You are on page 1of 9

Bercerita

Konsep
Merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita

Guru boleh gunakan pelbagai cara menyampaikan cerita dalam kelas seperti cerita secara lisan, atau murid-murid mendengar pita rakaman, atau menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan patung-patung

Tujuan Bercerita
Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar Melatih murid menguasai kemahiran mendengar Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dna gembira Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti selanjutnya

Prinsip-Prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita


1. Guru harus memilih certita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajaran 2. Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafaz isi-isi penting yg terkandung dlm cerita itu 3. Alat bantu mengajar (kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau topeng) disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan

Prinsip-Prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita


4. Pastikan semua murid telah bersedia utk mendengar cerita 5. Mulakan cerita dengan suara yg menarik serta penuh emosi 6. Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir untuk melibatkan murid dalam cerita yg disampaikan 7. Pastikan suara dengan jelas dan lantang. Nada suara dan intonasi harus digunakan mengikut watak-watak dan suasana cerita itu.

Prinsip-Prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita


8. Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan utk menggalakan murid beramal perkembangan cerita selanjutnya 9. Pastikan perkataan dan ayat yg digunakan utk bercerita boleh difahami oleh murid 10. Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu.

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita


Perancangan dan Persediaan Guru bermula memilih sebuah cerita yang sesuai.
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yg murni. Isi cerita hendaklah menarik

Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba


menghafaz and bercerita secara sendiri

Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar


seperti kad perkataan, kad gambar atau topengtopeng yg perlu digunakan untuk murid-murid berlakon selepas bercerita

Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun


tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita Sesi Bercerita


Sesi ini hendaklah dimulakan dengan suatu set
induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita

Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara,


gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan

Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi


bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehinggan peringkat penutup

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Penutup
1. Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan 2. Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri 3. Berbincang dengan murid-murid tentang terma dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita 4. Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan 5. Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar

Bahan Rujukan: Mok Soon Sang. (1994). Asas Pedagogi dalam Pengajaran-Pembelajaran. Kumpulan Budiman Sdn Bhd: Kuala Lumpur

You might also like