• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/1
4
Un
UNJURAN ORTOGRAFIK 
OBJEKTIF AM
Memahami konsep asas unjuran ortografik dan melukis jenis-jenis pandangan dan jenis-jenis unjuran ortografik.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Menerangkan konsep unjuran ortografik.
Membina pandangan pelan, pandangan hadapandan pandangan sisi dalam unjuran ortografik.
Melukis jenis – jenis pandangan unjuran ortografikdalam unjuran sudut pertama dan unjuran sudutketiga.
Melukis dimensi piawai pada unjuran ortografik.
Menerangkan perhubungan antara dimensi lukisandengan dimensi kerja.
INPUT
Semua rajah dalam bab ini dipeti dari buku :i.Latihan dalam lukisan teknik untuk SAP(Reginald Buss)ii.Lukisan Kejuruteraan untuk Tingkatan 4 & 5(Dewan Bahasa dan Pustaka )iii.Lukisan Kejuruteraan ( ABD. SAMAD HANIF )iv.Lukisan Kejuruteraan ( Tingkatan 4 dan 5 DBP)v.Lukisan Geometri ( MD. NASIR ABDMANAN )
 
UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/
4.0 PENGENALAN
Lukisan Unjuran ortografik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensikerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensiukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografikbagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arahpandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataanyang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itudiperolehi.Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurusdari sesuatu arah pandangan.Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-i.Prinsip unjuran berpusat seperti dalam rajah 4.1.ii.Prinsip unjuran selari seperti dalam rajah 4.2.
Rajah 4.1 Prinsip unjuran berpusat
2
 
UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/
Rajah 4.2 Prinsip unjuran selari
4.1 KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK
Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :
i.Si pemandang ( arah pandangan )
Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandanganortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisanunjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objekberkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuranhadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 4.3.
Rajah 4.3 Pandangan hadapan
Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...