You are on page 1of 18

MT 2311 D1 MATEMATIK ASAS

(STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH)


KOMPONEN TERAS KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEMESTER 2

KANDUNGAN SUKATAN
2.1 Jenis-jenis masalah (2 jam)
Membanding beza masalah rutin dan bukan rutin

2.2 Model Penyelesaian Masalah Polya (2 jam)


Menerangkan dan mengaplikasi Model Penyelesaian Masalah Polya

2.3 Strategi Penyelesaian Masalah (8 jam)


Teka dan uji (strategi cuba-cuba), bekerja ke belakang / songsang, mengenal pasti pola, membina model, mengurus maklumat dalam gambarajah /jadual/carta, memudahkan masalah, simulasi / melakonkan, melukis gambarajah dll.

Apa itu masalah?


Masalah merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Anda mungkin perlu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan.

Syarat-syarat menentukan kewujudan masalah:


1. Terdapat tujuan yang jelas untuk dicapai 2. Terdapat halangan dalam proses mencapai tujuan itu

Penyelesaian masalah ialah proses terancang yang memerlukan pengetahuan dan pengalaman untuk mencapai tujuan tersebut.

Solving problems is a practical art, like swimming, or skiing or playing the piano: you can learn it only by imitation and practiceif you wish to learn swimming you have to go into the water, and if you wish to become a problem solver you have to solve the problems. (Polya, 1962, p.v)

Jenis-jenis Masalah
Masalah Rutin
"Berapa luaskah tempat letak kereta yang berukuran 100 m kali 100 m?"

Masalah bukan rutin


"Anggarkan bilangan rambut yang ada di kepala anda?

Apakah perbezaan di antara kedua masalah di atas?

Jenis-jenis Masalah
Masalah Rutin
Hanya memerlukan penyelesaian secara mengaplikasi prosedur yang telah diketahui biasanya melibatkan operasi aritmetik atau aplikasi langsung formula matematik, teorem atau persamaan.

Masalah Bukan Rutin


Tiada prosedur piawai untuk menyelesaikan. Kaedah penyelesaian tidak dihafal. Perlu menggunakan strategi penyelesaian tersendiri

Model Penyelesaian Masalah Polya


George Plya December 13 1887 September 7 1985

George Polya (1887 1985)


Dilahirkan dengan nama Plya Gyrgy di Budapest, Hungary. Meninggal dunia di Palo Alto, California, Amerika Syarikat. Profesor matematik dari tahun 1914 hingga 1940 di ETH Zrich, Switzerland dan dari tahun 1940 hingga 1953 di Stanford University membawa gelaran Professor Emeritus sehingga akhir hayat dan kerjayanya. Dalam hari-hari terkemudian beliau, beliau telah menghabiskan usahanya cuba untuk mencirikan kaedahkaedah yang orang gunakan untuk menyelesaikan masalah, dan untuk mengenalpasti bagaimana penyelesaian masalah sepatutnya diajar dan dipelajari. Bukunya bertajuk How to Solve It, telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dan telah terjual lebih daripada satu juta naskah.

Model Penyelesaian Masalah Polya


Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah melibatkan 4 langkah:
(1) Memahami masalah (2) Merancang strategi (3) Melaksanakan strategi (4) Menyemak Semula

Model Penyelesaian Masalah Polya


Langkah 1: Memahami masalah Berikut adalah soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami masalah:
Adakah anda faham ayat tersebut? Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda sendiri? Apakah yang anda cuba cari atau lakukan? Apakah maklumat yang anda dapat daripada masalah tersebut? Apakah yang tidak diketahui? Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan?

Model Penyelesaian Masalah Polya


Langkah 2: Merancang strategi
Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi penyelesaian masalah: Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak diketahui? Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda selesaikan sebelum ini? Apakah strategi yang boleh anda gunakan?

Model Penyelesaian Masalah Polya


Langkah 3: Melaksanakan strategi Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi penyelesaian masalah: Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah tersebut. Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan. Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

Model Penyelesaian Masalah Polya


Langkah 4: Menyemak Semula Langkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagai guru, anda perlu sentiasa mengingatkan pelajar menyemak jawapan mereka. Gunakan panduan berikut ketika melaksanakan langkah ini: Baca semula soalan. Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan? Adakah jawapan anda betul? Adalah jawapan anda munasabah?

CONTOH APLIKASI MODEL POLYA


Masalah rutin
Satu lopak air berbentuk bulat mempunyai jejari 5 cm. Berapakah luas permukaan lopak air itu? Penyelesaian: Langkah 1: Memahami masalah
Bentuk permukaan lopak air ialah bulatan Jejari bulatan itu ialah 5 cm. Cari luas permukaan lopak air.

Langkah 2: Merancang strategi


Melukis gambarajah
5 cm

Gunakan formula untuk mengira luas bulatan

CONTOH APLIKASI MODEL POLYA


Masalah rutin Satu lopak air berbentuk bulat mempunyai jejari 5 cm. Berapakah luas permukaan lopak air itu?
Langkah 3: Melaksanakan strategi Luas permukaan bulatan = 3.143 x 52 = 78.57 cm2 Langkah 4: Menyemak Semula (using inverse method)
Jika luas permukaan bulatan ialah 78.57 cm2 Maka jejarinya =

78.57 3.143

= 4.9998 cm

CONTOH APLIKASI MODEL POLYA


Masalah bukan rutin
Kim membelanjakan separuh wangnya di panggung wayang. Selepas menonton wayang dia pergi ke pasaraya dan membelanjakan separuh daripada baki wangnya. Dia sekarang mempunyai baki RM 2.15 dalam poketnya. Berapakah jumlah wang yang Kim ada sebelum dia pergi ke panggung wayang?

Penyelesaian: Langkah 1: Memahami masalah Separuh wangnya dibelanjakan di panggung wayang.


Separuh baki wangnya dibelanjakan di pasaraya. Berapakah jumlah wang sebelum dia pergi ke panggung wayang?

Langkah 2: Merancang strategi


Melukis gambarajah atau Strategi bekerja ke belakang

CONTOH APLIKASI MODEL POLYA


Langkah 3: Melaksanakan strategi Melukis gambarajah
RM 2.15

Jumlah

= 4 x RM 2.15 = RM 8.60

Langkah 4: Menyemak Semula


Kaedah bekerja ke belakang Jumlah wang = RM 8.60 Baki wang, selepas ke panggung wayang selepas ke pasaraya

= RM 8.60 /2 = RM 4.30 = RM 4.30 /2 = RM 2.15

Tutorial
In small groups, devise a problem-solving activity for the primary school children. Then,
Think of possible difficulties faced by primary school children when solving the problem, and Identify possible non-mechanical method to solve the problem

Group presentation.

You might also like