UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HEP & ALUMNIUNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibbah.Setinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kuniaNyaMalam Pendidikan SPPS 2006 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Sebagai generasi bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa dan bakal penentu hala tuju generasi akan datang, sewajarnya anda mengambil berat tentang kualitidiri masing-masing dalam usaha untuk mempersiapkan diri untuk menerima sebarangcabaran apabila bergelar pendidik kelak. Kualiti diri yang saya maksudkan merujuk kepada kecemerlangan diri bukan sahaja daripada aspek akademik sahaja namun jugakecemerlangan dari aspek rohani, sosial dan sahsiah. Sebagai bakal pendidik,sememangnya aspek kecemerlangan dalam bidang akademik tidak boleh diketepikansama sekali, namun pada masa yang sama, kecemerlangan dari aspek rohani, sahsiah dan jasmani juga penting kerana aspek inilah yang akan membentuk ketekalan dalam dirianda semua untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.Bagi saya, penganjuran Malam Pendidikan SPPS 2006 ini juga adalah salah satu bukti yang mana mahasiswa/i Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial ini jugasebenarnya mampu untuk memimpin dan menjadi pendokong kepada penganjuran program yang dilihat memberikan manafaat kepada individu lain. Saya juga faham dalamkesibukan anda menghadiri kuliah, tutorial dan kelas-kelas lain, anda sebenarnya mencuriwaktu untuk menganjurkan Malam Pendidikan SPPS 2006. Sebagai penganjur andaterpaksa bijak membahagikan masa yang sama dengan rakan lain, 24 jam untuk menganjurkan malam yang cukup bermakna ini dan sedaya upaya memastikan perjalananmajlis yang diatur dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Ini merupakan satu caramenghargai rakan-rakan lain yang menjadi penerima anugerah dekan pada semester lepas. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Malam Pendidikan SPPS2006 atas usaha anda, bertungkus lumus untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan baik dan teratur.Di sini saya ingin mengingatkan mahasiswa/i yang hadir pada malam ini untuk menjadi individu yang bijak mempergunakan masa yang diberi. Sebagai pelajar andaterpaksa menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan yang diamanahkan dan seterusnyamemperoleh gred yang baik dalam peperiksaan yang dijalankan. Dalam masa yang sama juga, anda seharusnya tahu mempergunakan masa yang ada untuk sama terlibat dalamaktiviti kemahasiswaaan yang dianjurkan. Universiti bukan sahaja medan pencarian ilmutetapi juga medium untuk anda mencari seberapa banyak pengalaman dan pengetahuanam yang tidak mungkin dapat dipelajari jika pelajar hanya berulang-alik ke kuliah sahaja.Ini bukanlah bermaksud pelajar dihantar belajar sehingga ke menara gading ini untuk menjadi ulat buku tetapi juga dilatih untuk menjadi manusia yang berguna yang mampumenjadi pemimpin dalam meneruskan kesinambungan kegemilangan yang telah tercipta.
Leave a Comment