dipelajari sepanjang pengajian di UMS. Sebelum berucap dengan panjang lebar lagi,tahniah saya ucapkan atas kejayaan anda semua. Syabas dan tahniah.Sebagai generasi bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa dan bakal penentu hala tuju generasi akan datang, sewajarnya anda mengambil berat tentang kualitidiri masing-masing dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi menerima sebarangcabaran apabila bergelar pendidik kelak. Kualiti diri yang saya maksudkan merujuk kepada kecemerlangan diri bukan sahaja daripada aspek akademik sahaja namun jugakecemerlangan dari aspek rohani, sosial dan sahsiah. Sebagai bakal pendidik,sememangnya aspek kecemerlangan dalam bidang akademik tidak boleh diketepikansama sekali, namun pada masa yang sama, kecemerlangan dari aspek rohani, sahsiah dan jasmani juga penting kerana aspek inilah yang akan membentuk ketekalan dalam dirianda semua untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.Bagi saya, penganjuran Program English Camp 2006 ini juga adalah salah satu bukti yang mana siswa/i SPPS ini juga sebenarnya mampu untuk memimpin dan menjadi pendokong kepada penganjuran program yang dilihat memberikan manfaat kepadaindividu lain, yang mana anda sebagai penganjur sanggup meluangkan masa semata-mata ingin menabur bakti kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu PMR dan SPM bagi subjek Bahasa Inggeris, sekaligus memperlihatkan jayadiri anda untuk mencari apa yang perlu bagi seseorang novis atau bakal pendidik apabilatamat pengajian kelak. Jutaan tahniah juga saya berikan kepada para fasilitator SPPSyang bijak membahagikan masa mereka yang mana kita sedia maklum mereka juga sibuk dengan kuliah, tugasan – tugasan yang di berikan oleh pensyarah dan aktiviti – aktivitiseharian.Saya difahamkan dari pengarah program, bahawa program ini berkonsepkan pendedahan bahasa Inggeris supaya subjek ini dapat memberi suasana pembelajaran yangkondusif dan efisien kepada pelajar-pelajar. Usaha pGURU ini adalah satu langkah yangamat bijak, disebabkan para pelajar akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan daripada
Leave a Comment