KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan.Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana Malam Pendidikan atas penganjuranMADIK 2006 ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga kerja MalamPendidikan SPPS 2006 kerana telah bertungkus lumus bekerja keras untuk memastikan program yang diatur pada malam ini dapat berjalan dengan lancar.Tahniah atas kejayaan anda semua yang telah berjaya memperoleh PNGS 3.5 dan ke atas pada semester pengajian lepas. Kejayaan ini bagi saya merupakan satu kemenangan yang besar yang sememangnya patut diraikan bersama setelah anda bertungkus lumusmenelaah segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para pensyarah dan mencuba untuk mendapatkan gred yang terbaik dalam peperiksaan. Jadikan kejayaan anda pada hari inisebagai pendorong dan motivasi untuk terus kekal cemerlang dalam lapangan akademik dan bukan satu faktor untuk anda menjadi lupa diri. Saya pasti, kejayaan tidak datang bergolek dan anda banyak bekorban untuk memperoleh segala yang anda impikan. Bak kata pepatah, “yang pipih tak datang melayang yang bulat tak datang bergolek”. Usaha bersungguh-sungguh anda terbalas dengan kejayaan anda semua.Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan dan juga satu tanda penghargaan untuk semua para pensyarah yang telah bersusah payah kadangkala terpaksa mengajar pada waktumalam semata-mata memastikan impian anda tercapai. Penghargaan ini merupakan satutanda terima kasih anda semua kepada para pensyarah yang telah mengajar anda. Sayakebanggaan ini sebenarnya juga dikongsi oleh semua warga pentadbir UniversitiMalaysia Sabah yang mana mahasiswa/i ini bakal menjadi pendidik untuk generasiMalaysia kelak yang juga bakal pewaris kepimpinan kami semua pada masa hadapan.Walaupun demikian, dalam kesibukan untuk memperoleh gred PNGS 3.5 anda tidak sepatutnya tidak terlibat aktif dalam kegiatan mahasiswa/i yang dianjurkan di universitiini. Penglibatan anda adalah dialu-alukan dan ini bukanlah sebab untuk anda menjadi ulat buku semata-mata. Di universiti, selain anda memperoleh kenangan menjadi salahseorang penerima anugerah dekan anda juga sebenarnya mampu menjadi penyumbangtenaga, buah fikiran dan pendapat dalam menerajui kepimpinan mahasiswa/i kita. Dalammasa yang sama sebenarnya anda mempelajari ilmu yang tidak dapat diperolehi dalamkuliah ataupun tutoran. Ilmu ini bagi saya amat berguna untuk membina minda andasebagai bakal guru seterusnya sebagai bakal pendidik untuk generasi Malaysia pada masaakan datang.Bagi pelajar yang tidak memperoleh PNGS 3.5 ke atas, jadikan rakan-rakan anda inisebagai pendorong dan motivasi untuk anda berjaya menjadi salah seorang daripadamereka. Mungkin hari ini, anda merupakan penonton yang menyaksikan merekamenerima sijil penghargaan namun pastikan Malam Pendidikan 2007 kelak anda adalah
Add a Comment