You are on page 1of 3

1.

Pengenalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen kursus mata pelajaran Major bagi kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah yang berkuat kuasa pada Januari 2003. Pengalaman ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk melihat bagaimana guru mengaplikasi teori-teori pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar mendapat ilmu keguruan daripada mereka yang sedang aktif mengajar di peringkat elementary. Melalui perkongsian ilmu di antara pelajar dan guru yang berpengalaman, ia akan menambah keupayaan pelajar untuk menghasilkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran sendiri (able to construct personal theories of teaching and learning) yang sejajar dengan teori-teori yang dihasilkan oleh pendidik yang lain (that will correspond with published theories of teaching and learning).

2.

Tempoh Pengalaman ini akan mengambil masa selama 10 hari dan akan tamat sebelum Fasa 1 Praktikum bermula.

3.

Penempatan Pelajar-pelajar akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang berdekatan institut perguruan dalam lingkungan 25 km.

4.

Kehadiran Kehadiran pelajar semasa pengalaman berasaskan sekolah adalah wajib. Institut perguruan perlu berbincang dengan sekolah untuk mewujudkan satu sistem mengesan kehadiran pelajar sepanjang aktiviti pengalaman ini.

5.

Kuliah Kuliah tidak diadakan bagi kumpulan pelajar yang pergi menjalani aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah.

6.0

Nilai kredit Nilai kredit komponen pengalaman berasaskan sekolah adalah bersamaan 1 kredit. Ini bermakna mata pelajaran Major yang berjumlah 8 2

kredit terdiri daripada 7 kredit interaksi kuliah dan 1 kredit diagihkan kepada komonen pengalaman berasaskan sekolah. 7. Bilangan pelajar Bilangan pelajar di sesebuah sekolah atau satu sesi persekolahan bergantung kepada kemampuan sekolah, kehendak kursus serta bilangan sekolah rendah yang berdekatan. 8. Penyelarasan Jawatankuasa Kurikulum Institut Perguruan (JKM) dipertanggungjawabkan untuk merancang pelaksanaan komponen PBS. Satu jawatankuaa kecil penyelarasan di peringkat institut perguruan boleh ditubuhkan. Ahlinya di antara lain terdiri daripada Ketua Mata Pelajaran Major yang berkenaan. 9. Penyeliaan Penyeliaan pensyarah di sekolah tidak diperlukan. Pensyarah atau wakil daripada jawatankuasa penyelarasan boleh membuat lawatan yang bertujuan mewujudkan semangat kekitaan di antara sekolah dan institut perguruan pada hari pertama dan akhir pelajar berada di sekolah. Lawatan untuk membantu pelajar menyelesaikan isu berbangkit sepanjang aktiviti pengalaman berasaskan sekolah ini boleh diadakan mengikut keperluan. 10. Tugasan 1 Tugasan adalah bersifat task-based, berstruktur dan terancang. 2 Ia juga berkisar kepada kaitan antara mata pelajaran Major dan Ilmu Pendidikan. 3 Pensyarah Major akan menetapkan jenis dan skop tugasan. 4 Tugasan akan berubah mengikut kohot. 5 Tugasan tidak boleh melibatkan penyelidikan. 6 Tugasan tidak boleh menyentuh urusan pentadbiran sekolah atau pun mengganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 11. Prosedur Pelaksanaan 1 Sebelum pelajar berada di sekolah Pensyarah Major berbincang bersama pelajar tentang tugasan yang perlu dilaksanakan serta tanggungjawab setiap pelajar sepanjang tempoh pengalaman ini (rujuk keapda Perjanjian PBS 2006). 3

2 Semasa pelajar berada di sekolah Pelajar perlu melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan oleh institut perguruan selepas mendapat kerjasama daripada guru-guru yang berkenaan (rujuk kepada Lampiran Perjanjian PBS 2006). 3 Selepas pelajar kembali ke institute perguruan (i) (ii) Sekembali daripada aktiviti PBS, tindakan susulan hendaklah segera diadakan oleh pensyarah major semasa kuliah. Maklumat yang diperoleh dibincang bersama supaya pelajar dibimbing untuk mengaitkan apa yang dialami di sekolah dengan teori-teori pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Major khususnya. Sesi refleksi diwajibkan kepada pensyarah mata pelajaran Major.

(iii)

12. Mata pelajaran Minor Pengalaman berasaskan sekolah ini boleh dioptimumkan oleh pensyarah mata pelajaran Minor dalam sesi perbincangan semasa waktu kuliah Minor. Walau bagaimanapun pensyarah mata pelajaran Minor tidak boleh memberi tugasan pelajar semasa mereka berada di sekolah. 13. Penilaian Tugasan yang diberi kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah tidak diambil kira untuk penilaian dan tidak boleh dianggap sebagai kerja kursus. Tetapi maklumat yang diperoleh boleh diolah semula untuk melengkapkan tugasan yang lain. 14. Perjanjian PBS 2007 Semua pelajar wajib menandatangani surat Perjanjian PBS 2006 di hadapan Guru Besar sekolah di mana pelajar ditempatkan untuk menjalani aktiviti pengalaman berasaskan sekolah. Institut perguruan perlu memastikan supaya pelajar faham prinsip di sebalik perjanjian ini serta mereka perlu bersedia untuk berincang tentang Perjanjian ini dengan guru yang berkenaan.

You might also like