You are on page 1of 24

P2115/UNIT14/1

PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA


______________________________________________________________________________________

UNIT 14
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA

OBJEKTIF

Objektif am : Memberi gambaran sebenar bahawa system ekonomi Islam berupaya


menghasilkan suasana pertumbuhan dan perkembangan sihat ekonomi
serta berkeupayaan membentuk satu masyarakat yang adil dan
sejahtera.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Menjelaskan system ekonomi yang dijalankan di Malaysia


Menerangkan masalah ekonomi Malaysia
Menerangkan masalah semasa ekonomi Malaysia
Menerangkan masalah iman,dan akhlak dalam system ekonomi Malaysia
Menerangkan penyelsaian masalah iman, akhlak dan system
Menerangkan penyelsaian kepada masalah ekonomi semasa

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/2
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

INPUT

14.1 MENJELASKAN SISTEM EKONOMI MALAYSIA

Sistem ekonomi campuran ( campuran antara kapitalis dan sosialis ) merupakan sistem
yang melibatkan pihak kerajaan dan persendirian membuat keputusan dalam segala hal
ekonomi.

Kapitalis + Kerajaan

Mekanisma pasaran menentukan Campurtangan kerajaan dalam masalah


apa, berapa, bagaimana, pasaran.
dan kepada siapa.

Bentuk-bentuk campur tangan kerajaan :

a) Membuat undang-undang

Undang-undang merupakan satu garis panduan yang penting


supaya kegiatan ekonomi lebih teratur. Contohnya undang-undang diperkenalkan supaya
tidak ada penindasan terhadap buruh.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/3
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

b) Menjalankan kegiatan ekonomi


Kerajaan campur tangan dalam menyediakan barangan dan
perkhidmatan yang penting supaya mengurangkan keuntungan
persendirian dan memaksimumkan keuntungan sosial.

c) Melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan

Dasar kewangan merupakan satu dasar yang dijalankan oleh bank pusat untuk mengawal
peredaran wang dalam pasaran dan mempengaruhi ciptaan kredit bank perdagangan.
Dasar belanjawan merupakan pengawalan dalam perbelanjaan kerajaan dan percukaian.
Tujuan adalah untuk mencapai tingkat gunatenaga penuh tanpa inflasi, disamping
mencapai perkembangan ekonomi yang cepat dan mengadakan pengagihan pendapatan
yang adil.

Tujuan campur tangan kerajaan adalah untuk:

a) Menjamin dan menjaga perkembagan ekonomi yang stabil


b) Menjamin pengagihan pendapapatan yang lebih merata dan menghindarkan
penindasan.
c) Menyediakan barangan awam secara cekap untuk mempertinggikan kebajikan sosial
dan kemakmuran masyarakat
d) Mengawasi kesan-kesan luar yang merugikan negara
e) Mengawasi kuasa-kuasa monopoli

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/4
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

AKTIVITI 14.1

SOALAN 1
Berdasarkan panduan yang diberi, isikan jawapan yang betul di dalam kotak-kotak yang
disediakan:
1 2 3
4
5

8 9
10

Melintang:
1. Sistem ekonomi yang berjalan di Malaysia
5. Kerajaan campurtangan bagi menjaga kebajikan_______________.
7. Antara bentuk campurtangan kerajaan.
9. Bank pusat mengawal jumlah_____________ dalam negara.

10. Harga bagi barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan adalah lebih
_____________.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/5
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
Menegak:
2. Sistem monopoli meletakkan kuasa membuat keputusan kepada______________
3. Dalam system kapitalis keputusan pengguna adalah dianggap________________
4. Antara perkhidmatan yang pernah ditawarkan oleh kerajaan.
6. Bank______________bertindak mengawal jumlah wang dalam pasaran.
7. ________________menjadi tujuan utama pengeluar dalam sistem kapitalis.
8. Perkhidmatan ini juga pernah ditawarkan oleh kerajaan kerana kosnya sangat
tinggi.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/6
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

INPUT

14.2 MENERANGKAN MASALAH EKONOMI MALAYSIA

Dasar
Pembangunan negara

Kesan kelembapan
ekonomi negara ASEAN Kesan daripada system kapitalis

Lain-lain

Kesan peristiwa 11 Sept 2001

a) Tahun 1990an merupakan tahun-tahun kehebatan bagi negara Malaysia kerana


mampu mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang tnggi. Malaysia mempunyai
kadar hutang luar negara yang rendah iaitu hanya 42% daripada KDNK pada Jun
1996. Pinjaman tak berbayar (NPL) negara adalah pada kadar 3.6% dengan
mencatatkan jumlah simpanan yang tertinggi di dunia iaitu 38.5 %. Dengan
kenyataan ini negara tidak seharusnya berdepan dengan krisis kewangan, tetapi
permasalah yang timbul di negara timur telah menghasilkan fenomena ‘kesan
penularan’ terhadap negara Malaysia. Keadaan ini bertambah teruk kerana beberapa
petanda awal tidak diambil kira seperti kadar pertumbuhan ekonomi yang melampai
kadar potensi output, ketidakcekapan dalam ekonomi terutama dalam penggunaan
sumber, penggunaan modal yang tidak cekap, pelaburan yang banyak dilebihkan ke
projek yang berintensifkan modal dengnan tempoh pembinaan yang panjang serta

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/7
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
arah aliran kredit yang besar kepada sektor bukan berbentuk perdagangan
terutamanya dalam pembelian stok/saham.

Kesannya negara terpaksa menanggung beberapa risiko antaranya adalah kadar


permintaan global yang lembab, kurang keyakinan terhadap sentimen yang boleh
menghalang aliran masuk pelaburan asing ke negara, sektor swasta mulai hilang
keyakinan, tidak minat untuk menjayakan pengukuhan baru yang dilaksanakan oleh
kerajaan serta sikap pasif dan amalan biokrasi oleh agensi dan pihak tertentu.

b) Kesan peristiwa 11 September 2001.

Kesan ini boleh dibahagikan kepada dua fasa


i. keadaan ekonomi sebelum daripada peristiwa 11 September 2001:
• pertumbuhan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada sektor
pembuatan khasnya sektor eletrik dan elektronik (56%). Pasarannya pula
bergantung kepada Amerika. Kelembapan ekonomi Amerika sangat
mempengaruhi sektor ini. Penjualan bagi sektor ini telah jatuh sebanyak
9.7% di antara Jun 2000 hingga Jun 2001. Ini mempengaruhi akaun
dagangan dan rezab matawang asing negara.
• Kadar pengangguran ekoran kelembapan ekonomi Amerika. Banyak
syarikat-syarikat gergasi Amerika (contohnya MNC atau Multinational
Corporation) telah mengambil langkah penguncupan dengan membuang
pekerja seberapa ramai yang boleh. Pada bulan Jun 2001 seramai 3,122
orang pekerja telah dibuang pekerjaan dan jumlah ini telah meningkat
sebanyak 26.4% pada bulan Julai 2001. 69% daripada mereka yang
dibuang adalah datang daripada sektor pembuatan yang kebanyakannya
mengekspot barangan mereka. Pengangguran tinggi boleh menyebabkan
kuasa beli jatuh dan ini menyebabkan pengeluaran berkurangan dan
akhirnya lebih ramai pekerja akan dibuang.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/8
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
• Kurang keyakinan pelabur yang diterjemahkan dalam bentuk pelaburan
terus pelabur asing (FDI atau Foreign Direct Investment) yang semakin
lembab disebabkan ‘corporate governance’ yang tidak konsisten. FDI
penting bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia,
memberi peluang pekerjaan kepada vendor-vendor Malaysia dan
penyaluran teknologi ke Malaysia.
• Pengguna individu lebih banyak meyimpan daripada berbelanja kerana
tidak yakin dengan ekonomi Malaysia yang tidak menentu. Pinjaman
modal menjadi semakin sukar menyebabkan perjalanan syarikat dan bank
terbantut.

ii. Keadaan ekonomi selepas peristiwa 11 September 2001:

• Keadaan ekonomi Amerika menjadi semakin teruk dan dijangka tidak dapat
dipulihkan dalam tempoh terdekat. Ini memberi kesan kepada ekonomi
Malaysia yang banyak bergantung kepada Amerika. Sektor yang paling
teruk menerima kesannya adalah sector pembuatan bagi tujuan
pengekspotan ke Amerika dan seterusnya menyebabkan rezab matawang
asing Malaysia berkurangan.
• Industri penerbangan seperti MAS menerima kesan teruk kerana terpaksa
membatalkan destinasi penerbangan yang kurang mendapat sambutan serta
terpaksa menaikkan tambang kerana peningkatan kadar premium insuran.
Ini juga turut melibatkan industri pelancungan dan perhotelan serta industri
perkhidmatan yang menyokong kedua-dua industri tersebut.

c) Kesan daripada system kapitalis:

Penggunaan sumber yang tidak cekap atau tidak optima kesan


daripada sistem kapitalis yang terlalu meletakkan mekanisma
pasaran atau permintaan berkesan (permintaan yang disertakan
dengan wang) sebagai penentu kepada pengeluaran. Firma pengeluaran hanya

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/9
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
mementingkan tujuan keuntungan menyebabkan keluaran hanya ditumpukan
kepada mereka yang mempunyai kuasa beli. Pembaziran dan monopoli juga
menambahkan lagi kesan buruk yang sedia ada.

d) Pembangunan Negara:

Walaupun dasar pembangunan negara mempertimbangkan


aspek pembangunan insan dan kebendaan, namun Malaysia
menghadapi banyak masalah di dalam melaksanakan
perancangan bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Ujud amalan rasuah,
pemborosan, ketidak adilan, birokrasi, kronism dan pecah amanah yang
menyumbang kepada penyimpangan daripada matlamat asal pembangunan
negara. Terdapat juga pengabaian dan penggadaian kepada aspek pembinaan
insan dalam banyak projek yang dilaksanakan contohnya dalam industri
pelancungan

e) Sikap masyarakat atau rakyat Malaysia sendiri


Berbelanja bagi mencapai kepuasan kehendak peribadi. Kehendak pengguna yang
ekstrim terhadap sesuatu produk mungkin menghasilkan pasaran yang berbentuk
monopoli yakni pasaran dapat menentukan jumlah keluaran dan harga yang akan
dikenakan. Pengguna masih tidak mempunyai prinsip dan sikap penggunaan yang
betul dan mantap seperti yang digariskan oleh Islam (rujuk unit 3)

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/10
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

AKTIVITI 14.2

SOALAN 1
Pada pandangan anda apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia serta
apakahmasalah yang timbul dari perlaksanaan sistem tersebut. Cadangkan langkah-
langkah untuk membaiki keadaan tersebut.

SOALAN 2

B. Huraikan 3 cara mencegah masalah tersebut dari berlaku mengikut pandangan Islam.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/11
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 14.2

JAWAPAN 1

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran dimana pihak persendirian dan


kerajaan bersama-sama membuat keputusan kepada masalah asas ekonomi. Persoalan
tentang apa, berapa, bagaimana barang yang dikeluarkan adalah bergantung kepada
mekanisme harga.

MASALAH
- Pertumbuhan ekonomi yang melampuai kadar potensi output
- Ketidakcekapan dalam ekonomi terutama dalam penggunaan sumber yang
pertumbuhannya didorongi oleh pengumpulan modal dan stok yang menggambarkan
penggunaan modal yang tidak cekap. Pelaburan turut banyak dilebihkan ke projek
yang berintensif modal dengan tempoh pembinaan yang panjang.
- Pengningkatan dalam kadar defisit negara.
- Arah aliran kredit yang besar kepada sektor bukan berbentuk perdangangan
terutamanya dalam pembelian stok atau saham telah meningkat antara tahun 1993 –
1997 dengan kadar purata 35% setahun.

JAWAPAN 2
- Mengambil peluang dari kejatuhan ringgit untuk mempromosikan output dan eksport.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/12
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
- Pengurangan kos dengan menggalakkan penggunaan alatan pengeluran tempatan.
- Mengambil pekerja tempatan
- Memperbaiki imbangan pembayaran
- Mengamalkan peekembangan kredit secara menyeluruh
- Mengelakan riba
- Mencapai matlamat Al Falah
- Taqwa
- Akhlak peniaga.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/13
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

14.3 PEYELESAIAN MASALAH EKONOMI SEMASA

Merujuk kepada masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan kepada siapa,
maka Islam telah mencadangkan beberapa perkara:
a) Apa yang hendak dikeluarkan
Islam mencadangkan satu hiraki penggunaan dan pengeluaran yang boleh
membantu menentukan corak pengeluaran masyarakat. Islam mencadangkan
ianya disusun mengikut keutamaan (rujuk unit 3). Masyarakat yang dicadangkan
oleh Islam adalah terdiri daripada individu-individu yang sentiasa berlumba-
lumba untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah, tidak mementingkan
diri sendiri dan bersifat ihsan (memberikan kebajikan kepada orang lain).
b) Bagaimana hendak dikeluarkan
Penggunaan sumber secara produktif seperti yang dicadangkan oleh Islam akan
membolehkan sumber disalurkan kepada pengeluaran barang-barang mengikut
keutamaan. Islam juga melarang pembaziran sumber. Ini menyebabkan
penggunaan sumber secara optima akan ujud.
c) Berapa hendak dikeluarkan
Islam mencadangkan supaya memperbanyakkan barangan keperluan kehidupan
dan barangan keperluan asas. Tujuannya adalah supaya harga bagi barang-barang
tersebut adalah rendah dan berpatutan. Ini membolehkan setiap anggota
masyarakat menikmati kehidupan sekurang-kurangnya pada tahap minima
(memiliki keperluan kehidupan dan keperluan asas). Dengan mengikuti corak
yang dicadangkan oleh Islam juga pengeluaran barang-barang kecekapan akan
berkembang di dalam masyarakat dan sebaliknya akan kurang barang mewah dan
terdapat barang mewah tertentu yang tidak akan ditawarkan.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/14
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

d) Kepada siapa hendak dikeluarakan


Corak yang dicadangkan oleh Islam tidak hanya menumpukan kepada permintaan
berkesan (permintaan yang disertakan dengan wang). Kebajikan masyarakat
sentiasa dipertimbangkan. Keadaan ini tidak akan menyebabkan ujud atau
meningkatnya inflasi dengan cepat. Pengamalan zakat dan lain-lain sistem yang
dicadangkan oleh Islam akan membantu memindahkan kuasa beli kepada yang
tidak berkemampuan. Ini secara tidak langsung boleh mambantu meningkatkan
pengeluaran kesan daripada peningkatan permintaan.

Pelaksana-pelaksana program pembangunan yang memenuhi sifat-sifat yang digariskan


oleh Islam amat perlu bagi mengelakkan penyimpangan daripada matlamat dan falsafah
pembangunan negara.

Perkara-perkara lain yang dicadangkan bagi membantu menyelesaikan masalah ekonomi


di Malaysia adalah seperti yang dicadangkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) pada 24 Julai 1998 serta pakar-pakar ekonomi adalah:

1) Menstabikan Ringgit

 Mengadakan satu regim kadar pertukaran

Ini membantu mengurangkan ‘volatility’ dan keadaan ini akan membenarkan ringgit
untuk bergerak dalam “band” kadar pertukaran yang boleh diawasi. Kerajaan
sepatutnya berusaha mengujudkan matawang yang sama di antara negara-negara
Islam.

 Mengurangkan amalan pergantungan kepada Us Dolar

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/15
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
Agar Malaysia lebih menggalakkan pengeksportan dalam matawang negara yang
mengimport serta turut mencadangkan bentuk perdagangan bercorak dagangan “ intra
and inter – Asean”. Usaha juga perlu kearah mewujud dan meningkatkan hubungan
dagangan di antara sesama negara Islam.

 Meningkatkan rezad luar negara sekurang-kurangnya bagi menampuing import


bagi tempoh lima bulan

Mencadangkan pihak syarikat atau individu menjual sebahagian aset luar negara bagi
mengawal pelaburan ke luar negara. Menggalakkan eksport, mengurangkan import
sebagai usaha memulihan imbangan bayaran.

2) Mengembalikan Keyakinan Pasaran

 Memperluas ketelusann dalam maklumat dan peraturan

Mengamalkann konsep membenarkan orang ramai tahu. Ini membantu proses


pembuatan keputusan pelaburan serta pasaran menjadi lebih baik.

 Mengariskan peraturan yang memberi panduan kapada pihk industri dan


syarikat

Bantuan yang dibagi kepada pihak swasta boleh diteruskan selagi ia tidak melanggar
mana-mana peraturan manakala bantuan oleh pihak kerajaan mesti melibatkan
kepentingan kepada negara, kepentingan kursus dan pemilikan ekuiti.

 Mempertingkatkan konsistensi dalam polisis kerajaan

Polisi yang mahu dilaksanankan perlulah mempunyai rundingan dengan pihak-pihak


yang terlibat, polisi ini mestilah sediakan untuk dilaksanakan serta diberikan
penjelasan dan penerangan mengenainya dengan lebih jelas.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/16
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

 Mempertingkatkan perhubungan awam

Negara perlu prihatian dalam memperbaiki imej negara di peringkat antaranbangsa


dan mencari kelemahan yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan luar
negara.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/17
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda kepada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada sebarang masalah yang timbul, sila berbincang dengan masalah anda.
Selamat mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya.

SOALAN 1

Huraikan bagaimana menangani masalah ekonomi yang dihadapi sekarang menurut


perspektif Islam.

SOALAN 2

Pada pandangan apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia serta


apakahmasalah yang timbul dari perlaksanaan sistem tersebut. Cadangkan langkah-
langkah untuk membaiki keadaan tersebut.

SOALAN 3

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/18
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN 1
1. Menstabilkan ringgit
Ringgit distabilkan dengan 4 cara :-
- Mengadakan satu regim kadar pertukaran di mana ia dapat membantu dalam
- menggerakkan ringgit dalam bond kadar pertukaran yang boleh di awasi.
- Mengurangkan amalan pergantungan kepada US dolar dengan mengadakan
penyelidikan untuk mencadangkan bentuk perdagangan bercorak dagangan intra &
inter Asean dan juga menggalakkan Malaysia mengeksport dalam matawang negara
yang mengimport.
- Meningkatkan rezab luarnegara sekurang-kurangnya bagi menampung import bagi
tempoh 5 bulan. Terdapat 2 cara untuk menyelesaikannya
1) Menjual sebahagian daripada aset luar negara dan membawa masuk dana.
2) Menggalakkan eksport, mengurangkan import seb agai usaha memulihkan
keadaan imbangan pembayaran bagi meningkatkan FDI.
- Mengamalkan polisi kadar faedah berimbangan.

2. Mengembalikan keyakinan pasaran


Terdapat 4 cara yang dicadangkan oleh MTEN
1) Memperluaskan ketelusan dalam maklumat dan peraturan dengan mengamalkan
konsep membenarkan SOT untuk memudahkan perbuatan keputusan

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/19
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
2) Menggariskan peraturan yang memberi panduan kepada pihak industri dan
syarikat untuk memberi bantuan kepada syarikat yang bermasalah dengan
membezakan ia kepada 2 :-
- pihak swasta dengan mengambil sebarang langkah selagi tidak melanggar
mana-mana peraturan.
- pihak kerajaan perlu memenuhi 3 kriteria yang penting iaitu :
- kepentingan kepada negara
- kepentingan khusus
- pemilikan ekuiti

3) Mempertingkatkan konsistensi dalam polisi kerajaan iaitu dengan mengadakan


rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat serta polisi yang dicadangkan
seharusnya sedia untuk dilaksanakan serta diberi penjelasan dan penerangan
mengenainya dengan lebih jelas.
4) Mempertingkatkan perhubungan awam iaitu dengan mengukuhkan fundamental
ekonomi, sektor kewangan , kestabilan dan komitmen dalam perlaksanaan
sesuatu pembaharuan.

3. Mengekalkan kestabilan pasaran kewangan iaitu dengan mengenalpasti institusi


kewangan yang mengalami kelemahan harus disusun dan dimodal semula. Langkah-
langkah berikut telah diambil iaitu:-
- mengalakan intergriti institusi perbankan dengan memberi galakan untuk bergabung
adalah antara langkah yang terbaik.
- Pembentukan agensi yang seiring dengan FDIC/RIC
- Permodalan semula sektor perbankan dengan mencadangkan pengeluaran bon jangka
pendek sebanyak RM 20 billion bagi menyokong ringgit dan mengembalikan
keyakinan sistem bank
- Mengawal perkembangan kredit secara menyeluruh
- Mempertingkatkan pasaran modal
- Membentuk Private Debt Securities (PDS)

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/20
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
4. Mengukuhkan fundamental ekonomi
- Meningkatkan kualiti pelaburan dengan mengurangkan defisit yang wujud dalam
imbangan pembayaran
- Memperbaiki imbangan pembayaran melalui akaun semasa menunjukkan kedudukan
ekonomi negara dan boleh mempengaruhi keyakinan pelabur.
- Apabila defisit dalam akaun semasa menampakan pergantungan kepada aliran masuk
modal asing, maka ini akan menyebabkan rasa kebimbangan kepada kestabilan dan
keutuhan ekonomi. Oleh itu tindakan ini akan diambil :-
- mengukuhkan ‘merchandise account’
- mengurangkan defisit akauan perkhidmatan
- mengurangkan ‘tranfer defisit’ – menggalakkan pekerja asing menyimpan dalam
KWSP
- Mengekalkan penggunaan polisi kewangan yang sesuai
- Mengekalkan kestabilan harga
- Meningkatkan persaingan buruh dengan memperkenalkan sistem upah yang lebih
fleksibel dan pengecualian cukai pendapatan kepada bonus yang kurang daripada 3
bulan.

5. Memulihkan semula sektor yang terjejas


- Industri berasaskan sumber dan komoditi utama dengan mengambil peluang daripada
kejatuhan ringgit untuk mempromosi output dan eksport.
- Industri pembuatan
- struktur latihan yang terbuka harus diberi kepada semua lapisan pekerja
(mempunyai kemahiran dalam teknologi komputer)
- Industri pembinaan
- menggalakkan pengambilan pekerja tempatan
- menggunakan alatan tempatan untuk mengelakkan daripada menggunakan alatan
daripada barat.
- penggunaan pada tahap guna tenaga penuh.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/21
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
6. Mengimbangi imbangan pembayaran
7. Mengelakkan riba
8. Menjalankan perniagaan secara Islam :
• Mudharabah
• Musyarakah
• Murabahah
• Bai’ bithaman
• Bai salam
• Al Wadiah
• Al Kafalah
• Al Wakalah
• Al Rahn
• Al Hiwakh
• Al Sarf
• Qardhul Hasan
• Al Ijarah

9. Mengeluarkan mengikut hirarki pengeluaran:

Keperluan Mewah

Keperluan Keselesaan

Keperluan Kecekapan

Keperluan Asas

Keperluan Kehidupan

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/22
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________

JAWAPAN 2
Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran dimana pihak persendirian dan
kerajaan bersama-sama membuat keputusan kepada masalah asas ekonomi. Persoalan
tentang apa, berapa, bagaimana barang yang dikeluarkan adalah bergantung kepada
mekanisme harga.

MASALAH
- Pertumbuhan ekonomi yang melampuai kadar potensi output
- Ketidakcekapan dalam ekonomi terutama dalam penggunaan sumber yang
pertumbuhannya didorongi oleh pengumpulan modal dan stok yang menggambarkan
penggunaan modal yang tidak cekap. Pelaburan turut banyak dilebihkan ke projek
yang berintensif modal dengan tempoh pembinaan yang panjang.
- Pengningkatan dalam kadar defisit negara.
- Arah aliran kredit yang besar kepada sektor bukan berbentuk perdangangan
terutamanya dalam pembelian stok atau saham telah meningkat antara tahun 1993 –
1997 dengan kadar purata 35% setahun.

PENYELESAIAN

- Apabila harga meningkat peniaga dilarang menaikan harga lagi – ini boleh
mengusutkan lagi suasana pasaran.
- Harga yang ditetapkan hendaklah dari persetujuan ramai.
- Penetapan harga yang mengikut suasan pasaran
- Pengawasan harga adalah perlu kepada had maksima – dapat menjaga maslahat orang
ramai.
- Kerajaan perlu melibatkan diri secara langsung – untuk menjaga kebajikan
masyarakat.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/23
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
- Pengeluaran mengikut hirarki – permintaan pengguna

JAWAPAN 3
Sebab-sebab kegawatan ekonomi
- Pertumbuhan ekonomi yang melampuai kadar potensi output.
- Ketidakcekapan dalam ekonomi terutama dalam penggunaan sumber yang
pertumbuhanya di dorongi oleh pengumpulan modal dan stok yang menggambarkan
penggunaan modal yang tidak cekap. Pelaburan turut banyak dilebihkan ke projek
yang berintensifkan modal yang besar dalam jangka masa yang panjang.
- Peningkatan kadar dalam defisit negara
- Arah aliran kredit yang besar kepada sektor bukan berbentuk perdagangan.
- Perancangan yang tidak menepati 3 syarat perancangan.
• taqwa
• merancang untuk masa depan
• bertaqwa dalam melaksanakan perancangan

- Tidak mengikut panduan membuat perancangan


• perancangan yang munasabah
• perancangan yang berkembang
• perancangan yang dapat menyelesaikan masalah
- Pemilihan matlamat yang salah tidak mengikut faktor pemilhan iaitu :
• Lebih manfaat
• Kurang mudarat
• Boleh menolak kerosakan
- Mengamalkan riba
- Tidak mengamalkan 13 jenis perniagaan dalam Islam:
• Mudharabah
• Musyarakah

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT14/24
PENILAIAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
______________________________________________________________________________________
• Murabahah
• Bai’ bithaman
• Bai salam
• Al Wadiah
• Al Kafalah
• Al Wakalah
• Al Rahn
• Al Hiwakh
• Al Sarf
• Qardhul Hasan
• Al Ijarah

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS

You might also like

  • Unit6 Edit
    Unit6 Edit
    Document7 pages
    Unit6 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit5 Edit
    Unit5 Edit
    Document14 pages
    Unit5 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (8)
  • Unit 12
    Unit 12
    Document15 pages
    Unit 12
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 9
    Unit 9
    Document24 pages
    Unit 9
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit2 Edit
    Unit2 Edit
    Document8 pages
    Unit2 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 8
    Unit 8
    Document27 pages
    Unit 8
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit 13
    Unit 13
    Document24 pages
    Unit 13
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 4
    Unit 4
    Document23 pages
    Unit 4
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 3
    Unit 3
    Document24 pages
    Unit 3
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 2
    Unit 2
    Document20 pages
    Unit 2
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 1
    Unit 1
    Document13 pages
    Unit 1
    DARK COMMERCE
    100% (2)
  • Unit 0
    Unit 0
    Document8 pages
    Unit 0
    DARK COMMERCE
    No ratings yet