UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HEP & ALUMNIUNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibbah.Setinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kuniaNyaProgram Titisan Ilmu 2005/2006 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Sebagai generasi bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa dan bakal penentu hala tuju generasi akan datang, sewajarnya anda mengambil berat tentang kualitidiri masing-masing dalam usaha untuk mempersiapkan diri untuk menerima sebarangcabaran apabila bergelar pendidik kelak. Kualiti diri yang saya maksudkan merujuk kepada kecemerlangan diri bukan sahaja daripada aspek akademik sahaja namun jugakecemerlangan dari aspek rohani, sosial dan sahsiah. Sebagai bakal pendidik,sememangnya aspek kecemerlangan dalam bidang akademik tidak boleh diketepikansama sekali, namun pada masa yang sama, kecemerlangan dari aspek rohani, sahsiah dan jasmani juga penting kerana aspek inilah yang akan membentuk ketekalan dalam dirianda semua untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.Bagi saya, penganjuran Program Titisan Ilmu 2005/2006 ini juga adalah salah satu bukti yang mana mahasiswa/i Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial ini jugasebenarnya mampu untuk memimpin dan menjadi pendokong kepada penganjuran program yang dilihat memberikan manafaat kepada individu lain. Saya juga faham dalamkesibukan anda menghadiri kuliah, tutorial dan kelas-kelas lain, anda sebenarnya mencuriwaktu untuk menganjurkan Program Titisan Ilmu 2005/2006. Sebagai penganjur andaterpaksa bijak membahagikan masa yang sama dengan rakan lain, 24 jam untuk menganjurkan program yang cukup bermakna ini dan sedaya upaya memastikan perjalanan program yang diatur dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Inimerupakan satu cara menghargai para pelajar dan tutor program ini. Syabas dan tahniahkepada semua ahli jawatankuasa Titisan Ilmu 2005/2006 atas usaha anda, bertungkuslumus untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan baik dan teratur.Penganjuran Program Titisan Ilmu 2005/2006 ini juga adalah salah satu buktiyang mana siswa/i SPPS ini juga sebenarnya mampu untuk memimpin dan menjadi pendokong kepada penganjuran program yang dilihat memberikan manfaat kepadaindividu lain, yang mana anda sebagai penganjur sanggup meluangkan masa semata-mata ingin menabur bakti kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu SPM, sekaligus memperlihatkan jaya diri anda untuk mencari apa yang perlu bagi seseorang novis atau bakal pendidik apabila tamat pengajian kelak. Jutaantahniah juga saya berikan kepada para tutor SPPS yang bijak membahagikan masamereka yang mana kita sedia maklum mereka juga sibuk dengan kuliah, tugasan – tugasan yang di berikan oleh pensyarah dan aktiviti – aktiviti seharian.Akhir kata dari saya, jadilah mahasiswa/i yang serba boleh tidak kiralah dalamakademik ataupun dalam bidang kokurikulum.
Leave a Comment