You are on page 1of 11

KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH

TAJUK:POWER TRANSMISSION SYSTEM NAMA PELAJAR:MUHAMMAD SHAZWAN ZAFRAN BIN ABDUL KHAI NAMA KURSUS:TEKNOLOGI ELETRIK SEMESTER:SATU TARIKH HANTAR: NAMA PENSYARAH:PUAN NORBAINI NGADENAN

PENDAHULUAN
Merupakan proses penyebaran tenaga elektrik yang bermula dari janakuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi.Sesebuah stesen janakuasa elektrik akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janaan ini ditingkatkan dengan menggunakan penggubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV. Tujuan meninggikan voltan janaan adalah ; a) Untuk mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun telah berlaku susut voltan yang banyak . b) Untuk mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kecil).

Tenaga elektrik dibawa secara pukal melalui kabel-kabel bawah tanah atau melalui taliantalian atas di sepanjang jarak yang jauh. Talian penghantaran ini mempunyai ciri-ciri mekanikal : i. Kekuatan penyokong ii. Lendutan iii. Tegangan Keupayaan penghantaran pada masa kini adalah 66kV, 132kV dan 275kV. Stesen-stesen yang menggunakan sistem grid kebangsaan adalah ; i. Stesen diesel ii. Stesen Tempatan iii. Luar bandar iv. Stesen Hidro.

Tiang Penghantaran

Waist -Type Tower

Double Circuit Tower

Guyed-V-Tower

Sistem Gelang
Dengan menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang. Sambungan gelang hanya dibuat pada bahagian lilitan primer pengubah, manakala lilitan sekunder disambungkan ke pengubah penurun.

Sistem Bus Ties


Dengan menyambungkan lilitan primer dan sekunder secara gelang

Kaedah sambungan dalam sistem penghantaran

SISTEM JEJARI

Dengan menyambungkan pengubah (Transformer) peninggi secara jejari seperti Rajah Lazimnya digunakan pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah.

Sistem Rangkaian
Dengan menyambungkan lilitan primer secara jejari dan lilitan sekunder secara gelang. Kedua-dua lilitan adalah dari pengubah peninggi.

Sistem Grid

Kebaikan dan Keburukan Sistem Grid a). Kebaikan i. Bekalan sentiasa mencukupi walaupun salah satu janakuasa elektrik yang lain menghadapi masalah. ii. Perubahan frekuensi sentiasa stabil. iii. Stesen janakuasa elekrik yang kecil dapat dikurangkan. b). Keburukan i. Memerlukan kos perbelanjaan yang banyak. ii. Memerlukan penjagaan yang rapi. iii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

RUJUKAN
http://www.slideshare.net%2Farkam_slideshare%2Ftopik2penghantaran-presentation&h=iAQEGN3tl

RUMUSAN
Kesimpulannya,Sistem penghantaran merupakan satu sistem yang besar menghubungkan stesen penjanaan kepada pengguna melalui sistem pengagihan. Jika sistem penghantaran membekalkan jumlah tenaga yang besar daripada stesen jana kuasa ke pusat-pusat beban. Sistem pengagihan pula akan membekalkan tenaga daripada sistem penghantaran dan mengagihkannya kepada pencawangpencawang utama dan pencawang kecil kepada pelbagai pengguna.

You might also like