You are on page 1of 11

PERANG BADAR

Badar merupakan sebuah kawasan mata air. Di sana, berlakunya perang pertama yang disertai Rasulullah SAW. Dikatakan, Perang Badar merupakan perang yang singkat; hanya 2 jam. Dua tahun sebelum berlakunya Perang Badar, berlakunya perubahan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Kaabah di Mekah. Saat itu, tahulah Rasulullah akan berlakunya pertempuran antara umat Islam dengan penduduk Mekah. Oleh itu, Rasulullah mengambil beberapa tindakan sebagai persediaan

menghadapi jihad ini. Antaranya: 1. Rasulullah mengira bilangan penduduk Madinah yang boleh membaca, mengira dan berperang. Langkah ini penting bagi mengetahui kekuatan dan sumber manusia yang ada. 2. Rasulullah mengadakan operasi perisikan dengan menghantar kumpulankumpulan kecil untuk meninjau dan mendapatkan maklumat ke seluruh semenanjung Arab terutamanya jalan antara Mekah dan Madinah. 3. Rasulullah menghantar beberapa sariyah(komepeni) sebagai latihan perang keluar Madinah. Sariyah ialah sebuah kumpulan ketenteraan yang terdiri daripada 10-20 orang sahabat. Tujuannya ialah meronda jalan-jalan sekitar Mekah-Madinah, seterusnya mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabilah yang mendiami kawasan tersebut. Tindakan ini akan memperlihatkan kepada Arab-Arab Badwi bahawa kaum muslim kaum yang gagah, seterusnya meyakinkan Quraisy betapa buruk padahnya jika bertindak melulu kepada umat Islam. Suatu hari, maklumat yang dihantar operasi risikan ini melaporkan satu kafilah dagangan Abu Sufyan dalam perjalanan dari Syam ke Mekah. Kafilah ini membawa barang dagangan sebanyak 100 ekor unta dan 50 ribu dinar emas. Semua ini merupakan hasil dagangan barang-barang kaum Muhajirin yang ditinggalkan di Mekah ketika berhijrah.

Inilah peluang keemasan yang harus diambil kesempatan untuk tentera Madinah, dan pukulan tepat pada sasaran ketenteraan, politik dan ekonomi terhadap musyrikin sekiranya semua harta ini dapat dirampas dari tangan mereka. Dengan itu Rasulullah mengisytiharkan kepada kaum muslimin dengan sabdanya yang bermaksud: Ini dia kafilah Quraisy yang penuh dengan harta mereka, ayuh keluarlah kamu semoga Allah menjadikannya sebagai harta rampasan untuk kamu.

Abu Sufyan turut berjaga-jaga ketika melalui jalan antara Mekah-Madinah dengan menghantar beberapa orang meninjau jalan perdagangan yang dilaluinya. Apabila mengetahui bahawa Rasulullah menghatar beratus-ratus orang untuk merampas harta dagangan, Abu Sufyan mengutuskan Amr bin Dhamdham untuk memberitahu penduduk Mekah.

Apabila tiba di Mekah, Amr bin Dhamdham memotong telinga dan hidung untanya dan membuka bajunya sambil berteriak: Kalian Quraisy, celaka dan celaka harta kamu bersama Abu Sufian itu, telah dihalang oleh Muhammad dan sahabat-sahabatnya, aku tak nampak kamu berkesempatan dengannya, tolong tolonglah !!!

Apabila mengetahui berita ini, Abu Jahal langsung membentuk tentera bagi menyerang umat Islam. Setelah sumbangan dikumpulkan dan orang dihimpunkan, Abu Jahal berjaya membentuk tentera dengan kekuatan 950 orang, 100 penunggang kuda dan beberapa ratus unta. Kekuatan yang sangat besar untuk menghadapi umat Islam yang keluar hanya untuk merampas barang dagangan dan bukan berperang. Umat Islam yang keluar ketika itu hanya berjumlah 313 orang , 2 ekor kuda yang ditunggangi oleh Zubair bin Awwam dan Ali bin Abi Talib serta beberapa puluh ekor unta.

Sebelum tentera Islam sempat memintas Abu Sufyan, dia berjaya lari ke barat melalui kawasan pesisiran pantai dan akhirnya selamat sampai ke Mekah. Ketika itu, tentera Mekah telahpun tiba di Jahra. Di sana mereka telah menerima berita dari Abu Sufyan yang menyebut: Sebenarnya kamu keluar

ini untuk menyelamatkan kabilah kamu, orang-orang kamu dan harta kamu, tetapi kini kita telah diselamatkan Tuhan jadi kalian bolehlah pulang. Lalu timbullah suara dikalangan tentera Mekah untuk berpatah balik. Namun, Abu Jahal dengan tegas mahu menghapuskan tentera Islam seraya berkata: Demi Tuhan, kita tidak akan pulang kecuali setelah kita sampai ke Badar, di sana kita akan berkhemah tiga malam, kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-puasnya, minum arak, dan kita berhibur dengan artis-artis penyanyi, sehingga dengan itu kita akan di dengar oleh bangsa Arab tentang pergerakan dan perhimpunan kita, seterusnya mereka akan gerun dengan sikap kita itu untuk selama-lamanya. Apabila mendapat tahu kedatangan tentera Quraisy ini, Rasulullah pun meminta pandangan para sahabat, khususnya kaum Ansar. Dalam Baiah Aqabah, kaum Ansar telah berjanji akan melindungi Rasulullah seperti mereka melindungi isteri dan anak-anak mereka di dalam Madinah. Oleh itu, Rasulullah ingin mengetahui pendirian mereka ketika di luar Madinah. Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab sendiri pun berucap dan menegaskan pendapat mereka untuk memerangi Quraisy, disusuli dengan alMiqdad bin Amru. Namun Rasulullah masih lagi bertanya tentang pendapat para sahabat. Wahai kalian berilah pandangan kamu. Saad bin Muaz segera menangkapi maksud Rasulullah itu dan terus beliau berkata: Demi Allah, bagaikan tuan hamba memaksudkan kami? Jawab Rasulullah: Bahkan. Saad terus dengan ucapannya: Sebenarnya kami telah pun beriman dengan dikau ya Rasulullah, kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa apa yang kau bawa itu adalah benar, telahpun kami beri janji-janji dan kepercayaan kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi Tuhan yang mengutuskan tuan hamba dengan kebenaran, seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi, tak seorang pun akan berkecuali, kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui

seteru pada esok hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam peperangan, penuh kepercayaan untuk bertarung dan berhadapan dengan musuh, semoga Allah memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata yang melihat, ayuh bawalah kami ke hadapan penuh keberkatan dari Allah SWT. Rasulullah terharu dengan kata-kata Saad itu dan terasa segar dan bertenaga, kemudian bersabda yang bermaksud: Ayuh bergeraklah dan bergembiralah dengan berita baik, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan daku salah satu dari dua kelompok itu, demi Allah sekarang bagaikan daku sedang menyaksikan kemusnahan kaum Musyrikin. Lalu bermulanya Perang Badar dengan perlawanan satu lawan satu sebagai penyala api peperangan. Maka keluarlah tiga hulubalang terbaik Quraisy dari keluarga yang sama iaitu: Utbah bin Rabiah, saudaranya Syaibah bin Rabiah serta Alwalid bin Utbah. Dari kalangan tentera Islam pula keluar tiga orang kaum Ansar. Lalu tentera Quraisy bertanya: Siapa kamu? Jawab mereka: Kami adalah lelaki Ansar. Kata Quraisy: Berpadanan dan setimpal, tapi kami tidak mahu kamu, yang kami hendak ialah anak bapa saudara kami, dan mereka melaung; Wahai Muhammad kemukakan kepada kami yang setimpal dari kaum keluarga kami!. Lalu keluarlah tiga orang dari keluarga Rasulullah iaitu Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abdul Mutalib dan Ubaidah bin Al-Harith bin Abdul Mutalib. Sengit. Namun Hamzah berjaya membunuh Syaibah dan Ali pula berjaya membunuh Alwalid. Utbah pula berjaya memenggal kaki Ubaidah. Lalu Hamzah dan Ali mara lantas membunuh Utbah. Tentera Quraisy kehilangan tiga tenaga utama dan pilihan wira penunggang kuda, malah ketiga-tiga mereka adalah di antara pemimpin Quraisy, dengan itu mereka naik berang, lantas mereka meluru ke arah tentera Islam. Saat itu berlakulah pelanggaran antara tentera umat Islam dan tentera Quraisy.

Dahsyat sekali. Umat Islam yang sedikit jumlahnya dibantu oleh tenteratentera langit. AAdapun kaum muslimin selepas bermunajat memohon pertolongan dari Tuhan mereka, dengan hati ikhlas berjuang kerana Allah, mereka terus berada di tempat mereka mempertahan serangan Musyrikin, mereka tidak lebih dari bertindak mempertahankan diri, namun mereka berjaya,

menyebabkan pihak musyrikin menerima kerugian yang parah, sambil melaung: Ahad, Ahad. PERANG UHUD Penduduk Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar. Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka berundinglah semua pembesar Quraisy untuk mendapatkan keputusan ini. Diputuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.

Kerana Abu Jahal sudah meninggal, maka Abu Sufianlah yang diangkat menjadi Panglima Perang, yang akan memimpin tentera tiga ribu orang jumlahnya. Di antara ketua pasukan mereka yang ternama ialah Safwan, anak dari Umaiyah bin Khalaf yang telah menyeksa Bilal, dan 'Ikrirnah anak Abu Jahal. Selain itu, ikut serta pula memimpin tentera, seorang yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid. Kaum perempuan dengan dikepalai oleh Hindun (isteri Abu Sufian), dikerahkan untuk menghibur dan menguatkan semangat perang bagi tentera yang ramai itu, mereka turut ke medan perang memukul genderang.

Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.

Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana ternyata kepada mereka pendirian Nabi semulalah yang benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."

Tentera Islam hanya berjumlah seribu orang. Semuanya berjalan kaki, hanya dua orang saja berkuda. Ramai pula di antara mereka itu orang tua dan anak anak yang di bawah umur.

Sebelum matahari terbenam, mereka bertolak menuju ke bukit Uhud. Sesampainya di pinggir kota Madinah, tiba tiba enam ratus orang Yahudi, kawan kawan dari Abdullah bin Ubay, menyatakan hendak turut bertempur bersama sama dengan Nabi. Tapi Nabi sudah tahu akan maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya tawaran itu dengan berkata: "Cukup banyak pertolongan dari Tuhan."

Kerana penolakan ini, Abdullah bin Ubay malu, marah, lalu berusaha menakutkan kaum Muslimin, agar mereka jangan turut berperang; tiga ratus orang kaum Muslimin dapat dihasut, sehingga kembali pulang ke Madinah; mereka inilah yang dinamakan kaum Munafik. Maka tinggallah Nabi dengan tujuh ratus orang tentera saja menghadapi musuh yang jumlahnya empat kali ganda itu.

Tanpa diketahui musuh, sampailah kaum Muslimin di bukit Uhud di waktu dinihari. Segera Nabi mengatur siasat perang. Bukit itu digunakan sebagai pelindung dari belakang, sedang dari sebelah kiri, dilindungi oleh bukit Ainain. Lima puluh orang diserahkan Nabi menjaga celah bukit dari belakang dikepalai oleh Ibnuz-Zubair, dengan perintah bahawa mereka tidak boleh meninggalkan tempat itu, sekalipun apa juga yang akan terjadi.

Tiba tiba kedengaranlah sorak gemuruh musuh dari bawah lembah. Mereka sudah melihat akan tentera Islam. Segera mereka bergerak maju, menyerang

dengan formasi berbentuk bulan sabit, dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid sayap kanannya dan Ikrimah bin Abu Jahal sayap kirinya.

Seorang musuh berunta maju sampai tiga kali menentang tentera Islam. Pada kali ketiga, maka melompatlah Zubair sebagai harimau ke punggung unta itu. Musuh tadi dibantingkannya ke tanah, lalu dibedah dadanya oleh Zubair dengan pisau. Abu Dujanah setelah meminjam pedang Nabi sendiri, lalu menyerbu ke tengah tengah musuh yang ramai itu. Pertempuran hebat segera berkobar dengan dahsyat.

Arta pemegang panji panji musuh, gugur oleh Hamzah. Sibak yang menggantikan Arta segera berhadapan dengan Zubair. Setelah Sibak tewas menyusul Jubair bin Mut'im menghadapi Hamzah, untuk membalas dendam kerana Hamzah telah dapat menewaskan pamannya di medan perang Badar. Jubair takut berhadapan dengan Hamzah. Hanya diperintahkan hambanya Wahsyi, bangsa Habsyi, dengan perjanjian apabila budak ini dapat menewaskan Hamzah dia akan dimerdekakan.

Dengan menyeludup di balik belukar dari belakang Hamzah, dengan memgunakan tombak, Hamzah dapat ditikamnya sehingga syahid di saat itu juga.

Hamzah adalah pemegang panji panji Islam di kala syahidnya itu. Panji panji itu segera diambil oleh Mus'ab bin 'Umair. la ini pun tewas di hadapan Nabi sendiri. Ali tampil menggantikannya. Sebagai kilat Ali dapat menetak leher musuhnya yang memegang panji panji itu. Pergolakan hebat berkisar di sekitar panji panji musuh yang sudah rebah ke tanah. Berpuluh puluh musuh tewas di sekitar panji panji itu, bersama dengan panji panjinya. Barisan musuh mulai kucar kacir.

Melihat musuh lari tunggang langgang, tentera yang lima puluh orang yang diserahi menjaga celah bukit itu, lupa kepada kewajibannya. Mereka turut mengejar musuh yang lari meninggalkan tempat pertahanan mereka, kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Dengan suara yang keras sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tapi tidak diacuhkannya samasekali.

Melihat tempat pertahanan yang stratejis itu telah kosong tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu, segera mengarah ke tempat pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak oleh kuda kenderaan Khalid sendiri. Panji panji Quraisy yang sudah rubuh itu berkibar kembali dipegang oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah binti 'Alkamah namanya.

Tentera Islam menjadi kacau bilau. Sebahagian telah lari pulang ke Madinah, Usman bin 'Affan sendiri terbawa juga. Para sahabat bergelimpangan ke bumi menemui ajalnya. Anak panah dan batu tidak putus putus menghujani tentera Islam yang berkumpul di sekitar Nabi; tiba tiba Nabi dilontar oleh batu, sehingga luka parah dan patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun patah pula.

Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga hilang dari pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan, bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan Nabi dari dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah tengah musuh sebagai singa yang lapar layaknya. Maka tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk menangkis segala serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan keletihan, dia pun meninggal. Seorang perempuan Ansar melihat Nabi tinggal seorang diri, lalu menyerbu ke muka menikam setiap musuh yang menuju ke arah Nabi, sehingga perempuan itu pun tewas pula. Perempuan itu Ummu 'Umarah namanya.

Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu, segera menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar bukan main terperanjatnya, sehingga semangat pertempurannya menjadi tergoda kerananya. Melihat itu Anas bin Nadhir berkata kepada mereka:

"Kenapa kamu kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini bagimu? Ayuh! Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula sebagai Nabi sendiri!"

Sebagai teladan, dia segera melompat menerkam musuh. Dia rebah penuh dengan luka-luka sehingga tidak dapat dikenal lagi rupanya. Badan, muka dan jari jarinya putus kena pedang musuh. Hanya saudara perempuannya saja yang dapat mengenal dia dalam keadaan yang demikian itu. Ali, Umar dan Abu Bakar menyusul berjuang mati matian menetak musuh dengan pedangnya. Semangat tentera Islam hidup kembali.

Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup segar bugar, malah beliau pun sedang berjuang mati matian. Dari segala penjuru, tentera Islam menyerbu menyusur ke tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas dari bahaya besar. Mereka lalu merebut kembali celah bukit yang stratejis dikuasai musuh itu. Dengan direbutnya tempat itu, musuh dikepung ditengah tengah. Perlawanan musuh dapat dipatahkan dan akhirnya lari menyusup dilereng bukit Uhud, dimana terjadi pertempuran maju mundur beberapa hari lamanya. Kerana sudah keletihan dan banyak korban, mereka lalu pulang ke Makkah kembali.

Dalam pertempuran itu, ummat Islam menderita kerugian yang lebih besar, tujuh puluh orang tewas. Sedang di pihak musuh hanya dua puluh tiga orang saja yang tewas. Sungguh mahal harganya strateji yang ditetapkan Nabi kerana dengan melengahkan strateji itu dan harus membayar dengan tujuh puluh orang korban dan Nabi sendiri pun dapat luka dan hampir saja menjadi korban.

Kerugian besar itu menimbulkan keinsafan yang lebih dalam kepada tentera Islam, keinsafan bahawa perintah Nabi jangan sampai dilanggar dan diabaikan. Dengan keinsafan inilah mereka meneruskan perang mereka di hari hari yang berikutnya, sehingga mendapat kemenangan yang gilang gemilang.

PERANG HUNAIN

Setelah pembebasan kota Mekah sebuah berita sampai kepada Nabi saw. bahwa kabilah Hawazin dan Tsaqif telah berkumpul di lembah Hunain untuk memerangi kaum Muslimin. Nabi lalu memerintahkan pasukannya untuk

bersiap-siap menghadapi mereka pada bulan Syawal tahun 8 H. Jumlah pasukan Muslimin sebanyak dua belas ribu orang tentara, setelah mendapat tambahan dari penduduk Mekah yang bergabung. Selanjutnya, pasukan itu bertolak menuju lembah Hunain. Sesampainya di sana mereka dikejutkan oleh pasukan Hawazin dan Tsaqif yang berada di lembahlembah dan gunung-gunung. Hampir saja mereka dapat mengalahkan pasukan Muslimin. Sebagian pasukan Muslimin lari karena keterkejutan itu. Hanya sedikit, sekitar sepuluh orang saja, yang menetap bersama Nabi. Dengan suara tinggi Nabi berseru kepada kaum Muslimin, Aku Nabi, bukan kebohongan, aku putra Abdul Muthallib. Melihat keteguhan dan keberanian Nabi, kaum Muslimin kembali menyatu di belakang Nabi. Mereka kemudian melancarkan serangan dahsyat dan berakhir dengan kemenangan. Berhasil membunuh tentara musuh dalam jumlah besar, menawan sekitar enam ribu orang, dan mendapatkan banyak harta rampasan. Perlu kita catat bahwa sebab kekalahan yang hampir menimpa kaum Muslimin adalah kesilauan mereka terhadap jumlah mereka yang banyak. Mereka mengatakan, Pada hari ini kita tidak mungkin dikalahkan oleh pasukan yang sedikit. Maka Allah hendak memberikan pelajaran kepada mereka bahwa jumlah yang banyak saja belum cukup, tetapi harus ada pertolongan Allah. Diriwayatkan oleh Sa'id bin Janadah ra, ia berkata, "Tatkala Rasulullah saw serta para sahabat kembali dari peperangan Hunain, kami singgah di satu padang tandus." Lalu Nabi saw berkata, "Kumpulkanlah oleh kalian apa saja. Barangsiapa di antara kalian mendapatkan sesuatu,

bawalah kemari. Barangsiapa menemukan tulang atau gigi, bawalah kemari." Said melanjutkan, "Dalam watu sekejap kami telah berhasil mengumpulkan setumpukan besar benda-benda.

Kemudian Nabi saw bersabda, "Tidaklah kalian lihat bendabenda ini? Begitu juga halnya dosa-dosa yang berkumpul pada salah seorang kalian. Seperti apa yang telah kalian kumpulkan ini. Karena itu, hendaklah orang takut kepada Allah, janganlah ia berbuat dosa, baik dosa kecil maupun dosa besar, karena semuanya akan dihitung!"

You might also like