• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN MEMASANG LITAR KAWALAN ELEKTRIK JUJUKANPERINGKAT NEGERI JOHOR
1.0PENGENALAN
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu pemangkin utamadalam usaha melahirkan sebuah Negara perindustrian menjelang tahun2020. Perkembangan ekonomi Negara akan bergantung kepada bidangteknologi yang berkait rapat dengan teknikal dan vokasional. Dalam era ini,segenap lapisan masyarakat perlu sedar dan mengikuti perkembangan dalambidang sains dan teknologi. Penjanaan teknologi tempatan dan penggunaansumber-sumber tempatan menjadi satu keperluan bagi memastikanpertumbuhan industri yang berterusan dan mampan seterusnya memastikannegara dapat berdaya saing dengan Negara yang lain.Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan pada tahun 1996 disekolah Menengah Harian dansekolah Menengah Berasrama Penuh serta SMK Agama. Ia merupakan nilaitambah yang diberikan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaranKejuruteraan kerana sebelum ini hanya Sekolah Menengah Teknik danVokasional sahaja yang yang menawarkan mata pelajaran tersebut. Sudahtentu pelaksanaannya ianya selari dengan Visi Negara dalam mencapaiNegara maju menjelang 2020.Pertandingan Teknologi Kejuruteraan (Ko-Akademik) ini n diyakiniianya dapat memartabatkan lagi mata pelajaran ini di mata masyarakat kearah meningkatkan daya pengeluaran melalui penglibatan pelajar secaraproduktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerjaselaras dengan tuntutan dasar Pembangunan Negara dan keperluan gunatenaga bagi memicu dan seterusnya merealisasikan wawasan 2020.Pertandingan ini adalah dibawah kelolaan Sektor Pengurusan Akademik Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
2.0MATLAMAT
Pertandingan Teknologi Kejuruteraan adalah sebagai aktiviti pengayaandiluar proses pembelajaran dan pengajaran atau dikenali sebagai aktiviti Ko-Akademik yang mensasarkan untuk meningkatkan tahap kebolehan dankemahiran sedia ada pelajar dan diterjemahkan melalui pertandingantersebut. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan dengan konsepKBKK, rekacipta serta proses penyelesaian masalah dengan menggabungkanaspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni untuk menghasilkan sesuatuciptaan yang seiring dalam sukatan pelajaran.
3.0RASIONAL
Pertandingan ini adalah bersifat pengukuhan dan perkembangan hasildaripada proses pembelajaran dalam bilik darjah atau di bengkel. Penyertaan
 
pelajar adalah sebagai satu pendedahan yang membawa maksudpenglibatan secara langsung dalam menguji sikap, kerjasama dalampasukan, keupayaan intelek dan menghadapi tekanan dalam menyelesaikanmasalah semasa pertandingan tersebut diadakan.
4.0OBJEKTIF
4.1Dapat membuka perspektif yang lebih luas berkaitan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dengan menekankan aspek kemahiranpraktikal.4.2Mencungkil daya kreatif, inovatif dan imaginasi pelajar yang dapatditerjemahkan daripada mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.4.3Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikanmasalah yang rumit.4.4Meningkatkan kesedaran, pengalaman, kemahiran (hands on) danpengetahuan untuk menghasilkan sesuatu ciptaan daripadapembelajaran Teknologi Kejuruteraan.4.5Memberi satu pengalaman (simulasi kerja sebenar) kepada pelajaragar mereka berjaya dalam satu pasukan dan diterapkan nilaitanggungjawab, bekerjasama dan bekerja keras untuk mencapaikejayaan.4.6Menarik minat masyarakat / pelajar terhadap bidang teknikal.4.7Melahirkan masyarakat yang seiring dengan kemajuan teknologi.4.8Meningkatkan pencapaian akademik pelajar terutama dari segi kualiti.
5.0SASARAN
5.1Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 atau 5 sekolah-sekolah yangmenawarkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.5.2Setiap daerah dikehendaki menghantar 1 pasukan yang terdiridaripada 2 peserta dan seorang guru pengiring.
6.0PELAKSANAAN KERJA
BILPERKARAJANUARIFEBRUARIMACAPRILMEI1.Mesyuarat AJK IndukPertandingan TeknologiKejuruteraan2.Mesyuarat PenghasilanKertas Konsep Pertandingan3.Mesyuarat Pemurnian KertasKonsep Pertandingan4.Mesyuarat / TaklimatPertandingan PeringkatDaerah5.Pemilihan Pelajar KePeringkat Daerah
 
6.Pertandingan PeringkatDaerah7.Pemilihan Pelajar KePeringkat Negeri8.Pertandingan PeringkatNegeri9.Mesyuarat Post Mortem
7.0BUTIRAN PERTANDINGAN
7.1Tempat Pertandingan7.1.1SMK Penggawa Barat Pontian7.1.2SMK Dato’ Ali Hj Ahmad, Pontian7.1.3SMK Kukup, Pontian7.2Masa Pertandingan9:00 – 11:30 pagi
8.0ATURCARA PERTANDINGAN
8:00 pagi: Pendaftaran peserta8:30 pagi: Taklimat dari ketua Hakim kepada semua peserta9:00 pagi: Pertandingan memasang Litar Kawalan Elektrik Jujukan(Motor)11:30 pagi: Proses pengadilan dan demontrasi daripada peserta12:30 pagi: Keputusan pertandingan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...