• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
UCAPAN DEKAN UNTUK HARI IKATAN MESRA SPPS 2006/2007.
Y. Bhg. Prof Datuk Dr. Mohd Noh Bin Dalimin, Naib Canselor Universiti MalaysiaSabah.Y Bhg. Prof Madya Dr. Amran Bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Y Bhg. Prof Dr. Shukery Bin Mohamed, Dekan Pascasiswazah Universiti MalaysiaSabah.Dekan-dekan, timbalan-timbalan dekan, para pensyarah, penyelaras program, tutor, staf sokongan yang hadir pada malam yang berbahagia ini, dan yang diraikan semuamahasiswa/i Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial yang hadir pada hari yangcukup bermakna ini.Assalamualaikum dan salam muhibbah.Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana pada hari yang cukup indah dan bertuah ini, kita sama-sama dapat berada dalam majlis yang cukup gilang-gemilang ini.Saya mewakili semua warga Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Datuk Naib Canselor untuk hadir ke majlis yang sayakira cukup bermakna bagi semua mahasiswa/i Sekolah Pendidikan dan PembangunanSosial ini. Ini merupakan penganjuran kali kedua untuk mengumpulkan semuamahasiswa dan mahasisiwi SPPS dibawah satu ikatan iaitu Ikatan Mesra SPPS2006/2007.Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Hari Ikatan Mesra SPPS2006/2007 yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan penganjuran Hari Ikatan Mesra 2006/2007 ini terlaksana dan diadakan dengan jayanya.
 
Syabas dan tahniah. Tanpa kerja keras dan pengorbanan anda kemungkinan Hari IkatanMesra 2006/2007 ini tidak mampu diadakan.Pada hari yang cukup bermakna ini, saya mewakili semua pensyarah dan wargakerja Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial mengucapkan syabas dan tahniah ataskejayaan dan kegemilangan yang telah anda cipta terutama sekali kepada pelajar – pelajar tahun satu sesi 2006/2007 kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading yang indahini iaitu Universiti Malaysia Sabah. Sesungguhnya kejayaan anda adalah satu kebanggaan bagi kami semua. Saya yakin kejayaan ini adalah kerja kuat dan pengorbanan anda yangtidak jemu – jemu mentelaah dan mengulangkaji pelajaran, menyiapkan semua tugasanyang diberi dan memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang diperlukan. Saya juga pasti, anda juga terpaksa membahagikan masa yang ada dengan bijak dalammemastikan segala impian menjadi realiti.Hari Ikatan Mesra SPPS 2006/2007 merupakan satu aktiviti untuk memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk mengenal lebih dekat dengan para pensyarah diSPPS. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kerjasamaserta menanamkan sikap perpaduan dikalangan mahasiswa/i dan para kakitangan,khasnya di SPPS yang bakal menjadi pendidik pada masa hadapan. Hal ini pentingsebagai seorang pendidik, kerana kita seharusnya bekerjasama antara satu sama laindalam membekalkan kualiti pendidikan yang terbaik kepada bakal para pelajar kita kelak.Hari Ikatan Mesra SPPS 2006/2007 diharapkan dapat memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk mengenali lebih mendalam sesama sendiri. Selain itu ia diharapdapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain disamping memberi peluangkepada para mahasiwa/i baru untuk berkenalan dengan para pensyarah di SPPS. Pelbagaiaktiviti yang telah dirancang dengan teliti oleh para AJK program ini adalah bertujuanuntuk mewujudkan silaturrahim dan kemesraan dikalangan semua pensyarah,mahasiswa/i baru dan lama.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...