You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA BENGKEL TRANSFORMASI DIRI 2012

TARIKH 22 APRIL 2012

TEMPAT BALAI ILMU, IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

ANJURAN AHLI MAJLIS MESYUARAT PENDIDIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) 2011/2013

DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENERANGAN DAERAH KLUANG

KERTAS KERJA BENGKEL TRANSFORMASI DIRI 2012

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan merupakan satu kerjaya yang amat rapat dengan masyarakat. Golongan pendidik perlu menyedari tugas hakiki mereka sebagai pendidik anak bangsa, di samping fungsi lain sebagai penyampai maklumat berkenaan dasar-dasar murni kerajaan. Oleh itu, pendidik perlu untuk dipersiapkan dengan elemen pembinaan karakter dan jati diri yang mantap. Pendidik juga harus memahami saluran-saluran informasi kerajaan agar maklumat yang diterima dan disampaikan kepada masyarakat adalah mesej yang tepat.

Pelaksanaan program ini diharap akan dapat meningkatkan kefahaman para guru pelatih tentang tugas Jabatan Penerangan Malaysia. Di samping itu, para peserta bengkel diharapkan akan dapat mentransformasikan diri menjadi seorang pendidik yang berkeyakinan tinggi untuk melontarkan buah fikiran. Adalah penting untuk menguasai seni orator kerana kerjaya guru ialah satu profesion yang memerlukan kemahiran pengucapan awam yang berkesan dan berkeyakinan tinggi.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah, semangat Satu Malaysia yang jitu, kemapanan patriotisme dan kuasa professional yang tinggi serta akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 MATLAMAT

Program ini

bermatlamat melahirkan guru-guru yang memahami aspirasi murni

kerajaan, di samping memberi gambaran tentang ruang kerjasama yang boleh dijalin antara Jabatan Penerangan Malaysia dan institusi pendidikan. Program ini juga bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang memiliki daya keterampilan yang tinggi, kemahiran pengucapan awam yang baik dan semangat keguruan yang mantap, serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan kemahiran orator dalam kalangan guru pelatih merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Oleh itu, guru pelatih perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dapat memberi nilai tambah kepada diri mereka.

3.0 RASIONAL/ OBJEKTIF Bengkel ini diadakan bertujuan untuk: 3.1 memberi kefahaman tentang tugas-tugas Jabatan Penerangan Malaysia dan

ruang kerjasama yang boleh dijalin bersama institusi pendidikan. 3.2 membentuk pemikiran guru pelatih agar sejajar dengan gagasan 1Malaysia,

iaitu bagi membina sebuah negara bangsa; dan mengukuhkan semangat jati diri, cinta negara dan perpaduan dalam kalangan masyarakat selaras dengan cita-cita Rukun Negara. 3.3 melahirkan guru pelatih yang benar-benar menghayati aspirasi murni

kerajaan untuk membina sebuah negara bangsa yang unggul 3.4 membentuk kefahaman tentang gagasan Satu Malaysia dan semangat

patriotisme dalam kalangan guru pelatih. 3.5 melahirkan guru pelatih yang berkeyakinan tinggi dan berfikiran bernas

apabila melontarkan idea

3.6

memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih berkenaan

teknik pengucapan awam supaya dapat diaplikasikan di sekolah kelak. 3.7 3.8 menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan. membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

4.0 BUTIRAN PROGRAM Tarikh Hari Masa Tempat Peserta :22 April 2012 : Ahad : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari : Balai Ilmu, IPG kampus Tun Hussein Onn : 100 orang guru pelatih

5.0 PENCERAMAH Encik Abdul Razak bin Mohamed, Pegawai Penerangan Deerah, Pejabat Penerangan Daerah Kluang, Johor.

6.0 ATURCARA PROGRAM 8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.30 tengah hari : Pendaftaran peserta : Bengkel Transformasi Diri 2012 : Kudapan : Sambungan Bengkel Transformasi Diri 2012 : Bersurai

6.0 KUMPULAN SASARAN Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), PPISMP Semester 2, PISMP Semester 1, PISMP Semester 3, PPISMP Semester 1 (GSTT), DPLI Semester 1 (GSTT).

7.0 JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK Penaung Penasihat : Puan Hajah Zaleha binti Onn : Tn Haji Khairil bin Sulaiman

JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Alatan dan Teknikal : Muhammad Syukri bin Sapuan : Norsabrina binti Hassan : Nur Farhana binti Abdullah : Mohamad Ayub bin Mohd Noor

Sijil dan Cenderahati Makanan dan Persediaan Tempat Tugas-tugas Khas

: Siti Nurafiqah binti Sarman : Muhammad Zahin bin Ibrahim : Nur Syahirah binti Md Morshid

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN 1) Bayaran penceramah 2) Kudapan

JUMLAH (RM) RM 300 RM 1 x 100 peserta = RM 100

JUMLAH KESELURUHAN

RM 400

PERMOHONAN DI STOR

UNIT

Air Mineral Cenderamata Tuala Buku nota Beg kertas

6 kotak

1 unit

Kertas A4 Pen

2 rim 2 kotak

PERMOHONAN DI UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN

UNIT

Sijil Penyertaan

100 keping

9.0 PENUTUP

Bengkel Transformasi Diri 2012 diharapkan dapat melahirkan guru pelatih yang benar-benar menghayati aspirasi murni kerajaan untuk membina sebuah negara bangsa yang unggul, menerusi strategi meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu-padu. Pendidik memainkan peranan untuk memasarkan maklumat mengenai dasar dan wawasan negara agar masyakarat memahami, menyokong dan menghayatinya. Ini bertujuan untuk membentuk pemikiran rakyat agar sejajar dengan gagasan 1Malaysia bagi membina sebuah negara bangsa; dan

mengukuhkan semangat jatidiri, cinta negara dan perpaduan di kalangan rakyat selaras dengan cita-cita Rukun Negara. Melalui program ini, guru pelatih akan dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi dan interaksi yang berkesan. Diharapkan aktiviti ini dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

(NUR FARHANA BINTI ABDULLAH) Naib Pengerusi, Ahli Majlis Mesyuarat Pendidikan,

(MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI) Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,


IPG Kampus Tun Hussein Onn.

IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Disemak Dan Disokong Oleh,

Disemak Dan Disokong Oleh,

(MOHAMAD ROSLAN BIN AROFF) Pensyarah Penasihat, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

(EN ROUSLILUDIN BIN AMBIA) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

_____________________________
(PUAN HAJAH ZALEHA BINTI ONN) Pengarah, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

You might also like