KERTAS KONSEP KARNIVAL PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALNEGERI JOHOR TAHUN 2009.MATA PELAJARAN : MPV SENI REKA TANDA
PENDAHULUAN
Jabatan pelajaran Negeri Johor akan mengadakan Karnival Pendidikan Teknik & VokasionalPeringkat Negeri Johor pada 24 dan 25 April 2009 di daerah Pontian. Karnival ini diadakandengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah Negeri Johor. Acara tahunan ini akandisertai oleh sekolah-sekolah yang terlibat dengan Mata Pelajaran Vokasional Seni RekaTanda. Bertemakan
‘Pendidikan Teknik dan Vokasional Meneraju Potensi IndividuBerkualiti’
melalui pertandingan reka bentuk cetakan t-shirt.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam bidang usaha pembuatan (pengiklanan) disamping membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran supaya pelajar berkeyakinan menceburi bidang kerjaya atau melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikanyang lebih tinggi.
OBJEKTIF
1.Memupuk minat, mencungkil bakat dan kreativiti pelajar.2.Mempertingkatkan semangat kerjasama, kebertanggungjawaban kumpulan masing-masing untuk menjalankan aktiviti ke arah kejayaan bersama dalam menyelesaikanmasalah yang diberikan.
3.
Melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, mereka bentuk, membina danmerealisasikan pengetahuan pelajar dalam bidang pengiklanan.
TEMA PERTANDINGAN
Menghasilkan Reka Bentuk Cetakan T’ shirt berinspirasikan MPV Seni Reka Tanda.
TARIKH
24 hingga 25 April 2009
TEMPAT
SMK Penggawa Barat, PontianSMk Dato’ Ali Hj. Ahmad, PontianSMK Sri Kukup, Pontian
Leave a Comment