah memberi hak kepada manusia untuk memiliki serta kebebasan
manusia menggunakan kekayaan dari milikNya adalah terbatas pada lingkungan
peraturan Allah semata-mata.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /3
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Kekayaan alam yang harus dinikmati oleh manusia adalah satu amanah Allah
yang semestinya dijaga dan dipelihara dengan baik serta dipergunakan mengikut
lunas-lunas yang telah dicipta dalam syariatNya.

iii. Intergrasi nilai-nilai akhlak dengan aktiviti ekonomi.

Kita juga tidak boleh memisahkan nilai-nilai akhlak sama ada positif atau negatif
daripada aktiviti-aktiviti ekonomi samada dalam perbelanjaan atau pelaburan,
penabungan, pengagihan kemasukan dan lain-lain aktiviti ekonomi yang terlibat.
Biar sejauh mana tinggi sesuatu pencapaian dicapai, ekonomi Islam tidak boleh
mendakwa berjaya tanpa diasaskan pada nilai-nilai akhlak.

iv. Sikap positif terhadap aktiviti dan pembangunan ekonomi

Kekayaan yang diberi olehNya seharusnya diurus dan dimanfaatkan dengan baik
selari dengan ajaran yang telah diturunkan olehNya. Kekayaan itu hendaklah
dilaburkan dengan cara dan dibidang yang diharuskan oleh syariah.

v. Agihan semula kekayaan berorientasikan sosial (zakat)

Kekayaan yang dinikmati di dunia ini hendaklah dinikmati bersama dengan erti
kata, yang miskin harus mendapat bahagian dari kekayaan yang kaya. Inilah yang
dikatakan bersederhana di dalam Islam. Hak orang-orang susah atau miskin di
sebut sebagai ‘ ZAKAT’ yang mana ia menjadi satu daripada rukun Islam.

vi. Penghapusan institusi riba

Allah telah memerintahkan supaya orang-orang yang beriman wajib


meninggalkan amalan riba kerana ianya merupakan perbuatan yang zalim dan
menindas orang-orang yang dalam kesempitan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /4
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

vii. Untung bersama

Dengan larangan daripada Allah SWT, iaitu larangan di dalam faedah maka
prinsip penyertaan bersama dan untung bersama telah diperkenalkan. Mekanisme
kadar faedah diganti dengan ‘joint-venture’ dimana untung atau rugi akan
dinikmati dan ditanggung bersama.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /5
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

AKTIVITI 9.1

SOALAN 1

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan.

Amanah, riba, Khalifah, Akhlak, Pemilik sebenar

1. Dunia ini hanya sebagai pinjaman, …………………..yang mengurus dan mengatur alam
ini adalah Allah S.W.T.

2. Kita sebagai manusia dilantik dan diamanahkan oleh Allah di dunia ini sebagai…………
…… untuk mentadbir alam ini.

3. Semua benda yang ada di dunia ini adalah di………………. kepada manusia untuk dijaga
dan dipelihara dengan baik.

4. Nilai ………………adalah amat penting dalam mengurus tadbir aktiviti-aktiviti ekonomi di


muka bumi ini.

5. Manusia yang beriman harus meninggalkan amalan …………. dalam semua urusan
kehidupan di dunia ini kerana ia merupakan perbuatan zalim dan menindas.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /6
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 9.1

JAWAPAN 1

1. Pemilik sebenar
2. Khalifah
3. Amanah
4 Akhlak
5. Riba

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /7
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

9.2 PRINSIP PERBANKAN

Prinsip-prinsip perbankan yang terlibat adalah merangkumi:-

i. Perjalanan perniagaan dan perdagangan adalah atas dasar keadilan dan kesaksamaan serta
halal di sisi agama.
ii. Mengeluarkan zakat
iii. Tidak membenarkan kegiatan monopoli berlaku.
iv. Bekerjasama membangunkan ummah.

9..2.1 Operasi Bank

i. Operasi bank ini adalah bermatlamat untuk menghubungkan dan


menyalurkan modal kepada yang memerlukan dengan tujuan untuk
menggerakkan ekonomi.

ii. Perolehan dana adalah berdasarkan kepada motif-motif dan keperluan


tertentu individu, syarikat dan sekaligus masyarakat Islam dalam
menjalani kehidupan harian mereka.

iii. Pelbagai jenis deposit telah disediakan seperti deposit semasa untuk motif
urusniaga dan deposit simpanan untuk jangkaan kecemasan dan pelaburan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /8
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

iv. Operasinya adalah berlandaskan kepada hukum-hukum yang telah


ditetapkan.

v. Hukum-hukum muamalah biasanya digunakan untuk :


• Hukum pembahagian untung.
• Hukum-hukum kontrak
• Hukum-hukum yang berkaitan dengan pengendalian perniagaan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /9
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

AKTIVITI 9.2

SOALAN 1
Hukum-hukum muamalah biasanya digunakan untuk :
i. __________________________
ii. __________________________
iii. __________________________

SOALAN 2
Penuhkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

i. Konsep yang berkaitan dengan jual beli matawang asing dikenali sebagai ___________

ii. Konsep pembayaran hutang melalui akaun dan kemungkinan komisen dikenakan, ia
dikenali sebagai _________________.

iii. Seseorang ahli perniagaan melantik wakilnya untuk mengganti dirinya dalam urusan
perniagaan dan bentuk perniagaan ini dipanggil ______________________.

SOALAN 3
Nyatakan tiga prinsip perbankan dalam Islam

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /10
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 9.2

JAWAPAN 1

i. Hukum pembahagian untung


ii. Hukum-hukum kontrak
iii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perniagaan

JAWAPAN 2

i. Al-Sarf
ii. Al-Hiwalah
iii. Al- Wakalah

JAWAPAN 3

i. Perjalanan perniagaan atas dasar keadilan dan kesaksamaan.


ii. Tidak membenarkan kegiatan ekonomi berlaku.
iii. Bekerjasama membangunkan ummah.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /11
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

9.3 KAEDAH PERNIAGAAN DALAM OPERASI PERBANKAN

Secara asasnya institusi dan operasi bank akan menjalankan aktiviti-aktiviti dan kaedah
perniagaannya seperti berikut:

1. Al-Mudharabah

Ia merupakan penyerahan harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain untuk
tujuan perniagaan dan berkongsi keuntungan untuk satu syarat yang tertentu.

2. Al-Wadiah

Iaitu suatu akad antara yang empunya produk dengan pihak yang menyimpan
produk dan kaedah ini boleh bertukar menjadi Dhamanah iaitu jika produk itu
rosak atau hilang ia wajib diganti oleh penyimpan.

3. Al-Musyarakah

Iaitu suatu akad antara pemegang saham bersama rakan-rakan kongsi ke atas
modal yang dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /12
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

4. Al-Murabahah

Kaedah menjual suatu barangan dengan harga modal beserta dengan tambahan
sejumlah keuntunga yang telah dipersetujui.

5. Bai Bithaman Ajil

Suatu kaedah menjual suatu barangan yang disegerakan penyerahan barang


tersebut kepada pembeli tetapi pembayarannya ditangguhkan pada jangkamasa
yang telah ditetapkan dan cara pembayarannya beransur-ansur.

6. Al-Ijarah

Menjual sesuatu faedah penggunaan iaitu perkhidmatan dengan harga atau


bayaran yang ditetapkan.

7. Bai Salam

Suatu persetujuan dengan pembayaran dilakukan semasa akad dan penyerahan


barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

8. Al-Qardhul Hasan

Suatu hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik. Apabila hutang
dibayar, saguhati akan diberikan kepada pihak yang memberi hutang tetapi ini
bukan syarat atau janji yang ditetapkan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /13
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

9. Al-Kafalah

Suatu jaminan yang bermakna menghadirkan seseorang yang mempunyai


tanggungjawab yang tertentu untuk diambil tindakan atau mendapatkan sesuatu
barang gantian untuk pihak yang berhak.

10. Al-Wakalah

Melantik wakil untuk melaksanakan sesuatu tugas atau urusan bagi pihak dirinya.

11. Al-Hiwalah

Iaitu pemindahan dana atau hutang dari akaun penghutang kepada akaun
pemiutang (penerima) dan komisen kemungkinan akan dikenakan atas
perkhidmatan yang diberikan.

12. Al-Sarf

Iaitu konsep jual beli matawang asing.

13. Al Rahn

Iaitu meletakakan suatu barang yang berharga sebagai sandaran untuk


mendapatkan pinjaman dan barang ini boleh menjadi bayaran kepada pinjaman
yang dibuat jika hutang tersebut tidak dijelaskan.

14. Al-Ujr

Komisen atau yuran yang dikenakan ke atas sesuatu perkhidmatan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /14
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

15. Al-Hiba

Iaitu hadiah atau ganjaran bagi pulangan pinjaman yang telah diberikan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /15
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

AKTIVITI 9.3

SOALAN 1

Terangkan kaedah–kaedah perniagaan dalam operasi perbankan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /16
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 9.3

JAWAPAN 1

i. Al-Mudharabah
ii. Al- Wadiah
iii. Al- Musyarakah
iv. Bai Bithaman Ajil
v. Al-Ijarah
vi. Bai Salam
vii. Al- Qardhul Hasan

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /17
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

9.4 DASAR KEWANGAN

Dasar yang berhubung dengan penentuan dan penyusunan wang dari segi kuantiti,
kesediaan dan kosnya. Dasar ini digunakan untuk menjalankan pengedaran @ pusingan
perniagaan melalui penggunaan wang di mana semakin tinggi pengedaran, semakin
tinggi perkembangan ekonomi sesebuah negara dan begitulah sebaliknya.

Objektifnya adalah untuk:-

i. Pertumbuhan Ekonomi

Islam menggalakkan mobilisasi tabungan untuk menghasilkan pembangunan


ekonomi dalam keadaan seimbang dengan menggalakkan penggunaan tabungan
secara berdaya keluaran. Contohnya melabur untuk membangunkan ekonomi
demi kesejahteraan bersama.

ii. Keadilan Agihan

Keadilan sosioekonomi dan keseimbangan agihan pendapatan dan harta adalah


berdasarkan konsep persaudaraan antara umat Islam. Ini dilakukan dengan
membasmi dan mengkaji pada peringkat dasar (punca terjadinya masalah) di
samping mengagihkan harta melalui zakat, cukai dan bentuk-bentuk agihan lain.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /18
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

iii. Kestabilan Harga

Islam mengutamakan keadilan dan kebaikan dalam segala urusan manusia.


Contohnya apabila berlaku inflasi dan kemelesetan ekonomi iaitu dengan
meminimakan ketidakstabilan ekonomi dan nilai wang melalui pembasmian pada
peringkat terjadinya inflasi (hutang tanpa riba dan hutang secara Qardhul Hasan).

iv. Imbangan Pembayaran

Islam menggalakkan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada orang


ramai secara berkesan. Ini dilakukan melalui peruntukan sumber kewangan dan
modal untuk mereka yang berdaya maju bagi mewujudkan mobilasi sumber
kewangan yang cekap.

Dasar–dasar kewangan dalam Islam terdiri daripada:

(a) Nisbah Pembiayaan semula


(b) Nisbah perkongsian untung
(c) Jual beli saham perniagaan

Dasar kewangan Islam yang lain:

(a) Nisbah rizab


(b) Sijil simpanan pusat
(c) Penawaran dan peredaran wang
(d) Peruntukan awam (rizab kerajaan)
(e) Penentuan tingkat bumbung kredit bank
(f) Penentuan kredit terpilih

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /19
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Kaedah-kaedah lain dalam dasar kewangan termasuk:

(a) Pujukan moral ( hubungan peribadi Bank Pusat, nasihat dan pertemuan).
(b) Tabungan permintaan kerajaan di Bank Perdagangan, kerjasama antara bank-bank
perdagangan dengan naungan Bank Pusat bagi menyelesaikan masalah kecairan.
(c) Nisbah pinjaman kredit daripada tabungan, permintaan bank yang akan dihutangkan
kepada pelanggan ikut kaedah Qardhul Hasan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /20
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

AKTIVITI 9.4

SOALAN 1

Huraikan 4 objektif dasar kewangan.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /21
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 9.4

JAWAPAN 1

i. Pertumbuhan ekonomi
ii. Keadilan agihan
iii. Kestabilan harga
iv. Imbangan pembayaran

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /22
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Anda diminta mencuba kesemua soalan di dalam bahagian
ini dan semak jawapan anda kepada maklumbalas yang disediakan.

Anda diharap dapat merujuk kepada pensyarah anda jika ada sebarang masalah yang timbul.

SOALAN 1

Huraikan bagaimanakah falsafah sistem perbankan Islam boleh dilaksanakan di Malaysia ?

SOALAN 2

Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan Islam yang begitu berperanan semasa
pemerintahan Islam di zaman dahulu. Bagaimanakah institusi ini berperanan di dalam sistem
ekonomi Islam bagi membantu menaikkan taraf ekonomi umat Islam seluruhnya.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /23
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN 1

Falsafah sistem perbankan Islam boleh dilaksanakan dengan konsep pertama iaitu pemilik
sebenar yakni Allah yang pencipta segala sistem atau peraturan di mana semuanya untuk
kebaikan .Jika ia hukum atau peraturan yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis dapat
dilaksanakan maka segala urusan akan berjalan dengan baik.

Konsep kedua ialah manusia sebagai khalifah iaitu sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang ditentukan oleh Allah dimana segala harta atau rezeki yang
diamanah kepada manusia digunakan sebaik-baiknya berlandaskan syariat Islam.

Nilai akhlak dengan aktiviti ekonomi mempunyai satu kaitan antara satu sama lain iaitu setinggi
mana kejayaan kita dalam bidang ekonomi semuanya berdasarkan nilai-nilai akhlak yang
dimiliki.

Sikap positif terhadap aktiviti dan pembangunan ekonomi.Sikap ini perlu ada dalam diri supaya
segala kekayaan yang dimiliki disalurkan ke saluran yang sebenar mengikut syariat Islam.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS


P2115 / UNIT 9 /24
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Agihan semula kekayaan berorentasikan sosial (zakat). Segala harta yang diberi oleh Allah
perlu dikongsi bersama iaitu yang kaya menolong yang miskin melalui zakat dan ini dapat
mengurangkan jurang perbezaan di antara satu sama lain.

Penghapusan institusi riba merupakan cara untuk meningkatkan ekonomi di Malaysia dan ia juga
membantu sistem perbankan.

JAWAPAN 2

Baitulmal juga dikenali sebagai rumah harta. Institusi ini merupakan satu tempat menyimpan
harta yang diperolehi daripada kutipan zakat,rampasan perang, sedekah, jizyah dan kutipan
daripada negara-negara jajahan. Daripada harta yang telah dikumpulkan itu, agihan akan
diberikan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir, miskin,muallaf,
musafi dan orang yang berhutang.

Baitulmal juga membantu menstabilkan ekonomi dengan mengurangkan pergantungan terhadap


negara luar (bukan Islam). Sebaliknya mengeratkan perhubungan di antara negara Islam dari segi
perdagangan, kerjasama dan mampu-diri.

Baitulmal juga membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dengan memenuhi
keperluan asas, membasmi segala punca yang merosakkan dan tidak menyenangkan, membaiki
kualiti kehidupan baik dari segi kebendaan mahupun kerohanian, kesaksamaan dalam agihan
kepada setiap orang yang mana setiap orang diberikan peluang untuk memenuhi keperluan hidup
mereka.

Akhir sekali,penubuhan baitulmal ini juga dapat menyebarkan dakwah seluas yang mungkin
mengikut kemampuan,berasaskan rasa tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama sebagai
tugas fardhu kifayah.

MAT HASSAN / BALKHIS / 2001 JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS

You might also like

  • Unit6 Edit
    Unit6 Edit
    Document7 pages
    Unit6 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit 8
    Unit 8
    Document27 pages
    Unit 8
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit5 Edit
    Unit5 Edit
    Document14 pages
    Unit5 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (8)
  • Unit2 Edit
    Unit2 Edit
    Document8 pages
    Unit2 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 4
    Unit 4
    Document23 pages
    Unit 4
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 12
    Unit 12
    Document15 pages
    Unit 12
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 14
    Unit 14
    Document24 pages
    Unit 14
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 13
    Unit 13
    Document24 pages
    Unit 13
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 3
    Unit 3
    Document24 pages
    Unit 3
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 1
    Unit 1
    Document13 pages
    Unit 1
    DARK COMMERCE
    100% (2)
  • Unit 2
    Unit 2
    Document20 pages
    Unit 2
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 0
    Unit 0
    Document8 pages
    Unit 0
    DARK COMMERCE
    No ratings yet