You are on page 1of 7

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Strategi Mengurus Maklumat dalam Carta, Jadual atau Graf


(Organize Information ia a Chart, Table or Graph)
MT 2311 D1 MATEMATIK ASAS KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEMESTER 2

Strategi Mengurus Maklumat dalam Carta, Jadual atau Graf


Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta, jadual dan graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf / Jadual / Carta boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih set kumpulan fakta atau maklumat.

Anda perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan maklumat. Membaca dan membina jadual / graf / carta adalah kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini membolehkan anda melihat hubungan dan pola maklumat.

CONTOH 1
Keluasan suatu segiempat tepat ialah 120 cm2. Panjang dan lebarnya adalah nombor bulat. Apakah dua nilai yang mungkin bagi panjang dan lebar nya? Apakah nilai yang akan memberikan perimeter yang terkecil? Penyelesaian: Memahami masalah Apa maklumat yang diberi? Luas = 120 cm2 Luas = panjang x lebar Merancang strategi Membuat jadual Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari semua nilai panjang dan lebar yang mana hasildarabnya ialah 120.

Melaksanakan strategi penyelesaian


Bina satu jadual panjang dan lebar seperti berikut: Lebar (cm) Panjang (cm) Perimeter (cm) 2 60 3 40 4 30 5 24 6 20 8 15 10 12

124

86

68

58

52

46

44

Dari jadual di atas, perimeter yang terkecil ialah 44 cm Menyemak semula Panjang = 12, Lebar = 10. Luas = 12 x 10 = 120 cm2 Perimeter = 2 (12 + 10) = 44 cm

CONTOH 2
Tentukan berapa cara RM1 boleh ditukar kepada duit syiling 10 sen, 20 sen, dan 50 sen.
Penyelesaian: Memahami masalah
Apakah maklumat yang diberi? RM1 ditukar kepada duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen Apakah yang dikehendaki? Bilangan cara RM1 boleh ditukar kepada duit syiling Merancang strategi Menggunakan strategi membuat jadual.

Melaksanakan strategi penyelesaian


Cara 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 50 sen 2 1 1 1 0 0 0 0 0 0 20 sen 0 2 1 0 5 4 3 2 1 0 10 sen 0 1 3 5 0 2 4 6 8 10

Bilangan cara = 10
Menyemak semula Pastikan setiap cara memberikan jumlah RM1. Semak semula jadual yang telah dibina.

TUGASAN KKBI KUMPULAN


SKEMA PEMARKAHAN 10 : Jawapan betul dan cara penyelesaian ditunjukkan dengan lengkap, jelas dan tepat. 8 : Jawapan betul tetapi cara penyelesaian tidak jelas atau tidak lengkap atau tidak tepat 6 : Jawapan betul tetapi tidak menunjukkan cara penyelesaian 5 : Jawapan salah dan cara penyelesaian tidak jelas atau tidak lengkap atau tidak tepat. 3 : Jawapan salah dan tidak menunjukkan cara penyelesaian. 0 : Tidak menjawab langsung.

You might also like