You are on page 1of 26

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Tajuk: 2.1 Sistem Bumi Nama Ahli Kumpulan: Tan Pei Wen Te Shi Ying Nama Pensyarah: Pn. Jamaliah

ALAM SEKITAR FIZIKAL SISTEM BUMI

KONSEP SISTEM
Sistem merupakan satu set himpunan objek atau kesatuan yang terdiri daripada pelbagai komponen yang dihubungkan bersama untuk memudahkan aliran informasi. Keadaan hubung kait atau interaksi yang wujud antara sistem-sistem atmosfera ,hidrosfera, litosfera, pedosfera dan biosfera. Semua sistem mencapai titik keseimbangan. Sistem akan mencari titik keseimbangan terbaru jika ada gangguan kecil.Seluruh sistem akan dimusnahkan jika gangguan itu besar.

BUMI DALAM SISTEM GALAKSI


Planet ketiga dalam sistem suria. Berusia selama 4600 tahun. Jarak antara bumi dengan matahari ialah 1496 ?? Dikenali sebagai Bima Sakti. Bintang-bintang yang wujud secara berkelompok dikenali sebagai galaksi. Galaksi dikekalkan dengan tarikan graviti. Komponen galaksi mengorbit di satu pusat.

CIRI-CIRI SEBUAH SISTEM


Mempunyai bentuk struktur atau organisasi tertentu. Bersifat umum, abstrak atau unggul. Fungsi sistem ialah membenarkan aliran atau perpindahan bahan dengan adanya sumber tenaga yang bertindak sebagai agen daya penggerak. Mempamerkan sifat gabungan dan interaksi antara angkubah yang berbentuk sistem.

Perhubungan antara angkubah melibatkan penukaran tenaga, bahan-bahan, dan air yang akan berlaku cantuman saling balas antara angkubah. Mempunyai sempadan yang bersifat jelas. Keadaan sesuatu sistem boleh dilihat melalui ciri-ciri angkubahnya seperti unsur, sifat, dan pertalian.

INTERAKSI ANTARA SISTEM


Terdapat 3 jenis sistem termodinamik i. Sistem terpencil Tiada bentuk interaksi antara angkubah dengan alam sekitar Tidak berupaya bertukar tenaga atau bahan dengan alam sekitarnya Tiada input tenaga dan bahan dari luar sistem ke sistem ini

ii. Sistem tertutup Mempunyai sempadan yang menghalang kemasukan bahan tetapi membenarkan kemasukan tenaga Sistem alami degradasi mengikut masa Sistem akan luput mengikut masa jika tiada tenaga baru dibekalkan

iii. Sistem terbuka Fungsi kemasukan tenaga dan bahan adalah untuk membekalkan dan memelihara sistem supaya tidak luput mengikut masa

Mengandungi sistem utama iaitu ekologi, hidrologi, atmosfera dan geomorfologi Keempat-empat sistem ini merupakan satu sistem yang saling berinteraksi Interaksi sistem ini dengan sistem bumi berpunca daripada pengaliran tenaga bahangan dari matahari Walaupun jumlah tenaga dari matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi tenaga ini cukup untuk menghidupkan sistem bumi.

KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA


Planet yang kelima besar Jarak dari matahari ialah 150 juta kilometer Berbentuk sfera Merupakan sistem terbuka Peredaran tenaga dan bahan berlaku dengan baik sehingga mencapai tahap keseimbangan yang boleh menampung kehidupan di bumi

PERGERAKAN BUMI
Definisi: Putaran bumi pada paksinya dan beredar mengelilingi matahari

PUTARAN DAN PEREDARAN BUMI


Pergerakan bumi mempunyai satu orbit yang tetap. Bumi beredar mengelilingi matahari dan berputar pada paksinya . Bumi beredar dengan kelajuan 3600 kilometer sejam. Bumi berputar pada paksinya yang condong sebanyak 23.5 darjah daripada satah tegak. Peredaran mengelilingi matahari mengambil masa 365 hari.

Bumi berputar dari barat ke timur. Putaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam, fenomena pasang dan surut air laut.

KEJADIAN SIANG DAN MALAM


Semasa berputar , permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang. Permukaan bumi yang terlindung daripada cahaya matahari akan mengalami malam. Jumlah waktu siang dan malam bergantung kepada ketinggian matahari. Waktu siang yang lebih lama akan menerima jumlah tenaga yang lebih banyak.

FENOMENA PASANG DAN SURUT AIR LAUT


Pasang dan surut merujuk kepada kejadian aras air tinggi da aras air rendah di laut. Tarikan graviti bulan dan matahari menyebabkan fenomena ini berlaku.

2.1.2 Putaran Dan Peredaran Bumi


1.Pergerakan bumi Pergerakan bumi mempunyai satu orbit yang tetap. Bumi sambil beredar mengelilingi matahari juga berputar pada paksinya. Ia beredar pada paksinya dengak kelajuan 3600kilometer sejam. Bumi berputar pada paksinya yang condong sebanyak 23.5 daripada satah tegak.

Arah putaran bumi ialah daripada barat ke timur. Satu putaran 360. mengambil masa 23jam 56minit. Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya yang ditentukan oleh medan graviti matahari. Ia mengabil masa 365.25hari. Putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam, bahagian bumi yang menghadap matahari mengalami waktu siang manakala bahagian bumi yang mengbelakangkan matahari mengalami waktu malam. Lihat Rajah 1.11 .

Jarak yang paling dekat iaitu 147 juta km dengan matahari ialah pada 3januari dan dikenali sebagai perihelion manakala jarak yang paling jauh iaitu 152 juta km dengan matahari ialah pada 4 julai juga dikenali afelion. Lihat rajah 1.12. Kesimpulannya, kedua-dua pergerakan bumi iaitu putaran dan edaran berlaku serentak. Maka bumi beredar mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya. Pergerakan in menyebabkan fenomena siang dan malam, kejadian empat musim, dan perbezaan waktu tempatan.

Konsep Tenaga
Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghasilkan sebarang bentuk aktiviti. Tenaga terdapat banyak bentuk seperti cahaya, haba, kinetik, kimia, keupayaan, elektrik dan tenaga pendam. Unit SI bagi tenaga ialah joule, J,1 joule bersamaan dengan 1 Newton-meter. Mengikut Prinsip Keabadian, tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan tetapi ia boleh ditukar kepada bentuk yang lain.

Tenaga Eksogenik
Tenaga eksogenik merupakan sejenis tenaga yang terhasil dari punca-punca yang berada di luar bumi, khasnya dari matahari. Bahangan matahari merupakan jenis tenaga bertanggunjawab terhadap hampir keseluruhan tindakan atau proses-proses penggondolan iaitu luluhawa hakisan dan pemendapan di permukaan bumi.

Agen-agen geomoforlogi seperti aliran air, tindakan angin, tindakan ombak, tindakan glasier dan luluhawa secara langsung atau tidak langsung bergantung kepada bekalan tenaga dari bahangan matahari. Aliran tenaga dalam pelbagai bentuk mampu mengubah permukaan bumi.

Tenaga endogenik
Tenaga endogenik merupakan punca-punca tenaga dari bahagian dalam bumi, contohnya tenaga graviti dan radiogenik. Jumlah endogenik dari kedua-dua punca terlalu kecil untuk mewujudkan proses-proses di permukaaan bumi. Jumlah tenaga endogenik ini hanya dari 1% jumlah bahangan matahari yang diterima pada waktu tengah hari khatulistiwa. Walaubagaimanapun, pengumpulan tenaga radiogenik adalah penting dalam memulakan aktiviti gunung berapi dan gangguan-gangguan tektonik lain seperti gempa bumi, gelinciran, lipatan dan lain-lain lagi.

Perbezaan antara tenaga eksogenik dan endogenik


Tenaga Eksogenik
Tenaga eksogenik berpunca dari luar sistem bumi iaitu dari matahari dan sampai dalam bentuk tenaga haba dan tenaga cahaya. Tenaga Endogenik Tenaga endogenik pula berpunca dari dalam bumi dan terkumpul dalam bentuk tenaga radiogenik.

Tenaga eksogenik menyebabkan kejadian agenagen geomorfologi seperti air mengalir, ombak, angin, glasier dan kejadian luluhawa

Tenaga endogenik menyebabkan berlakunya gerakan tektonik yang berhubung dengan kejadian gempa bumi, kejadian gunung berapi, kejadian lipatan kerak bumi dan kejadian gelinciran

Terima kasih

You might also like