• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
UCAPAN NAIB CANSELOR UNTUK PERASMIAN MALAM PENDIDIKANSPPS 2006.
Y Bhg. Prof Madya Dr. Amran Bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Y. Bhg Prof Dr. Sanudin Bin Haji Tahir, Timbalan Naib Canselor Akademik danPengantarabangsaan, Universiti Malaysia Sabah.Y. Bhg. Prof Madya Dr. Kamaruzzaman Bin Ampon, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah.Y Bhg. Prof Dr. Shukery Bin Mohamed, Dekan Pascasiswazah Universiti MalaysiaSabah.Y Bhg. Prof Madya Dr. Zulkifli Bin Mohamed, Dekan Sekolah Pendidikan danPembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.Dekan-dekan, timbalan-timbalan dekan, para pensyarah, penyelaras program, tutor, staf sokongan yang hadir pada malam yang berbahagia ini, dan yang diraikan semuamahasiswa/i Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial yang diraikan pada malamyang cukup bermakna ini.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur keranamenjemput saya untuk sama-sama meraikan kejayaan mahasiswa/i Sekolah Pendidikandan Pembangunan Sosial pada malam ini.Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana Malam Pendidikan yang diadakanuntuk kali ketiga ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada malam ini.
 
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga kerja Malam Pendidikan SPPS2006 kerana telah bertungkus lumus bekerja keras untuk memastikan program yangdiatur pada malam ini dapat berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah sekali lagi.Sebenarnya pada malam ini saya berasa bangga sekali kerana dapat berkongsikegembiraan dengan semua mahasiswa/i Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosialyang telah berjaya mendapat PNGS 3.5 pada semester pengajian lepas. Tahniah ataskejayaan anda semua. Kejayaan ini bagi saya merupakan satu kemenangan yang besar yang sememangnya patut diraikan bersama setelah anda bertungkus lumus menelaahsegala ilmu yang telah dicurahkan oleh para pensyarah dan mencuba untuk mendapatkangred yang terbaik dalam peperiksaan. Jadikan kejayaan anda pada hari ini sebagai pendorong dan motivasi untuk terus kekal cemerlang dalam lapangan akademik dan bukan satu faktor untuk anda menjadi lupa diri. Saya pasti, kejayaan tidak datang bergolek dan anda banyak bekorban untuk memperoleh segala yang anda impikan. Bak kata pepatah, “yang pipih tak datang melayang yang bulat tak datang bergolek”. Usaha bersungguh-sungguh anda terbalas dengan kejayaan anda semua pada malam ini.Bagi saya juga, kejayaan ini merupakan satu kebanggaan dan juga satu tanda penghargaan untuk semua para pensyarah yang telah bersusah payah kadangkala terpaksamengajar pada waktu malam semata-mata memastikan impian anda tercapai.Penghargaan ini merupakan satu tanda terima kasih anda semua kepada para pensyarahyang telah mengajar anda. Saya kebanggaan ini sebenarnya juga dikongsi oleh semuawarga pentadbir Universiti Malaysia Sabah yang mana mahasiswa/i di hadapan saya ini bakal menjadi pendidik untuk generasi Malaysia kelak yang juga bakal pewariskepimpinan kami semua pada masa hadapan.Walaupun demikian, dalam kesibukan untuk memperoleh gred PNGS 3.5 anda tidak sepatutnya tidak terlibat aktif dalam kegiatan mahasiswa/i yang dianjurkan di universitiini. Penglibatan anda adalah dialu-alukan dan ini bukanlah sebab untuk anda menjadi ulat buku semata-mata. Di universiti, selain anda memperoleh kenangan menjadi salahseorang penerima anugerah dekan anda juga sebenarnya mampu menjadi penyumbang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...