You are on page 1of 13

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Isi Kandungan Bil 1 2 3 4 5 6 Tajuk Kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 1.Maklumat Asas Produk Tempatan -Kek -Kategori makanan -Nama pengusaha/syarikat/status hakmilik -Lokasi 2.Latar Belakang -Sejarah kewujudan -Punca dan jumlah modal (persendirian/perkongsian/bantuan/pinjaman) -Tujuan/kepentingan produk -Keistimewaan/kelebihan/keunikan produk 3.Kaedah/Cara Penghasilan -Tenaga kerja -Senarai bahan -Senarai peralatan -Spesifikasi produk(timbangan/sukatan/ukuran) 4.Perkembangan Produk -Kemajuan yang dicapai(kapasiti pengeluaran/kakitangan/tekonologi/keuntungan) -Cabaran dan masalah yang dihadapi -Potensi produk -Perancangan masa hadapan Aspek Halaman

7 8 9

Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Mustamam Bin Dolah dan Puan Esah Binti Jantan kerana memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada saya.Mereka sanggup meluangkan masa untuk menghantarkan saya ke tempat kajian untuk mendapatkan sumber.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Ruhaya Binti Ismail kerana memberi tunjuk ajar serta panduan dalam menjalankan kajian ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya iaitu Muhammad Abqori Bin Azmi,Muhammad Arif Luqman Bin Mohmad Ali,Ahmad Faiz Bin Muhammad Azhar,Muhammad Denial Bin Khairul Hizam dan Muhammad Saiful Husaini Bin Syafie.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengusaha kek,Puan Juliah Binti Mohamat kerana memberi kerjasama yang baik kepada saya sepanjang lawatan tempat kajian dan sesi temu ramah.

Objektif Kajian Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui tentang cara penghasilan sesuatu produk.Produk ini iaitu kek telah melalui beberapa prosedur untuk menjadi suatu produk yang lebih baik.

Selain itu,kajian ini dapat meningkatkan semangat memajukan negara terutamanya dalam penghasilan produk tempatan yang dapat bersaing di pasaran luar.Hal ini menyuntik semangat yang baru ke dalam diri saya.

Seterusnya,saya dapat mengetahui kelebihan dan keistimewaan sesuatu produk tempatan iaitu kualiti kek yang dihasilkan oleh pengusaha produk sambutan di pasaran. sehingga mendapat

Di samping itu, saya juga dapat mengetahui cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha produk.Pengusaha produk menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan kualiti produk boleh memenuhi kehendak pelanggan.

Akhir sekali,kajian ini juga dapat melahirkan masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif.Hal ini dapat dilihat daripada pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia mampu memajukan industri penghasilan produk berasaskan makanan.

KAEDAH KAJIAN 1.Melayari internet Saya telah melayari internet di laman web www.ladanishbakery.blogspot.com/2010/07/apaitu-kek.html bagi mencari bahan tambahan kerja kursus berkaitan produk makanan tempatan iaitu kek. 2.Lawatan ke Tempat Kajian Bagi mendapatkan maklumat secara jelas,saya dan kawan-kawan telah melawat tempat kajian iaitu di Anisss Bakery Home Made Cake, -----------Alamat----------------------------.Pelbagai maklumat yang saya peroleh. 3.Temu ramah Selain itu,saya telah berkesempatan untuk menemu ramah orang sumber iaitu Puan Juliah binti Mohamat.Saya telah memperoleh info-info yang penting. 4.Analisis bahan Di samping itu,saya telah menganalisi bahan iaitu majalah wanita untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kek.

HASIL KAJIAN 1.Maklumat Asas Produk Tempatan I. Nama produk Produk tempatan yang telah kami pilih sebagai bahan kajian iaitu kek.Pengusaha menghasilkan pelbagai jenis kek seperti kek fondant,kek

kontinetal,kek perkahwinan dan lain-lain.

II.

Kategori Produk tempatan iaitu kek dikategorikan sebagai makanan.

III.

Nama pengusaha/syarikat/status hakmilik Produk tempatan iaitu kek ini telah diusahakan oleh Puan Juliah Binti Mohamat.Beliau telah menubuhkan Aniss Bakery Home Made Cake di bawah syarikatnya iaitu Aniss Gemilang Enterprise.Puan Juliah merupakan pemilik tunggal syarikat ini.

IV.

Lokasi Saya telah melakukan kajian di No --------------------------------------------.Lokasinya yang terletak kira-kira - kilometer dari Bandar Melaka dan mengambil -minit untuk tiba di sana.

2.Latar Belakang I. Sejarah kewujudan Aniss Bakery Home Made Cake telah memulakan operasinya secara rasmi pada 16 Februari 2004.Ia telah memulakan operasi secara kecil-kecilan dan sehingga kini telah mempunyai bengkel pengeluaran kek dan muffin. Puan Juliah yang mempunyai 8 tahun pengalaman dalam bidang kulinari ini telah mengikuti beberapa kursus untuk menambahkan ilmu kulinarinya.

II.

Punca dan jumlah modal Puan Juliah telah mengusahakan syarikat ini dengan menggunakan wang simpanan yang

telah disimpannya. Pada permulaannya, beliau menggunakan RM 5000 untuk membeli peralatan asas untuk membuat kek.

III.

Tujuan/Kepentingan produk

Produk yang dihasilkan oleh Puan Juliah iaitu kek dapat menambah pendapatan beliau yang bekerja sebagai pensyarah.Selain itu,beliau juga ingin menghasilkan kek yang mendapat sentuhan yang lain daripada yang lain.

IV.

Keistimewaan produk Kek merupakan sejenis makanan yang disukai oleh setiap lapisan masyarakat.Puan

Juliah amat menjaga kualiti kek dengan membeli bahan mentah yang segar dari pembekal.Selain itu,kebanyakkan kek yang dijual di pasaran mengandungi kandungan gula yang tinggi.Namun tidak pada produk Puan Juliah kerana beliau berusaha untuk meminimakan penggunaan gula dalam produknya.

3. Cara Penghasilan I. Tenaga Kerja Puan Juliah mengusahakan perusahaan ini bersama ahli keluarganya.Beliau tidak mempunyai pekerja yang tetap.Beliau hanya menggunakan pekerja luar apabila beliau menerima jumlah tempahan yang banyak yang memerlukan tenaga kerja yang ramai terutamanya pada waktu cuti sekolah.

II.

Senarai bahan Bahan yang digunakan oleh Puan Juliah adalah berbeza mengikut tempahan pelanggan.Dalam kebanyakkan kek yang dihasilkan olehnya menggunakan

gula,mentega,cream whip,jem pelbagai perisa,telur dan lain-lain.

III.

Senarai peralatan Dalam usaha untuk menghasilkan kek yang berkualiti,Puan Juliah menggunakan peralatan moden seperti ketuhar,pemutar,mesin pengadun dan lain-lain.Selain itu,beliau juga menggunakan alat-alat yang lain seperti bag piping,acuan aising berlainan saiz,alat penimbang dan lain-lain.

IV.

Langkah-langkah kawalan mutu Dalam memastikan pelanggan mendapat produk yang berkualiti, Puan Juliah sentiasa memilih barang mentah yang berkualiti.Selain itu,beliau menyediakan kek tepat pada waktunya supaya kek itu berada dalam keadaan yang baik kepada pelanggannya.Beliau yang mengamalkan jenis perniagaan dari rumah amat menitikberatkan kualiti kek buatannya agar para pelanggan yakin dengan kebolehannya.

4.Perkembangan produk I. Kemajuan yang dicapai Pelbagai kemajuan yang telah dikecapi oleh Aniss Bakery Home Made Cake.Dari segi jumlah pengeluarannya, ia bertambah dari tahun ke tahun.Hal ini kerana usaha yang dilakukan oleh Puan Juliah untuk mempromosikan jenamanya di pasaran. Dari segi peralatan,Puan Juliah telah membeli beberapa buah ketuhar yang bersaiz besar untuk mempercepatkan masa untuk membakar kek itu.Selain itu,beliau juga telah membeli beberapa buah mesin pengadun kek untuk memudahkan kerjanya di bengkel memasak. Keuntungan yang diperolehi oleh Puan Juliah juga meningkat berikutan jumlah pengeluarannya meningkat setiap tahun.Penambahan peralatan di bengkel membantu untuk menambahkan jumlah keuntungan yang diperoleh.

II.

Sambutan daripada para pengguna

Atas usaha yang dilakukan oleh Puan Juliah sendiri,kini Aniss Bakery Home Made Cake ini kian dikenali di pasaran tempatan.Jumlah tempahan yang diterima olehnya semakin meningkat.Kebanyakkan pelanggan melahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti kek yang dihasilkan oleh Puan Juliah Sifat Puan Juliah yang peramah dan mudah mesra dengan pelanggan menyebabkan para pelanggan selesa untuk menempah kek mengikut citarasa mereka sendiri.Ini merupakan satu kelebihan kepada perusahaannya.

III.

Potensi produk

Pada pandangan saya,produk ini mempunyai potensi yang boleh diketengahkan kerana ia mempunyai rasa yang enak dan lazat.Selain itu,kualitinya yang amat baik juga menunjukkan Puan Juliah seorang yang amat mementingkan kualiti keknya. Usaha yang dilakukan oleh Puan Juliah menunjukkan komitmennya untuk

menngetengahkan produknya ke peringkat yang lebih tinggi.Beliau berusaha untuk menambahkan ilmu kulinarinya dengan menghadiri kursus-kursus kulinari di luar.

IV.

Perancangan masa hadapan

Puan Juliah mempunyai cita-cita untuk mempunyai sebuah kedai kek dan membuka beberapa buah cawangan di negeri-negeri lain.Selain itu,beliau juga ingin menambahbaik kualiti keknya dengan merasa kualiti kek masih berada pada tahap yang sederhana. Disamping itu, beliau ingin mempelbagaikan jenis produknya kerana beliau tidak mahu bergantung kepada sahaja.

Rumusan Sepanjang saya melaksanakan kajian ini,saya dapat merumuskan bahawa pengusaha produk iaitu Puan Juliah merupakan seorang yang amat berdaya saing.Hal ini kerana beliau semasa menjaga kualiti kek agar dapat bersaing denga produk luar.Seterusnya,kajian ini juga dapat memupuk sikap kerjasama antara saya dan rakan-rakan.Kami saling tolong-menolong untuk melaksanakan projek ini.Selain itu,saya juga mendapati bahawa Puan Juliah seorang yang kreatif dan inovatif.Beliau sering mempelbagaikan jenis dan hiasan pada kek.Di samping itu,saya juga terbabit dalam pembangunan ekonomi negara dengan membeli baranagan buatan tempatan.Akhir sekali,sikap berdikari yang diamalkan oleh Puan Juliah telah mendorong saya untuk melakukan kerja tanpa bantuan orang luar.

You might also like