You are on page 1of 4

Sekarang kita akan belajar berkenaan sistem perkumuhan manusia.

Perkumuhan bermaksud proses penyingkiran bahan-bahan buangan daripada badan manusia. Apakah kepentingan sistem ini kepada manusia?

3 Organ Perkumuhan Manusia:


1. 2. 3.

Kulit (Skin) Peparu (Lung) Ginjal (Kidney) ::KULIT::

Bahan buangan : Air, Urea, dan Garam Mineral Cara perkumuhan : Berpeluh Proses berpeluh :

1. Air berlebihan, Urea, dan garam mineral daripada darah keluar daripada kapilari darah 2. Bahan buangan itu memasuki Kelenjar peluh 3. Bahan buangan di simpan di dalam Duktus peluh 4. Apabila cuaca panas, atau melakukan aktiviti cergas, peluh akan dikeluarkan melalui liang peluh.

::PEPARU::

Bahan buangan : Karbon dioksida, dan Wap air Cara perkumuhan : Menghembus nafas Proses menghembus nafas : [Sila rujuk bab 2]

::GINJAL::

Ciri-ciri ginjal : Sepasang organ berbentuk kacang Berwarna merah gelap

Terletak pada kiri dan kanan di bahagian bawah rongga abdomen Kapsul Bahan buangan : Air, Urea, dan Garam Mineral

Ia dilindungi dan diselaputi dengan membran keras yang dikenali sebagai

Cara perkumuhan : Penghasilan air kencing

PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING DI GINJAL:


1. Darah dari aorta memasuki ginjal melalui saluranarteri renal

2. Darah terus memasuki medula dan darah ditapis 3. Darah ditapis di kapilari darah yang sangat halus dan dikenali sebagai glomerulus 4. Hanya molekul yang kecil sahaja yang ditapis keluar iaitu UREA, AIR dan GARAM MINERAL. Hasil tapisan tersebut akan dikumpulkan di pelvis ginjal dan dikenali sebagai AIR KENCING. 5. Bahan yang bersaiz besar seperti sel-sel darah merah dan protein akan terus meninggalkan ginjal dan memasuki vena renal. 6. Air kencing yang telah terhasil akan memasuki ureterdan terus ke pundi kencing 7. Air kencing akan disimpan sementara di dalam pundi kencing sehingga ia penuh 8. Jika pundi kencing penuh, ia akan mengecut dan mengepam air kencing keluar dari badan melaluiuretra. KEGAGALAN FUNGSI GINJAL:

Menggunakan Mesin Dialisis (Hemodialisis)

Mesin ini digunakan bagi membantu pesakit yang ginjalnya tidak berfungsi untuk menapis darah bagi menghasilkan air kencing. Pesakit perlu menjalani rawatan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu dan untuk setiap rawatan ia memerlukan masa lebih kurang 8 hingga 10 jam. Namun kaedah ini tidak boleh merawat pesakit dari pulih dari masalah kegagalan ginjal berfungsi dan pesakit harus menjalani rawatan dialisis ini sepanjang hayat.

Pemindahan Buah Pinggang/Ginjal (Kidney transplant)

Kaedah ini merupakan pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan di mana pesakit mendapat ginjal yang baru dari penderma. Penderma buah pinggang ini perlulah sesuai dengan pesakit. Setelah pemindahan dilakukan, pesakit akan sembuh dan tidak perlu melakukan hemodialisis. Namun, untuk mendapat ginjal yang sepadan adalah amat sukar.

You might also like