You are on page 1of 2

UCAPAN DEKAN UNTUK PROGRAM TITISAN ILMU 2005/2006.

Y. Bhg. Prof Madya Dr. Amran Bin Ahmed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaysia Sabah.

Y. Bhg. Saudara Iskandar Bin Padzil YDP pGURU Sesi 2005/2006

Y.Bhg. Saudari Pengarah Program Titisan Ilmu 2005/2006

Y.Bhg. Saudara Timbalan Pengarah Titisan Ilmu 2005/2006

Para Ibu Bapa, para tutor dan AJK yang hadir pada pagi yang berbahagia ini, serta para
pelajar Program Titisan Ilmu 2005/2006.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi kerana pada tahun ini untuk kali pertama Program
Titisan Ilmu 2005/2006 dapat diadakan dengan jayanya. Ini merupakan penganjuran yang
bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada siswa/i menimba pengalaman dengan
proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus memberi pendedahan khusus kepada para
pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah, dan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk tahun 2006 tentang subjek-subjek yang terpilih.

Justeru, Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Program Titisan Ilmu 2005/2006
yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan penganjuran Program
Titisan Ilmu 2005/2006 ini terlaksana dan diadakan dengan jayanya. Tanpa kerja keras
dan pengorbanan anda kemungkinan Program Titisan Ilmu 2005/2006 ini tidak mampu
diadakan.

Saya mewakili semua pensyarah dan warga kerja SPPS mengucapkan syabas dan tahniah
atas kejayaan dan kegemilangan yang telah anda cipta. Sesungguhnya kejayaan anda
adalah satu kebanggaan bagi kami semua. Saya yakin kejayaan ini adalah kerja kuat dan
pengorbanan anda yang sanggup berkorban untuk bersama – sama dengan para pelajar,
mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman, secara tidak langsung dapat memberikan
sedikit motivasi dan semangat untuk belajar dengan tekun. Maka, pengorbanan ini
haruslah dihargai dengan sepenuhnya oleh para pelajar sekalian.

Sebagai warga pendidik, saya juga berlapang dada apabila anda semua dilihat mampu
menjadi pelapis kami kelak yang seterusnya akan menggantikan kepimpinan yang ada
pada hari ini. Segala ilmu yang dicurahkan telah pun diambil oleh para pelajar sekaligus
dibuktikan dengan dengan kecemerlangan yang diimpikan selama ini. Bersesuaian
dengan tema Program Titisan Ilmu 2005/2006 “Let’s Conquer The Knowledge”

Sewajarnya anda digalakkan untuk bersama-sama menabur bakti dalam aktiviti


kemahasiswaan/i yang dianjurkan kerana sebagai guru kelak anda bukan sahaja
berperanan sebagai pendidik namun pada masa yang sama memegang peranan sebagai
pentadbir, motivator dan sebagainya. Tugas yang diamanahkan kelak sebenarnya
memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang cukup luas. Oleh yang demikian,
kutiplah sebanyak pengalaman ketika anda bergelar siswa/i kerana disinilah bermulanya
hidup sebagai pemimpin.

Akhir kata dari saya kepada para pelajar sekalian, teruskan usaha anda sehingga
mengecapi suatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh kedua ibubapa, guru-guru dan
diri anda sendiri. Kejayaan adalah milik orang biasa yang berusaha secara luar biasa.

Sekian terima kasih

YG. BHG. PROF MADYA DR. ZULKIFLI BIN MOHAMED


DEKAN SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

You might also like